October 17, 2011

Tips Kulit Cantik Dengan Teh

Assalammualaikum,

Siapa tak nak kulit cantik mulus persis Rohana Jalil kan? Yelah dah tua-tua tapi kulit macam orang muda. Apakah rahsianya? Namun tips ni bukan dari Rohana Jalil pon. Kini saya ingin kongsikan Tips Kulit Cantik dengan teh Lipton. Uncang teh jenama lain tak boleh tau. Hikhik. Uncang teh mempunyai pelbagai kegunaan selain bancuh teh petang-petang sambil tengok drama melayu petang-petang.


tips, petua uncang teh, tip kulit cantik dengan uncang teh, guna teh untuk scrub muka, mengatasi eyebag dengan teh, cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata, beauty, cara buat scrub muka sendiri


Scrub muka

Dengan mengambil isi serbuk teh tersebut, lalu gosokkan lah pada muka sebelum mencuci muka. Korang tenyeh kat muka ala-ala scrub pelan-pelan tau. Lepas tu boleh bilas. Gunakan uncang teh yang telah digunakan untuk membancuh teh. Tapi saya suka scrub muka dengan teh hijau.Tak payah nak membazir sangat. Jangan gatal nak kutip balik serbuk teh tuh buat bancuh teh. Yewww. Cara ni dapat tahu dari akak Sarimah Ibrahim. Tips ni selalu buat sebab dah lama habis scrub muka mahal sejak semester empat! Bayangkan dah graduate sekarang! Hahah


Penyegar Mata

Ala penyegar mata yang sama fungsinya letak timun dekat mata sambil relax-relax. Dapat mengatasi mata panda atau eyebag tau. Guna jelah uncang teh yang telah pakai. Letak dalam peti ais semalaman dan letak sejuk-sejuk kat bahagian mata cepat. Buat pada waktu malam lebih santai kot. Tak tahulah berkesan ke tidak. Sebab malas dapatlah mata panda sampai ke tua. Okeh nak letak sekarang jugak! 


Wah dengan menggunakan uncang teh duit poket pun jimat. Rawatan semulajadi kan lebih jimat dan InsyaAllah berkesan. Bahan kosmetik dekat pasaraya tuh semua ada bahan kimia je lebih tau. Selamatkan bumi kita! *Tiba-tiba. Semoga Tips Kulit cantik dengan teh ini bermanfaat untuk semua :)





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!