October 8, 2012

Jom Mendaftar Transplantasi Organ

Assalammualaikum,


Apa itu transplantasi organ? Transplantasi organ adalah proses pemindahan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia dengan mendapatkan kebenaran daripada si waris. Ia merupakan proses atau kaedah yang baik untuk menyelamatkan nyawa yang mengalami kegagalan organ. Setakat ni, organ yang boleh didermakan adalah seperti mata, jantung, hati, paru-paru, tulang, buah pinggang.

Kebarangkalian risiko penolakan dari badan penerima boleh berlaku dan bagi mengurangkan risiko tersebut, ubat penahan penolakan perlu diambil sepanjang hayat. Oleh itu gaya hidup yang sihat perlu diamalkan dari dijangkiti kuman jahat!




A gift of life.


Anda perlu memberitahu keluarga dan rakan anda supaya mareka tahu akan niat suci anda untuk menderma. Dan kad ikrar janji harulah disimpan bersama dengan IC supaya senang untuk dilihat. Kad ikrar janji akan dihantar terus ke rumah anda sekiranya butiran lengkap diproses. Bagi yang berumur 18 tahun ke atas, perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa tau..


Bagaimana mendaftar?

Terdapat dua cara untuk mendaftar sebagai penderma. Pertama dengan mendaftar secara online. Isi semua butiran yang diperlukan dan tunggu sehingga mendapat maklum balas melalui emel. Kedua, melalui muat turun borang ikrar penderma disini. Isi semua butir yang diperlukan dan setelah lengkap bolehlah menghantar terus melalui pos ataupun fakskan ke butiran seperti dibawah :


Alamat : Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26810680



Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Negara seperti berikut :

Talian bebas tol : 1-800-88-9080. 





Khidmat masyarakat ini disampaikan oleh masyarakat prihatian.
Ps :: Baru je buat entri ni, tup-tup nuffnang pon baru launch kempen Transplan nih. Sejiwa giteeww
  

10 comments

October 9, 2012 at 2:05 AM

oooo kena mkn ubat sepanjang hayat ker...huhu :/

October 9, 2012 at 2:10 AM

saya takut jarumm.. hehehehe =p

October 9, 2012 at 11:02 AM

SAYA MCM NAK TAPI MCM TAKOT..BTW TQ FOR THIS SHARING..ANTYHG SY AKN CALL NO YG ADE TU TQ AGAIN ;))

October 9, 2012 at 11:03 AM

awak da daftar da? :P

October 9, 2012 at 4:58 PM

hope dgn budi baik itu, ada nyawa yang terselamat.

October 12, 2012 at 11:27 AM

umur 18 tahun ke atas kna dpt kebenaran mak pak? aq pernah terpikir nk wt hasrat murni niee

October 16, 2012 at 9:23 PM

dl mcm dgq kt xbleh klu derma kalau kita dah meninggal.

menyakitkan mayat. huhuhu

October 16, 2012 at 10:16 PM

nak derma tpi takot..hee

October 17, 2012 at 12:56 AM

SAPE LEH TEKA RUANGAN DALAM PETAK KOSONG NI ----->_A_ _ Sselamat mencuba pembayang setan hijau

October 17, 2012 at 11:10 AM


cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/ terjah sini sama k sebab pakjoe dh follow blog nie

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!