Fenomena kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri by pos masih lagi relevan. Buktinya ramai blogger dapat kad raya kan dari blogger lain? Kalau bukan blogger pon masih dapat jugak kan? Terutama sekali bagi syarikat atau badan organisasi yang suka hantar kad raya pada pelanggan mereka. Siapa dapat kad raya je yang tahu perasaan menerima kad raya. Manis tau..
Terima kasih ya kepada semua yang telah tambahkan koleksi kad raya saya. Kena simpan woo mana boleh buang moment-moment macam ni. Rasanya koleksi kad raya saya bermula sejak 2002. Kalau juai laku tak? Behave xila...
Terima kasih ya kepada semua yang telah tambahkan koleksi kad raya saya. Kena simpan woo mana boleh buang moment-moment macam ni. Rasanya koleksi kad raya saya bermula sejak 2002. Kalau juai laku tak? Behave xila...
Sebahagian koleksi kad raya saya sejak tahun 2002.
Kad raya 2013 dari Blogger Henrieta Jose
Fenomena kad raya by pos ni harus diteruskan lah rasanya. Sebab kita yang patut memeliharanya untuk generasi akan datang supaya mereka juga dapat merasai moment terima dan balas kad raya ni. Insyaallah tahun depan nak beri kad raya besar-besaran lah untuk semua pembaca blog Dearxila.my ni. (Catit dalam buku lima jap).
Tapi macam saya sendiri, suka buat kad raya atau apa saja jenis kad yang berunsur kreativiti. Tahun ni dalam simpanan saya, kad raya yang dibeli dikedai ada 3 ketul.
Masa tu dah nak hujung Ramadhan, nak tak nak kena buat jugak lagi tiga kad raya
sendiri, yelah tak kan lah nak tangguh je balas kad raya kawan-kawan
tahun-tahun lepas punya kan.
Buat kad sendiri la baru rare. Tak dak juai kat kedai punya maa.. Disamping jimat dan ada unsur-unsur jari jemari seni. Kad raya saya tak adalah kreatif sangat. Tak tengok pon contoh buat kad raya kreatif ni kat internet. Bila dapat gunting dengan kertas je terus buat patent ikut sesuka hati je. Sebab tu kad raya saya takde yang jenis duplicate. Tapi takdak contoh lah sebab semua kad raya yang saya buat sendiri dah masuk dalam sampul baru teringat nak snap gambar. Huhu.
Kad raya yang baru nak balas. Kebanyakannya kad raya yang saya terima tahun 2012 dan 2011. Teruk punya perangai kan.
16 comments
ntah ke mana dah koleksi kad raya lama2 akak dah...he he he...
akan ku simpan hingga ke 7 keturunan (if any) hahahah
dari 2002 eh....dah 11 tahun simpan....wow!
kad raya yg i bagi ade kat situ laaa
wahh.. simpan le, boleh buat kenangan.. hihi
tahun ni sally dapat 3 je kad raya...
p/s : Jom kita jatuh cinta sama-sama dengan CNBLUE!:)
bestnyee dpt kad raye ni..igtkn dh pupus dh budaya ni..rupanya ada lagi kan :P
wah kreatif2 sungguh tu !
AKK ritu ada blogger mintak alamat.tapi kad nya xsampai2 pon.hahaha
Malu rietta...thun nie xbuat quillinb...sebab dh selalu sgt buat...itu yg anyam ketupat plak...
Ada sentimental value , bagus lah hehe
hana pun ada simpan kad raya.. bila tengok2 balik kad raya yang lama. rasa macam rindu kat kawan2 yang menghantar kad raya tersebut
Assalamualaikum awak. sheila lagilah teruk. tak pernah lagi balas semua kad2 raya dari blogger. insyallah kalau panjang umur tahun depan nak balas kad rayaaaaaaaaa :)
Byknye dpt kad raya
banyaknya kad raya :)
p/s: blog deno bertukar domain! link : http://www.dayangdeno.com/2013/08/wwwdayangdenocom.html
tahun ni sy dapat 3 saja kad raya, dua dari rakan blogger, satu dr member hehe