July 26, 2013

Review Contact Lens Berwarna Murah dari Glasses Online!

Assalammualaikum,

Bagi pengguna kanta lekap atau contact lense bewarna mesti suka kan kalau dapat tahu saya akan review contact lense murah, 100% original, berjenama, berkualiti tinggi dan mudah dibeli secara online! Contact lense warna yang saya dapat ni dari Glasses Online, iaitu online store pertama di Malaysia yang bukan setakat jual contact lenses bewarna je, takde warna pon ada malah ada jual bingkai cermin mata, shades dan semua berkenaan dengan matalah.

Jadi jangan ragu-ragu kalau korang bimbang Glasses Online ni jual contact lense murah tapi tak berkualiti macam sesetengah online shop lain tau. Anda tahu kan maksud saya? Hehe.
 Perbezaan harga SofLens dari Glass Online (atas) dengan jenama sama dari kedai biasa (bawah) yang dibeli bulan lepas. Beza bukan? Sob sobs. Perbezaan RM 20 yang penuh makna. ;p


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri 
Well ai dah biasa dengan contact lense jernih (powerless) jenama SofLens dan contact lense bewarna Freshlook. So no worries :)


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Freshlook colorblends - Grey. Bersama eyebag hahah :D



Cara shopping dengan mudah dan senang di Glasses Online :
1. Pilih contact lense bewarna atau apa sahaja kaca mata pilihan anda. Baca segala feauteres, review, measurements yang dipaparkan, isilah berapa power korang atau ciri-ciri yang ditanya seperti highlight box dibawah.
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri

2. Setelah puas hati dengan pilihan anda, kemudian tekan lah button add to cart.

3. Nanti akan keluar page statement pembayaran yang perlu dibuat. Kalau korang ada diskaun code, isilah  diskaun code di column disediaakan. Yang penting pembaca blog ni akan dapat diskaun code! Tunggu akhir entry eh hehehe. 
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
4. Kemudian click Go to chekout. Bagi yang belum isi butir peribadi haruslah isi dahulu. Yelah untuk delivery process kan. Bagi yang dah berdaftar terus tunggu je produk korang sampai oke! Lagi-lagi boleh bergaya untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang nanti!


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Seperti yang diberitahu tadi, Glasses Online juga ada jual shades dan bingkai cermin mata, dari top branded macam Rayban, Gucci, Adidas, Christian Dior, Prada, Burberry, Polo, sehinggalah jenama swasta tempatan dan international chuolsss... Wah wah sekarang siap diskaun hampir 44%! Yang penting free shipping! Lagi-lagi sekarang ni depa ada buat promotion sempena Hari Raya ni...

Sebelum korang shopping di Glasses Online ni, saya nak bagi voucher code khas untuk pembaca yang tengah baca entry ni haa iaitu sebanyak RM 20 dengan setiap pembelian RM 100 ke atas. Sah sehingga 31 August 2013. Codenya GOdearxila20. Jangan lupa gunakan voucher code ni ya!

review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, voucher code contact lense, shoppingvoucher


Jangan lupa menjaga kebersihan kanta lekap anda! Untuk maklumat lanjut jom layari :



July 15, 2013

Zombijaya Dari Novel ke Filem - KL Zombi

Assalammualaikum,


Filem KL Zombi bakal ditayangkan tidak lama lagi yang merupakan adaptasi dari novel terbitan BukuFixi iaitu Zombijaya. KL Zombi dibintangi oleh Zizan Raja Lawak (hero), Siti Saleha, Izara Aishah dan beberapa lagi artis tanah air yang bergenre komedi/aksi/seram. Kalau tajuk filem dikekalkan sebagai Zombijaya lagi rare kot. Entah hehe.


Teaser Trailer Filem KL Zombi

Sinopsis Filem KL Zombi
Selamat datang ke Kuala Lumpur! KL Zombie mengisahkan Aliff yang secara tiba-tiba digigit seekor anjing. Akibat gigitan itu dia mengalami penyakit pelik dan bertukar menjadi zombi yang kemudiannya menjadikan manusia sebagai mangsanya. Dapatkah KL diselamatkan dari serangan zombi? Hanya Nipis mampu mengatasi Zombi... Menarik ke tidak? Haaaa... sumber


Tips mengahapuskan zombi ;p

Zombi teh tarik satu!


Untuk maklumat lanjut sila ke official Facebook KL Zombi
Semua gambaq diambil dari FB KL Zombi. Huhu. 
Tarikh tayangan Filem KL Zombi 29 Ogos 2013.



Ps :: Dah tengok filem Pecah jugak. Okela sebab dah dapat agak apa jalan ceritanya walaupun belum pernah baca novel Pecah. Hebat tak? Hahah. Novel Pecah terbitan BukuFixi jugak..



February 28, 2013

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengann Google+ Page | Laman Sosial Baru Google

Assalammualaikum,

Rasanya ramai yang tak tahu lagi kan tentang akaun Personal Google Profile (Google+). Sebabnya ada antara blogger yang belum kemas kini profile Google + pon kat blog dorang. An an an...

Perbezaan Personal Google Profile (Google+) dengan Google+ Page? Macam pening je nak terangkan sebab tuan punya blog pon terasa pening lalat la ni... Banyak sangat akaun laman sosial. Tapi dah namanya blogger, haruslah tahu jugak sikit-sikit tentang dua benda nih.


1) Personal Google Profile (Google+)
Yang ni fungsinya macam akaun personal Facebook. Korang boleh share entry baru korang dengan Google + dengan memastikan entry baru akan diterima oleh semua notification dalam circle korang. Refer [entry ini] untuk tahu cara nak share lebih lanjut. Jangan tak tahu Google+ pun ada hashtag-hashtag nih. Kiranya Google+ nih kacukan facebook dan twitter. Ceh buat pening kepala je. Huhu..




2) Google+ Page
Yang ni pulak fungsinya macam fanpage Facebooklah. Adoyai nya pon, dah terbuat dulu, makanya kena teruskan jelah. Tapi tak perlu pun takpe. Cis. Sayang pulak nak delete. Sama je macam akaun personal Google+, boleh share blog juga.... Goole+ Page nih artis je kot sesuai buat... Ermmm k fine..




Ps :: Dah tuh apa lagi, jangan lupa follow dan tekan G+ semua yang ada kat blog ini oke. ^^


February 16, 2013

Iklan Produk Kesihatan Zaman Sekarang

Assalammualaikum,



Iklan produk kesihatan zaman sekarang semakin meletops you all. Macam-macam ayat maneh (manis) yang dipancing oleh syarikat pengedar. Bila baca kat paper/pamplet ke, bunting-bunting liar kat supermarket ke, rasa macam malu nak baca! Ayat terlampau! Siap tempek sekali muka pakcik/makcik tua yang sengeh semacam. Yekkk. Kesian kat cucu enkorang..

Inikah yang dikatakan strategi marketing yang berkesan?




Ps :: Plan ke Kelantang sah ditunda ke minggu depan ><"


February 14, 2013

Boringnya Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Assalammualaikum,

Satu Malaysia sedia maklum dengan drama baru Tv3 setiap 7 petang kan. Diganti dengan drama [Setia Hujung Nyawa] yang ada awek cuns. Fenomena tuu.. Rasanya rangking hits sangat sebab Nelydia Senrose kot. Kot lah...




Dah beberapa hari follow drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi tapi rasanya macam boring semacam je. Mungkin sebab heroin dia plastik kot. Ayaq mata plastik je setiap kali dok teriak. Lagi pulak jalan cerita macam melayu tipikal. Rebut harta. Ke mungkin mood kami je yang masih dalam kesedihan. [rujuk entry nih].

Permulaan jalan cerita setiap drama memainkan peranan penting. Dah klimaks nanti kot Rindu Bertamu di Abu Dhabi nih syiok gilerr or giler syokkk(heh). Macam drama Cinta Itu Milikku yang ada ending psiko..




Ps :: Tak sabar, tak sabar tunggu Filem Pilot Cafe yang mesti macam hampeh ><



February 10, 2013

Aku Suka Dia

Assalammualaikum,

Ya aku suka kamu semua yang sudi baca disini. Kau semua ohsem.(meow, meow..).





Dulu masa Ainan Tasneem bawak lagu ciptaan dia 'Aku suka dia', rasa macam urghh melalutnya lagu nih, tak harmoni langsung, lirik cam bagus, tah hape-hape punya lagu.. bla bla bla tutup tv, bakar radio, campak laptop, bunuh diri (bunguk).

Tapi, tapi sekarang dah mula bersiul-siul lagu nih. Bila dengar lagu ni bagaikan berada di galaksi. Heheh propa. Tulah orang kata, tak boleh benci sangat nanti jatuh cinta. Apapun bila mamat nih nak melamar kitew phewww..

Dalam video clip nih rasanya outfit Ainan tak berapa sesuai la dik noonnn. Budak-budak baru nak up memang ada kecelaruan pemilihan pakaian kot. Sama seperti Najwa Latif. Meh hire akak jadi perunding imej...Bayar gaji RM 89,000 je sebulan...Haa ade bran?




Ps :: Psy datang Malaysia bila? ;p


February 3, 2013

Pentingnya Google Plus (G+) Follower

Assalammualaikum,

Penting dan perlu sangat ke ada akaun Google Plus (G+)? Dah la akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Formspring, pon terhegeh-hegeh nak berupdate, inikan pula nak ada akaun Google Plus (G+). Huk alohhh...

Kalau kamu semua perasan, saya dah tak guna widget follower blog yang biasa tuh. Sekarang nih pakai widget Google Plus (G+). Barulah up to date derr. Ya memang dulu terjebak dengan Google Plus (G+) sebab tengok senior-senior blog berubah ke arah Google Plus (G+). Sebab tuh saya dah ada banyak follower among Google Plus (G+) sebab dah lama bertapak kan. (Banyak lah sangat..) Dalam tahun lepas jugaklah kot.

Pentingnya Google Plus (G+) Follower
Untuk pengetahuan, blogspot untuk blogger nih kan salah satu produk Google. Sekarang nih, pihak Google tengah upgrade blogspot secara berperingkat. Tengok sajelah widget follower yang hat biasa tuh dah tak ada di 'add a widget'. Pihak Google sekarang dok sibuk promosi Google Plus (G+) Follower mereka di column widget kan. Dekat sidebar pon ada kan. 'Upgrade to Google +' bagi mereka yang belum.


Google Page Blog Dear Xila


Thats why anda kena ready dari sekarang. Mana tahu masa akan datang, tiba-tiba widget follower yang biasa tuh akan lupus. Google Plus (G+) Follower berfungsi macam facebook jugak. Dapat share dikalangan rakan yang anda following. Fungsi G+ seperti like di Facebook.

Tapi dari dulu sampai sekarang pening nak manage Google Plus (G+) sendiri. Dah la siap ada [Google page](click) yang fungsinya seperti fan page Facebook. Macam nak kena hire admin lain la. Keke. Lain kali kita bincang pasal dua benda alah ni lagi oke.




Ps :: Rindu zaman keremajaan Myspace dan Friendster!


January 19, 2013

Trend dan Pilihan Warna 2013 : Green Emerald

Assalammualaikum,

Trend dan pilihan warna yang dijangka tergedik-gedik hits sepanjang 2013 ialah Green Emerald (Hijau Emerald). Warna macam mana tuh hijau emerald? Macam ahh international lah pulak bila sebut Emerald-emerald nih.

Sumber

Hijau emerald nih bertonakan hijau lah jugak. Warna hijau emerald nih akan menjadi trend dan pilihan bakal-bakal pengantin, mahupun industri-industri fesyen, dekorasi, tatarias dalaman, kediaman, dan sewaktu dengannya. Dan jugak warna pilihan blog Dear Xila nih. Kui kui.

Secara peribadi warna hijau bukan lah warna kegemaran saya. Tapi ewah-ewah jatuh cinta pandang pertama pula. Warna hijau nih memberikan rasa yang segar, ketenangan, aman, menyenangkan malah rasa seperti aktivis selamatkan pokok-pokok kat Bumi pulak. Ahak. Dulu cuba pernah kasi kuning-kuningkan blog nih. Tapi tak menjiwailah. Padehal sebut je warna apa, semua tuh pilihan saya mengikut mood.*Larikk

“Green is the most abundant hue in nature – the human eye sees more green than any other color in the spectrum,” said Leatrice Eiseman, executive director of the Pantone Color Institute.


Green L shape sofa
Hijau memberi Inspirasi kediaman


Kabinet hijau
Hijau memberi inspirasi perabot yang simple.


Hijau juga memberi inspirasi peragaan.

Apa pilihan warna anda tahun 2013 nih? Sape blog dia kaler hijau? Mari seppp!


 
Ps :: Kalau hijau digandingkan dengan songket, perhh meleleh ayaq liuq. ;p


January 17, 2013

Forum Suara Haiwan - Kelab Peminat Burung Unta

Assalammualaikum,

Klik untuk tumbesaran.


Presiden Kelab Peminat Burung Unta pula tampil membentangkan masalah kroni-kroninya. Kenapa burung unta tidak boleh terbang? Haa inilah masalah utamanya. Burung unta merupakan burung terbesar antara burung-burung di dunia. Burung unta berdarah panas, dan merupakan spesis burung yang tidak boleh terbang.

Kenapa burung unta tak boleh terbang?

Salah satu faktor burung unta tak boleh terbang kerana berat badannya yang besar dan berat disamping burung unta tiada otot khas yang bolehkannya untuk terbang. Tetapi kelebihan burung unta ialah dia boleh berlari dengan laju. Bila burung unta berlari dengan laju, sayapnya itu berfungsi untuk menyeimbangkan badannya dengan fungsi mengepak. Haa gitu. Bertemu lagi dalam info burung unta yang lain. Ahak.




Ps :: Introducing to you, Mr Os. President Kelab Peminat Burung Unta lol.


January 15, 2013

Listen Parody by Mr Bie - Fenomena Listen

Assalammualaikum,



Fenomena 'Listen' jadi hits gara-gara forum 'Suara Mahasiswa' yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia beberapa hari lalu telah mendapat liputan meluas di Youtube, Facebook, Twitter dan juga blog. Masalahnya, kenaakah benda nih mesti berlaku di UUM? 

Suara 1
Ms Bavani memang ada hak nak suarakan pendapatnya, tapi dia kenalah jaga sensitiviti kerajaan yang mentadbir sekarang. Nama pon forum melibatkan suara mahasiswa. Tapi bila ada mahasiswa yang tampil berani nak express opinion dia, disekat pulak oleh kak Pah (Sharifah Zohra Jabeen).

Suara 2
Kak Pah pon satu, nih forum suara mahasiswa level biasa-biasa je, awak tuh ada o'level, so jangan lah join forum nih kalau tak setaraf dengan awak. Bila dia mentioned taraf dia lagi tinggi dengan bangganya, dalam masa yang sama dia menunjukkan kebodohan dia. Apa kena mengena kucing dan jerung yang ada masalah, dikaitkan dengan forum macam nih. Cara dia handle mahasiswa pon tak seperti orang yang berilmiah apatah lagi profesional.

Suara 3
Dah tuh pulak malu dengan mahasiswa lain yang menyokong Kak Pah setelah menindas Bavani dengan kurang profesionalnya. Atlast disogok pulak dengan Galaxy Note free. Podahh.


Listen Parody by Mr Bie.


Dan tiba-tiba cepat pulak keluar video parodi - Listen Parody dari Mr Bie. Ala Mr Bie yang sebelum ih pernah came out dengan lagu Tak Terukir Di Bintang parodi tuh. Ahh kalau taktau silalah ke Youtube. Search je tajuk tuh... Listen to me !



Ps :: OMG saya bekas mahasiswa UUM. ;p


January 8, 2013

Video Persembahan Lagenda Rock di Anugerah Juara Lagu 27

Assalammualaikum,

Persembahan lagenda-lagenda rock - Mega, Aris, BPR, Ramli Sarip menutup tirai Anugerah Juara Lagu 27 beberpa hari yang lalu. Terhebat... Terbaik. Walaupun bukan lahir dengar lagu-lagu depa, tapi lagu KRU (hehe jujur tak?), tapi lagenda-lagenda rock nih mengingatkan tentang kenalan-kenalan zaman universiti dulu.




Disebabkan beberapa kenalan zaman universiti dululah kenal dengan Ramli Sarip, and the geng yang lain. Dulu tak berapa nak minat dengar lagu rock leleh bagai nih. Tapi disebabkan kenalan-kenalan nih lah yang bawak feel rock leleh nih sebenarnya ada jiwa tersendiri. Terima kasih family "COCOBALLZ". Family dihati. Tak faham. Geng masa universiti la....

Ramli Sarip pernah datang [UUM]. Perghhh berapa UUM bayar agaknya...



 

December 28, 2012

Tebus Mata Ganjaran Kad Watson Anda Sebelum 31 Disember 2012

Assalammualaikum,

Tebus mata ganjaran kad Watson anda sebelum 31 Disember 2012 bagi yang telah mengumpul mata ganjaran sebelum 31 Disember 2011. Selepas 31 Disember 2012, mata ganjaran kad Watson anda akan kembali jadi zerro. Haruslah kumpul balik oke...


Google


Cara tebus mata ganjaran kad Watsons :
Korang pergi mana-mana kaunter Watsons, check balance rebate yang ada, lepas tuh beli mana-mana barang Watsons, sekiranya korang beli barang RM 5, bolehlah tolak dengan mata ganjaran yang korang ada.

Barang Watsons :                RM 5.00
Mata ganjaran :                  RM 3.70
Jumlah yang perlu dibayar :   RM 1.30

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.watsons.com

Secara jujur, suka berbelanja kat Watsons sebab macam meriah je dengan colour-colour hijaunya. Takde sape nak mengekor bila nak usha barang-barang dekat Watsons nun. Setakat nih dah check balance dekat akak yang jaga kaunter dekat Watsons kawasan ahkak, boleh lah rebate RM 3.70. Rezeki jugak tuh.





Ps :: Beli ubat gigi Colgate Extra Whitening jeww titeww ;p


January 30, 2012

Maksud Warna Kegemaran Anda

Assalammualaikum,


Tengahari tadi datang melawat [kakak koperal] yang bercerita pasal warna. Tiba-tiba menarik jugak. Korang boleh pilih warna-warna yang dicadangkan dalam blog kakak koperal ni. Sejauh mana ketepatan maksud warna kegemaran, tuan badan yang patot lebih tahu. So dengan eksaitednya telah memilih warna:



Oren - Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat.

- Suka pakai baju kurung warna oren. Haritu pergi interview pakai oren dan mood terlebih ceria semacam. Senyum je memanjang walaupun penat sangat bila sampai sana. Mood masa tu pon macam aktif dan agresif semacam. Kawan pernah cakap yang, 'eh awak sesuailah pakai oren'. Hahah suka-suka.


Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy.

Suka dekat blog yang background dia warna kuning. Macam blog Fatin Liyana kan. Tak banyak blog warna kuning ek. Suka tengok warna kuning dan warna ni dapat serap aura ceria. Suka jugak warnakan rambut doodle warna kuning macam Paris Hilton gitu. 


Merah - Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat.

- Kalau barang peribadi suka warna merah. Rasa nanti macam nak kereta warna merah, rumah warna merah dan baju pengantin nanti wajiblah warna merahhh. Kalau bakal suami tak suka merah, suruh dia kawen ngan kadi jelahh. Megah?? Tak kot...



Biru Muda - Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah berkorban, kerjasama.

- Dulu je obses warna biru muda. Pastu dah besar panjang tak berapa. Warna blog ni warna biru muda kan sebab warna lain tak dapat nak masuk lah. Dulu pernah apply warna pink kat blog tapi bosanlah ramai pakai pink. Bila gundah gulana suka tengok warna kat langit. Tenang je... 


Sebenarnya dari kecik warna kegemaran asyik berubah. Takde penderian tetap eh? Alah biasalah tu kalau warna pengaruhi mood dalam membesar. Huh. Hati tengah ke laut tadi, tapi bila taip entry pasal warna ni mood berubah sikit. Bila moody layan lagu Sheila Majid best... Suka lagu pengemis muda tapi sebab AJL semalam dia nyanyi lagu warna kan, warna jelah...




most love, sheila majid, warna, maksud warna kegemaran, warna pilihan, trend



Ps :: Oh warna-warna pada dunia~




November 24, 2011

Trend Seluar Warna Warni

Assalammualaikum,



Wanita sekarang dah trend pakai seluar warna-warni. Barulah nampak hot chic. Warna-warni dari atas sampai bawah. Legging sekarang pon dah warna warni. Siap ada corak-corak rimau bintang, zebra dan juga polka dot. Tapi legging nampak tak manis lah bila pakai. Lebih-lebih muslim sejati.


Bermain dengan warna ni ada risiko. Kalau tak kena nampak macam badut sarkas. Tapi janji kau yakin bah! Teringin nak beli satu warna pink. Dalam closet tu ada warna asas je. Hitam, putih, kelabu, biru gelap. 



Ps :: Mesti Umieartoqime tak takut warna nih..! 


August 18, 2011

Cara Daftar Churp Churp !

Assalammualaikum,


Kiut gile nama Churp Churp ni. Sape punya idea agknya? Bagus diaorang punya marketing department ni. Hihi. Tapi lagi kiut tak kalau korang daftar churp churp ni. Rasanya korang semua dah daftar Nuffnang kan? Kiranya Churp Churp ni adik beradik depa lah...Dibawah satu bumbung kata kau. Siyes tak tipu.


Saya suggest kan kawan-kawan semua kena daftar Churp Churp ni, alang-alang dah join Nufnang kan. Sebabnya nanti kedua-dua benda ni akan di link kan sekali. Tak payah nak log in banyak kali dah. Tak payah risau status Glitteri kat Nuffnang sebab depa dua ni kan dibawah pengurusan yang sama. Apa itu Glitteri? Korang pergi login Nuffnang dan tengok nombor 1 macam kat bawah ni.


Aku pon tak pasti pasal Glitteri ni dan rasanya kalau yang baru mendaftar Nuffnang tak dapat kot? Betolkan kalau salah. Dan kalau korang nak tahu lebih siket boleh click read more macam nombor 2 kat atas tuh. Rata-rata semua pakai heartbeat kan? Ganggu ke tak ye. Saya setia dengan Nuffnang dan Churp Churp je... Hikkkk



Firstly, korang daftar Churp Churp dengan pergi ke website ni atau click je dekat link atas ni. Dah click, boleh lah tulis all the requirement yang dorang mintak. Isi semua dan tekan submit. Ok? Pastu pergi Dashboard kat atas belah kanan untuk tengok iklan yang boleh di share bersama dan belah kiri pasal status berapa RM korang dah dapat. Tengok bawah ni..


Kalau dah daftar Churp Churp lain kali boleh lah log in Nuffnang dan terus je ke Churp Churp dengan click seperti gambar dibawh ni....Tak ke senang Jijah oi. Churp Churp senang nak dapat income tau. Laju je. :)


macam mana daftar churp churp, churp churp, apa itu churp churp, iklan churp churp, earning churp churp



Alang-alang dah online Facebook dan Twitter, apelah salahnya share iklan Churp Churp ni sekali. Tak rugi punya. Korang jugak dapat pekdahnya. Hehe. Macam mana nak letak iklan Churp Churp dalam blog, Facebook dan Twitter? Next tutorial boleh? Penat lah....Hikkk.



Sekian.
Jangan lupa klik churp churp kita hee


August 24, 2010

kestresan yang melanda melampau-lampau

aduhhh...banyak giler esaimen dan segala benda yang nk disetelkan sebelom pulang beraye la kan...been busy sungguh tak terkata...banyak benda yang belegar-legar diruang fikiran ni ha sampai nak terkeluar muntah ijau...huk2 naseb baik sempat sedot balik~ haishhh (keluhan seorang student..)

stress, study, belajar, kampus, campus life, assignment, cuti raya, raya, mid-sem break, cuti semester, tiket raya


tengok board kat atas tu...bnyak betol benda yg nk di due date kan....keje sekola la, meeting la, diskusi la...(ceh padehal ko buat bodow je kn bila tgok board sndiri~)!!
ooopss. yela2 getin started la ni....(melemahkan diri pegi bukak buku~)

keje skola satu hal. satu hal lagi bile sume clas 1&2 hb cancel la kn!!! kalo x aku bley balik 31hb8 nila weiiii.....means 3 hari la aku menunggu pulangkan diri ke kampung!(padehal perak je pon) ni sume disebabkan tiket dah beli~ sobsob...

ni la dikatakan dugaan di bulan Ramadhan. padehal xde la besar mane pon dugaan yg diuji...banyak lg insan yg lemah kat luar sana kena tanggung probs yang lg beganda besarnya... hikkk...bgos btol memotivatekan diri...

xpe. berusaha xila! chayok~ ^.<
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!