September 20, 2013

Kesian Pakwe Saya...

Assalammualaikum,

Apa perasaan anda kalau dikhianati? Ditikam? Ditoreh? Mahupun disabotaj? Mesti rasa sakit hati kan, merajuk seminggu, murung, lemah longlai, tak lalu makan dan sedih sepi sesepi bayu-bayu asmara. Ehh?

syamsul yusof menangis, kl gangster w, muvee, funny movie
Syamsul Yusof menangis alololo omey omey hahah


Baru-baru ni semua sudah sedia maklumkan karya pengarah berbakat besar Syamsul Yusof telah dirakus oleh manusia-manusia rakus yang sentiasa rakus merakus hak cipta orang lain. Memang dasyat gileRR dugaan Syamsul atau soul soul soul...

"Buat Soul, banyakkan bersabar, bapak tak pernah berenti menyokong Soul". Ujar Datuk Yusof Haslam. Yang penting hidup harus diteruskan dan kata-kata semangat harus sentiasa disisi Soul. Haritu tengok, eh tertengok MeleTOP, depa jemput Datuk Yusof, Sofi Jikan dengan alamak lupa la nama cina masuk Islam tu..sebagai tetamu episod minggu lepas kot. Terharu... Tapi ni episod dua minggu lepas tau..hehe

Dan sebenarnya saya dah tengok filem KL Gangsta 2 tuh! Alamak rasa bersalah giler. Ingatkan filem tuh dah tayang kat wayang!! Rupanya lambat dengar berita yang KL Gangsta 2 kena rompak sebulan sebelum tayangan di pawagam!! Nak buat acane dah teramik soft copy kat laptop adik. Tapi saya tak sebarkan aaa... Tertanya-tanya dengan para blogger yag kongsi filem tu kat internet. Tak rasa bersalah ke? Em em

Eh Syamsul Yusof pakwe saya ke? Shhhh jangan bagitau orang eh. Ekekekek



Ps Nanti keluar kat wayang nak tengok la...Cayok-cayok bie!! hahahah
Jemput join Giveaway NI wehhhh... Setiap kali sya buat GA je mesti time tak kena. Jemput join ya ^^



July 23, 2013

Video Obses Minion Despicable Me 2 di Mc'Donalds !

Assalammualaikum,

Video dan bukti warga Malaysia obses patung minion Despicable Me 2 dan sanggup beratur panjang untuk dapatkan set Happy Meal yang percuma minion tu di Mc'Donalds. Katanya Mc'donalds di Kampar. Entah. Kau orang gila minion sehhhh... Takutnya tengok orang gila minion ni. Rasanya doraemon lagi comel kot dari minion ni huhu.
minion, video, despicable me 2, despicable me, comel, cute, kids, toys

Video Obses Minion Despicable Me 2 di Mc'Donalds !



Ni antara video dan bukti, lagi-lagi orang dewasa yang gilakan minion! Ni antara videonya lah. Ada lagi tapi tak berapa best nak share kat sini sebab ada bau-bau racist. Apa pon tak boleh. Ni mesti zaman kanak-kanak kurang kasih sayang ni. Bagi peluang kat kanak-kanak pelishhhh. Hukk.


July 17, 2013

Belajar Bahasa Minion - Despicable Me 2

Assalammualaikum,

Jom belajar bahasa Minion, makhluk robot kuning dalam Filem Despicable Me! Mula-mula tengok Despicable Me 1, takdelah suka sangat kat robot kuning minion tu. Tapi bila ada Despicable Me 2, ramai orang dok tergila-gilakan je kat minion. Weirdo... Saya suka lagi watak si Agnes hehe.

Video orang dewasa obses minion Despicable me 2. Here
Orang dewasa sah gilakan minion!
 

 Minions wanna kissing too ! ;p

Rajin pulak dorang translate benda nih....


Sakit hotak dengar love song si Minions ni XD
'Underwear~~~ aka I swearrr~~~'
Minion tak secomel baby ni hee


Ps :: Last-last suka jugak dekat robot minions ni sebab kadang-kadang depa kiut jugak! Ngeee


July 15, 2013

Zombijaya Dari Novel ke Filem - KL Zombi

Assalammualaikum,


Filem KL Zombi bakal ditayangkan tidak lama lagi yang merupakan adaptasi dari novel terbitan BukuFixi iaitu Zombijaya. KL Zombi dibintangi oleh Zizan Raja Lawak (hero), Siti Saleha, Izara Aishah dan beberapa lagi artis tanah air yang bergenre komedi/aksi/seram. Kalau tajuk filem dikekalkan sebagai Zombijaya lagi rare kot. Entah hehe.


Teaser Trailer Filem KL Zombi

Sinopsis Filem KL Zombi
Selamat datang ke Kuala Lumpur! KL Zombie mengisahkan Aliff yang secara tiba-tiba digigit seekor anjing. Akibat gigitan itu dia mengalami penyakit pelik dan bertukar menjadi zombi yang kemudiannya menjadikan manusia sebagai mangsanya. Dapatkah KL diselamatkan dari serangan zombi? Hanya Nipis mampu mengatasi Zombi... Menarik ke tidak? Haaaa... sumber


Tips mengahapuskan zombi ;p

Zombi teh tarik satu!


Untuk maklumat lanjut sila ke official Facebook KL Zombi
Semua gambaq diambil dari FB KL Zombi. Huhu. 
Tarikh tayangan Filem KL Zombi 29 Ogos 2013.



Ps :: Dah tengok filem Pecah jugak. Okela sebab dah dapat agak apa jalan ceritanya walaupun belum pernah baca novel Pecah. Hebat tak? Hahah. Novel Pecah terbitan BukuFixi jugak..



July 5, 2013

I Miss You

Assalammualaikum,

I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you so muchhhh. Seronok kan kalau dapat ber-miss you dengan orang tersayang. Lebih-lebih lagi orang tersayang balas dengan I miss you too three four five. Bila dah tak sayang, emm korang imaginasilah sendiri...

Sebenarnya baru lepas habis marathon Korean Drama 'I miss you'. Sedih giler nokkkx. Takdelah sedih sangat pun, tapi air mata ni saja je mengalir laju. (cover line). 


Google


SINOPSIS I MISS YOU
Drama ni mengisahkan percintaan antara Lee Soo Yeon dengan Han Jung Woo sejak dari sekolah, sampailah ke alam dewasa. Mereka terpisah semasa kecil disebabkan satu insiden penculikan ke atas Han Jung Woo. Lee Soo Yeon cuba membantu tapi dia pula dirogol oleh si penculik dan diselamatkan oleh orang lain. Tapi Han Jung Woo lari menyelamatkan diri sendirian dan cuba mencari semula Lee Soo Yeon sampailah dewasa. Lepastu haa macam-macam konflik cinta tiga segi la, kekeluargaan, kes penculikan yang tak selesai di balai polis Gangnam (oppa!) dan juga kesukaran Lee Soo Yeon nak terima balik Han Jung Woo. Rugi woo tak mau kat Han Jung Woo yang hensem malah detektif polis lagi....

Drama korea ni release tahun lepas, tapi baru sekarang dapat tengok. Makan berbulan jugak la nak habiskan drama ni kat Maaduu.com. Hang pa try tengok sat....




Ps :: Ooo yang duk trending #SSID tu, saya sebenarnya isteri dia ke? Hahahah



June 16, 2013

McDonald's Parody | Boikot McDonald's

Assalammualaikum,


McDonald's Parody


Walaupun kadang-kadang terliur dengan iklan McDonald's kat tv, flyers, newspaper, haruslah tetap kuat semangat! Walaupun jugak rumah dekat dengan McDonald's, bila lalu rasa macam dipangil-panggil dengan keriangan merah kuningnya, terus drive laju-laju tanpa toleh kiri kanan.


Walaupun zaman hipster dulu (hipster sangat) suka lepak kat McDonald's, sebab ada kombo lengkap yang best dengan harga yang mampu milik dan lepak mamak pon dengan harga sama lebih baik lepak McDonald's yang yakin dengan kebersihannya. (Haha paham?) Lah sangat. Dan McDonald's ada dimana-mana. Seakan dijajah.><"


Otakkk~~~ xombie~~~


Saya bangga boikot McDonald's sejak dua tiga bulan lah jugak. Seksa dan perit perutku menahan, seksa lagi saudara ku menanggung. Anda pun haruslah sama, ayuh! Janganlah sampai anda boikot McDonald's tapi dalam sama sama lepak Starbucks. Macam nampak tak brilliant sangats pulak disitu. Takpe, pelan-pelan boikot!! *lipat lengan baju.


Ps :: Apa yang anda perlukan ialah imaginasi untuk terus menikmati makanan halal Malaysia.


March 8, 2013

Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet Full Movie di Youtube

Assalammualaium,



Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet - Hatu Kak Limah 2.



Sinopsis Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet - Hatu Kak Limah 2.

Sekarang tengah layan movie ni, Hussin, Mon, dan Jin Pakai Toncet Full Movie di Youtube. Cepat-cepat sebelum Youtube mengamuk. Kuikui. Rasa macam tak berapa berkenan nak tengok sebab macam tak best je hahahahah. Kita kasi layan sekejap dulu... Tapi banyak-banyak filem Mamat Khalid, den raso Rock & Rock Oo je yang menjadi. Kbai..






Ps :: Salam jumaat semua..


February 15, 2013

Lelaki Bunga Sebelah Pintu

Assalammualaikum,

Lelaki bunga sebelah pintu? Rasa macam pondan je tajuk. Kalau di google translate memanglah begitu. Ahh google translate bukan genius mana pon. Huhuh.

Sekarang tengah mood melayan Korean Drama 'Flower Boy Next Door' drama sambung-sambung tak renti gelak sakit perut, pastu jari terasa nak ber-nex-next episode je sampai nak tahu ending cerita bagaimana. Fuhh. Cerita nih best sebab sengal dia macam nak gigit-gigit jari.


Kompilasi watak dalam drama nilah yang menghidupkan cerita kot. Suka dengan watak game developer yang baru berumur 17 tahun, seorang budak lelaki cantik yang sengal dan suka terkinja-kinja. Rasa macam nak lempang je dia nih. Suka gak watak 2nd hero yang sorok identiti dan admire si heroin selama 3tahun. Untuk watak antagonis, perempuan yang fake baik dan ayu padahal perangai hampeh..

Watak heroin macam sedih sangat lah rupa dia. Ada gak watak lelaki Jepun yang tinggal di Korea sebab nak belajar masak. Suka karakter dia. Dan ermm haha ada watak boss 2nd hero yang gila kerja, psyco, dan andartu! Tengok drama nih macam terubatlah sedih yang masih lara.. 

Kalau korang nak tengok jugak pi kat [sini]. Kalau error link [sini] pulak. Korean punya brand takpe kasi pirate. Shhh.. Oh lupa, second hero serius muka macam Hizami - owner blog [Budak lelaki sebelah pintu].. Kebetulan sama-sama sebelah pintu tuh..




Ps :: Maaf lupa letak linknya hahah. Ok dah letak tapi awas, internet kelajuan kuda je kot dapat tengok dengan senang lenang. ><"

Ps :: Maaf gak tak letak nama pelakon sebenar. Malas nak Google dan kenal lebih lanjut...><"


February 14, 2013

Boringnya Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Assalammualaikum,

Satu Malaysia sedia maklum dengan drama baru Tv3 setiap 7 petang kan. Diganti dengan drama [Setia Hujung Nyawa] yang ada awek cuns. Fenomena tuu.. Rasanya rangking hits sangat sebab Nelydia Senrose kot. Kot lah...




Dah beberapa hari follow drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi tapi rasanya macam boring semacam je. Mungkin sebab heroin dia plastik kot. Ayaq mata plastik je setiap kali dok teriak. Lagi pulak jalan cerita macam melayu tipikal. Rebut harta. Ke mungkin mood kami je yang masih dalam kesedihan. [rujuk entry nih].

Permulaan jalan cerita setiap drama memainkan peranan penting. Dah klimaks nanti kot Rindu Bertamu di Abu Dhabi nih syiok gilerr or giler syokkk(heh). Macam drama Cinta Itu Milikku yang ada ending psiko..




Ps :: Tak sabar, tak sabar tunggu Filem Pilot Cafe yang mesti macam hampeh ><



February 9, 2013

Live Life to The Fullest !

Assalammualaikum,

Baru lepas habih tengok Korean drama, 'Scent of woman'. Lakonan Sam soon (Heroin My Lovely sam soon) dengan Goh Chan (Hero My Girl). Nama sebenar tak tahu. Harap dapat Google sendirik okeh..huhuh

Drama nih mengisahkan heroin yang bakal menemui ajal akibat kanser dan ditakdirkan jatuh cinta dengan Pengarah Syarikat terkenal.. Alololo nak jatuh cinta dengan pengarah jugak (ngeee). Tipikal drama Korea kan. Wanita miskin jatuh cinta dengan lelaki kaya yang ego. Lepas tu happy ending.. Tau sangat dah..




Suka cerita nih sebab ada feveret hero dan heroin. Cerita start dari part sengal-nangis-syahdu-nangis-sweet-fighting. Senang je review kan. Mesej yang disampaikan ialah hargai diri, nyawa, kehidupan dan orang disekeliling anda, be happy and always be a kind heart person oke! =)




Ps :: Tade mood tapi terupdate jugak..haa acane tu?


February 5, 2013

Review : The Impossible

Assalammualaikum,

Movie The Impossible diadaptasi dari kisah benar tragedi tsunami pada tahun 2004 yang telah melanda Thailand. Ingat lagi tak? Alah Malaysia serta Indonesia turut terkena tempias tsunami nih. Ramai yang telah terkorban. Alfatihah..

The Impossible memetik kisah benar keluarga Bennet berhadapan dengan tsunami. Mereka memilih Thailand sebagai destinasi untuk meraikan perayaan krismas. Tapi tak dijangka tsunami pula melanda la kan. Musibah dan peringatan Allah tuh. Mereka anak beranak pada mulanya terpisah dan akhirnya bersatu kembali...



Filem The Impossible nih korang memang kena tengok sendiri. Best dari segi penghayatan dan kesyahduan cerita sangatlah ohsemm. Boleh menang Juara Lagu. Hohoh. Yang penting filem nih dah buat ai menangis oke. Demm yu *baling selipar




Ps :: Tapi ada dua part yang uncensored. Tutup mata tau!


February 4, 2013

Minggu Akhir Setia Hujung Nyawa (Episod 25-28)

Assalammualaikum,

Drama Setia Hujung Nyawa bakal ke episod akhir. Episod kemuncak sudah. Minggu ni ada 4 episod je lagi. Episod 25 hingga 28. Semua dah tahu kan yang Setia Hujung Nyawa berakhir dengan happy ending...hehe terpecah rahsia pulak.



 
Takde lah berapa suka sangat dengan drama nih. Cuma tertarik dengan watak Erniza lakonan Sherry Ibrahim. Ai minat dia you. Huhuhu. Tak pernah baca pun novel Setia Hujung Nyawa nih. Review drama dan novel nih dari Google je. Tertarik dengan jalan cerita yang berbeza antara novel dan drama Setia Hujung Nyawa. Tengok tv lah best. Berdebor...

Tengok preview minggu akhir Setia Hujung Nyawa kat tv macam kelakar bila Ersalina menyamar jadi perempuan tua semata-mata nak jumpa dengan Zain. 



Ps :: Untuk makluman, saya tengok je semua drama tv3 setiap jam 7malam. Yang lain habiskan masa depan laptop gitu... Weee ;p


January 31, 2013

Filem Pilot Cafe Bakal Ditayangkan Dipawagam

Assalammualaikum,

Pilot Cafe? (Pengsan). Novel Pilot Cafe nih sebenarnya novel kedua yang saya pernah baca lepas zaman sekolah menengah dulu. BFF yang bagi pinjam, dimana dia pinjam dari kakak iparnya. Walaupun ketebalan novel Pilot Cafe nih melampau-lampau, tapi gagahkan jugak lah kan baca novel Pilot Cafe yang awesome nih... (Woahhh).

Ahadiat Akashah - penulis novel Pilot Cafe

Sedia maklum, novel Pilot Cafe nih akan diangkat ke layar perak. Ke panggung ler kita.. Biasanya saya  tunggu Youtube aje. Yelah. Pengarah filem suka angkat cerita novel ke panggung dengan feeling tak best. Dah pernah rasa dari zaman [Lagenda Budak Setan] lagi. Pui...

Dengar khabar, Fahrin Ahmad hero utama dalam filem nih. Tolonglah jangan ambil Aaron Aziz sasa macam kayu tuh. Tapi kalau betul Fahrin Ahmad lah kan, nak dia ada rambut macam Hady lah... sebab masa baca novel Pilot Cafe nih dulu, terbayang hero dia macam Hady lah. Tapi nampak gayanya rambut Fahrin Ahmad kan macam curly sikit... Heroin Pilot Cafe pula Izara Aisyah.Okla..


Hady - Watak jahat dalam setia hujung nyawa.

SINOPSIS PILOT CAFE

Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana...tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya...dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe...segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini




Ps :: Tak puas hati bila pengarah suka ambil perempuan mix salleh jadi watak kampung..

December 25, 2012

Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalammualaikum,



Sinopsis Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin Pakai Toncit :

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda pada 7 Februari 2013.
(Sumber Tayangan Unggul Sdn Bhd)





Ps :: Best ke idakkk???

December 24, 2012

Sinopsis dan Trailer Wawa Semput

Assalammualaikum,

Wawa Semput bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan 31 Januari 2013. Tapi macam Saheizy Sam tak join berlakon je kan. Wawa Semput ni berkisahkan pasal percintaan Wawa pulak dari kesinabungan Adnan Sempit.




Sinopsis Wawa Semput :

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. 
Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. 
Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. 
PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. 
Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Pilihan anda untuk tengok kat panggung ke idak ;p

December 21, 2012

Lagenda Budak Setan 2 Katerina Full Movie di Youtube | Download Time

Assalmmualaikum,




Lagenda Budak Setan 2 Katerina Full Moviedi Youtube chuols..



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 Katerina :

Filem sequel Lagenda Budak Setan 2 ini sambungan yang pertama, selepas Ayu meninggal dunia semasa melahirkan anak, Kasyah sendirian menjaga anak kecilnya, Athirah. Katrina(Fazura diganti dgn Maya Karin)  pula yang kecewa Kasyah tak terima cintanya, dia sebenarnya tidak pergi ke luar negara.

Semasa Kasyah membawa anak kecilnya naik lrt(nak penuhi impian isterinya dulu) dia telah bertemu dengan Katrina. Hubungan mereka kembali terjalin.

Namun begitu, hubungan cinta antara Kat dan Kasyah diuji dengan halangan lain dari bekas kekasih Kat (Bront Palarae) yang mahukan Kat kembali kepadanya. -sumber-



Orang kata cerita Lagenda Budak Setan 2 Katerina nih sedih. Sedih ke idak mari lah tonton. Tontonlah sebelum prosuder bengang filemnya ada kat Youtube ye....




Ps :: The Hobbit tak tertengok pon... choi...


December 15, 2012

Pontianak vs Orang Minyak Full Movie di Youtube | Download Time..

Assalammualaikum,



Pontianak vs Orang Minyak sekarang di Youtube chuols... Tengah sedap-sedap layan, tiba-tiba buffering lah pulak. Gewamm ahkak...



Sinopsis lengkap untuk filem Pontianak vs Orang Minyak aka Ponti vs Omi silalah melawati ke [blog ini] oke untuk maklumat lanjutnya pon.. Orang kata ceghita ni best. Best ke idak, jom buffering sama-sama.. Hehe..


Ahkak tatau nak download selain direct dari Youtube guna Internet Download Manager. Itu pun adik ahkak yang beriya install semua nih kat laptop ahkak. Kelas kau adik walaupun semua orang dah pakai aplikasi cecanggih untuk download. Ok letew dari takde. Eh macam mak jemah pulak yang mengarang sekarang nih... Gara-gara Omi lakonan Johan lah nih...



Layan Pontianak vs Orang Minyak sambil ngap Cheesy 7 dari Pizza Hut chuolss..






Ps :: Layarilah Pontianak vs Orang Minyak sebelum penerbit bengang oke...hehe


December 12, 2012

Komen Filem Zaiton Sameon : Ceritaku | Terbaekkk

Assalammualaikum,

Semua orang asyik komen Filem Istanbul Aku Datang je kann. Takde ke nak komen Filem Zaiton Sameon : Ceritaku? Baru lepas tengok Filem Zaiton Ceritaku ni. Best apa...

Sinopsis sekerat dua kerat:
Filem Zaiton Ceritaku mengisahkan perjalanan hidup diva terkenal Malaysia, Zaiton Sameon lakonan Nadia Aqilah. Liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi Zaiton Sameon selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang juga meragut nyawa anaknya. Sehinggalah dia menjalani kehidupan sebagai Zaiton Sameon yang dibayangi kenangan lalu..


Zaiton Sameon : Ceritaku -sumber-

Overal komen untuk filem Zaiton Ceritaku, not bad jugaklah. Lakonan Nadia Aqilah harus dipuji lah walaupun saya tak kenal pon pelakonnya tuh. Entah siapa-siapa tapi hebakk jugak bak hang. Tak semua production house berani nak buat filem macam nih. Pengajaran dan kesedaran pon banyak yang dapat dirasa. 

Yang saya tahu pasal Zaiton Sameon ialah lagu hitsnya Menaruh Harapan. Kalaulah permulaan cerita diperhaluskan dengan detik-detik kehidupan diva dia, mesti generasi zaman ni dapat merasai zaman Zaiton Sameon yang dulu... Kot..


Sewaktu kemalangan -sumber-


Saya bukanlah peminat filem biografi. Ni first time tengok filem bergenre biografi kot. Bilalah filem biografi 'Xila : Kisah Seorang Blogger Hebak Bak Hang' nak disiarkan kan? Kah kah kah kah.






Ps :: Magic sangat ke 12.12.12?


December 3, 2012

Windstruck | Ikhlas

Assalammualaikum... 

Nangis teresak-esak dah nih lepas tengok Korean Movie - Windstruck. Movie nih rasanya dah lama, tapi baru je dapat tengok tadi. Mula-mula happy-comel-blur couple, lepas tu part nangis-nangis je hujungnya. Syahdu tau... Lebih syahdu dari Istanbul Aku Datang yang ada Lisa comel tapi movienya macam cerita cinta yang biasa. Curang - cari lain. Tetttt.




Yang pasti, lepas tengok je terus download buat koleksi. Cerita nih laju siket la dari movie Daisy. Korean movie jugak. Heroin yang sama untuk Windstruck dan Daisy. Pergi je taip kat Youtube - Windstruck, gerenti jumpa. Tak jumpa, habaq mai ngadu kat akak noh.

Kalau diberi pilihan, nak jadi macam Lara Croft. Ganas dan menggoda. Haha.






Ps :: Dah tengok jugak Istanbul Aku Datang. Xoxo, x, publish!



December 1, 2012

Istanbul Aku Datang Full Movie di Youtube | Download Time

Assalammualaikum,



Tengah tengok Istanbul Aku Datang Full Movie di Youtube sambil tunggu full loading. Hehe. Bagi yang tak tengok lagi la. Yang dah tengok pi main jauh-jauh. 


Sinopsis Istanbul Aku Datang :

Istanbul Aku Datang tells the story of a ditzy but kind hearted blogger girl named Dian, who travels to Istanbul, determined to get her boyfriend to put a ring on her finger! When she arrives, her boyfriend Azad grows increasingly distant from her, and she is forced to find her own place to stay. She is then cheated into staying with annoying Haris, and has no money to find another place. Although the two begin to rub each other up the wrong way, Haris slowly starts to hold a soft spot in her heart, and Dian must choose between the two men in her life. Follow Dian on her Turkish adventures in her search for true love.
- SUMBER
ps :: translate sendiri hehe



Tak kira, minggu depan nak tengok gak The Hobbit @13 Dec 12 nih. Dulu tulis gak Istanbul Aku Tak Jadi Mai ala-ala macam parody la. Tapi sedih bila ada yang komen karangan tuh sequel kepada Istanbul Aku Datang, mahupun sinopsis yang sebenar. Ngapain tak baca sampai habes? Duhhh




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!