Assalammualaikum,
Ya Allah sweetnya blogger-blogger sweet ni join Giveaway Blog Dearxila haritu. Ya haritu beberapa bulan lepas sempena hari lahir blog ni yang ke 3. Ya ya ya rasa bersalah bila lambat pulak nak bagi hadiah review ni atas masalah-masalah teknikal. Tapi dah janji nak buat jugak review ni sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah Allah makbulkan.
Mari follow blogger-blogger sweet ni. Amaran sebarang alahan ke atas kencing manis adalah tanggungan sendiri. Kami blogger-blogger sweet hanya mampu mendoakan kesembuhan anda. Ngeee
A sweet cookies like you *Google
Adik ni rajin join segmen dan giveaway rupanya berdasarkan entry-entry terdahulunya. Tapi nak kata ada blog lain, tak nampak lah pulak kan. Nampak gayanya adik ni baru sangat dalam dunia blogging. Template dia pon kemas, puti suci gitu..Teruskan ber-blogging adik. Kalau boleh buat entry yang lebih hebat-hebat ya. Hehe
Adik sweet17 ni gadis keturunan cina dari Penang. Template blog adik ni serius kiut dan kemas. Semua main dengan warna asas putih nampak? Hee. Lagi satu walaupun muda tapi gila banyak tutorial dia ada. Rasa macam ehh banyaknya ilmu dia. Tapi oke what. Nak seribu daya, barulah ilmu penuh di dada. Gituu
Adda ni asal dari Terengganu boh. Baru nak masuk alam menara gading nampak gayanyanya. Template adik ni oke la oren-oren gitu. Teringin nak blend warna oren jugak. Hebat jugak adik ni, dalam satu-satu masa, 21 visitors datang mai lawat blog dia tau...
Adik Mira ni masih belajar. Kiut sangat template blog dia dengan pink-pink lembut. Dah nak masuk 2 tahun adik ni berblog. Tapi kalau boleh kurangkan bahasa yang ala-ala 'aq, unx, sk' walaupun dalam mesej peribadi. Teruskan semangat untuk berblogging!
Zalia ni masih belajar di UITM. Seorang yang rajin join segmen dan giveaway dan sekarang dia pon tengah menganjurkan satu segmen review blog. Jemput-jemputlah join sebelum terlambat. Hehe Tapi template blog adik agak serabut jugak dengan widget yang tak perlu rasanya. Tapi terpulang pada kesukaan pemilik blog kan :)
Blog ni banyak bagi tips dan pengajaran. Rasa baguslah semua input yang dia kongsikan. Walaupun pemilik blog ini agak misteri nusantara, yang penting penulisan kita yang akan dihisab kan. Bab-bab fofular ke, tak akan diangkat darjatnya ya.
Seorang staff nurse yang pemalu. Bak kata beliau uhuk. Blog dia okela dengan kekemasannya, simple dan senang nak loading. Melalui blog dia baru tahu yang apek bakal jadi ayah. Huhuhu. Nampak sangat Nadh lama tak update blog...
Akak ni seorang ibu dan juga pembekal barang-barang kecantikan dan kesihatan yang aktif you. Macam mana bahagikan masa? Haa pm la dia kat FB. Yang penting dia ada jual bedak sejuk Tanaka. Saya mahu satu! Huhu.
Ps :: Salam Ramadhan kawan-kawan :)