August 21, 2011

Top Lagu Raya Aidilfitri Pasti Leleh Airmata !

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa. Lagi beberapa hari je nak sambut raya. InsyaAllah.. Wah bukan main rancak lagi pasang lagu raya aidilfitri ye? Nak join jugak...Hehe 


Eksaited kan bila dengar lagu raya aidilfitri. Kalau yang kat bandar tu mesti teringat kat kampung. Tak sabar nak balik rasanya kan? Untuk mengubat rindu pasang la lagu raya aidilfitri. Mesti lagu "Balik Kampung" jadi pilihan kan? Jom jap skodeng lagu raya aidilfitri pasti menyentuh jiwa. Lagi-lagi untuk si perantau....Ehehehe



Top Lagu Raya Lama Pasti Leleh Airmata :

1) Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
:: Adoyai...Memang sedih lagu ni. Even beraya kat rumah sendiri, tapi terasa kesyahduan lagu ni. Memang touching habes. Menanges tak berlagu jiwa pankreas akak tau. Sudirman terbaek.

2) Dendang Perantau - P.Ramlee
:: Memang lagu ni tak boleh challenge la weh. Sian kat perantau. Superb evergreen.

3) Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
:: Ni lagi satu, ishh macam mana diaorang boleh buat lagu sedeh-sedeh ni haa rockers? Dengar intro dah ketaq jiwa raga. Ayoyo. Aku pulak feeling habes. Nanges air mata darah kalau aku kat Paris la ni. Haha

4) Bersabarlah Sayang - Anuar Zain
:: Walaupon penyanyi asal Sanisah Huri tapi tetap letak Anuar Zain sebagai pilihan. My feveret one ever. Kalau kat kampus dulu lagu ni la yang asyik dok putar. Best!

5) Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist
:: Huwaaaa. Tak sanggup lagi rasanya. Sedih. Sedih. Sedih

6) Kepulangan yang dinanti - Aman Shah
:: Memang aku tak tahan bila dengar lagu raya ni. Laju je menitis. Lagu tentang anak yang bertemu ibubapanya setelah lama tak jumpa. Seorang askar lah katakan. Hebatlah diaorang! Hero Malaya sejati! Gagah. Wah terlebehh.

7) Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
:: Sian kat cik abang penyanyi ni sebab teringat bekas awek dia. Lepas clash terus buat lagu untuk bekas teman wanita spesel di hati beliau ni. Hehe

8) Lebaran Ini - Ajai, Raihan, Nowseeheart, Rem
:: Yes ni lagu feveret. Yang ini lebih kepada kerohanian. Kalau ada buat silap tu dengar lagu raya aidilfitri ni, macam terasa je. Hehe. Suka ingkar dengan perintahNya. Banyak buat dosa dengan mak abah, adik-adik, kawan-kawan, saudara-mara, dan orang sekeliling jugak. Sama ada sengaja atau tak sengaja. Minta maaf pada semua yang membaca. Sobss.....


beautiful song-my fav, lagu raya aidilfitri, lagu raya lama, lagu raya evergreen, list lagu raya best, Hari raya aidilfitri


Setakat ni lagu lama jugak yang melekat di hati.
Review 8 lagu raya aidilfitri  je. Kang ada yang kua air mata darah pulak.


August 20, 2011

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalammualaikum,

Baru lepas tengok cerita "100 hari" Tanda 100 hari sebelum kematian kat Tv1 tadi . Mengenai cerita tanda-tanda 100 hari sebelum kematian menjemput antara dua orang yang berbeza. Antara yang mengejar dunia dan yang mencari kebahagiaan Akhirat. Lakonan mantap Zulhuzaimy, my faveret one. Kihkih. Kita ni? Mana arah tuju sebenar? Sangat terpanggil untuk menulis entry Tanda 100 Hari Sebelum Kematian ini untuk tatapan bersama.

“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”
“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”


Sumber bernas :: Berita Harian



Aduyai...Tak sanggup aku nak letak gambar kubur untuk sisipan hiasan picisan. Diharap aku dapat menjadi dikalangan yang terpilih untuk merasai tanda-tanda 100 hari sebelumkematian ni. Dapatlah nanti persiapkan diri dan bersedia menghadap Ilahi. Syahdunya....Sesungguhnya aku tak layak ke SyurgaMu, malah aku jugak tidak sanggup ke NerakaMu. 

Sempat lagi nak kejar Lailatulqadar ni. Kita diberi pilihan untuk mencarinya atau tidak. Kalau tak cari kita ni golongan yang rugi. Doakan sesame untuk mendapatkannya. I remind you, you remind me. Because I care... :)

tanda-tanda 100 hari sebelum kematian, tanda kematian, meninggal dunia, mati



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!