February 23, 2013

10 Tanda-tanda Korang Dah Gemuk !

Assalammualaikum,

Tanda-tanda yang korang nih dah gemuk? Atau bahasa sedapnya, berat badan bertambah. Mesti streesss kan kalau berat badan naik. Lebih-lebih lagi orang perempuan nih. Isk isk isk...

Google. Dah macam ni baru tersedar kan ermm..


10 Tanda-tanda Korang Dah Gemuk:

1) Korang akan rasa lebihan ketulan di bahagian badan diri sendiri. Bila tengah rileks-rileks menonton Rindu Bertamu di Abu Dhabi, terasa perut terjojol keluar dan sedap diletak picit tv atau teh tarik atas perut sendiri. Erti kata lain korang dah boroi..

2) Bila berjalan di Danok, Selatan Thailand,, betis berselisih dengan betis. Ada geseran antara betis kiri dan betis kanan. Lepastu baru korang sedar, betis semakin berkembang! (nih la sumber alert saya huhu)

3) Asyik nak makan makan makan. Bila dah tersedar korang terlebih makan, korang akan feeling macam ni..., 'Ehh banyaknyee aku makannn!!?

4) Jalan berlari atau jogging dalam beberapa minit je dah terasa mengah gila.

5) Terasa malas nak angkat punggung. Nak bergerak dari satu tempat ke suatu tempat pun rasa malas. Walaupun jaraknya hanya beza 3 depa camtu... (Eh ni orang pemalas nih..!)

6) Kawan korang akan tegur korang gemuk. Dan korang akan memperlekehkan pandangan kawan korang tuh dan beriya tak nak mengaku korang gemuk. Kawan adalah cermin sejati korang tau...

7) Bila lalu depan kedai Takasima ke Ogawa ke, akak promoter akan panggil korang untuk cuba mesin exercise yang terbaik untuk korang test. Lalu korang jalan laju-laju dari promoter naif tersebut... 'Eh aku kurus oke...'

8) Seluar atau baju korang semakin mengecil. Sebenarnya sah korang semakin membesar. Lepas tu terasa nak pergi shopping baju lain. Membazirnya korang nih...!


9) Pakwe atau makwe korang mintak clash... Hahah..


10) Tak muat pakai baju peplum ready made bagi si gadis... Sadisnye... Makkkkk...!



Bagi mereka yang berbadan gempal, ayuh bersenam demi kesihatan pada masa hadapan dan kehidupan bahagia yang bebas penyakit. Harus tau sebab nanti kita malas, cepat letih, stress, manja terlebih, gedik. (Eh?) Saya kalau badan naik sikit mulalah rasa berat punggung. Bukan nak cantik langsing pon, tapi kesihatan, ya kesihatan..ya ya..

Ayuh rakyat Malaysia, mari amalkan pemakanan yang sihat dengat oat. Harus!!




February 22, 2013

4 Cara Share Blog / Entry Baru dengan Google plus (Google+)

Assalammualaikum,

Penting ke ada akaun Google Plus (Google+)? Boleh [refer sini] untuk maklumat lanjut. Rasanya, kebanyakan blogger tak ramai yang share blog atau entry baru di Google+ dengan sistematik dan efficiency sangat. Haaah. Haruslah ada ilmu ini supaya para pembaca setia korang alert dengan entry baru korang selain share kat Facebbok / Twitter / dashboard blogger oke..


Cara Share Blog / Entry Baru dengan Google+ :
1) Share secara umum (public) di akaun Google+ masing-masing.
Kalau sesiapa yang ada akaun Google+, automatik lepas publish je entry baru akan keluar pop up macam bawah ni, share secara public, dan tekan button share. Cara share macam ni akan dilihat oleh sesiapa je yang add korang dalam circle depa. Atau yang follow korang di Google+ la...


2) Control your share di Google+.
Maknanya korang boleh control lah korang nak share dengan circle yang korang follow je ke, semua orang yang dalm circle korang je ke atau antara cicrle orang yang follow korang. Haa faham? Everyone can see your post man... Publisiti, publisiti! Hahah. Yang nih highly recommended. Gitu...


3) Browse people.
Korang boleh jugak share dengan cara browse people. Motif nak kawan-kawan korang yang rapat je tahu entry terbaru korang. Emm maybe. Suka hati korang lah kan. Akaun masing-masing. Klik je pada simbol gambar tambah orang tuh. Dan taip jelah nama kawan korang. Cam tu je...
 

4) Share among komuiniti blog yang korang join di Google+.
Kiranya macam groups-groups yang korang join kat facebook lah. Kalau di Google+ saya ada join +Malaysian Bloggers , dan dua tiga group komuniti blog lain. Korang boleh directly share kat group macam gambar gajah bawah nih.




Saya selalu share cara nombor dua dan empat. Tapi tolong lah paham jangan nak private sangat akaun Google+ korang. Kalau takde blog takpela. Tapi yang ada blog, siap rajin blogwalking lagi, yang hangpa pi private sape suruh. Jangan tak tahu kenapa orang tak mai blog korang haa sebab ni lah.

Kalau nak private jugak, suka hatilah. Private kan sekali blog korang. Cara nak tahu korang ada setting private Google+ ke tak? Refer entry kak Nieyxzha nih...

Oh sebenarnya penting tau nak update entry baru ke Google+ korang sebabnya, bila blogwalking, readers akan refer post kat akaun Google+ korang. Jangan biarkan readers tercari-cari entry baru dan link blog korang. Hargailah readers anda. (Tiba-tiba).




Ps :: Ish gigih gila gua taip entry nih untuk korang alert...


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!