Untuk mereka yang mempunyai hidung mancung ala-ala Penelope Cruz, sila baca senyap-senyap je. Bagi peluang kat kita-kita yang tak berapa mancung ni baca serakusnya. Yay. Bagi mereka-mereka, jangan khuatir kita ada tekniknya untuk kelihatan mancung. Ini hanya teknik, bukan cuba mengubah ciptaaNya ya.
1) Apa yang anda perlukan ialah hanya sebatang eyeliner atau penggaris mata bewarna hitam/coklat. Amaran, teknik ni hanya lebih sesuai untuk wanita yang bermake-up. Contoh teknik seperti rajah dibawah ya. Tapi korang kena pandai-pandai gunakan pembayang untuk hidung. Jangan terlalu tebal. Selamat mencuba.
2) Sebelum tidur malam dengan lena, sila tarik, usap dan belai hidung anda perlahan-lahan sampai mancung. Bila 7tahun takde perkembangan jugak, sila terima hakikat hidung anda dah sampai tahap tarikh luput. Sukar dilentur. Seeloknya dibuat ketika masih bayi. Mak bayi yang kena buatkan. Huhu.
3) Buat plastic surgery lah apa lagi. Amaran hanya untuk yang bukan beragama Islam sahaja dinasihatkan baca tips ketiga ni.
4) Dah sampai cara ke empat tapi dah takde idea ni. Acane nak jawab?
5) Ulang baca balik cara nombor satu diatas. Itu saja teknik pemancungan hidung sementara yang paling berkesan. Im sorry..
Ps :: Hidung ku kemek tapi kiut. Hahah.
24 comments
hahaha~ yg no 2 tu klaka lah..terasa i.. =P ..idung itu anugrah Allah..teehihi~
no 4 tu rase mcm suka sgt asl ek..... =p
hidung saye pon kemik, tapi tak tau lah comel ke tidak.
BHAHAHAHA! :D
<---nak amalkan kat bakal baby nanti. ceh! ahahha
emmm.. ingatttt ada teknik urutan ke ape... heee.. fes time singgah
hahaha. ingatkan byk tips td. :P
ohh terima kasih.. sangat berkesan.. terasa semancung zizan.. pergh.
syukur dgn ape y ade je
kalau idung mcm drogba mcm mana? bhasil x?hahahaha
hahaha,senget jer 4 dan 5 tu...hehe,syukur hidung seadanya...
hahaha..lawak betoi la!
nak tambah tip..kepit hidung setiap mlm dgn pengepit baju.
wah hidung saya tak mancung pening gak bila family memperkotak katikkan hidung saya... tsk tsk tsk.. betul ke memang tak ada cara lain dah.
eh tapi memang ada alat pemancung macam pengepit baju tu, jual kat katalog katalog.. LENO... COSWAY..
Nak hidung mancung kena byk berbohong mcm pinocchio... yahudi mat saleh selalu amalkan ini...
haha. comel
hehe..lawak3..
yang n0.1 tu bese gak buat kalau rajin or ade mood...
btw, juz follow here..
nak kena lukis ke?aku amik subjek lukisan pon pail..kang orang ingat aku lukis kereta atas btg idong
haha. lawak laa. pikir ape tadi. nice! :)
redha je dgn hidung kemek cmni
patutla dulu2 mak2 suka picit2, tarik hidung...kasi mancung...hehehe
syukur ada hidung yg sihat..
perghhh brsyukur atas apa yg ada
cis...sumpah tertipu hehe!
tak semestinya hidung tak mancung tu kita tak cute kan..? ;)
terima la seadanya.. :)