October 30, 2011

Tips Tambah Follower

Assalammualaikum,

tips, cara tambah follower blog, blogger, cara buat blog, tip tambah follower, konsep asas blog, Pageview


"Hai, I follow you ya, please follow i balik!" Serius ada tanda seru tu yang buat macam seram. Tak salah cara suruh difollow tuh, tapi cuba gunakan pendekatan yang lebih mesra malah penuh berprofile tinggi. Memang tak tahan sebut profile tuh. Tips untuk blogger baru khususnya. Jadinya tipsnya ialah :

Ping blog & Blogwalking

Rajin-rajinlah ping blog bila dah update. Di facebook sangat membantu ya. Contohnya boleh ping kat  Blogwalking widget ke. Haa kan. Rajin-rajin lah ping. Mana tau kalau yang tengah blogwalking ternampak tajuk blog awak yang menarik tuh akan click entry awak. Untung-untung dia follow sekali ke. Jangan malas nak blogwalking juga! Barulah orang akan sedar kehadiran kita kat industri blog nih! Hang pi dok diam-diam ja buat pa.


Mesra Blogger

Apa salahnya jadi blogger yang mesra untuk dikenali. Rajin-rajin la sapa blogger-blogger lain dan tinggalkan jejak dengan lebih mesra. "Hai awak saya datang sambil follow awak. Sudilah bertandang ke blog saya juga". Kalau rasa macam skema cuba ini. "follow blog comel ni. meh ler ke blog saya ya". Ataupun korang boleh tinggalkan salam dan link entry terbaru. Kalau entry best, tak mustahil orang nak follow kan. Silalah mesra dengan blogger Afzal ni yang sangat mesraaa.


Rajin Join Segmen

Korang boleh join segmen yang kerap la jugak abang Ben Ashaari buat. Tapi segmen dia selalu cepat sangat tarikh tutupnya. Segmen dia bagus untuk blogger baru atau dalam fasa still membangun la. Memang molek sangat. Jugak boleh join segmen dari blogger-blogger lain. Ramai yang menganjurkan segmen-segmen ni. So, jangan segan silu join segmen! 


Rajin Buat Segmen/Contest/Giveaway

Kalau dah rajin join segmen orang, siap ada pengalaman dalam pemerhatian segmen orang lain, apa salahnya korang pulak yang buat segmen bagai. Cara yang mudah mendapatkan follower. Walau tak banyak, tentu ada yang follow punya. Ramai dah blogger guna syarat bila bersegmen bagai "sila follow blog ini". Jangan risau buat je dengan strategi marketing yang rancak. Jangan dok buat tapi tak hebahkan pulak. 


Template Blog

Kalau template blog korang kiut, sedap mata memandang, kemas, tak lambat loading, lain dari yang lain malah menarik, ramai juga sudi nak follow. Tu belum lagi entry yang menarik, orangnya yang cun/kacak, lebih-lebih lagi korang ni ada x-factor lagilah ramai yang sudi nak follow. Rombak balik blog kalau rasa nak terus membangun okeh.


Okeh lah tuh setakat nih. Itu je terlintas. Kalau kamu newbie baca tips penting untuk newbie nih. peaceee.. Semoga Tip tambah follower ni bermanfaat buat semua.


19 comments

October 30, 2011 at 11:15 AM

heh3....selalu kot ada ayat camtu kat shoutbox!

October 30, 2011 at 11:16 AM

cakk =) tapi kan , kita kan tiap kali ping blog kita akan terima arahan " follow me !!!" waaa takut =) pastu kan kita check kan dia tak follow pun,

ada pulak kan , yang siap follow pastu bagi comment kat entry ," done , follow" . adoi macam tak baca je -.-'' takpe kita pun follow je dia punya malas baca =)

ada jugak kan , kita buat entry pasal bengang dengan org macam ni , dia comment,' follow me ' . lol nampak sangat dia tak baca kan sebenarnya kan =)

October 30, 2011 at 11:28 AM

tips yg sgttttt berguna :)

October 30, 2011 at 11:30 AM

bagus utk blogger2 baru..hee..

*ayt aie mcm dah lma jer berblog ni,hoho...

October 30, 2011 at 11:32 AM

ni tips yg org tak minat jd follower .ade jugak jenis camni " follow saya ye, pastu baru saya follow balik! " lebih kurang camtu la ayt dia, hampeh...

October 30, 2011 at 12:05 PM

yes.ini lah tips yg di nanti2 kan.
mekasih cik paris.tp perasan tak?
ada sesetgh tu nak pancing elok je..
mesra2 bagai,lepas tu terus sepi x btego.haha tettt

October 30, 2011 at 12:44 PM

tp kan entri pun kena best jugak la
aku kalo tgk entri bosan
malas gak nk polo

hehe

October 30, 2011 at 1:25 PM

Tips yang bagus. TQ!

October 30, 2011 at 2:47 PM

yang p/s tu setuju..saya pun jarang atau memang tak follow balik bila di suruh follow..follow biar ikhlas ye tak?

October 30, 2011 at 4:07 PM

haha betul betul.ada blogger suka guna i follow you follow.heh,berblogging bukan sebab nak cari follower.nak cari pembaca =.=
thanks for the tips tu btw :D

October 30, 2011 at 4:29 PM

betul2..bgus tips cik paris ni.. ;D

October 31, 2011 at 1:10 AM

hehehehe...tips yang bagus! rmai suka ngan afzal tu...hihi

October 31, 2011 at 11:41 AM

ala jemah malu i nok.kahkahkah sesusah je :) bw buat kawan ramai2..susah senang blog, kita2 gak yang tolong

*kita hidup jgn sombong2..tuhan marah :) anyway good entry for newbie cam den :)

October 31, 2011 at 3:37 PM

awww
suke la akak parisss bagi tpss utk iteee

hehehehe
betul2
pendekatan yg lembut lebih menarik minat org kan =]

November 13, 2011 at 12:46 PM

salam..
bgoz3...bertambah ilmu blogging nie..hehe..

wa... sgt2 suka dgn tips yg best ni. amat berguna utk sy yg baru :)

December 25, 2012 at 3:54 PM

nice blog, n good info.
sesuai untuk newbie cam sy ni.
tqvm.

December 25, 2012 at 5:11 PM

nice tips !
macam sye tak berapa suke nak follow blog org lain kalau ayat die "i follow u, follow me back !"
sampai ke sudah, sye tak follow dia. Hahaha

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!