Saat mengarang entry ini, air mata jatuh tak sudah nokkx. Pasal Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ni lah. Ada ke patut depa dok buat movies sedih-sedih lagu ni. Patut sungguh ka? Hangpa habaq lagu mana...
Sinopsis Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever:
Movie ini berkisahkan seorang gadis yang mempunyai kedai pamearan seni di Amsterdam. Movies ni semua berlatar belakangkan Amsterdam. Maybe lah Amsterdam kot, tak sure nokx. Dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang Polis Antarabangsa yang bertugas di negara itu. Akibat insiden pergelutan antara Polis tersebut dengan penjenayah tempatan, maka gadis tersebut terlibat kecelakaan yang mengakibatkan kerosakan pada peti suara beliau (bisu). Sehinggalah dia bertemu dengan seorang assasin dimana jejaka itulah cinta sebenar yang dia cari selama ini.
Anda wajib tengok movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ini kerana:
1) Ianya berlatarkan pemandangan kat Amsterdam yang sangat indah. Scene padang/taman/laman bunga daisy banyak.
2) Mula-mula cerita ni agak konfius, tapi bila dah part gadis tu jatuh cinta sampailah ending was so osem!
3) Sedih gila nokx cerita ni...air mata laju tanpa henti. Siyes. Tengok banyak kali pun perasaan sedih tu tak dapat dibendung. Ikhlas je perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Gua emosi ni!
4) Yang penting gua dah jatuh cinta dengan watak hero jahat tuh. Ahak.
5) Apasal gua ber-gua neh?
6) Dan apesal baru sekarang gua tengok movie nih?
7) Suka tengok movie ni sebab ada passion tentang seni lukuih. Seni lukisan tangan tuh. Bukan calang-calang orang dapat bakat tuh. Hade?
8) Hero jahat ni sanggup buat girl dia ni bahagia walaupun girl ni pandang dia sebelah mata. Yang spoilnya kenapa hero jahat ni assassin? Buatlah watak posmen ke...
9) Sudah cukup-cukup sudah.. Lagu dia sedih dari lagu cukup sudah tuh. Pui
Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever
Siap dah download buat koleksi.
'Flowers can represents loves, but also can represents death.'
Secara keseluruhan tentang movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever ni, saya bagi 4.8 out of 5 bintang. Yang lagi 0.2 gua tolak sebabnya masa mula-mula gua agak konfius. Movies ni sama level sedihnya dengan drama sambung-sambung Korea - Sad Love Story. Sroot srott sebak nokkx.
Sekian.
Ps :: Ini mungkin entry yang terakhir dari saya, siapa tahu? Hidup tak selalunya indah. Panjang umur kita jumpa lagi. #PrayForGaza.
Sekian.
Ps :: Ini mungkin entry yang terakhir dari saya, siapa tahu? Hidup tak selalunya indah. Panjang umur kita jumpa lagi. #PrayForGaza.