August 28, 2013

Kopiko L.A. Coffee

Kopiko L.A. Coffee
Low Acid Coffeemix




July 26, 2013

Review Contact Lens Berwarna Murah dari Glasses Online!

Assalammualaikum,

Bagi pengguna kanta lekap atau contact lense bewarna mesti suka kan kalau dapat tahu saya akan review contact lense murah, 100% original, berjenama, berkualiti tinggi dan mudah dibeli secara online! Contact lense warna yang saya dapat ni dari Glasses Online, iaitu online store pertama di Malaysia yang bukan setakat jual contact lenses bewarna je, takde warna pon ada malah ada jual bingkai cermin mata, shades dan semua berkenaan dengan matalah.

Jadi jangan ragu-ragu kalau korang bimbang Glasses Online ni jual contact lense murah tapi tak berkualiti macam sesetengah online shop lain tau. Anda tahu kan maksud saya? Hehe.
 Perbezaan harga SofLens dari Glass Online (atas) dengan jenama sama dari kedai biasa (bawah) yang dibeli bulan lepas. Beza bukan? Sob sobs. Perbezaan RM 20 yang penuh makna. ;p


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri 
Well ai dah biasa dengan contact lense jernih (powerless) jenama SofLens dan contact lense bewarna Freshlook. So no worries :)


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Freshlook colorblends - Grey. Bersama eyebag hahah :D



Cara shopping dengan mudah dan senang di Glasses Online :
1. Pilih contact lense bewarna atau apa sahaja kaca mata pilihan anda. Baca segala feauteres, review, measurements yang dipaparkan, isilah berapa power korang atau ciri-ciri yang ditanya seperti highlight box dibawah.
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri

2. Setelah puas hati dengan pilihan anda, kemudian tekan lah button add to cart.

3. Nanti akan keluar page statement pembayaran yang perlu dibuat. Kalau korang ada diskaun code, isilah  diskaun code di column disediaakan. Yang penting pembaca blog ni akan dapat diskaun code! Tunggu akhir entry eh hehehe. 
review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
4. Kemudian click Go to chekout. Bagi yang belum isi butir peribadi haruslah isi dahulu. Yelah untuk delivery process kan. Bagi yang dah berdaftar terus tunggu je produk korang sampai oke! Lagi-lagi boleh bergaya untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang nanti!


review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, shopping voucher, Hari raya aidilfitri
Seperti yang diberitahu tadi, Glasses Online juga ada jual shades dan bingkai cermin mata, dari top branded macam Rayban, Gucci, Adidas, Christian Dior, Prada, Burberry, Polo, sehinggalah jenama swasta tempatan dan international chuolsss... Wah wah sekarang siap diskaun hampir 44%! Yang penting free shipping! Lagi-lagi sekarang ni depa ada buat promotion sempena Hari Raya ni...

Sebelum korang shopping di Glasses Online ni, saya nak bagi voucher code khas untuk pembaca yang tengah baca entry ni haa iaitu sebanyak RM 20 dengan setiap pembelian RM 100 ke atas. Sah sehingga 31 August 2013. Codenya GOdearxila20. Jangan lupa gunakan voucher code ni ya!

review, branded coloured lenses, contact lense murah, jenama contact lense, Freshlook, SofLens, contact lense, kanta lekap bewarna, trend, voucher code contact lense, shoppingvoucher


Jangan lupa menjaga kebersihan kanta lekap anda! Untuk maklumat lanjut jom layari :



July 9, 2013

Blogger-blogger Sweet ❤

Assalammualaikum,

Ya Allah sweetnya blogger-blogger sweet ni join Giveaway Blog Dearxila haritu. Ya haritu beberapa bulan lepas sempena hari lahir blog ni yang ke 3. Ya ya ya rasa bersalah bila lambat pulak nak bagi hadiah review ni atas masalah-masalah teknikal. Tapi dah janji nak buat jugak review ni sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah Allah makbulkan. 

Mari follow blogger-blogger sweet ni. Amaran sebarang alahan ke atas kencing manis adalah tanggungan sendiri. Kami blogger-blogger sweet hanya mampu mendoakan kesembuhan anda. Ngeee


 A sweet cookies like you *Google


Adik ni rajin join segmen dan giveaway rupanya berdasarkan entry-entry terdahulunya. Tapi nak kata ada blog lain, tak nampak lah pulak kan. Nampak gayanya adik ni baru sangat dalam dunia blogging. Template dia pon kemas, puti suci gitu..Teruskan ber-blogging adik. Kalau boleh buat entry yang lebih hebat-hebat ya. Hehe

Adik sweet17 ni gadis keturunan cina dari Penang. Template blog adik ni serius kiut dan kemas. Semua main dengan warna asas putih nampak? Hee. Lagi satu walaupun muda tapi gila banyak tutorial dia ada. Rasa macam ehh banyaknya ilmu dia. Tapi oke what. Nak seribu daya, barulah ilmu penuh di dada. Gituu

Adda ni asal dari Terengganu boh. Baru nak masuk alam menara gading nampak gayanyanya. Template adik ni oke la oren-oren gitu. Teringin nak blend warna oren jugak. Hebat jugak adik ni, dalam satu-satu masa, 21 visitors datang mai lawat blog dia tau...

Adik Mira ni masih belajar. Kiut sangat template blog dia dengan pink-pink lembut. Dah nak masuk 2 tahun adik ni berblog. Tapi kalau boleh kurangkan bahasa yang ala-ala 'aq, unx, sk' walaupun dalam mesej peribadi. Teruskan semangat untuk berblogging!

Zalia ni masih belajar di UITM. Seorang yang rajin join segmen dan giveaway dan sekarang dia pon tengah menganjurkan satu segmen review blog. Jemput-jemputlah join sebelum terlambat. Hehe Tapi template blog adik agak serabut jugak dengan widget yang tak perlu rasanya. Tapi terpulang pada kesukaan pemilik blog kan :)

 Blog ni banyak bagi tips dan pengajaran. Rasa baguslah semua input yang dia kongsikan. Walaupun pemilik blog ini agak misteri nusantara, yang penting penulisan kita yang akan dihisab kan. Bab-bab fofular ke, tak akan diangkat darjatnya ya.

Seorang staff nurse yang pemalu. Bak kata beliau uhuk. Blog dia okela dengan kekemasannya, simple dan senang nak loading. Melalui blog dia baru tahu yang apek bakal jadi ayah. Huhuhu. Nampak sangat Nadh lama tak update blog...

Akak ni seorang ibu dan juga pembekal barang-barang kecantikan dan kesihatan yang aktif you. Macam mana bahagikan masa? Haa pm la dia kat FB. Yang penting dia ada jual bedak sejuk Tanaka. Saya mahu satu! Huhu.




Ps :: Salam Ramadhan kawan-kawan :)



June 7, 2013

Review Novel Mental

Assalammualaikum,

Akhirnya setelah berbulan habis juga baca novel bahasa Melayu dari Shaz Johar berjudul MENTAL keluaran Buku Fixi. Mental sangat ah baca buku ni. Bahasa yang digunakan agak sempoi dan rasanya kalau salah dipergunakan  oleh budak-budak hingusan yang baru nak up, boleh menjadi parasit yang tak sayangkan bahasa rasmi negara. Hahahah skem A !




Sinopsis Novel MENTAL
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya. Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan. Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. sumber

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara peribadi buku ni memang mental. Plus brutal habes habaq hang. Cubalah baca. Tahu semua dah baca. Rasanya dah jatuh cinta dengan publisher buku FIXI. Sebab semuanya genre yang ala-ala psiko, mental, brutal, rare, dan luar kotak. Setelah tercari-cari publisher yang best, rasanya Buku FIXI lah terbaik. Tapi sampai sekarang ai tak leh terima penulisan Ramli Awang Murshid. Duhhh. Sekarang ni nak kumpui duit semua keluaran buku FIXI. kAHKAhKAh (angkuh!)

Well said, tak salah korang nak baca buku cinta-cinta. Passion masing-masing kenn. Pfft..


Ps :: Salam Israk Mikraj.
Pss :: Selamat Hari Lahir jiran omey-omey >SYAZA< semoga diberkati umur dan diredhai Allah selalu :)


February 5, 2013

Review : The Impossible

Assalammualaikum,

Movie The Impossible diadaptasi dari kisah benar tragedi tsunami pada tahun 2004 yang telah melanda Thailand. Ingat lagi tak? Alah Malaysia serta Indonesia turut terkena tempias tsunami nih. Ramai yang telah terkorban. Alfatihah..

The Impossible memetik kisah benar keluarga Bennet berhadapan dengan tsunami. Mereka memilih Thailand sebagai destinasi untuk meraikan perayaan krismas. Tapi tak dijangka tsunami pula melanda la kan. Musibah dan peringatan Allah tuh. Mereka anak beranak pada mulanya terpisah dan akhirnya bersatu kembali...



Filem The Impossible nih korang memang kena tengok sendiri. Best dari segi penghayatan dan kesyahduan cerita sangatlah ohsemm. Boleh menang Juara Lagu. Hohoh. Yang penting filem nih dah buat ai menangis oke. Demm yu *baling selipar




Ps :: Tapi ada dua part yang uncensored. Tutup mata tau!


February 3, 2013

Pentingnya Google Plus (G+) Follower

Assalammualaikum,

Penting dan perlu sangat ke ada akaun Google Plus (G+)? Dah la akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Formspring, pon terhegeh-hegeh nak berupdate, inikan pula nak ada akaun Google Plus (G+). Huk alohhh...

Kalau kamu semua perasan, saya dah tak guna widget follower blog yang biasa tuh. Sekarang nih pakai widget Google Plus (G+). Barulah up to date derr. Ya memang dulu terjebak dengan Google Plus (G+) sebab tengok senior-senior blog berubah ke arah Google Plus (G+). Sebab tuh saya dah ada banyak follower among Google Plus (G+) sebab dah lama bertapak kan. (Banyak lah sangat..) Dalam tahun lepas jugaklah kot.

Pentingnya Google Plus (G+) Follower
Untuk pengetahuan, blogspot untuk blogger nih kan salah satu produk Google. Sekarang nih, pihak Google tengah upgrade blogspot secara berperingkat. Tengok sajelah widget follower yang hat biasa tuh dah tak ada di 'add a widget'. Pihak Google sekarang dok sibuk promosi Google Plus (G+) Follower mereka di column widget kan. Dekat sidebar pon ada kan. 'Upgrade to Google +' bagi mereka yang belum.


Google Page Blog Dear Xila


Thats why anda kena ready dari sekarang. Mana tahu masa akan datang, tiba-tiba widget follower yang biasa tuh akan lupus. Google Plus (G+) Follower berfungsi macam facebook jugak. Dapat share dikalangan rakan yang anda following. Fungsi G+ seperti like di Facebook.

Tapi dari dulu sampai sekarang pening nak manage Google Plus (G+) sendiri. Dah la siap ada [Google page](click) yang fungsinya seperti fan page Facebook. Macam nak kena hire admin lain la. Keke. Lain kali kita bincang pasal dua benda alah ni lagi oke.




Ps :: Rindu zaman keremajaan Myspace dan Friendster!


January 20, 2013

Review Novel : Gelak Tergolek

Assalammualaikum,



Entry rabu yang lepas ada cerita pasal novel [Gelak Tergolek](click) kan. Memang masa tu tak ada idea nak post entry apa, kebetulan hari rabu dengan malasnya tayang jelah kulit muka depan novel Gelak Tergolek tuh. Siyesly novel Gelak Tergolek tuh boleh buat orang ketawa, gelak, tergolek, tertonggek tak hengat.

Novel Gelak Tergolek nih karya dari seorang penulis lelaki, Wann Azlan. Katanya ambil masa setahun nak siapkan novel tersebut. Novel nih dah lama wujud dalam arena penulisan (gitu).

Ada lah try jugak search kat Google tentang penerimaan novel Gelak Tergolek nih. Namun ada yang review novel nih tak best langsung. Tak dapat buat dia ketawa langsung. Katanya alam dewasa dia telah mematikan nafsu ketawa dia. Kesian kat blogger tuh tak tahu menghargai kehidupan.. an an..

Saat pertama kali menyelak novel Gelak Tergolek nih, terasa adrenalin terkinja-kinja suruh selak muka surat seterusnya. Bila rasa terhibur dan tak sabar, dalam sehari je dapatkan habis baca novel nih. Tapi bila part-part akhir rasa macam kuranglah wahai penulis... Ini serius.... Mungkin dah matang tak hero tuh...?


SINOPSIS GELAK TERGOLEK :
Dah orang mintak sinopsis novel nih dah terpaksa karang pulak. Cari kat Google banyak hat merapu. Yang penting ianya novel penuh tau bukan banyak cerita dalam 1 novel. Paham? Novel Gelak Tergolek nih berkisarkan Rahman mengetest Maimun seorang anak pak imam. Start dari Rahman mengorat sampailah Maimun melahirkan anak kembar mereka pelbagai insiden lucu dan sengal berlaku. Rahman yang jahil agama sering ditegur bapa mertuanya. Nenek Rahman pulak sangkakan Ridsect kat rumah mereka adalah perfume. Eh apa aku review nih? Haa lagi satu, novel nih ada unsur -unsur lucah ringan-ringan (hahaha). Kanak-kanak 18 tahun kebawah perlu bimbingan ibubapa semasa membaca. Kuikui



Ps :: Novel pinjam dari bakal adik ipar? Lah sangat kan... ;p


January 16, 2013

Novel - Gelak Tergolek

Assalammualaikum,

Novel Gelak Tergolek


Dari awal hingga ke hujung cerita memang tergelak tergolek habis..
 Menjejeh ayaq mata (dohhhh)



January 14, 2013

Colgate Sensitive Whitening Baik Untuk Gigi Sensitif

Assalammualaikum,

Salah satu cara merawat gigi sensitif adalah dengan memastikan gigi kita dibekalkan dengan ubat gigi harian yang khas untuk gigi sensitif. Dah tahu gigi sensitif tapi pakai ubat gigi Kodomo Lion memang ngang ar kan...

Colgate Sensitive Whitening

Setakat nih ubat gigi dari Colgate - Sensitive Whitening nih memang berkesan. Clinically proven lagi. Nampak? Pihak Colgate telah buat ujikaji pada sebahagian kuda laut di Utara Amarika. (lol)

Dulu pernah kecoh kan Colgate nih tak halal. Tapi masa beli ubat gigi Colgate nih, ada tanda halal. Tiada ragu-ragu lagi. Harga ubat gigi Colgate nih agak mahal. Dalam RM 10 lebih. Tapi nasib baik den beli masa tebus kad Watsons. Ada tulis dalam entri nih, [Tebus Mata Ganjaran Kad Watsons](click). Untunglah boleh rebat dengan kad Watsons nih.

Dah buntu takde idea nak taip ape, makanya terbitlah entry pasal ubat gigi untuk gigi sensitif nih. Atleast boleh sharing-sharing manja gitu kennn.. Last but not least, ushalah entry berkaitan [Tips Gigi Putih Berseri Ekstrem](click)




Ps :: Azam 2013 nak jadi serius. Buat apa nak fake kan. This is me so faced it. XD


December 14, 2012

Konsert Anuar Zain 16 Februari 2013, Tiket Mula Dijual

Assalammualaikum,

Anuar Zain akan mengadakan konsert sempena tiga dekad penglibatannya dalam dunia seni di Stadium Putra Bukit Jalil 16 Februari 2013 ni pada pukul 8.30 malam chuolllsss....[sumber]

OMG, OMG, Pengsan boleh tak? 



Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
 Stadium Putra Bukit Jalil
16 Februari 2013
8.30 pm


Untuk maklumat lanjutnya pon tentang Konsert Anuar Zain, silalah melawat ke Official Facebook Fan Page Anuar Zain di Anuar Zain Network. Dan silalah usha-usha harga tiket konsert Anuar Zain nih di Ticket Charge.



Menagis air mata darah tengok harga tiket diatas. Mohon sesiapa yang baik hati tolong belikan tiket  Konsert Anuar Zain nih untuk saya... Kalo boleh tempat duduk VIP tau.. Plishh plishhh plishhhhh. Kah kah kah.





Ps :: Benci dengan reff Kpop..!


October 7, 2012

Dara - Fatin Liyana

Asalammualaikum,

Baru beli majalah Dara keluaran October 2012 dimana cover girl nya adalah Fatin Liyana. Tak pasal-pasal beli majalah Dara ni sebab, sebab, sebab, ENTAHH.... Sokong blogger agaknya. Yelah beli majalah Dara ni boleh bilang dengan jari kaki kot. Setahun dua tiga kali je. Majalah lain langsung tak pernah beli. (Kah kah).

Ingat nak beli majalah Hijabista. Asyik dah habis je. Laku benor. Nak lah usha sikit apa yang best dalam majalh tuh kan. Teringin lah jugak nak berfesyen-fesyen up-to-date. (Kah kah).


Dara Oct 12

Apa yang menarik dalam majalah Dara nih? Paling suka baca part 'Cili Padi Lambatkan Kedut'? Sekarang memang gila geget cili padi. Belajar dari BFF lah nih. Dulu kemain takut nak gigit cili padi. Sekarang dah makan ruji. Orang kata makan cili boleh kurus. Bagi perut yang tak tahan tuh jangan amalkan. Macam saya. Dijadikan cerita semalam order Nasi Goreng Kampung Cili Padi. Alhamdulillah sedap gila tapi esoknya ke bilik air. (Kah kah)


 
Semoga kita semua dapat manfaat dalam setiap pembacaan kita. Amiinn..
Ps :: Hati-hati hati...



January 24, 2012

Review Novel Dear John

Assalammualaikum,

most love, novel, novel inggeris, novel Dear John, review, love
Sumber Google


Wahh akhirnya dapat jugak novel seketul ni. Dah lama mengidam. Dulu nak beli tapi wangnya tidak cukup. Nasib pergi kedai buku dengan mak. Padahal semua budak-budak zaman ni pergi beli buku dengan voucher kan. Jeles disitu. Sape suruh habis belajar awal sangat kan. Oh mak kan beli novel Ombak Rindu. *Elehh. Hehe.


Sinopsis Novel Dear John
Panjang sangat sinopsis dia nak copy kat cover buku tu. Tapi secara ringkasnya. Novel Dear John ni pasal pasangan kekasih yang bercinta tapi banyak halangan. Si John ni terpaksa tinggalkan Savannah kerana menuntutnya bertugas sebagai askar. Tapi ada selitkan sekali peristiwa 9 September dan pasal agama dorang. Itu tak payah ambil kisah sangat. Baca tang romantik-romantik je. Setakat ni baru baca Prologue je.

Tapi yang bagusnya karya Nicholas Sparks ni kan, bahasa Inggeris dia sangat santai dan mudah faham. Takdelah terbelit nak paham. Relax je bahasa dia. Ini kira novel Inggeris ketiga baru. Yang pertama dah kasi orang sebab cerita tak best. A walk to remember pulak dah kemana. 

Ingat nak kumpul semua karya abam Sparks lah. 

Teringin jugaklah nak kumpul Twilight, asyik pinjam je kerja. Tapi buku mahal lah. Harga Novel Dear John ni pon RM30 plus plus. Sape ada baucar buku lebih? Bak mai sini. Hehe. Lupa pulak, novel ni pon ada difilemkan jugak. Teringat tengok cerita 'The Notebook' yang lembab gila. Tengok petang-petang pulak tu. Lembab pon feeling sampai habis.






August 26, 2011

"The Partner" Release on Maaduu

Assalammualaikum,


The Partner! Ohh lupa entry ini khas untuk peminat K-Drama je. Yang minat cerita melayu petang-petang  pergi tempat lain eh. Hehe. Sekarang ini, The Partner dah keluar dalam Maaduu Jahh oi! Bagi yang ketinggalan belum tengok, it's show time...

Apa itu Maaduu? Bagi yang ketinggalan sikit (hehe), Maaduu ini sebuah portal online. Korang boleh tengok cerita Korea secara percuma dan tanpa iklan. Tak payah donlod-donlod dah. Tapi hanya untuk mereka yang mempunyai line internet berkelajuan cahaya! Pergi je ke .....




Sign up dulu bagi yang belum. Pastu bolehlah tengok The Partner dengan senang hati. Dan banyak lagi cerita dan bank music yang boleh di skodeng kat Maaduu ni. Tapi yang terbaiknya sebab The Partner release hari ni lah! Yup 26 August 2011. Dah lama tunggu saat ini. Ada Lee Dong Wook!!!!! (histeria...)

Tapi tak tahu sebenarnya cerita ni best ke tidak. Selagi Lee Dong Wook yang berlakon haruslah best kan! Tengok muka dia boleh cair kot. Ala hero dalam cerita My Girl tu. Sebenarnya cerita My Girl tu cerita korea pertama yang aku tonton kat 8tv dulu. Penuh kot bilik tv time kat Matrix dulu. Dah setengah episod baru aku sempat tengok. Jatuh cinta pandang pertama kat Lee ni terus tengok. Orang lain dah maju tengok Full House sume, tapi My Girl aku yang pertama. Hish.

Cerita tahun 2009 rupanya. Ah tak kisah. Janji ada Lee Dong Wook.Nampaknya tumpuan akan ditumpukan pada cerita ini. Masa terhadap Cityville dan blog akan dikurangkan. Jumpa lagi di hari kesenanganku! Macam biasalah cuma 16 episod je...Jom tengok!



ps :: Korban masa..




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!