Ahh kusangkakan panas sampai ke
petang, rupanya hujan ditengah hari.. Semua artis sama jelah! Baik Melah,
Naiemah Letip mahupun Shila Amjah! Glamour lagi penting daripada segalanya.
Sudah ku berikan hati, masih tidak cukup untuk mengikat ke jinjang pelamin.
Kata mereka, belum sampai waktulah, mahu jaga reputasilah, takut peminat
terkejutlah...
Apa yang dikejar sangat rangking
hot tuh? Kini aku sudah pun 35 tahun. Lebih daripada 279 drama dan filem aku
bawa. Tibalah masanya aku berundur diri. Aku tercari-cari identiti aku
sebenarnya. Seperti aku kehilangan sesuatu. Ya, aku tiada pelengkap kepada
rusuk kiriku.. Aku dahagakan kasih sayang.. Mama, papa sudah lama ke
rahmatullah. Abang Sopian pulak telah lama berhijrah ke Korea sebagai backup
dancer artis K-Pop.. Kini aku sendiri di bumi Malaysia...
Begitulah keluhan Pejal yang
memikirkan takdir hidupnya...
**********
Suatu petang yang hening...
“Eh Phat, macam biasa ya! Lamb
chop dan sky juice ok!” Pejal memesan makanan kepada pemilik restoran Phat
Corner sambil mengambil tempat duduk disatu sudut restoran. Itulah utin biasanya
melepak di restoran berkelas 5bintang itu kerana nak jaga status artis terkenal
Negara. Bukan calang-calang orang boleh melepak direstoran itu kerana harganya
yang mencekik darah. Lagipun Pejal tahu orang kebanyakan tak akan mampu ke
restoran itu. Jadi tak usahlah dia risau akan dikerumi orang ramai yang
menggilainya..
Sambil Pejal melayan shisha yang
disediakan oleh pihak restoran, Pejal tiba-tiba seakan tersentak dengan apa yang
dilihatnya... Terus paip shisha yang dihisapnya terjatuh ke lantai. Melah???
Pejal seperti tersembul bijik mata...
Melah yang ralit melayan karenah
anak kecil disebelahnya sekilas mengalih kearah Pejal. Abang Pejal??? Melah
seakan tidak percaya kerana Pejal lah orang pertama yang dijumpainya setelah
tiba dari KLIA dan terus ke restoran ini kerana lapar sangat. Setelah lima
tahun di Kanada, baru hari inilah Melah kembali ke Malaysia.
Melah terus terkebil-kebil
melihat Pejal yang beralih dari tempatnya dan terus menerpa kearah meja
makannya.
“Assalammualaikum, Melah kan?
Ingat lagi tak kat bang?” Pejal mula bicara.
“Mama, mama sudu Akim jatuh...
Amikkan lah...” anak kecil tadi merengek manja.
Pejal tersentak. ‘Mama?’ Baru
kini dia paham... Kekasih hati zaman silamnya itu sudah berumah tangga. Apa
yang diharapkan pada Melah lagi!
“Er takpelah, saya salah orang
kot. Maaf...” Pejal terus berlalu pergi...
Melah seperti terasa hati dan
perasaanya dicarik-carik pilu...
**********
Melah mengambil tempat dihujung
katilnya. Mengenangkan kembali pertemuannya dengan Pejal siang kelmarin. ‘Abang
Pejal....’ Disaat itu jugalah, manik-manik jernih mengalir dipipinya. Tidak
dapat dibendung perasaan rindunya pada Pejal. Ditenungnya lama gambar mereka
berdua sewaktu bercuti di Bali sepuluh tahun lalu.
Seronok waktu itu.. Melancong
berdua.. Bermain air laut bersama.. Geli-geli... (oitt !) Melah tersenyum
kecil... Ketika itu jugalah, Pejal melamarnya untuk bernikah. Dan mereka
berjanji sehidup semati... Namun, Melah yang telah mematahkan janji itu...
Alasan melanjutkan pelajaran
dalam bidang lakonan, bukanlah alasan sebenar dia meninggalkan Pejal. Ada yang
lebih kukuh dari itu.. Melah bertekad mahu ke rumah Pejal keesokan harinya.
Untuk meluahkan segalanya yang terpendam...
Ding dong...
“Ye cari siapa?” Pejal serta
merta terkejut dengan kehadiran Melah di condominium mewahnya.
Melah terus masuk meluru ke dalam
rumahnya tanpa dipelawa Pejal. Pejal seakan kebingungan. “Melah buat apa kat sini?”
“Melah nak bincang sikit dengan
abang!”
**********
Kini mereka berdua seperti
belangkas yang bercinta. Kemana sahaja pasti berdua. Saat manis bersama dulu
kini kembalai berpaut. Begitulah kalau dah jodoh tak kemana. Salah faham sejak
sepuluh tahun lalu sudah terlerai. Dan anak kecil bersama Melah tempoh hari
hanyalah anak angkat si Melah...
‘Aku terima nikahnya Melahwatie
binti Harun dengan mas kahwinnya sejuta tunai....’
Sah. Ungkapan berjanji setia tadi
telah pun selamat dilafazkan. Kini Melah sah miliknya seorang. Pejal dan Melah
segak berbaju pengantin rona putih suci rekaan Hatta Dolmat Coulture. Para
wartawan turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Kata bekas artis kan...
kenalah jemput wartawan. Kalau tak wartawan merajuk dan tulis bukan-bukan kat
akhbar.
Wartawan : Tahniah Pejal dan Milasara... So apa perasaan Mila jadi isteri kedua?
Melah tertawa kecil.
Melah : Ada-ada je nak usik. Saya tak fahamlah...? Melah memandang Pejal.
Pejal : Jawab jelah sayang. Apa perasaan sayang jadi isteri kedua...?
Melah kebingungan. Dia seperti
dipermainkan. Setelah semuanya berakhir, barulah Melah mendapat jawapan yang
pasti bahawa dirinya hanyalah isteri nombor dua. Isteri pertama Pejal pula
hanyalah gadis kampong yang dinikahkan secara sederhana dikampungnya dua bulan lalu. Pejal
puas mengenakan Melah. Dendamnya seolah terbalas...
Namun Melah telah meminta cerai
dua hari kemudian kerana tak sanggup untuk bermadu. Apatah lagi dirinya
hanyalah permainan jahat Pejal....
Pejal pula? Ahh pandai-pandailah
dia jaga isteri pertamanya tuh....!
TAMAT
Fakta :
=- Melodrama
membawa maksud kisah yang penuh rasa dalam satu cerita.
-- Lokasi
perkahwinan Pejal diatas tadi disponsor oleh Phat Corner.
-- Watak
yang dimainkan hanyalah rekaan semata-mata.
Ramai yang mintak sambungkan
cerita ini... Sekarang no more sambung-sambung okeh... Maaflah tak boleh nak
buat ending romantic, sebab diri ni pon belum merasa kemanisannya lagi. Tunggu
lepas kahwen, semua cerpen romantic-romantik saje... Aww~
24 comments
bini no dua..pejal tu asam btoi la..
aww..kuat berdendam eh pejal ni.yang sudah tu sudahlah.. ;)
hahaha.. adessss.. bini nombor 2.. ces..haha
sabo je la melah oi..
dah jadi macam abg afzal. suka bercerita. hehe
menanti nasik minyak cik paris..leh dgr novel yg romentik meletop2
boleh ajer kalau mampu :p
http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/little-girl-sings-like-pro.html
Mak oi..tetiba isteri no dua..sadis tol cara pejal membalas dendam..huhu :D
jhatnyee abam pejal !! hukk.. mincik3..
hahaha
banyak betul conflict :D
wow.. huhu... baru nk wat gini. xjadi lar.. huhu... bila cik paris nk kawen?
lepas kawen lagi x sompat dik.. banyak benda nak dibuat.. anak lagi, last2 cerpen jadi cersing (cerita singkat) lagi pendek dr pendek...
lawak la.. jahat la pejal ni...
amboiii....karya agong....nama melah...nseb bek bukan tirah..hehhee
Adakah Melah sanggup menerima hakikat yang beliau telah dimadukan?
ahh, mengah cik jemah membaca kisah cik Melah ni :)
wehh. jadi backup dancer k-pop taleh belah. haha.
tetibe artis hot.
kemain tak pam lagikk soalan perasaan jd biini no due.
heks. last2 cerai.
adehh. apakahhh.
ending yang sangat sadiss
kesian milah. .
bagus ending
bagus melah kerana akhirnya tidak hipokrit. jujur dgn diri!
kehkehkehkeh
jap2 kak jaja gelak x abeh2 lg ni..hahaha
ada cweet -cweet geram..haha..
terbaik la!!
ala biasa la retis..kawen 2,3 hari cerai! kih3
best3!
nak cerita lain plak! nak cerita lain plak!nak cerita lain plak!nak cerita lain plak!nak cerita lain plakkkk!!!
grr..kejam lorh!haha
main2 je kan kawen ni..huhu
hahaha....jahat pejal ni,main dendam2 lak :P..huhuhu..ksian melah...
sejuta? wahhh..kaya melah r mcm ni..hahah
pengsan lah....haha
pasni buat nama watak tirah plak...hehehee