February 4, 2012

Melah Melodrama


Melah Melodrama

Sedari tadi, Pejal asyik kehulu-kehilir memikirkan Melah kesayangan hatinya. Hampir seminggu tanpa khabar dari Melah membuatkan Pejal tidak keruan. Dicapainya Aifon Five di atas meja lalu cuba mendail nombor Melah..

‘Tet.. tet..tet.. nombor yang anda dail busy la, ce cuba lagi ok.. Tuttt... '

Pejal menghempaskan telefon bimbitnya ke atas sofa. Dia mengatur langkah ke beranda sambil menikmati pandangan Kuala Lumpur dari condonya di tingkat 13.

‘Pehal kau Melah? Abang rindu tahu tak?’ mengomelnya sendiri. Pejal sentap.


I, I, I, Love you like a love song bebeh... I, I, I, love you like alove song bebeh....~


Telefon yang dihempasnya tadi berdering riang..

“Helo, Pejal disini, sape disana?” Telefon yang diangkatnya tadi tiba-tiba terlepas di genggaman Pejal. Berkecai Aifon Five yang baru dibelinya malam Jumaat lalu sebab nak show off kat Melah, begitu jugalah berkecainya hati jejaka yang bertahi lalat di dagu itu... Terngiang-ngiang sepatah dua kata Melah di telefon tadi, ‘Helo abang moncit, Melah nak mintak putus, kbai’....


**********


Dua tahun kemudian...

“Weh Pejal, kau add la minah nih. Hot setaff tuh..” beriya Adila Kassim, rakan sekerja Pejal menyuruhnya menge-add artis sensasi terbaru dari Kota Singa, Naiemah Letip. Sementara menunggu waktu bertugas, sempat si Adila Kassim melayan FB di Samsang Galaxy XYZ miliknya. Siapa tak kenal Adilla Kassim kann, kaki like FB!

“Nah, kau amek blackbarai aku, ko buatlah apa yang patot!” Pejal memberi isyarat kepada Adila Kassim untuk menolongnya mene-add artis baru itu.

“Cayalah bro!” Adila Kassim mencapai telefon bimbitnya.

Sementara itu, Pejal memasang headphone buatan Perancis dikepalanya, sambil melayan lagu kesukaanya, 'kekasihku di menara gading'... Asyik.. Tiba-tiba Pejal tersentak. Adila Kassim yang kaki like FB tadi menguit-nguit bahunya. Pejal berpaling kearah Adila Kassim. Dia mengangguk tanda paham.

Adila Kassim menunjukkan isyarat tangannya, 1, 2, 3...

‘Yeah selamat petang Malaysia, salam sejahtera semua. Seperti biasa, bersama saya, Pejal Mohd...’ Pejal lantas mengerling ke arah Adila Kassim..,

‘Dan... saya Addila Kassim, dalam petang di Eja FM, memainkan mujik terbaek....’

Begitulah rutin petang Pejal bersama karier barunya sebagai juruhebah radio di stesen muzik terkenal di tanah air. Walaupun baru bertapak, namun berbekalkan pengalamannya sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan sebelum ni, amatlah membantu. Kini Pejal, somebody!


**********


Beberapa minggu kemudian...

Lebih kurang sejam saja lagi untuk temubual live bersama pelakon baru, Milasara Arisya Insyirah. Mereka akan mengulas filem terbaru arahan Yusrilisayes, ‘Hatiku Dirabak Pilu’, akan datang March ini..  Adila Kassim mula membuat research di internet mengenai tetamu yang bakal ke udara bersama mereka. Lain pula Pejal yang tekun mendengar lagu kegemaran tak sudahnya itu... ‘Kekasihku dimenara gading..’

Sejam kemudian...

“Melah........?” Pejal terpana. Betulkah ini Melah aku yang dulu? Yang dulu penuh berjerawat batu dipipi tapi kini licin bak sang puteri..

“Ni bukan Melah lah.. Haa nilah tetamu kita petang ni. Milasara Arisya Insyirah. Pelakon baru kau tahu???” Adila Kassim menyampuk..

Me..melah...sarah...isya...asyira...?? Pejal musykil. Bukan, bukan, inilah Melah yang aku kenal dari dulu. Melahwatie bin Harun. Takkan aku silap orang??? Pejal sedikit blur... Yup, nilah Melah aku yang dulu. Tak syak lagi. Pejal yakin.


“Silakan duduk Mila, get ready okeh. Lagi lima minit kita akan on air..” kata Adila Kassim.

“Terima kasih..” balas Melah sambil meletakkan bag Gucci di sisinya.

‘Ya bersama saya dan...., dan Pejal Mohd lagi di Eja FM. Seperti diuar-uarkan, pada petang ini, artis baru yang melonjak naik, Milasara Arisya Insyirah ada bersama kami. Kami akan menemubual beliau beberapa minitttt saje lagi... Tapi sebelum itu, berhibur bersama Bangface-Panik.’

“Pejal, kau kenapa! Kita tengah live kot! Yang kot dok tenung Mila dari tadi ni nape? Angau? Eh kalau kau tak nak kerja, tak payah masuk kontilah...”

Pejal tidak menghiraukan langsung tenkingan dari Adila Kassim. Ditenungnya Melah seperti mahu membahamnya. ‘Kau kejam Melah...’, Pejal merengus. Melah dari tadi tidak senang dengan tenungan Pejal.

“Kau buat perangai lagi siap Pejal. Fokus!” Adila Kassim mengarah.


‘Ye Mila, ceritakan sedikit watak anda dalam filem Hatiku Dirabak Pilu ni..’

‘Saya memegang watak sebagai Lofa, isteri kepada....’

‘Melah! Sampai hati kau tinggalkan abang dulu...!’

Pejal mencelah. Adila Kassim yang tersentak dengan reaksi Pejal memberi isyarat diam kepada Pejal.


‘Kau pergi Kanada secara tiba-tiba untuk menuntut ilmu lakonan disana sedangkan kita sudah berjanji untuk berkahwin Melah...’

Psstt, pstt Pejal!!!

“Kau diam Dila, kau diam Dila~”

Melah tak mampu menahan airmatanya. Sesungguhnya dia juga merasa sebak dengan tindakannya dulu itu. Kerana cintanya terhadap bidang lakonan lebih tebal daripada cintanya pada Pejal, dia tegar meninggalkan kekasih yang dikenalinya itu sejak tadika lagi... Sememangnya lagu kesukaan Pejal, 'kekasihku dimenara gading' memang ditujukan kepada Melah tercinta.

“Maafkan Melah, abang...”

 
**********


Dengan serta merta Pejal meletak jawatan sebagai juruhebah radio. Apedehal, sejurus meletak jawatan, berduyun pengarah offer berlakon drama dan filem kepadanya. Orang ada pakej kan.. Melah pula terus membawa diri ke Kanada dan mencuba nasibnya disana pula. Kini, Pejal bahagia bersama teman tapi mesranya Naiemah Letip, artis sensasi dari Kota Singa. Secara tak langsung, Pejal pon amat popular di Malaysia dan Singapura... Retis gitu...


TAMAT.





Watak utama:
Pejal - Afzalsukasuki
Adila Kassim – Pelangi Hijau
Naiemah Letip – Naiemah Ramli
Melah – undefined


Idea ni datang dari lagu Twinkle Away. Lagu popular zaman matrik Kuala Nerang dulu. Watak Melah dari MindaKronik. Suka dengan nama Melah!








August 23, 2011

Cerpen Pertama : Cinta Akhir Kata


Assalammualaikum,

Mak ai. Berpeluh siapkan cerpen yang buat pertama kalinya karang dan publish lat khalayak ramai. Nak tahu best ke idak. Jom la baca. Tapi tak tahu tajuk apa yang sepatotnya letak. Main petik je.


Cinta Akhir Kata

Hari ini merupakan hari pertama Suri sebagai seorang pelajar di kampusnya. Dia perlu mendaftarkan dirinya di Fakulti Perniagaan. Bagi pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan, Suri amat gembira kerana dapat ditawarkan belajar di Universiti Utara Malaysia. Ini kerana kekasih hatinya juga merupakan pelajar di Universiti  ini. Memang Suri sengaja memilih UUM sebagai pilhan pertama untuk menjejaki diri ke menara gading. Namun Suri berjanji akan belajar dengan bersungguh demi masa depannya.


Suri sampai di perkarangan kampus. Kelihatan disekelilingnya terdapat bangunan berlainan warna. Dia agak keliru dengan keadaan bangunan di situ. Kelihatan beberapa pelajar lelaki berada berhampirannya. Dengan dahi yang berkerut itu, Suri terus bertanya kepada salah seorang lelaki tersebut tadi. 

“Er tumpang tanya, kat mana ye Fakulti Perniagaan?’’

“ Freshie eh?” soal mamat yang berambut kuning, gaya ala-ala hiphop. “Mesti nak pergi daftar kan? Takpe abang boleh tolong.” Senyum nakal pelajar tadi.

Abang? Euww. Seluar londeh macam ungka, tak sedar diri. Berseloroh Suri mengata dalam hati.

“Eh awak jangan layan mamat ni sangat. Dia senget sikit”. kawan-kawan dibelakangnya ketawa.

Farid. Jejaka yang berkacamata bingkai tebal berwarna merah. Kemas pakaiannya. Pelajar tahun akhir jurusan Sains Politik. Sesuai dengan penampilannya. 

“Saya Farid” sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Salam tangan tidak disambut.

“Suri..” sambil menidakkan kepalanya untuk berjabat tangan.

“Ohh.., maaf. Kalau awak nak ke Fakulti Perniagaani awak jalan je terus, depan sikit belah kiri awak akan nampak bangunan warna biru. Naik tangga sampai tingkat dua. Depan sikit tu je tempat untuk mendaftar. Faham sayang?’’

Sayang? Bila masa pulak mamat ni playboy? Mamat senget tadi bingung dengan kawan baiknya yang dianggap lelaki paling baik kat dunia ni. Yelah tak pandang awek langsung. Alah lelaki semua sama je macam aku. Dah rambang mata lah tuh tengok  freshie comel-comel. Ketawa dia bersendirian.

“Em, faham. Terima kasih ya.” Suri mengangguk memberi  senyuman.

Mamat hiphop tadi pantas mencelah. “Eleh awak-awak konon...!” 

“Hai awak, saya Ikram. Panggil abang Am je. Nice to meet you, cantik.” berlagak Am seperti Romeo sambil ketawa.

“Hai. Saya Suri. Pelajar baru kosPengurusan Perniagaan. Eh yang lagi dua orang tu nama apa?”

“Haa yang nampak gagah ini Kamil, Presiden Kelab Taekwando. Nampak je gagah tapi dalam hati ada taman. Yang lagi sorang pulak Bob, dia kuat makan. “ kedengaran ketawa sekumpulan lelaki tersebut.

“Hai Bob, Kamil, Farid, abang Am. Selamat berkenalan semua. Ok la Suri dah lambat ni. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya.”. Ramah Suri sambil berlalu pergi.

Semua mengekor pemergian Suri.
Farid tersenyum kecil.

Setibanya di depan pejabat Fakulti beliau, Suri pun turut berbaris seperti pelajar  lain. Bukan main ramai lagi pelajar mendaftar. Terasa bosan pula untuk beratur. Di belakang beliau seorang gadis berambut ikal mayang. Cantik. Tapi muka masam mencuka. Takut pula nak tegur.Ishh masa nilah nak dapatkan kawan. Bermonolog Suri. Suri terus mem perkenalkan diri.

”Hai..saya Suri.” sambil memberi tangannya.

“Hai... Intan...Kita yang beratur ni mesti kos yang sama kan?” dia membalas tangan yang diberi sambil tersenyum mesra.

“Aah kot. Ramai pulak ya budak baru intake kali ni. Dengar kata sampai 7 juta. Awak asal mana?”soal Suri beriya.

Dari situ mereka mula bercerita perihal diri masing-masing. Intan. Cantik seumpama nama empunya. Kurus. Tinggi. Manis berbaju kurung merah jambu. Berasal dari Johor. Muka yang masam mencuka tadi katanya bergaduh dengan teman lelaki. Ternyata setelah mengenali dengan lebih dekat Intan seorang yang peramah dan pandai mengambil hati. Rupanya mereka juga ditempatkan di asrama pelajar yang sama. Kolej Mas.

Sejak pertemuan mereka di pejabat pendaftaran, hubungan mereka mula menjadi semakin rapat. Kebetulan hampir semua kelas mereka ditempatkan bersama. Mereka ke kuliah bersama. Pulang ke asrama bersama. Bilik diasrama juga dipisahkan selang beberapa bilik sahaja. Memang mereka ditakdirkan untuk menjadi kawan baik.

Beberapa hari berlalu. Intan datang ke bilik Suri sambil menangis teresak. Suri cuba menenangkan Intan. Apa sahaja masalah yang dihadapi, susah senang mereka telah berkongsi bersama.

“Suri..., Kamal Adli dah putus dengan aku.....” menangis Intan di bahu Suri.

Cepat Suri menenangkan Intan. “Sabar Intan, dasar kaki perempuan macam dia tu tak guna awak dengan dia lagi....’’ Sambung Suri, “Awak kan cantik, mesti ramai lelaki nak kat awak nanti. ”

Teringat pula Suri pada kekasih hatinya. Disebabkan kekasih hati Suri sibuk menyediakan tesis di luar kampus, maka hubungan Suri  dengan teman lelaki tidak seperti pasangan kekasih yang lain. Makan bersama di cafeteria, ulangkaji bersama di perpustakaan, beriadah bersama di kompleks sukan, bersiar-siar di tasik. Itu semua belum sempat lagi Suri merasa kemanisannya.

Namun Suri faham. Tapi bayangkan sudah 2 bulan mereka menempuh alam universiti, cuma tiga kali je mereka berjanji temu. Dalam menghadapi peperiksaan pertengahan semester, Suri mengajak Intan mengulangkaji pelajaran di tepi tasik.

‘’Eh Suri, boyfriend awak ni macam dah tak wujud je. Lebih baik macam tak ada boyfriend langsung.” Intan selamba berkata.

“Tak baik tau. Tahun ni kan tahun akhir dia. Busy sikit tu.” Suri membalas pendek.

“Busy banyak ada lah” mencelah Intan. “Dengan muka boyfriend awak yang hensem macam Farid Kamil tu, mesti junior tergilakan tau. Tup tup Presiden Kelab Sains Politik lagi”

“Hehe. Ada-ada jela awak ni Intan”. Suri malas melayan Intan.

Bengang dengan sikap tak acuh Suri, Intas bertegas. ”Awak ni kena lah kongkong sikit dia tu, satu hari nanti dia melepas kat tangan orang lain, padan muka! You better watch out!”
Suri termenung panjang.

...........

Pintu bilik Suri diketuk dengan kasar. Tok, tok tok. “Suri, Suri, Bukak pintu ni cepat! Suri...,Suri!”

“Haa awak, Apa nye ni? Pagi-pagi lagi dah bising ni”. Suri menguap.

“Cuba awak bukak Facebook, cari nama Maria Alina. Ish cepatlah.” Intan terus menekan butang on pada komputer riba Suri tanpa meminta izin.

“Awak tengok ni dulu, nanti awak akan faham segalanya.” Intan menekan papan kekunci dengan penuh bersemangat.

 “Maria, Maria....Haa dah jumpa!”

“Saya on Facebook tadi, tiba-tiba saya tengok kat wall saya ada gambar budak-budak politik ni kena tag gambar. Minah ni lah yang upload. Nasib baik tak private. Diaorang ni ada dinner antara ahli kelab. Awak tahu tak diaorang ada dinner semalam? Tak tahu kan.....?”. sambung Intan. “Pastu saya nak tengok la dengan sape boyfriend awak berkepit. Rupanya......ishhh”

Intan menekan paparan skrin next itu satu persatu. Beberapa gambar Maria Alina bersama boyfriendnya kelihatan. Hanya berdua. Kelihatan mesra. Mungkin dengan sikap mereka, orang  lain boleh salah meneka yang mereka ini sepasang kekasih.

Suri terpaku.

“Tu lah Suri, saya dah nasihatkan awak dulu awak tak percaya. Tengok sekarang ni?” “Ala budak Maria tu kan sebelum masuk sini dah famous. Apa? Blogger terkenal kan...”. Intan seloroh bercakap.

“Farid ada bagitahu yang Maria tu setiausaha Kelab dia. So, memanglah mereka rapat macam ni.”. Jelas Suri.

“Awak tahu tak, roommate saya cakap, mereka dua ni selalu berkepit sana sini tau. Roomate saya kan budak politik jugak. So, dia tahulah. Fakulti Sains kan jauh dengan fakulti kita. So,  manalah awak nak tahu kan dengan sapa dia kepit selalu”. Intan berlalu yakin.

Suri menunggu sms dari Farid. Dia ingin mendapatkan penjelasan dari Farid. Tak sangka Farid sanggup memperbodohkan dia dengan alasan tahun akhir, kelab, aktiviti kuliahnya dan bermacam lagi.

Tut tutt, tut tut..Sms Suri dibalas.

-          -  I xde ape-ape la dengan Maria. U don’t worry too much ok, honey. U je sayang sy sorang.

Tp knpe semua org ingat dia kapel dgn u? Benci tau..I jeles la u..

-          -  Ok la i bz ni. Due asgnment i next week. Sok kite jmpe ye syg. Love u.

Ok. Sok u explen semuanya dgn i !


..................

Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di luar kampus. Secret Recepi menjadi pilihan mereka. Teringat Suri kali kedua perjumpaan mereka bertemu disini. Waktu tu merupakan ulangtahun perkenalan mereka yang ke-empat. Farid menghadiahkan gelang tangan, manakala Suri menghadiahkan sebuah jam tangan jenama kegemaran Farid. Memang sengaja Farid memilih tempat yang sama ni lagi untuk mengukuhkan memori mereka bersama.

Farid terlewat sejam kerana terpaksa berjumpa dengan  pensyarahnya secara tiba-tiba. Suri tidak tahan dengan sikap Farid dengan alasan plastiknya itu.

“U tau tak berapa lama i tunggu kat sini seorang diri? Dah macam orang gila. I fed up tau!”

Mujur tak berapa ramai pengunjung di Secret Recepi tu mendengar mereka bergaduh. Maing-masing ego. Namun Farid sedar, api lawannya bukan dengan api juga. Farid harus menenangkan Suri.

“I kan dah text u yang i lambat sejam, bukan nya i sengaja tadi!” tegas nada Farid.

“U dari dulu sama je. Busy, busy, busy!” Suri membalas geram.

“U ni tak macam Suri yang dulu i kenal. Marah tak tentu pasal, mana kelembutan u yang dulu Suri?”

Suri geram dengan Farid kerana mengabaikan dia. “U tu yang berubah. Sejak jadi senior besar, dah tunjuk berlagak. Memang dasar playboy!”

“Suri, u dengar i cakap ni dulu sayang. I......”

Suri terus berlalu pergi ke luar restoran tanpa menghiraukan Farid memperjelaskan segalanya.
Farid mengejar Suri yang berlalu keluar reatoran menuju ke tepi jalan.

 “Suri, Suri!!!!!!!”

Ponnnnnnnnnnnnnn. Sebuah kereta Alza laju melintas kearah Suri.

Suri  tertolak ke seberang jalan. Bunyi dentuman yang kuat kedengaran. Farid dilanggar. Seluruh darah mengalir dari bahagian hidung dan mulutnya. Suri yang terduduk hanya mampu memandang kearah Farid yang terlentang berlumuran darah. Orang ramai mula berkerumun kearah Farid. Sebuah kereta Alza juga hilang meloloskan diri.

“Ya Allah, Farid!!!” kelihatan Am datang menghampiri Farid dengan keresahan di wajahnya.

Am yang menemani Farid bertemu Suri membiarkan sahaja dirinya menunggu Farid di dalam kereta. Namun apa yang disaksikan tragedi yang berlaku di depan matanya sendiri sukar dipercayainya. Farid dilanggar lari.

“Farid, Farid, kau bangun Farid. Ko kena kuat. Bertahan Farid”.

Suri bangkit perlahan kea rah Farid. Tanpa dapat membendung airmatanya, dibiarkan laju sahaja mengalir di pipinya. Dengan suara yang terketar. “Farid.....,

“Maafkan saya....” teresak Suri menyebutnya.




.............



Kini Farid tiada lagi di sisi. Farid adalah kenangan abadi buat Suri. Ternyata Suri yakin dengan cinta Farid selama ini terhadapnya. Malah sanggup berkorban nyawa untuknya. Entah kenapa Suri termakan dengan hasutan Intan. Intan berpuas hati dengan tindakannya, kerana dia begitu cemburu sekali dengan Suri yang mempunyai teman lelaki yang sempurna dan setia.

Am pula menceritakan segalanya kepada Suri. Bahawa tindakan Intan yang sibuk bertanya hal Farid daripadanya, dan rasa kepuasan Intan terhadap tindakannya pada Suri. Am juga mengatakan Farid memang benar-benar sibuk sebagai seorang pelajar, pemimpin Kelab dan tesis yang harus di kaji dengan sempurna. Dia juga menyatakan bahawa dia mahu Suri berdikari menghadapi hidup di universiti dan tidak mahu menganggu pembelajaran Suri ketika di kampus.

Namun semuanya telah terjadi. Apa yang mampu Suri berikan adalah sebuah al-Fatihah dan doa yang tidak putus agar Farid ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  Seutas rantai tangan menjadi memori dan peneman setia disisi Suri. Suri menyesal.

Sekian.

cerpen, cinta akhir kata, blogger, book, cerpen pertama




 ps :: ha ha ha. Cam mana. Kritik sikit?


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!