June 19, 2012

Tips Diet Cepat Dan Cemerlang

Assalammualaikum,


Anda ingin berdiet?

Tapi tak tahu bagaimana caranya?

Hah. Kebetulan nak sangat kongsi tips diet cemerlang ini dari Dr. Romley Walawey aka Dr D.




Tips Diet Cepat Dan Cemerlang :

1. Gunakan pinggan bewarna putih. Kerana putih itu suci.

2. Ambil lauk yang bewarna-warni di setiap pinggan putih yang anda ambil. (sayur-sayuran) Bagi meransang adrenalin anda makan dalam keadaan happy.

3. Minum air sebelum makan. Jangan makan selang-seli dengan minuman. Pantang nenek moyang aku.

4. Mengambil minuman panas selepas makan seperti teh panas. Kerana aku yakin teh dapat mengawal metabolisma dalam badan selepas makan. (sumber : Universiti Parkinson)

5. Kurangkan makanan berunsurkan kabohidrat. Ambil lebih protein.

6. Elakkan mengambil makan malam selepas pukul 7pm. Sebab kan makanan berat seperti ayam, daging, sotong kurita, udang-udang lambat nak hadam. Kalau tak silap ayam ambil masa 4-5jam untuk hadam. Kalau tak sempat hadam ianya akan menjadi lemak dalam badan hangpa. Oh kalau tak silap.

7. Berfikiran positif selalu. Cuba bayangkan kalau kita stress, makanan yang kita cari dulu. Ye dak?

8. Jangan makan sambil mengadap tv mahupun laptop. Sebab sedang asyik kita mengadap hiburan kita tak berapa sedar yang kita dah terlebih menyuap dalam badan.

9. Elakkan mengambil alkohol. (Itu semua orang tahu)

10. Em em apa lagi ek? Ulang balik baca dari no 1-9.








Tips : Tips diatas serius dalam tangisan...




May 6, 2012

Peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik

Assalammualaikum,


Entry sebelum nih [klik sini],  telah membuatkan beberapa makhluk salah faham. Ataupun telah disuntik fahaman sonsang. Ikuti kupasan selanjutnya...


Sebenarnya baru sahaja terpilih sebagai salah seorang calon untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir & Diplomatik bagi Gred M41. Alhamdulillah... Saya akui gementar dan gemuruh jiwa untuk menghadirinya pada 12 Mei ini. Walaupun hanya sekadar pelawaan ajak-ajak ayam dari Kerajaang kan... Silalah menggariskan minda positif sejajar dengan mendukung pegangan 1Malaysia wahai xila....




Baru beli tapi belum stadi...Argghhh (lari berteriakan)

Kembali normal oke..


Minah Lea Isnawi lah nih. Ingatkan daku dah dapat kerja sebagai pegawai kerajaan tuh. Siap wish tahniah kat FB. Tapi takpe, demi menjage hati meke, akan ku berusaha menggapai jawatang keramat ituh! Tuhan takkan mengubah nasib hambanya jika tiada inisiatif hambanya untuk bersaha dan meminta inspirasi dariNya...
Doakan daku ye tawan-tawan. Aminnnn.....





Ps :: Praktis menulis esei secara skema sangat gerun! Tapi ku harus!!


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!