September 23, 2012

Lisa



"Cita-cita Yus bila besar nak jadi apa?" soal Lisa.

"Emmm, jadi kekasih yang setia?" balas Yusri sambil mencuit hidung comel Lisa.

"Eee kita serius lah! Kita cubit kang..." muncung Lisa 5 kilometer ke depan.


Yusri yang geli hati dengan reaksi manja Lisa mula memujuk cinta hatinya itu.

"Alalala comelnya dia buat muka macam tu...." sekali lagi Yusri mencuit hidungnya.

"Lisa nak jadi doktor lah. Macam auntie Zai kan?" senyuman indah Lisa terukir dibibir.


Lisa. Cinta yang baginya hanya maut dapat pisahkan mereka. Dialah wanita yang akan kekal bertakhta dihatinya. Biarpun ombak tsunami memisahkan mereka, biarpun alien cuba menculik cinta hatinya. biarpun masyarakat memandang jelek dengan cinta mereka, Yusri bersungguh berdoa padaNya supaya cinta mereka utuh sampai ke syurga.



******



"Yusri, mak tak kira. Walau apa pun keputusan engkau, mak akan nikahkan kau jugak dengan si Markonah tuh bulan depan!" tegas Mak Esah. Ibu kepada Yusri.

"Tapi mak, saya cintakan Lisa. Dia nyawa saya. Dia ibu kepada anak saya. Dia segalanya buat saya." jelas Yusri.

"Kalau kau tak dengar cakap aku, kau bukan anak aku lagi!" Mak Esah bersungguh.

"Abang Yus..." suara manja Lisa mencelah disebalik pintu kamarnya.

Yusri tersentak. Adakah Lisa telah terdengar segalanya? Adakah Lisa telah terluka? Lisa kecewa? Yusri bergegas mendapatkan Lisa.

"Jom Lisa kita pergi dari sini."

Lisa terkial dengan reaksi Yusri yang menarik tanggannya.... Sakit.



******



"Sayang nak yang mana satu?" sapa Yusri sambil menunjukkan pilihan yang ada.

"Lisa nak yang Minnie Mouse tu?" menunding jari ke arah pilihannya.

"Meh abang selitkan dekat rambut sayang." 

"Lisa taknak yang tu. Nak yang ni!" Lisa mula meninggikan suaranya. Yusri yang beriya meletakkan pin dirambut Lisa tadi menjadi kaget dengan tindakan Lisa.

"Ok, ok yang ni kan?" Yusri sedaya upaya mengikut kehendaknya.

"Haa padan pun dengan Lisa..." 

"Macam princess kan?" Lisa tersenyum riang.

"Ye. Isteri abang cantik macam princess.. Cuba panggil Yus, abang. A-bang... Lisa isteri abang yang paling cannnntek sekali kat dunia ni tau." 

Yusri menghela nafas yang panjang. Dia teringat akan kata-kata doktor Lisa bahawa hayat isterinyanya tidak panjang. Penyakit aneh yang menjadikan Lisa seperti kanak-kanak berusia 5 tahun itu kini mengalami kompilasi serius di otak Lisa.

Walaupun Yusri mendapat kebenaran bahawa emaknyalah punca segalanya. Tergamak menolak Lisa dari tangga sewaktu Lisa mengandung 8bulan. Gara-gara tidak dapat menerima Lisa sebagai menantunya. Yusri juga hampir termakan dengan fitnah emaknya bahawa Lisa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya sendiri.

Sungguh Yusri menyesal dengan apa yang telah terjadi. Mujurlah Tuhan menyedarkan dirinya semula. Ternyata kasihnya hanya pada Lisa sepanjang hayatnya....


Yusri terleka panjang. Tiba-tiba....


"Yus, mati tu apa? Auntie Esah selalu cakap macam tu dengan Lisa..."



******


TAMAT




PS :: Idea datang entah tiba-tiba terus jari taip laju-laju....





9 comments

September 23, 2012 at 6:16 PM

ini kalo real meraung Lisa..kihkih

September 23, 2012 at 7:22 PM

eh, dah tamat?..
takkan takda sambungan.........

September 23, 2012 at 8:49 PM

amboi kreatif buat cerpen yusry dgn lisa .. hehe

September 23, 2012 at 11:43 PM

makin mantap citernye

idea memang terbaik la

sedih lak bace

#da la td tgk lisa

September 24, 2012 at 12:32 AM

kasihan kat lisa.....

September 24, 2012 at 12:58 PM

btla smbungannya zila..huhuhu...:)

September 24, 2012 at 5:18 PM

uish..karangan serius

September 27, 2012 at 8:29 AM

apesal pendek sgt? xpuas..huhuhu

October 18, 2012 at 9:05 PM

tragis nya pengalaman lisa @_@


apa lagi, pegi buat novel cpt! haha

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!