"Hai, I follow you ya, please follow i balik!" Serius ada tanda seru tu yang buat macam seram. Tak salah cara suruh difollow tuh, tapi cuba gunakan pendekatan yang lebih mesra malah penuh berprofile tinggi. Memang tak tahan sebut profile tuh. Tips untuk blogger baru khususnya. Jadinya tipsnya ialah :
Ping blog & Blogwalking
Rajin-rajinlah ping blog bila dah update. Di facebook sangat membantu ya. Contohnya boleh ping kat Blogwalking widget ke. Haa kan. Rajin-rajin lah ping. Mana tau kalau yang tengah blogwalking ternampak tajuk blog awak yang menarik tuh akan click entry awak. Untung-untung dia follow sekali ke. Jangan malas nak blogwalking juga! Barulah orang akan sedar kehadiran kita kat industri blog nih! Hang pi dok diam-diam ja buat pa.
Apa salahnya jadi blogger yang mesra untuk dikenali. Rajin-rajin la sapa blogger-blogger lain dan tinggalkan jejak dengan lebih mesra. "Hai awak saya datang sambil follow awak. Sudilah bertandang ke blog saya juga". Kalau rasa macam skema cuba ini. "follow blog comel ni. meh ler ke blog saya ya". Ataupun korang boleh tinggalkan salam dan link entry terbaru. Kalau entry best, tak mustahil orang nak follow kan. Silalah mesra dengan blogger Afzal ni yang sangat mesraaa.
Rajin Join Segmen
Korang boleh join segmen yang kerap la jugak abang Ben Ashaari buat. Tapi segmen dia selalu cepat sangat tarikh tutupnya. Segmen dia bagus untuk blogger baru atau dalam fasa still membangun la. Memang molek sangat. Jugak boleh join segmen dari blogger-blogger lain. Ramai yang menganjurkan segmen-segmen ni. So, jangan segan silu join segmen!
Rajin Buat Segmen/Contest/Giveaway
Kalau dah rajin join segmen orang, siap ada pengalaman dalam pemerhatian segmen orang lain, apa salahnya korang pulak yang buat segmen bagai. Cara yang mudah mendapatkan follower. Walau tak banyak, tentu ada yang follow punya. Ramai dah blogger guna syarat bila bersegmen bagai "sila follow blog ini". Jangan risau buat je dengan strategi marketing yang rancak. Jangan dok buat tapi tak hebahkan pulak.
Template Blog
Kalau template blog korang kiut, sedap mata memandang, kemas, tak lambat loading, lain dari yang lain malah menarik, ramai juga sudi nak follow. Tu belum lagi entry yang menarik, orangnya yang cun/kacak, lebih-lebih lagi korang ni ada x-factor lagilah ramai yang sudi nak follow. Rombak balik blog kalau rasa nak terus membangun okeh.
Okeh lah tuh setakat nih. Itu je terlintas. Kalau kamu newbie baca tips penting untuk newbie nih. peaceee.. Semoga Tip tambah follower ni bermanfaat buat semua.