Tangan Ammar dipaut kemas.
"Jangan pergi..." rayu Nia.
Sekilas Ammar berpaling ke arah wajah Nia yang sayu itu. Walaupun hatinya berkeras untuk tidak meninggalkan Nia sekali lagi, namun dia terpaksa!
"Nia, maafkan aku..." Ammar hanya mampu meluahkan kata-kata itu didalan hatinya. Dia menolak genggaman tangan Nia.
"Kenapa Ammar, kenapa? Berikan penjelasan pada Nia. Apa salah Nia? Kenapa tiba-tiba Amar tinggalkan Nia??" Nia mahukan kepastian yang kukuh dari Ammar.
Ammar hanya mampu berlalu pergi tanpa kata-kata terakhir.
******
"Betul Nia, Ammar dah balik Malaysia. Aku tau dari status FB dia..." Sarah cuba menyakinkan Nia. Dia tahu bahawa kawan baiknya itu masih menunggu cinta dari Ammar. Masakan tidak, sampai sekarang dia enggan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Hampir 4 tahun berlalu... Dia masak benar dengan perangai sahabatnya itu.
"Kau kawan dengan dia kat FB buat ape? Kan aku kata remove je dia. Annoyinglah dia tu. Kan aku dah ada Rizal" Sarah terpana? Rizal mamat buaya tembaga tu? Sarah menggelengkan kepalanya serta-merta.
"Tak tak, babe, aku tak akan biarkan kau dengan Rizal" nada Sarah tegas dan yakin.
"Eh suka hati aku lah nak dengan sape pon. Dah lah tuh lecturer kau dah masuk. Cepat gi masuk kelas tuh. Nanti kita jumpa dengan kafe ye. Aku nak lepak library lah." ujar Nia berlalu pergi.
******
Nia tekun dengan headphone ditelinganya. Bait-bait dibibirnya seolah sangat tekun dan ralit yang membuatkan hanya dirinya yang berada disitu. Psst. Psstttt...
Pffftt! Nak terkeluar lidah Nia waktu itu. "Kau kenapa pukul-pukul orang nih?" Nia mengherdik.
"Shhhh. Ish kau ni buat malu je. Kita kat Library kot!" Sarah cuba meredakan pandangan orang disekelilingnya terhadap mereka. Nia malu.
"Kau ralit sangat dengan bahasa Korea kau tu. Aku panggil kau banyak kali kot!" cebik Sarah.
"Haa pehal?"
"Buanglah headphone kau tu jap. Segmen berlajar bahasa Korea tuh dah habis kan?"
Nia menjeling tepat ke arah anak mata Sarah. "Tau tau je kau kan?"
"Ni Sarah lah. Segmen tu dari pukul 3.30 sampai 4.30 je kan? Weh, semalam aku chatting dengan Ammar dekat FB. Dia tanya pasal kau..."
Nia mengetap bibir. Walaupun hampir 4tahun berlalu, bayangan Ammar sentiasa dimindanya... Abang senior yang dikenalinya dari sekolah menengah lagi... Cinta monyetnyanya yang kukuh sampai sekarang.
******
Seperti kebiasaanya Nia sekali lagi tekun bersama headphonenya.
"Gu-jum-su-pyo" apa yang didengar itulah yang bibir Nia akan lafazkan.
"Bermaksud aku amat merinduimu." ujar satu-satunya pengendali segmen bahasa Korea di Kolej Kayangan itu. Kolej yang teragung di Malaysia.
"Bermaksud aku amat merinduimu." ujar satu-satunya pengendali segmen bahasa Korea di Kolej Kayangan itu. Kolej yang teragung di Malaysia.
"Ho-ney. I -Love You" "Bermaksud, aku amat mencintaimu.''
Nia mula berasa hairan?
"Sri Narnia Avengers binti Aaron, sudikah dikau menjadi isteriku yang sah?"
Hambekk. Nia ternganga!
******
Petang itu...
Dari kejauhan Sarah menjerit memanggil Nia. "Nia, Nia, Nia kau dengar tak tadi?" Nafasnya belum sedia dihela namun.... "Ada orang melamar kau!"
"Malu aku dow..Sape punya kerja nak kenakan aku nih?"
"Saya...!" celah suara garau dari arah belakang mereka...
Nia hampir ternganga besar buat kali kedua. "Awak???"
********
Cinta tidak memerlukan kemaafan. 4tahun dulu bukanlah sebab untuk tidak membina kehidupan yang bahagia. Ya Ammar meninggalkan Nia dulu kerana cita-citanya. Tapi sekrang mereka mara ke cita-cita cinta mereka pula.... Uh...
TAMAT
Ps :: Argh tajuk nak glampes~
9 comments
perkasanya cerita.
so suweeet~~
layak jadi skrip drama..best ^_^
hamboiii pengaruh korea sungguhla die ni
sweetnya cerita ni...
lepas ni dh blh buat skrip..:)
bila bleh buat filem nie? kikiki
hha ! .. sweet2 .. nnt buat novel pnjg2 pula .. konfem beli ..
muah...hehe
sakan berkorea yer...