Pentingnya scrub muka dalam tempoh 2 kali seminggu (paling kurang) dapat membersihakan muka, membuang sel-sel kulit mati, membuatkan kulit muka lebih licin, cerah dan sihat. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif, jadi aplikasi scrub pada muka haruslah secara lemah lembut dan betul.
Mengapa pilih DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ?
Apabila memilih scrub muka, pilih scrub yang diperbuat dari bahan
semula jadi seperti kulit kacang tanah, apricot dan sebagainya.
Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap
sehingga ke liang pori-pori. Tapi saya lebih suka guna scrub teh hijau dan tomato sebab mudah didapati. Scrub guna tomato jarang sangat nak guna tapi lain kali saya share lain eh.
Bahan-bahan DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Teh hijau (uncang atau serbuk)
2. 2 - 3 sudu besar gula
3. Kapas muka
4. Air panas
5. Air suam
6. Air lemon, yogurt atau Baby Johnson oil (optional)
Bahan dan cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau
Cara-cara buat DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Rendam teh hijau tadi dengan air panas selama 120 saat. Minumlah teh yang korang buat tadi dan tinggalkan sedikit air teh untuk digunakan kemudian. Tapiskan serbuk teh bagi yang guna serbuk teh. Bersihkan uncang teh dan keluarkan isi serbuk teh bagi yang guna uncang teh. Ada paham ka?
2. Bersihkan wajah dengan air suam. Kemudian, lapkan muka dengan tuala yang bersih.
3. Campurkan serbuk teh hijau dengan 2- 3 sudu besar gula tadi dan digaul sama rata. Letak sedekit lebihan air teh hijau tadi tu untuk melarutkan gula supaya tak terasa kasar sangat gula tu. Amboi macam memasak pula..
4. Titiskan bersama dengan sedikit air lemon, yogurt atau minyak baby Johnson. Ini suka hatilah nak letak ke tidak. Untuk kesan yang lebih dramatik hee.
Abaikan mata besar tu. Orang nak buat demo ni...
5. Ambil kapas muka dan applykan di muka anda secara rata. Biarkan selama 1 minit.
6. Gunakan jari anda dan gosok-gosok sikit secara bulatan di bahagian jerawat atau black/white sekitar hidung, tenyeh-tenyeh secara lembut tau, dan feeling muka cantik macam Fazura. Huhuh
7. Ambil kapas muka tadi dan serapkan dengan lebihan air teh hijau tadi dan applykan di muka anda sebagai toner pula. Kemudian pakai pelembap muka.
Muka yang berjerawat teruk tidak digalakkan memakai scrub pada muka sebab takut
mudah merebak dan semakin teruk. Jadi sila refer dokotr pakar untuk
teknik lebih berkesan (mengurangkan jerawat) oke.Semoga info Cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ini beermanfaat untuk anda praktikkan.
Go green ♥
32 comments
thanks xila..tak pernah guna teh hijau..kalau apricot selalu..nway good sharing..nanti boleh cuba..
wahh boleh save bajet nie , thanks :) atas caranya
LELAKI BOLEH PAKAI TAK? NAK JUGAK LICINKAN KULIT MUKA.. :)
wow..
nice sharing :)
vahhhh rajinnya,kalau akk xde masa kot.dgn anak lagik.hehehe
Thaks for the share...
Rajinnya nak buat sendiri tapi bagus sebab tahu apa bahan yg digunakan, tak ada rasa ragu-ragu kan..
gd one tq share yer !
boleh cuba buat lepas ni..
wah.. sangat menarik.. boleh try lepas ni.. :)
ni kene cube gk nih... mcm mudah je...
lps ni nk cube lah... mcm best je kan
senang..tp nak buat tu atas diri malas dgn rajin jer..hehehe
Cara ini mungkin alternatif kepada pencuci muka non-comedogenic, sebab ada sesetengah orang kulitnya sensitif dan jadi lagi teruk bila dicuci dengan sabun pencuci biasa.
boleh try ni... hihihi...
nice sharing..tp sy xpnh pkai bnda2 cmni..he3..
wah..leh try nie,..tq
@izan mama mia yeah sumerang...murah dan simple
info menarik ni..boleh sy try lepas ni..jimat bajet sikit kan :)
waa..sgt2 menarik..suka jugak buat homeade facial ni.biasa gna asam jawa or telurayam.. leh cuba cara ni lak
bagus..jimat duit..ad tips nk kurangkn or kecikkn pori2 pd muka x?
nasib baik x publish scrub dgn kertas pasir ^^
yeaaa, go green captain planet, hukk...
wah rajinnyaaa..
Salam.
Wah..lana kalau buat sndiri scrub, sental dgn kulit pisg je terus,hehehe.
Boleh dicuba DIY xila ni ^^
semua petua zara buat..hee..seronok guna bahan semula jadi ni..tu pun klu rajin klu tak pakai yg siap dah..hehehe...=D
owh..ade guna jgk teh hijau tu ye..selalu pas minum buang je..haha..
lepas ni bleh la buat..
thanks share ^,^
*patutla muke comei;p*
Akak gune scrub garnier je..huhuhu
MJ pernah buat macam ni :D
suka suka suka.. baru betul budget :)
Wah macam ini caranya kalau nak cantik macam Xila Fazura hehe :)
owh..cengitu..should try.. :)
Thanks for sharing. Tak pernah cuba lagi