September 11, 2013

Hias Ruang Anda Dengan Seni Dinding (Wall Art)

Assalammualaikum,

Korang suka tak hias ruang peribadi korang kat ruang tamu ke, ruang makan ke ataupun ruang bilik tidur? Tak pun hias kat pejabat. Kalau pejabat atau ruang kedai macam kedai baju ke, designer ke letak frame gambar lukisan mesti rasa kelasssss youuu.. Kennn kennn?


wall art, seni lukisan, hiasan dalaman, 1Malaysia, online shop, beli lukisan online, shopping online
Wall art


Buat semua mak-mak orang, penggemar deko-deko, jiwa artistik, dan semua peminat seni lukisan tanah air, kini anda bolehlah dapatkan seni dinding (wall art) secara online di WallArt.my. Pelbagai jenis seni lukisan yang berkualiti oleh artistik dari Asian teutamanya dari Malaysia seperti lukisan tangan (fine art) dan seni hiasan (decorative art) yang didatangkan bersama bingkai gambar pilihan anda. Pilih je yang mana idaman kalbu.

Setiap seni lukisan mesti ada nama kan. Barulah dipanggil seni. Uniknya tentang seni lukisan, kebanyakannya ianya hanya satu-satunya dalam dunia kecuali lukisan copy-paste atau cetak rompak la..

wall art, seni lukisan, hiasan dalaman
Pond with water lily
 
wall art, seni lukisan, hiasan dalaman
The beach at Sainte Adresse

Kalau korang mahu karya seni lukisan korang turut dijualkan secara online, korang boleh cuba contact dan email admin WallArt.my. Yang dari Asian terutamanya dari Malaysia amat digalakkan. Satu platform yang baik ni. Boleh feeling-feeling retis macam Emma Maembong huhu. Dan artwork korang boleh pergi jauhhhhhhhh sana haaaa...
Kini segala-galanya mudah dihujung jari. Boleh beli lukisan secara online! Yang penting menjanjikan 100% kepuasan kepada pembeli. Jadi dapatkan seni lukisan pilihan anda sekarang!   

Website : www.wallart.my



Shipping & Delivery :
Giclée print                   –        Ships in 2-3 days
Framed Giclée print   –        Ships in 3-5 days
Stretched Canvas        -        Ships in 4-6 days - See more at: http://wallart.my/product/the-japanese-footbridge-and-the-water-lily-pool-1899/#sthash.yD8SG0ZJ.dpuf

September 9, 2013

Our Online Shop - KNZeq.SHOP

Assalammualaikum, 

Hai pembaca sekalian. Rindu nak bermanja di hati korang. Yelah hati korang yang tengah baca bait-bait ayat ni kan. Ada ke pembaca yang suka baca blog kuat-kuat? Angkat tangan?! Anda boleh masuk AF. Tiba-tiba dan tak lawak. So tak boleh masuk Raja Lawak. (Fuhh macam mana nak buat ayat pendahuluan ni???)


online shop, shopping online, KNZeq.SHOP



Dijadikan topik, saya berjaya membangunkan online shop saya sendiri >> KNZeq.SHOP. Alhamdulillah. Mohon support ya kawan-kawan dan para blogger sekalian.


KNZeq.SHOP ni nak sebutnya biasa je (K.N.Z SHOP), hasil gabungan 3 nama sebenarnya. Nama siapa? Biarlah rahsia dan eksklusif gitu.... Online shop saya ni memang tersangatlah baru dan hampir sebulan nak set up dan berjuang sama ada mahu betul-betul teruskan ataupun tidak. Sebab yelah ingat benda main-main ke xila? Oleh itu, haruslah memerlukan support kan?


Setakat ni kami menawarkan produk peplum iaitu Peplum Qistina dengan pelbagai warna yang menarik. Untuk harga kawan-kawan ataupun blogger insyaAllah kita kasi kaw-tim. So dont worry. Dalam masa terdekat, kami akan tambahkan produk kami seperti jubah, peplum, baju kurung, dress, baju Muslimah, tudung, fesyen dari Korea dan aksesori wanita yang lain. Untuk para lelaki sasa diluar sana elok sangatlah hadiahkan kepada gadis-gadis pilihan anda supaya anda kelihatan semakin sweet seperti Aaron Aziz. Ouchhhh kih kih


Semalam baru lepas tengok drama Anugerah Dendam Terindah lakonan Aaron Aziz dan Nadia Nisaa. Ok lah not too bad. (out of topic) :D


Oh ya kembali promote. Mohon like ya kawan-kawan. InsyaAllah dalam masa terdekat nak buat mini giveaway lah untuk kawan-kawan blogger. Nanti sokong tau! Hehe. Jemput bertandang ke blog dan Facebook Page KNZeq.SHOP ya. Kasi cuci-cuci mata dulu lah.... Kami promote online shop kami khas untuk blogger dan kawan-kawan terdekat kami tau... Terharu tak? Ngeeee....


Blog : www.knzeq.blogspot.com
Facebook Pagehttps://www.facebook.com/KNZeq.SHOP



August 27, 2013

Beli Tudung Online di Mulawa Fashion

Assalammualaikum,


Dunia sekarang ni mudah saja berbelanja atau shopping online di hujung jari dengan adanya teknologi internet. Nak beli tudung online? Baju online? Contact lenses online? Kosmetik online? List kan aje semua ada. Tapi perlulah cari blog atau web online shop yang diyakini tiada unsur-unsur bakal kena tipu, ditipu atau tertipu hehe.


Kalau sape-sape nak beli tudung online bolehlah berkunjung ke Mulawa Fashion. Mereka menawarkan fesyen tudung sama ada dalam rekaan bawal ataupun shawl dengan trend terkini. Sesuai digayakan oleh para remaja dan semua peringkat umur. Buat encik abang, silalah beli tudung disini untuk para emak dan para isteri masing-masing. Jadi lelaki sweet boleh tak? Ngeee


shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Mulawa Fashion featured dalam majalah Remaja. Cantik kan?

shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Promosi sempena Bulan Merdeka 2013 dari Mulawa Fashion.



Di Mulawa Fashion, pembeli boleh membeli sehelai tudung sehinggalah berhelai-helai tudung. Maksudnya beli secara borong atau pukal. Kalau beli harga borong maknanya untung banyaklah!

Sekarang ni, Mulawa Fashion tengah menawarkan harga diskaun untuk pembeli secara borong. Boleh jimat sehingga 10%. Apa lagi, rebut peluang ni! Boleh buat peluang rezeki ni ataupun sesuai sangatlah nak sponsor saudara-mara atau kawan-kawan untuk bakal majlis pernikahan korang ke...


shopping online, kenapa suka shopping online, beli tudung online, online shop
Jangan tak tahu Mulawa Fashion bekerjasama dengan Ainan Tasneem


Yang penting tudung online dari Mulawa Fashion cantik-cantik dan lain dari yang lain. Jarang lah jumpa kat kedai biasa. Kalau nak lain dari orang lain, jom beli tudung online di Mulawa Fashion. Untuk maklumat lanjut mengenai Mulawa Fashion, silalah layari :







December 3, 2010

7 sebab kenapa saya suka shopping online


Assalammualaikum,

 sedang berjalan-jalan di blog orang, tiba-tiba terlintas ideas superb di otak belah kanan.. ape lagi shopping secara online lah!! wohoo.. dunia sekarang memang semua di hujung jari je....lagi-lagi pulak sekarang duit yang diternak tak tau nak dilabur ke mana...hukhukhuk gila punya orang! ohh, maaf memang tengah gila sebab baru je pas jawab paper exam yang mencabut nyawa. fuhhhh...dasat sangat!


 errr,,
 kadang-kadang terpikir wah seronoknya shoppink sakan secara maya..(ok gila) yelah time ko ada duit, ko tak ingat dunia kan xila kan?? hukk. time habuk pon tak dak hang baru nak korek tabung panda ko kan...jumpa seposen celah katil pon kau gembira lalu terkial-kial melompat girang...heh. ok now bersyukur apa yang ada. Alhamdulillah....ohh i like shoppink. wee~ shoppaholic suda...


shopping, girls shopping, online shop, blogshop, shopping online, kenapa suka shopping



so lets do check it out this...,
7 things why i like online shopping :
>> dapat menjimatkan masa dan tenaga.
>> tak payah melenguhkan kaki, pinggang, otak, lengan, dan seumpamanya.
>> tak perlu susah-susah angkut barang banyak sangat.
>> tak perlu rambang mata takut terbeli lebih..hukhuk.
>> jimat duit minyak kereta, motor, lori, komuter bagai.
>> tak perlu menyusahkan teman, boipren, dan mak kauorang
>> yang ketujuh tak da idea.....gimme some???? heee


                tapi yelah kalau shopping online ni badan cam malas nak jalan-jalan kat mall kan, sebab tuh paras lemak tak turun-turun! huh. tapi kadang-kadang jalan jugak la kat mall hanya untuk membuang masa dan tenaga hang out dengan kawan-kwang yang sama tahap gila. wah!! tak sabar tunggu end of this Disember...its hols time...errr pluz bermulanya praktikal. aishh...



                eh, eh, sebelum kauorang nak shoppink kat blog orang ke, mana-mana ke, tengok dulu lah syarat and segala conditions dorang. yelah jaga-jaga je cik salmah....sebelum ni memang was-was nak shopping online nih. tapi sejak dapat item yang di ingini saya teruja nak shopping online!! weee. jom jom shoppink! wink**


                okeh. hepi klik-klik.

                ^.<


                 
                HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
                This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
                If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
                Thanks for your visit sweet people. :D
                copyright 2007-2016 to Love,xils!