March 3, 2013

Review Filem : Rockk Oo Memang Rock

Assalammualaikum,

Sabtu lepas kami dating dengan blogger ipoh. Tak cadang pon nak ajak jumpa sebab ai nih pemalu giler orangnya. OK fine. Tapi terbaca komen-komen filem Rock Oo kat twitter, dan secara spontan ajak blogger ipoh sorang nih nengok Rock Oo... Serius rasa tak membazir 14 hengget tuh... Tapi sedang kita berseronok jangan lupa doakan Sabah, Malaysia ya...



Sinopsis Rock Oo

Filem Rock OO - Rimba Bara Kembali adalah kesinambungan filem Rock (2005) yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Kumpulan Rock Rimba Bara telah berpecah dan berazam untuk bersatu semula. Amy Mat Piah (Que Haidar) menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi utama Rimba Bara dengan semangat "Pantang anak petani moden mengundur kalah". Rimba Bara telah ke Kuala Lumpur untuk memulakan semangat baru. Pelbagai pengalaman pahit manis suka duka yang terpaksa dilalui dan akhirnya Rimba Bara berjaya menempa nama di arena rock tanah air.

*****

Last time tengok wayang melayu kat panggung tahun berapa entah tengok Filem Karak yang bodoh gila tuh. Teman kawan nak tengok sangat kot masa tuh. Rock Oo best giler sebab sengal dia lain macam. Ada pengajaran jugak lah. Antaranya yang den paham, sifat setia kawan (maybe) dan perjuangan okeh. Perjuangan. Huraikan... (15 markah)

Scene paling best (randomly tau, tak ingat sangat) :
- Amy Mat Piah nyanyi ramai-ramai lagu Teratai Bunga Indah.
- Slash tiba-tiba suruh awek dia berambus, tapi dalam bus kemain leleh ayaq mata menangis...
- Part dorang berendam dalam air. Motif?
- Jijoe main dengan kucing. Macam nak sekeh je dia..
- Dan banyak lagi. Macam kena repeat tengok. Mohon sape-sape belanje uhukk

Walaupun tak dan nak rasa zaman rock, tapi dengan tengok filem nih tahulah sikit-sikt perasaan rockers-rockers zaman dulu. Banyak tentangan bila rock dijajah zaman tuh. Konflik akidah la, identiti lah, adab lah...bla bla bla korang kena tengok woohhh...


Gigih cari lagu nih kat korang. First time dengar hahah.



Ps :: Nanti den ado maso den gi spotcheck Giveaway Blog Dear Xila tuh. Jemput join bagi yang belum ya. Hehe. Ya Allah lindungilah Sabah, Malaysia... Takziah buat mangsa perajurit tanah air...


February 28, 2013

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengann Google+ Page | Laman Sosial Baru Google

Assalammualaikum,

Rasanya ramai yang tak tahu lagi kan tentang akaun Personal Google Profile (Google+). Sebabnya ada antara blogger yang belum kemas kini profile Google + pon kat blog dorang. An an an...

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengan Google+ Page? Macam pening je nak terangkan sebab tuan punya blog pon terasa pening lalat la ni... Banyak sangat akaun laman sosial. Tapi dah namanya blogger, haruslah tahu jugak sikit-sikit tentang dua benda nih.


1) Personal Google Profile (Google+)
Yang ni fungsinya macam akaun personal Facebook. Korang boleh share entry baru korang dengan Google + dengan memastikan entry baru akan diterima oleh semua notification dalam circle korang. Refer [entry ini] untuk tahu cara nak share lebih lanjut. Jangan tak tahu Google+ pun ada hashtag-hashtag nih. Kiranya Google+ nih kacukan facebook dan twitter. Ceh buat pening kepala je. Huhu..




2) Google+ Page
Yang ni pulak fungsinya macam fanpage Facebooklah. Adoyai nya pon, dah terbuat dulu, makanya kena teruskan jelah. Tapi tak perlu pun takpe. Cis. Sayang pulak nak delete. Sama je macam akaun personal Google+, boleh share blog juga.... Goole+ Page nih artis je kot sesuai buat... Ermmm k fine..




Ps :: Dah tuh apa lagi, jangan lupa follow dan tekan G+ semua yang ada kat blog ini oke. ^^


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!