Mak ai. Berpeluh siapkan cerpen yang buat pertama kalinya karang dan publish lat khalayak ramai. Nak tahu best ke idak. Jom la baca. Tapi tak tahu tajuk apa yang sepatotnya letak. Main petik je.
Cinta Akhir Kata
Hari ini merupakan hari pertama Suri sebagai seorang pelajar di kampusnya. Dia perlu mendaftarkan dirinya di Fakulti Perniagaan. Bagi pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan, Suri amat gembira kerana dapat ditawarkan belajar di Universiti Utara Malaysia. Ini kerana kekasih hatinya juga merupakan pelajar di Universiti ini. Memang Suri sengaja memilih UUM sebagai pilhan pertama untuk menjejaki diri ke menara gading. Namun Suri berjanji akan belajar dengan bersungguh demi masa depannya.
Suri sampai di perkarangan kampus. Kelihatan disekelilingnya terdapat bangunan berlainan warna. Dia agak keliru dengan keadaan bangunan di situ. Kelihatan beberapa pelajar lelaki berada berhampirannya. Dengan dahi yang berkerut itu, Suri terus bertanya kepada salah seorang lelaki tersebut tadi.
“Er tumpang tanya, kat mana ye Fakulti Perniagaan?’’
“ Freshie eh?” soal mamat yang berambut kuning, gaya ala-ala hiphop. “Mesti nak pergi daftar kan? Takpe abang boleh tolong.” Senyum nakal pelajar tadi.
Abang? Euww. Seluar londeh macam ungka, tak sedar diri. Berseloroh Suri mengata dalam hati.
“Eh awak jangan layan mamat ni sangat. Dia senget sikit”. kawan-kawan dibelakangnya ketawa.
Farid. Jejaka yang berkacamata bingkai tebal berwarna merah. Kemas pakaiannya. Pelajar tahun akhir jurusan Sains Politik. Sesuai dengan penampilannya.
“Saya Farid” sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
Salam tangan tidak disambut.
“Suri..” sambil menidakkan kepalanya untuk berjabat tangan.
“Ohh.., maaf. Kalau awak nak ke Fakulti Perniagaani awak jalan je terus, depan sikit belah kiri awak akan nampak bangunan warna biru. Naik tangga sampai tingkat dua. Depan sikit tu je tempat untuk mendaftar. Faham sayang?’’
Sayang? Bila masa pulak mamat ni playboy? Mamat senget tadi bingung dengan kawan baiknya yang dianggap lelaki paling baik kat dunia ni. Yelah tak pandang awek langsung. Alah lelaki semua sama je macam aku. Dah rambang mata lah tuh tengok freshie comel-comel. Ketawa dia bersendirian.
“Em, faham. Terima kasih ya.” Suri mengangguk memberi senyuman.
Mamat hiphop tadi pantas mencelah. “Eleh awak-awak konon...!”
“Hai awak, saya Ikram. Panggil abang Am je. Nice to meet you, cantik.” berlagak Am seperti Romeo sambil ketawa.
“Hai. Saya Suri. Pelajar baru kosPengurusan Perniagaan. Eh yang lagi dua orang tu nama apa?”
“Haa yang nampak gagah ini Kamil, Presiden Kelab Taekwando. Nampak je gagah tapi dalam hati ada taman. Yang lagi sorang pulak Bob, dia kuat makan. “ kedengaran ketawa sekumpulan lelaki tersebut.
“Hai Bob, Kamil, Farid, abang Am. Selamat berkenalan semua. Ok la Suri dah lambat ni. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya.”. Ramah Suri sambil berlalu pergi.
Semua mengekor pemergian Suri.
Farid tersenyum kecil.
Setibanya di depan pejabat Fakulti beliau, Suri pun turut berbaris seperti pelajar lain. Bukan main ramai lagi pelajar mendaftar. Terasa bosan pula untuk beratur. Di belakang beliau seorang gadis berambut ikal mayang. Cantik. Tapi muka masam mencuka. Takut pula nak tegur.Ishh masa nilah nak dapatkan kawan. Bermonolog Suri. Suri terus mem perkenalkan diri.
”Hai..saya Suri.” sambil memberi tangannya.
“Hai... Intan...Kita yang beratur ni mesti kos yang sama kan?” dia membalas tangan yang diberi sambil tersenyum mesra.
“Aah kot. Ramai pulak ya budak baru intake kali ni. Dengar kata sampai 7 juta. Awak asal mana?”soal Suri beriya.
Dari situ mereka mula bercerita perihal diri masing-masing. Intan. Cantik seumpama nama empunya. Kurus. Tinggi. Manis berbaju kurung merah jambu. Berasal dari Johor. Muka yang masam mencuka tadi katanya bergaduh dengan teman lelaki. Ternyata setelah mengenali dengan lebih dekat Intan seorang yang peramah dan pandai mengambil hati. Rupanya mereka juga ditempatkan di asrama pelajar yang sama. Kolej Mas.
Sejak pertemuan mereka di pejabat pendaftaran, hubungan mereka mula menjadi semakin rapat. Kebetulan hampir semua kelas mereka ditempatkan bersama. Mereka ke kuliah bersama. Pulang ke asrama bersama. Bilik diasrama juga dipisahkan selang beberapa bilik sahaja. Memang mereka ditakdirkan untuk menjadi kawan baik.
Beberapa hari berlalu. Intan datang ke bilik Suri sambil menangis teresak. Suri cuba menenangkan Intan. Apa sahaja masalah yang dihadapi, susah senang mereka telah berkongsi bersama.
“Suri..., Kamal Adli dah putus dengan aku.....” menangis Intan di bahu Suri.
Cepat Suri menenangkan Intan. “Sabar Intan, dasar kaki perempuan macam dia tu tak guna awak dengan dia lagi....’’ Sambung Suri, “Awak kan cantik, mesti ramai lelaki nak kat awak nanti. ”
Teringat pula Suri pada kekasih hatinya. Disebabkan kekasih hati Suri sibuk menyediakan tesis di luar kampus, maka hubungan Suri dengan teman lelaki tidak seperti pasangan kekasih yang lain. Makan bersama di cafeteria, ulangkaji bersama di perpustakaan, beriadah bersama di kompleks sukan, bersiar-siar di tasik. Itu semua belum sempat lagi Suri merasa kemanisannya.
Namun Suri faham. Tapi bayangkan sudah 2 bulan mereka menempuh alam universiti, cuma tiga kali je mereka berjanji temu. Dalam menghadapi peperiksaan pertengahan semester, Suri mengajak Intan mengulangkaji pelajaran di tepi tasik.
‘’Eh Suri, boyfriend awak ni macam dah tak wujud je. Lebih baik macam tak ada boyfriend langsung.” Intan selamba berkata.
“Tak baik tau. Tahun ni kan tahun akhir dia. Busy sikit tu.” Suri membalas pendek.
“Busy banyak ada lah” mencelah Intan. “Dengan muka boyfriend awak yang hensem macam Farid Kamil tu, mesti junior tergilakan tau. Tup tup Presiden Kelab Sains Politik lagi”
“Hehe. Ada-ada jela awak ni Intan”. Suri malas melayan Intan.
Bengang dengan sikap tak acuh Suri, Intas bertegas. ”Awak ni kena lah kongkong sikit dia tu, satu hari nanti dia melepas kat tangan orang lain, padan muka! You better watch out!”
Suri termenung panjang.
...........
Pintu bilik Suri diketuk dengan kasar. Tok, tok tok. “Suri, Suri, Bukak pintu ni cepat! Suri...,Suri!”
“Haa awak, Apa nye ni? Pagi-pagi lagi dah bising ni”. Suri menguap.
“Cuba awak bukak Facebook, cari nama Maria Alina. Ish cepatlah.” Intan terus menekan butang on pada komputer riba Suri tanpa meminta izin.
“Awak tengok ni dulu, nanti awak akan faham segalanya.” Intan menekan papan kekunci dengan penuh bersemangat.
“Maria, Maria....Haa dah jumpa!”
“Saya on Facebook tadi, tiba-tiba saya tengok kat wall saya ada gambar budak-budak politik ni kena tag gambar. Minah ni lah yang upload. Nasib baik tak private. Diaorang ni ada dinner antara ahli kelab. Awak tahu tak diaorang ada dinner semalam? Tak tahu kan.....?”. sambung Intan. “Pastu saya nak tengok la dengan sape boyfriend awak berkepit. Rupanya......ishhh”
Intan menekan paparan skrin next itu satu persatu. Beberapa gambar Maria Alina bersama boyfriendnya kelihatan. Hanya berdua. Kelihatan mesra. Mungkin dengan sikap mereka, orang lain boleh salah meneka yang mereka ini sepasang kekasih.
Suri terpaku.
“Tu lah Suri, saya dah nasihatkan awak dulu awak tak percaya. Tengok sekarang ni?” “Ala budak Maria tu kan sebelum masuk sini dah famous. Apa? Blogger terkenal kan...”. Intan seloroh bercakap.
“Farid ada bagitahu yang Maria tu setiausaha Kelab dia. So, memanglah mereka rapat macam ni.”. Jelas Suri.
“Awak tahu tak, roommate saya cakap, mereka dua ni selalu berkepit sana sini tau. Roomate saya kan budak politik jugak. So, dia tahulah. Fakulti Sains kan jauh dengan fakulti kita. So, manalah awak nak tahu kan dengan sapa dia kepit selalu”. Intan berlalu yakin.
Suri menunggu sms dari Farid. Dia ingin mendapatkan penjelasan dari Farid. Tak sangka Farid sanggup memperbodohkan dia dengan alasan tahun akhir, kelab, aktiviti kuliahnya dan bermacam lagi.
Tut tutt, tut tut..Sms Suri dibalas.
- - I xde ape-ape la dengan Maria. U don’t worry too much ok, honey. U je sayang sy sorang.
Tp knpe semua org ingat dia kapel dgn u? Benci tau..I jeles la u..
- - Ok la i bz ni. Due asgnment i next week. Sok kite jmpe ye syg. Love u.
Ok. Sok u explen semuanya dgn i !
..................
Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di luar kampus. Secret Recepi menjadi pilihan mereka. Teringat Suri kali kedua perjumpaan mereka bertemu disini. Waktu tu merupakan ulangtahun perkenalan mereka yang ke-empat. Farid menghadiahkan gelang tangan, manakala Suri menghadiahkan sebuah jam tangan jenama kegemaran Farid. Memang sengaja Farid memilih tempat yang sama ni lagi untuk mengukuhkan memori mereka bersama.
Farid terlewat sejam kerana terpaksa berjumpa dengan pensyarahnya secara tiba-tiba. Suri tidak tahan dengan sikap Farid dengan alasan plastiknya itu.
“U tau tak berapa lama i tunggu kat sini seorang diri? Dah macam orang gila. I fed up tau!”
Mujur tak berapa ramai pengunjung di Secret Recepi tu mendengar mereka bergaduh. Maing-masing ego. Namun Farid sedar, api lawannya bukan dengan api juga. Farid harus menenangkan Suri.
“I kan dah text u yang i lambat sejam, bukan nya i sengaja tadi!” tegas nada Farid.
“U dari dulu sama je. Busy, busy, busy!” Suri membalas geram.
“U ni tak macam Suri yang dulu i kenal. Marah tak tentu pasal, mana kelembutan u yang dulu Suri?”
Suri geram dengan Farid kerana mengabaikan dia. “U tu yang berubah. Sejak jadi senior besar, dah tunjuk berlagak. Memang dasar playboy!”
“Suri, u dengar i cakap ni dulu sayang. I......”
Suri terus berlalu pergi ke luar restoran tanpa menghiraukan Farid memperjelaskan segalanya.
Farid mengejar Suri yang berlalu keluar reatoran menuju ke tepi jalan.
“Suri, Suri!!!!!!!”
Ponnnnnnnnnnnnnn. Sebuah kereta Alza laju melintas kearah Suri.
Suri tertolak ke seberang jalan. Bunyi dentuman yang kuat kedengaran. Farid dilanggar. Seluruh darah mengalir dari bahagian hidung dan mulutnya. Suri yang terduduk hanya mampu memandang kearah Farid yang terlentang berlumuran darah. Orang ramai mula berkerumun kearah Farid. Sebuah kereta Alza juga hilang meloloskan diri.
“Ya Allah, Farid!!!” kelihatan Am datang menghampiri Farid dengan keresahan di wajahnya.
Am yang menemani Farid bertemu Suri membiarkan sahaja dirinya menunggu Farid di dalam kereta. Namun apa yang disaksikan tragedi yang berlaku di depan matanya sendiri sukar dipercayainya. Farid dilanggar lari.
“Farid, Farid, kau bangun Farid. Ko kena kuat. Bertahan Farid”.
Suri bangkit perlahan kea rah Farid. Tanpa dapat membendung airmatanya, dibiarkan laju sahaja mengalir di pipinya. Dengan suara yang terketar. “Farid.....,
“Maafkan saya....” teresak Suri menyebutnya.
.............
Kini Farid tiada lagi di sisi. Farid adalah kenangan abadi buat Suri. Ternyata Suri yakin dengan cinta Farid selama ini terhadapnya. Malah sanggup berkorban nyawa untuknya. Entah kenapa Suri termakan dengan hasutan Intan. Intan berpuas hati dengan tindakannya, kerana dia begitu cemburu sekali dengan Suri yang mempunyai teman lelaki yang sempurna dan setia.
Am pula menceritakan segalanya kepada Suri. Bahawa tindakan Intan yang sibuk bertanya hal Farid daripadanya, dan rasa kepuasan Intan terhadap tindakannya pada Suri. Am juga mengatakan Farid memang benar-benar sibuk sebagai seorang pelajar, pemimpin Kelab dan tesis yang harus di kaji dengan sempurna. Dia juga menyatakan bahawa dia mahu Suri berdikari menghadapi hidup di universiti dan tidak mahu menganggu pembelajaran Suri ketika di kampus.
Namun semuanya telah terjadi. Apa yang mampu Suri berikan adalah sebuah al-Fatihah dan doa yang tidak putus agar Farid ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Seutas rantai tangan menjadi memori dan peneman setia disisi Suri. Suri menyesal.
Sekian.