October 7, 2011

[Gambar] Konvokesyen UUM ke-24

Assalammualaikum,

Dari minggu lepas lagi dah semangat nak ke UUM kan. Punca eksaited akibat meraikan Hari Konvokesyen UUM ke-24. Saya suka nombor 24 jugak. Hehe. Tahniah untuk semua graduan UUM dan dari Universiti terkemuka yang lain. Teringin sangat nak tunjuk semua gambaq bagi berkongsi kejayaan ini. Apa kan daya nanti ada yang muntah hijau pulak kan...


convo, UUM Convocation, campus style, tips belajar, graduan UUM


Seronok sangat lepas 5tahun berada di Kedah termasuk matrikulasi memang muak la kan.. Namun atas dorongan ibubapa dan sahabat handai yang sering menjadi tunggak, akhirnya Ijazah ku genggam! Buat adik-adik belajarlah rajin-rajin demi membalas jasa ibubapa seiring dengan mengejar ilmu agama. Rindu Kedah sudahhh.... Oh ya terima kasih buat Sutera Kasih kerana buat entry khas buat saya...ngehngehngeh


ps :: belanjawan 2012???




September 27, 2011

Tips Gigi Putih Berseri Ekstrem

Assalammualaikum,

tips, gigi putih, tips gigi putih, cara nak dapat gigi putih, beauty


Gigi korang kuning-kuning akibat merokok terlampau? Gigi dipenuhi kulat dan alga? Gigi anda-anda sekalian terselit bakteria-bakteria yang memakan enamel anda sehingga hitam-hitam manis? Kini usah risau lagi. Sesungguhnya saya akan memberikan tips gigi putih berseri secara eksklusif. Tanpa bayaran. Sharing itu kan caring-caring manje. Tak gituu.


1) Kumur gigi anda dengan air garam. Kalau nak cepat menjadi putih, campurkan sekali dengan klorox. Pantas dan tuntas. Wowww (sounds effect)


2) Pastikan cara mengosok gigi adalah betul dan berkesan. Ikut nasihat doktor. Memberus gigi secara bulatan. Untuk kesan yang maksimum, gunakan penyental berus jamban. Ade bran?


3) Gentelkan gigi anda dengan arang. Namun cara ni perlukan skill kerana ianya agak merbahayakan enamel gigi. Selain itu, gentelkan dengan kertas pasir. Cubalah! (buat muka peaceeee)


4) Lemon juga salah satu cara yang jimat untuk memutihkan gigi. Campurkan bersama teh yang dibancuh petang-petang. Tak nak campur dalam teh, campurkan ke dalam larutan clorox okeh juga.


5) Gunakan rawatan bleaching/pemutihan di klinik berdekatan. Disebabkan kos yang mahal, kunjunglah ke kedai cat yang berdekatan. Beli cat yang bewarna putih tau. *shuke-shuke


6) Cara ke enam, pergilah lah Google selanjutnya. Kerana usaha itu tanda kejayaan. *Cayok-cayok.



Cukup kot bagi lima je ''tips gigi putih berseri secara ekstrem". Kalau bagi 10 tips pun, bukan korang ikut kan. Selamat mendapatkan gigi yang putih bersinar bak mutiara kawan-kawan. Dah putih jangan lupa upload kat kami semua ya. Have fun! 





ps : senyum kambing :)




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!