March 12, 2013

CPUV/BE Yang Ke Berapa Entah


Nuffnang bagi CPUV/BE lagi...Mwah mwah sayang nuffnang hahahahahahah ;p

February 20, 2013

Cukup Syarat Dah Nak Cashout Nuffnang...

Assalammualaikum,

Jumlah terkumpul Nuffnang dah boleh cash out sangat. Dah boleh beli cikedis selama setahun. Eh ye ke. Itupun kopok durian yang 20sen tuh. Alhamdulillah jugak apa... Rezeki Allah tu...

Tapi bila dok pikiaq perabih baik, rasa macam nak tunggu raya. Barulah semangat nak raya. Duit dari Nuffnang kita kasi beli heels raya banyak-banyak lepas tu tak pakai, duit Churp-Churp kasi kat budak-budak. Boleh? Duhh rasa macam tak sabar nak raya!! Oh sila ganti puasa dulu akak-akak, makcik-makcik sekalian...


 BE/CPUV dari Nuffnang lagi... Kamsahamida... Mwahhhx. ;p




Ps :: Bila tiba hari raya....(suara ala-ala Black Dog Bone)


January 24, 2013

Alhamdulillah..Bahagia Bagaikan Permaisuri

Assalammualaikum,

Selepas sebulan lamanya, masalah domain address error kini kembali okay. Alhamdulillah. Tak tahulah celah mana error. Settingnya kah, wayarnya putuskah, atau sebelum setting lupa baca bismillah? Haa... Mujur ada adik shida tolong betulkan setting yang error tu. Makaceh ya..

Oleh itu, kepada orang ramai semua (pembaca), bolehlah copy url kami iaitu dearxila.my dan letaklah molek ke bloglist kamu sekalian ya. Promo promo. Lai lai... Hehe.

Insyaallah bloglist kami yang dulunya hilang kini akan kembali pulang setelah kami ingat dan cuba nak ingat, kami akan letak balik. Masalah pemparitan blog ini bakal dibaik pulih, kata Permaisuri Xila berhubung isu tersebut. So siapa rasa nak exchange link bagitau ya. Maaf tajuk terlampu.



Eh macam ada benda lagilah nak dicerita tapi dah tak ingat. Nanti update lain lah apa susah. Harini pihak Nuffnang yang supportive telah bagi CPUV/BE lagi. Apa kata hangpa semua like iklan POPULAR kalau terserempak ya. Makaceh...






Ps :: Jom selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w banyak-banyak.


January 22, 2013

Tips Nuffnang : Berapa Lama Tempoh Iklan CPUV/BE Nuffnang

Assalammualaikum,

Selalunya kalau korang dapat iklan CPUV/ BE dari pihak Nuffnang, berapa lama ianya akan kekal dalam blog korang? Seminggu? Tiga minggu? Berbulan-bulan lamanya?

  Sign up Nuffnang now.

Beberapa hari lepas ada hantar tiket kat pihak Nuffnang. Saje nak tanya dan manja-manja dengan Nuffnang. Saya tanya pasal CPUV/BE. Yelah tertanya-tanya juga berapa lama selalunya iklan CPUV/BE lekat dalam blog kita. Kalau dapat lah. Kalau tak dapat-dapat lagi try [Tips & Trick Dapatkan CPUV/BE Nuffnang](click). Tapi kalau dah dapat macam mana nak biarkan ianya stay lama dalam blog kita kan... Itu belum khatam. Ngee.


Pihak Nuffnang reply.
(Click untuk tumbesaran)


Tempoh iklan CPUV/BE bergantung pada pihak pengiklan. Suka hati depalah nak bagi 2 minggu ke, berbulan ke, bergantung kepada prestasi blog kot. Aah kot. Kot la. Ok lah nak hantar lagi tiket macam mana nak mengorat CEO Nuffnang. Ehhh

Sesiapa yang belum mendaftar Nuffnang, layarilah ke www.nuffnang.com.my. Kbai.



January 13, 2013

Terkejut Traffik Blog Beribu Dalam Sehari

Assalammualaikum,

Tiba-tiba traffik dan pageview blog nih tinggi mendadak mencapai 2ribu visitor dalam sehari. Adakah blog nih ada buat salah atau kontroversi melampau? Cuak gak pada mulanya. Rupa-rupanya dapat traffik beribu dari segmen [Tambah Trafik Tambah Follower 2013] (click) pada beberapa hari yang lalu.

Sebahagian traffic yang mai. Click untuk tumbesaran.


Rupa-rupanya, dalam segmen tersebut, 10 peserta segmen yang pertama dapat trafik blast dari HasrulHassan. Rasanya blog ini antara yang terawal lah kot. Alhamdulillah lah traffik beribu kan. Tak pernah-pernah dapat traffik setinggi tuh. 

Yang penting apesal.com dan busuk.org pun banyak berjasa. Heart them. Keke.

Yang penting sekarang nih banyak melawat blog HasrulHassan. Ate katenye blog pendidikan untuk blogger. Tapi kadang ada jugak faham, kadang terlampau tinggi ilmunya. Susah nak kejar. Tapi usaha tangga kejayaan oke. Selamat maju jaya untuk semua blogger tempatan. Peace...



Ps :: Berjalan di tanah gersang...ooo kembara...


January 9, 2013

Tips dan Trick Dapatkan CPUV / BE Dari Nuffnang!

Assalammualaikum,

Dapat CPUV (Cost Per Unique Visit) / BE (Buffered Earnings) berkembar lagi dari pihak Nuffnang. Thanks so much Nuffnang menyedari akan kewujudan blog www.dearxila.my nih. Nuffnang sejak kebelakangan nih pandai noh ambil hati blogger. Last dapat CPUV/BE nih dalam [Double Buffered Earnings Sedang Berlari-lari] nih.


Malu nak tunjuk amount kita. Tapi syukur...


Tips dan trick untuk dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang.
Betul la apa blogger otai kata. Mula-mula kita kena stabil pageview visitor kita, bila rasa dah oke hantar ticket kat Nuffnang bila tak dapat atau tak pernah dapat CPUV/BE lagi. Hantar kekerapan kali. (Tapi pengalaman saya, dua kali setahun je. Aipp jangan malas!) Bila dah dapat CPUV/BE, updatelah kerap. Lepastu tricknya, jangan update hari-hari, biar selang seli ke, nanti Nuffnang bagi lagi CPUV/BE kat korang... Itulah dari pemerhatian hamba.... Just shraring...

Untuk tips dan trick yang lain, contohnya nak dapatkan pageview ke, hamba tak berapa mahir. Pageview hamba bawah 400-200 je. Kalau tak update lagilah jatuh.

Dah share tips dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang tadi kan, apa lagi pandai-pandailah click kalau nampak iklan dari Digi dan Nilai University ya. Makaceh.... Kalau blogger baru yang belum mendaftar ayuh daftar di NUFFNANG atau  CHURP-CHURP. Kalau buat blog haruslah selitkan income ya.. Baru semangat nak blogging. Terpulang pada individu...





Ps :: Tolong update address blog hamba kat blog kamu-kamu ya. www.dearxila.my.


December 22, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia Bakal Ditayangkan di Astro Ria

Assalammualaikum,

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal ditayangkan tak lama bermula 29 December 2012 di Astro Ria pada setiap hari Sabtu dari 9 malam. Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia haruslah Aaron Aziz. Napelah Aaron Aziz tak join Fear Factor Selebriti Malaysia nih? Badan kan dia gagah gila. Buktikan!




Antara artis yang join Fear Factor Selebriti Malaysia nih antaranya ialah Akim, Zoey, Elfira Loy, Dazrin yang bawak watak Johan dalam Adam dan Hawa, Dafi dan ramai lagilah. Untuk lebih lanjut layari dan like Fanpage Facebook Fear Factor Malaysia

Kalau Fear Factor Selebriti Malaysia nih bukak kat orang awam, haruslah aku nak join kan! Nak tunjuk super woman yang I ade nih chuols... Hehe. Takdelah saje nak cabar fizikal. Dan haruslah nak ajak kembar  I untuk jadi partner. Kalau ade lah....

Kalau nak tahu sape dia, say suprise... Hahah



December 6, 2012

Double Buffered Earnings Sedang Berlari-lari

Assalammualaikum,


Baru ku pasan buffered earnings dari Nuffnang duk running-running di dalam blog ini setelah lama tak check account Nuffnang. Dari Maxis dan Sogo. Terima kasih Nuffnang. Last time dapat buffered earning tahun lepas dari blog sekian-sekian.

Dan aku tak pernah faham apa itu CTR dan memey tak mahu faham. Nanti aku pening. Bagi aku, aku blogging untuk mengisi hobi yang sedang sangat lapang ni. Aku dah malas nak taip panjang-panjang kebelakangan ni walaupun banyak cerita nak dikongsi. Padahal tengah dalam mood baca novel. Kahkah. 

Thanks again Nuffnang. Thanks much-much jugak kepada readers blog ini. Kamsahamida. 

Yee I love you to...*lambai-lambai. (Hahah.)


August 18, 2011

Cara Daftar Churp Churp !

Assalammualaikum,


Kiut gile nama Churp Churp ni. Sape punya idea agknya? Bagus diaorang punya marketing department ni. Hihi. Tapi lagi kiut tak kalau korang daftar churp churp ni. Rasanya korang semua dah daftar Nuffnang kan? Kiranya Churp Churp ni adik beradik depa lah...Dibawah satu bumbung kata kau. Siyes tak tipu.


Saya suggest kan kawan-kawan semua kena daftar Churp Churp ni, alang-alang dah join Nufnang kan. Sebabnya nanti kedua-dua benda ni akan di link kan sekali. Tak payah nak log in banyak kali dah. Tak payah risau status Glitteri kat Nuffnang sebab depa dua ni kan dibawah pengurusan yang sama. Apa itu Glitteri? Korang pergi login Nuffnang dan tengok nombor 1 macam kat bawah ni.


Aku pon tak pasti pasal Glitteri ni dan rasanya kalau yang baru mendaftar Nuffnang tak dapat kot? Betolkan kalau salah. Dan kalau korang nak tahu lebih siket boleh click read more macam nombor 2 kat atas tuh. Rata-rata semua pakai heartbeat kan? Ganggu ke tak ye. Saya setia dengan Nuffnang dan Churp Churp je... Hikkkk



Firstly, korang daftar Churp Churp dengan pergi ke website ni atau click je dekat link atas ni. Dah click, boleh lah tulis all the requirement yang dorang mintak. Isi semua dan tekan submit. Ok? Pastu pergi Dashboard kat atas belah kanan untuk tengok iklan yang boleh di share bersama dan belah kiri pasal status berapa RM korang dah dapat. Tengok bawah ni..


Kalau dah daftar Churp Churp lain kali boleh lah log in Nuffnang dan terus je ke Churp Churp dengan click seperti gambar dibawh ni....Tak ke senang Jijah oi. Churp Churp senang nak dapat income tau. Laju je. :)


macam mana daftar churp churp, churp churp, apa itu churp churp, iklan churp churp, earning churp churp



Alang-alang dah online Facebook dan Twitter, apelah salahnya share iklan Churp Churp ni sekali. Tak rugi punya. Korang jugak dapat pekdahnya. Hehe. Macam mana nak letak iklan Churp Churp dalam blog, Facebook dan Twitter? Next tutorial boleh? Penat lah....Hikkk.



Sekian.
Jangan lupa klik churp churp kita hee


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!