September 24, 2017

Legakan kehausan anda dengan CoolBlog!

Assalammualaikum and hi!

Setakat ini minuman kegemaran yang paling sedap dan murah mengikut sedap rasa tekak ni mestilah CoolBlog. Senang nak dapat sebab kiosk CoolBlog dekat dengan rumah je. Kalau sesaje tak tau pi mana mesti singgah CoolBlog dalam Giant Tambun hihi



          CoolBlog honeydew smoothies + apple jelly & CoolBLog Oreo smoothies banana choc

CoolBlog bukan saja sedap sesaje, terlajak murah, tapi ada pelbagai pilihan minuman yang dapat memikat selera masing-masing. Masing-masing mesti ada feveret pilihan kan? Kalau dulu saya mesti order Blue coral smoothies tambah topping apple jelly tak pun manggo jelly. Yummehh

Tapi sejak diperkenalkan dengan Oreo Smoothies asyik order jenis ni je... Memang terlajak sedap dan menyelerakan! Kalau tak tambah topping pun cukup. Kalau tambah terasa air tu penuh, padat malah dapat kenyangkan perut korang sementara waktu huhu


Current obssesion CoolBlog Oreo Smoothies


Peppermint Choc asyik sold out je duhh

Harga CoolBlog adalah berbeza mengikut jenis range minuman yang korang order. Setakat ni murah lagi dari yang lain dan sedap.  Korang suka yang mana? Belum cuba boleh pi cuba sekarang? Minuman feveret aku sekarang ni tentulah......

CoolBlog oreo smothies banana choc!


Boleh layan waktu dimgin dan sejuk


Layan waktu terik mentari lagi padu bebb


Apa lagi jom cuba lekaihhhh ! 


August 20, 2013

Tip Pakaian ke Rumah Terbuka (Open House)

Assalammualaikum,

Syawal kan sebulan, mesti korang dapat jemputan ke rumah terbuka sana sini sampai tak menang tangan kan. Tak pun jemputan kenduri kahwin. Lepastu pening nak fikir baju apa yang nak dipakai sebabnya lebih banyak anda dapat jemputan ke rumah terbuka, lebih banyak lah pakaian yang perlu disarung. Tak bestlah kalau asyik pakai baju yang sama je kannn....

Tapi pemilihan pakaian untuk ke rumah terbuka haruslah kena pada tempat, masa, dan lain-lain faktor. Kalau pakai simple sangat pon tak best kan, kalau over bergaya takut overshadow tuan rumah pulak. Takpe, janji kau yang paling cantik..hehe..


Baju Kurung / Tradisional

Kalau pakai baju kurung atau tradisional yang lain memang sesuai untuk semua majlis rasmi atau tak rasmi. Yang penting pemilihan fabrik, design dan warna kenalah sesuai dengan faktor-faktor tadi. Pemilihan baju kurung atau tradisional kan lebih manis, sopan, selamat dan paling tepat untuk ke rumah terbuka.

contoh bergaya dengan baju kurung

Jubah / Kaftan / Blouse / Skirt Labuh

Kata beraya rumah orang kan. Ciri-ciri penting seperti sopan harus dititikberatkan. Sebab nanti kalau kena tegur dengan orang tua-tua baru tahu. Dan salah satu tanda kita hormat majlis orang. Lainlah kalau party cocktail kan, pakai baju kurung atau baju yang lengan meleret-leret, semua memanglah tak sesuai. Ingat balik faktor tempat ya.


Hari raya aidilfitri, tips, Hari Raya 2013, tip fesyen ke rumah terbuka, info, beauty, fesyen, peplum fesyen, inspiration, bergaya ke rumah terbuka


Konsep Mix and Match

Kebanyakan baju raya korang dah pakai kan, apa kata cuba konsep mix and match pulak. Cuba padankan skirt labuh, blouse dengan tambahan cardigan panjang atau pendek ke ataupun padankan seluar slack atau palazo dengan blouse ke. Kreatif, manis, dan masih sopan! Musim peplum masih in, bergaya dengan peplum pun comel :)


Don't!

Jangan sesekali bergaya dengan jeans. Tampak tak manis. Alah hari minggu atau hari-hari yang biasa yang lain kan korang selalu bergaya dengan jeans, apa kata di hari atau waktu rumah terbuka macam bulan Syawal ni korang bergaya lebih manis pulak. Bukan selalu...

Untuk idea yang lebih baik, apa kata korang lawat Zalora Women's Butik. Mana tahu ada pakaian atau aksesori yang dah berkenan tu bolehlah terus shopping untuk dijadikan koleksi anda pada masa akan datang. Semuanya boleh didapati dari hujung rambut hingga hujung kaki di Zalora. Apa tunggu lagi, jom bergaya dan beraya :)


ps : bergambar pon kena sopan tau..tapi bila jumpa member haruslah crazieeeee ;p



August 18, 2013

Cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau

Assalammualaikum,

Pentingnya scrub muka dalam tempoh 2 kali seminggu (paling kurang) dapat membersihakan muka, membuang sel-sel kulit mati, membuatkan kulit muka lebih licin, cerah dan sihat. Kulit pada wajah lebih lembut dan sensitif, jadi aplikasi scrub pada muka haruslah secara lemah lembut dan betul.

Mengapa pilih DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ?
Apabila memilih scrub muka, pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, apricot dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori. Tapi saya lebih suka guna scrub teh hijau dan tomato sebab mudah didapati. Scrub guna tomato jarang sangat nak guna tapi lain kali saya share lain eh.

Bahan-bahan DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Teh hijau (uncang atau serbuk)
2. 2 - 3 sudu besar gula
3. Kapas muka
4. Air panas
5. Air suam
6. Air lemon, yogurt atau Baby Johnson oil (optional)

DIY, Facial scrub dengan teh hijau, DIY Scrub muka dengan teh hijau, teh hijau, kelebihan teh hijau, go green, tutorial, tips, cara buat scrub muka sendiri, beauty, info, inspiration, yakin diri
 Bahan dan cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau


Cara-cara buat DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau :
1. Rendam teh hijau tadi dengan air panas selama 120 saat. Minumlah teh yang korang buat tadi dan tinggalkan sedikit air teh untuk digunakan kemudian. Tapiskan serbuk teh bagi yang guna serbuk teh. Bersihkan uncang teh dan keluarkan isi serbuk teh bagi yang guna uncang teh. Ada paham ka?

2. Bersihkan wajah dengan air suam. Kemudian, lapkan muka dengan tuala yang bersih.

3. Campurkan serbuk teh hijau dengan 2- 3 sudu besar gula tadi dan digaul sama rata. Letak sedekit lebihan air teh hijau tadi tu untuk melarutkan gula supaya tak terasa kasar sangat gula tu. Amboi macam memasak pula..

4. Titiskan bersama dengan sedikit air lemon, yogurt atau minyak baby Johnson. Ini suka hatilah nak letak ke tidak. Untuk kesan yang lebih dramatik hee.

DIY, Facial scrub dengan teh hijau, DIY Scrub muka dengan teh hijau, teh hijau, kelebihan teh hijau, go green, tutorial, tips, cara buat scrub muka sendiri, beauty, info, inspiration, yakin diri
Abaikan mata besar tu. Orang nak buat demo ni...


5. Ambil kapas muka dan applykan di muka anda secara rata. Biarkan selama 1 minit.

6. Gunakan jari anda dan gosok-gosok sikit secara bulatan di bahagian jerawat atau black/white sekitar hidung, tenyeh-tenyeh secara lembut tau, dan feeling muka cantik macam Fazura. Huhuh

7. Ambil kapas muka tadi dan serapkan dengan lebihan air teh hijau tadi dan applykan di muka anda sebagai toner pula. Kemudian pakai pelembap muka.


Muka yang berjerawat teruk tidak digalakkan memakai scrub pada muka sebab takut mudah merebak dan semakin teruk. Jadi sila refer dokotr pakar untuk teknik lebih berkesan (mengurangkan jerawat) oke.Semoga info Cara DIY Scrub Muka Dengan Teh Hijau ini beermanfaat untuk anda praktikkan. 

Go green ♥



July 24, 2013

Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Assalammualaikum,

cara pilih tembikai, tembikai manis, tembikai, how to choose melon, tembikai malaysia, tembikai
Tip/ Panduan Memilih Tembikai Manis

Ramai yang share gambaq pilih tembikai manis ni di Facebook. Entah ye entah tidak. Hehe nampak kantoi disitu.. Semoga bermanfaat. Jom join giveaway kawan kita sorang ni heee




July 19, 2013

Amalan Pahala Puasa Ketika Haid

Assalammualaikum,

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid

Wanita diciptakan oleh Allah s.w.t dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dari lelaki terutama dari segi kitaran haid secara bulanan. Lelaki pun boleh baca tambah ilmu untuk ingatkan isteri, gegel dan yang lain. Kihkihkih..

Wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia iaitu Hawa. Sesungguhnya wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya kosong dari amal ibadah adalah wanita yang sangat rugi. Jadi amalan seperti berikut boleh dipraktikkan oleh semua wanita. Insyaallah..

Antara Amalan Pahala Puasa Ketika Haid ialah:
1. Niat sebagai ibadah
Setiap amalan ialah ibadah, walaupun bukan amalan seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan seperti mengamalkan sikap yang baik, berlandaskan niat kerana Allah dan tidak melalaikan akan membantu menambahkan saham akhirat. Jauhi mengumpat dan fitnah. T___T

2. Berzikir
Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan sepanjang haid seperti beristighfar, takbir, tasbih, dan pelbagai. 

3. Menambah ilmu
Membaca bahan bacaan agama, dari segi aqidah, ibadah, adab atau apa saja yang manfaat juga boleh grab pahala senang-senang. Tak kira lah kot pergi majlis ilmu atau melalui youtube ke kan..

4. Dekat dengan al-Quran
Alternatif lain seperti mendengar bacaan al-Quran dalam pelbagai format yang canggih sekarang ni pon sangatlah bermanfaat.

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid


5. Berbakti kepada orang tua/ masyarakat
Manusia paling baik antara kamu, adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain. Berbaktilah kepada insan yang layak diberi perhatian atau pertolongan. Contoh best sediakan juadah berbuka puasa untuk family atau yang lagi up sikit jadi volunteer ke.

6. Memperbanyakkan doa
Wanita boleh memperbanyakkan doa dalam waktu yang mustajab seperti waktu azan dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar awal pagi (sepertiga malam).

7. Memperbanyakkan sedekah
Wanita juga boleh memperbanyakkan sedekah wang ringgit atau harta benda. Kalau saya kan, saya tak berapa kaya tapi sumbang klik iklan korang oke kan? Tapi kalau iklan sehari klik kat blog orang lain kena banned tak? Kita bincang lain hari ekk

 Apabila ilmu sudah diketuk minda, jom sama-sama amalkannya :)

Hati yang sentiasa ingatkan kebaikan, pasti tak akan membiarkan waktu lalu begitu saja. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Kalau dapat paktikkan sebulan ni, jom sambung untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga entry amalan pahala puasa ketika haid ini bermanfaat dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan di akhirat, miskin amalannya didunia, amin...

Sumber majalah Solusi Isu 39, 2011.
Sumber gambar - tokwan Google.




Ps :: Salam Ramadhan ke sepuluhkawan-kawan :D


July 13, 2013

Tahniah Kepada Para Pemenang Mencari Ramli Musim ke-2

Assalammualaikum,

Tahniah kepada ketiga-tiga para pemenang Mencari Ramli musim ke dua setelah beberapa minggu bersiaran setiap hari jumaat di TV3. Episod akhir telah pun bersiaran pada 12 Julai 2013 selama 1 jam dari 6.30 hingga 7.30 petang. Korang tengok tak? Kami pon tak tengok sangat sekadar fokus di penghujungnya. Yelah sibuk di dapur. Kekonon... Ngee


Tahniah Kepada Para Pemenang Mencari Ramli Musim ke-2 


Dua pemenang diumumkan melalui pemilihan juri profesional dan seorang pemenang melalui undian penonton. Ada kan kami dok cerita dalam entry yang lepas bagaimana nak mengundi Ramli feveret korang. Ketiga-tiga pemenang akan terbang ke Manchester United Soccer School pakej dengan biasiswa. 

Wah bestnya. Semoga kembali ke Malaysia dengan ilmu dan sharing-sharinglah dengan kawan-kawan yang lain ya hehe. Tahniah lagi sekali kepada semua pemenang Mencari Ramli Musim ke 2 ini.



July 11, 2013

Mengatasi Demam Ketika Berpuasa

Assalammualaikum,


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca. Oke la tuh walaupun lambat sehari. Ahkak dah 4 hari demam oke. Kukuh tak alasan?

Puasa adalah salah satu cara melawan nafsu. Nafsu mengawal makanan, nafsu berbelanja, nafsu amarah. Selain itu bagus untuk penghadaman. Badan akan buang segala toksin atau benda yang tak diperlukan oleh badan. Bagi yang menghadapi demam ketika berpuasa adalah disebabkan oleh pembuangan sisa-sia yang tidak berguna seperti toksin yang berlebihan akibat gaya pemakanan sebelum ini.

Simptom-simptom di awal Ramadhan
Bagi yang menghadapi demam di awal Ramadhan, simptom pening kepala, demam, lemah badan, berpeluh menunjukkan bahawa badan kita sedang dalam proses pemulihan dan pembaikan.




Rawatan berkesan
Pengambilan ubat-ubatan seharusnya dielakkan kerana kita masukkan balik bahan kimia yang tidak diperlukan badan. Dan akhirnya, proses pemulihan semulajadi tadi adalah sia-sia jelah nohhhhh.... Seharusnya pengambilan air maksima yang mungkin di awal sahur dan selepas berbuka amatlah penting untuk mengatasi hidrasi (kurang air dalam badan). Rajin-rajinlah menjaga diri sendiri wahai sahabatku :)

Ibadah puasa telah diwajibkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya sebagai satu rahmat kepada manusia. Berpuasa bukan sahaja menjaga kesihatan badan tetapi juga membentuk rohani yang mantap dan menundukkan hawa nafsu.




Segala sumber telah diolah supaya pembaca dan penulis tak terasa boring Ngeee..



July 5, 2013

Makanan Berkhasiat Untuk Otak Cemerlang

Assalammualaikum,

Entry khas untuk pelajar berkaitan pemakanan untuk otak, minda, and tummy kite supaya sihat dan cergas selalu. Lagi-lagi bila musim peperiksaan kenn. Tapi haruslah juga jaga adab dan lisan oke. Ah rindunya nak jadi pelajar hehe

 
Mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Jangan terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Makanan kan sekurang-kurangnya kena kunyah dalam 30-40 kali kunyahan. Pelan-pelan kunyah supaya makanan mudah hadap dan rasa kenyang tuh akan cepat. So makan dalam kuantiti sedikit dengan cara kunyah perlahan-lahan pon boleh kuwus tauuu ;p

Makan ikan  banyak-banyak
Makan la sebanyak mana ikan yang korang nak sebab ikan kan protein. baik untuk otak korang jugak....so makan lah ikan.....isnin hingga ahad menu utama jadi ikan lah pasni. Telur juga ada protein yang tinggi. Teringat cerita member pasal ikan keli yang makan najis...yewww

Selalu makan buahan, sayuran dan manisan
Makan la kismis dan banyakkan makan makanan yang mengandungi gandum, soya dan kekecang.. Sayur pulak dari bayam, brokoli ke. its all for your brain ma....dan pantang makan benda masam-masam juga..





so yang lain-lain :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Jangan minum air yang ada semut 
Selalu makan makanan yang panas2
 Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




Ps :: Up entry lama sat ;p



July 1, 2013

Tip : 10 Cara Cari Idea Tulis Blog

Assalammualaikum,



Bukan senang nak menulis blog tau. Kadang-kadang otai blog pun kusut nak cari idea menulis blog apatah lagi newbie. Idea dah ada tapi cara penyampaian dan target blog takde pon tak guna. Eh macam lagu W.A.R.I.S...


10 cara cari idea menulis Blog:

1. Blogwalking
Blogwalking dari satu blog ke satu blog dapat memberikan idea sedikit sebanyak pada blogger untuk menulis blog. Tipulah dah melawat lebih dari 10 blog kawan-kawan masih tak ada idea. Kita bukannya nak tiru idea entry blogger lain. Cumanya korang boleh try respon dengan kongsi pengalaman atau pendapat entry blog lain tu ke. Siap bagi backlink mungkin. 

2. Media Sosial
Melalui Facebook atau Twitter pon boleh dapat idea tau nak tulis blog. Mungkin ada kawan-kawan korang yang share gambar ke atau info yang menarik. Atau ada status kawan korang pasal putus cinta ke, nak tips muka cantik macam Kak Ton ke, korang boleh start jana idea dekat blog kenn. Atau susah-susah share je insta korang kat blog haa gitu...

3. Berita Semasa
Korang boleh update blog dengan sharekan berita-berita terkini yang korang baca kat newspaper, majalah, Google ke kan. Tapi haruslah backlink oke. Bukan hak kau orang pon. Pastu kaitkanlah dengan pendapat atau pengalaman korang.

4. Aktiviti peribadi
Kongsi aktiviti seharian korang boleh jugak jadi idea yang meletops nak tulis blog. Tak payah susah-susah perah. Contohnya korang share harini korang pergi ziarah Tiz Zaqyah iaitu sepupu korang (kelass) atau pengalaman pertama kali pergi Zoo Negara etc etc...





5. Kegemaran yang melampau
Contohnya korang suka bela harimau, korang boleh sharelah cara nak jaga harimau, makanan kegemaran harimau, kenapa korang suka sangat harimau, aktiviti kesukaan harimau, pantang larang menjaga harimau. Nampak permainan dia? Yang akhirnya boleh jadi blog nichie tersendiri tau.

6. Segmen, giveaway, kuiz, teka-teki
Kalau rasa mampu tuh buat lah segmen ke, giveaway ke. Lepastu korang bolehlah update para peserta ke, komen peserta ke, review peserta ke, senarai pemenang peserta ke. Haa paham?

7. Keyword blog
Korang boleh jugak usha keyword yang singgah kat blog korang. Misalnya kat keyword Nuffnang ke. Kalau baca keyword yang singgah mesti macam-macam ada. Contoh. Dari situ idea nak tulis blog pasti ada dengan menulis idea itu atau membalas respon mereka.

8. Review
Boleh jadi review mengenai filem, drama, makanan, gadjet, buku atau apa saja yang boleh membawa info kepada pembaca. Contoh.

9. Sembang kosong
Tengah korang lepak dengan member-member kat kopitiam, lepastu sembang pasal hantaran tinggi jugak boleh jadi idea tulis blog. Bincangkan topik-topik tadi dengantuliskan pendapat sebenar member-member korang ke.


10. Tip-tip berguna
Tip-tip ni mungkin boleh dapat sepanjang berblogging ke, kecantikan, kembara atau fesyen melalui pengalaman korang hadapi atau kendalikan sesuatu perkara atau produk. Korang boleh tulis kat blog dan pembaca suka tip-tip ni oke. Ai pon suka hahah.


Idea dah ada, tapi fokus pembaca korang kena alert lah jugak. Jangan lah untuk kau baca sendiri macam diary peribadi. Nama pun blog semua orang ada hak nak Google tau. Itu kalau yang tak privatekan blog la huhu. Jangan korang terlibat dengan entry bermasalah pulak macam ni.

Diharap 10 cara cari idea nak tulis blog ni memberi manfaat kepada semua orang. Maaf jika ada salah dan silap. Saya hanyalah blogger biasa je pon. Untuk tips lebih lanjut mengenai blog sila layari ke sini. Cayok-cayok! XD



June 30, 2013

KL Sogo Raya Sale 2013!!

Assalammualaikum,
 
KL Sogo ada buat sale sempena kedatangan Raya bulan Ogos 2013 nanti. Tapi sale ni khas untuk pemegang eksklusif ahli S kad KL Sogo (KL Sogo S Card)  dan ahli kad Maybank pada 5 & 6 July 2013 dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. 

Well-well, KL Sogo Raya Sale 2013 ni merupakan sebahagian CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Nanti bagi lagi ya nak buat duit raya ahaks. Buat kawan-kawan rajin-rajinlah klik iklan KL Sogo tu sebab depa ada link catalog barang-barang yang ada sale tahu. Histeria tak? Hahah. Kau gila Sogo hari-hari pun buat sale dan hari-hari pon sesak orang. Lagi-lagi nak dekat raya nih..




Bila tengah taip entry ni belum sign up pun KL Sogo S Card tuh. Tapi dah terasa nak ada satu uhuk. Nasiblah aku tak duduk KL dah. Rasanya untung kot ada kad ahli bagai nih. Macam kad ahli Watsons. Berbaloi-baloi. Hehe

Kelebihan pemegang kad S KL Sogo :
1. Dapat diskaun dan points untuk barangan eksklusif tertentu.
2. Bonus points 3 kali ganda pada hari jadi anda.
3. Percuma tempat letak kenderaan dan satu jam percuma di Starz Garden.
4. Dapat jemputan ke events dan banyak lagi...!




Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang di :
Website : KL Sogo
Facebook : KL Sogo
*Gambar semua diambil dari FB KL Sogo




Ps :: Wah tak sabarnya nak puasa dan raya (dowww) !! :')



January 17, 2013

Forum Suara Haiwan - Kelab Peminat Burung Unta

Assalammualaikum,

Klik untuk tumbesaran.


Presiden Kelab Peminat Burung Unta pula tampil membentangkan masalah kroni-kroninya. Kenapa burung unta tidak boleh terbang? Haa inilah masalah utamanya. Burung unta merupakan burung terbesar antara burung-burung di dunia. Burung unta berdarah panas, dan merupakan spesis burung yang tidak boleh terbang.

Kenapa burung unta tak boleh terbang?

Salah satu faktor burung unta tak boleh terbang kerana berat badannya yang besar dan berat disamping burung unta tiada otot khas yang bolehkannya untuk terbang. Tetapi kelebihan burung unta ialah dia boleh berlari dengan laju. Bila burung unta berlari dengan laju, sayapnya itu berfungsi untuk menyeimbangkan badannya dengan fungsi mengepak. Haa gitu. Bertemu lagi dalam info burung unta yang lain. Ahak.




Ps :: Introducing to you, Mr Os. President Kelab Peminat Burung Unta lol.


January 6, 2013

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 27

Assalammualaikum,

Tahniah Yuna yang membawakan lagu Terukir di Bintang kerana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke 27. Tahun lepas Hafiz juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26. Tahniah Yuna, tahniah. Lagu Terukir di Bintang ciptaan oleh Yuna sepenuhnya.



Senarai keputusan penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 :

Juara Lagu Ke 26
Yuna - Terukir di Bintang

Naib Juara Lagu Ke 26
Azlan and The Typewriter - Idola

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Hafiz - Ku Akui

Persembahan Terbaik
Black & RJ - Teman Pengganti

Vokal Terbaik
Hafiz - Ku Akui



Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang berlangsung malam tadi :

Idola – Azlan & the Typewriter
Pelangi Senja – Stacy
Terukir Di Bintang – Yuna
Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Tanpamu – Amir Jahari
Lagu – Bed Room Sentuary
Teman Pengganti – Black & RJ
Ku Akui – Hafiz
Simetri – Hazama & Amy Seach
Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
Patah Seribu – Shila Amzah
-sumber-


Tahniah Yuna sekali lagi diumumkan sebagai pemenang. Hafiz pulak dah tiga tahun berturut diumumkan sebagai Vokal Terbaik AJL. Terbaiklah Hafiz. I adore u tau. Hikks. Gedik. Rasanya lagu Teman Pengganti boleh jadi juara lah. Takpelah kita bukan juri profesional kannn... My prediction on lagu Ku Akui jadi pemenang tempat ketiga pon oke la.... I like... Why Hafiz so kiut? Kbai.





January 5, 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalammualaikum,

Click banner.


Blog Hasrul Hassan(HH) blog pendidikan buat blogger ada buat segmen untuk permulaan awal tahum 2013 nih. Terasa nak join 'Tambah Trafik Tambah Follower 2013' nih sebab tak pernah lagi join segmen dari beliau. Nak jugak merasa dan try kan. Blog www.dearxila.my nih hanyalah blog peribadi yang berkisar hal-hal peribadi admin dan buat bacaan umum.

Sebab membaca kan jambatan ilmu. Start awal tahun nih dah berazam bila mana setiap kali nak Google atau seacrh sesuatu info, yang mana relevan nak jugak kongsi dan titipkan dalam blog nih. Biar ilmu dan sesuatu info (general view) yang kita dapat tuh dikongsi bersama-sama dengan pembaca lain. Salam perkenalan dari saya www.dearxila.my. Hehe...




Ps :: Mohon tukar url saya di blog kamu ya kawan-kawan ><


January 4, 2013

Bunga Azan di Turki (Flower Miracle)

Assalammualaikum,

Bunga yang akan berkembang setiap kali azan berkumandang yang dikenali sebagai 'Bunga Azan' dijumpai dan sedang dikaji di Turki. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah kan. Tahu ni pun dari Nasi Lemak Kopi O pagi tadi. Tu yang nak share disini.




Bila tengok komen pasal Bunga Azan nih di Youtube, kebanyakan yang non Muslim menafi dan memperlekehkan. Bunga Azan atau dikenali Flower Miracle nih macam dah lama je tersebar at seluruh dunia. Cuma kami je lambat tahu. Atleast dapat tahu jugak kan. Kbai.


Siyesli bunga nih macam ada kat rumah kami. Tapi banyak duri. Tak sama eh? Kbai.




Ps :: Sejuk dohh taip pepagi nih.


December 29, 2012

Wanita Yang Mempunyai Raut Wajah Tercantik Didunia 2012 - Emilia Clarke

Assalammualaikum,

Emilia Clarke diiktiraf oleh penduduk bumi sebagai wanita yang mempunyai raut wajah tercantik didunia untuk tahun 2012. Emilia Clarke nih seorang pelakon rupanya. Tak terkenal lagi dekat Asia Tenggara letew. Antara gambar-gambar Emilia Clarke :






Emilia Clarke personnel:
Date of Birth : 1987 di London, England.
Nickname: Milly
Height : 5' 3" (1.60 m) 
Drama : HBO 



Pada jujurnya bolehlah cantik. Tapi bila tengok list Top 3 'Most Beautiful Woman 2012' ada lagi yang paling cantik kot. Dah penduduk bumi pilih Emilia Clarke kan... Tahun lepas Emma Watsons. Dia comel kot.


December 28, 2012

Tebus Mata Ganjaran Kad Watson Anda Sebelum 31 Disember 2012

Assalammualaikum,

Tebus mata ganjaran kad Watson anda sebelum 31 Disember 2012 bagi yang telah mengumpul mata ganjaran sebelum 31 Disember 2011. Selepas 31 Disember 2012, mata ganjaran kad Watson anda akan kembali jadi zerro. Haruslah kumpul balik oke...


Google


Cara tebus mata ganjaran kad Watsons :
Korang pergi mana-mana kaunter Watsons, check balance rebate yang ada, lepas tuh beli mana-mana barang Watsons, sekiranya korang beli barang RM 5, bolehlah tolak dengan mata ganjaran yang korang ada.

Barang Watsons :                RM 5.00
Mata ganjaran :                  RM 3.70
Jumlah yang perlu dibayar :   RM 1.30

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.watsons.com

Secara jujur, suka berbelanja kat Watsons sebab macam meriah je dengan colour-colour hijaunya. Takde sape nak mengekor bila nak usha barang-barang dekat Watsons nun. Setakat nih dah check balance dekat akak yang jaga kaunter dekat Watsons kawasan ahkak, boleh lah rebate RM 3.70. Rezeki jugak tuh.





Ps :: Beli ubat gigi Colgate Extra Whitening jeww titeww ;p


Gambar Pernikahan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) dengan Leuniey

Assalammualaikum,

Antara gambar pernikahan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) dengan Leuniey yang telah selamat diijab kabulkan pada pagi ini, Jumaat 28 December 2012. Cayalah bro. Langklah bendul nampak. Teheee..


Cantik gak Leuniey nih..









Hai jejari runcing. Tabah oke... Jangan asyik gigi kuku je. Tehee. Semoga Apex dengan Leuniey hidup bahagia sampai ke syurga ya. Aminn... [jelesh sikit p]



December 27, 2012

Landasan Keretapi LajuTerpanjang Di Dunia

Assalammualaikum,

Landasan keretapi laju terpanjang didunia mula dibuka di China baru-baru ini. Landasan yang berukuran 2,298 kilometer panjangnya yang menghubungkan antara Beijing dengan Guangzhou. Ingat lagi tragedi keretapi terbabas di China. Salah engineer ke pereka pelan? Jadah.. [sumber]

Jangan tak tahu, pengankutan awam yang paling terkenal dan paling banyak digunakan rakyat China ialah keretapi. Tak caya chekidaut kat [sini].

Sekarang nih titew rajin nak Google bagai tentang negara orang. Sejak dah pandai dan gemar baca online news chuols. Dalam bahasa omputeh ada, Bahasa Malaysia ada, cuma belum ketemuin bahasa alien pak. Saje nak tambah ilmu dan share kat sini bila malas nak tulis peribadi kat sini...


 
World's longest fast train line


Niat nak Googling dari sekarang tentang negara luar. Kumpul duit dari sekarang buat susah-susah je tau. Cari Datuk sponsor lah kahkah. Malas lah sekrang nak taip perihal peribadi. Perihal sangat. Sekarang nih bila Google je nak terus likkan katsini. Atleast blog berupdate jugak kan...





Ps This is autopublish chuols... Admin gi jumpa doc gigi hehe


December 26, 2012

Gambar Terbaru Family David Beckham dan Victoria Posh

Assalammualaikum,

Gambar keluarga terbaru pasangan David Beckham dan Victoria Posh yang baru-baru ni juga diumumkan sebagai Family Paling Stylish Di Dunia aka World's most stylish celebrity family yang diraih menurusi online. Gila bak hang memang David Beckham dengan Victoria Posh nih bergaya dan vogue habis. 


Anak pasangan David Beckham dengan Victoria Posh nih pulak dah ada empat kot. Dari zaman sekolah suka tengok perkembangan David Beckham dengan Victoria Posh nih. Pernah terbaca dulu yang David Beckham dengan Victoria Posh namakan anak dorang mengikut tempat mereka berasmara. Hahah. Sengal...








 

Harper Seven Beckham


Nama anak-anak pasangan David Beckham dan Victoria Posh :
- Brooklyn, 13, Romeo, 10, Cruz, 7, and 17-month-old Harper sumber


Wah seorang je gegerl dalam family dorang nih. Bongsu pulak tuh. Mesti mama papa dan abang-abang sayang sangat dekat gegerl kan. Apa eh rahsia si Posh nih. Cerita la sikit mummy. Hehe.. Suka family David Beckham dan Victoria Posh dan membesar dengan cerita dorang. ;p





Ps :: Rabu yang tak berapa nak wordless.


April 25, 2012

Kecelaruan Maklumat

Assalammualaikum,

Ahh rindu rasanya dengan pakwe angkat kita dekat Perth tuh. Ngee







Dah tengok video Mat Luthfi ni? Siapa Mat Luthfi? Kalau belum tengok cuba tekan play. Tak rugi pon. Bukan setelah dia post video nih baru kita tersedar. Tapi sebab dialah ramai juga yang bukak mata. Em em em. Yeke? Tapi apa yang dia olah kan memang terbaeklah. Ada yang terasa tak? Tak pernah share yang coca-cola haram, donation like, yang tsunami heboh kat twitter tuh, semua macam confident je nak share. Eh main facebook haram sebab ukhwah freemason? Oihh cepat share. (macam harem je)





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!