November 24, 2011

Tips Jadikan Hidung Anda Mancung

Assalammualaikum,


Untuk mereka yang mempunyai hidung mancung ala-ala Penelope Cruz, sila baca senyap-senyap je. Bagi peluang kat kita-kita yang tak berapa mancung ni baca serakusnya. Yay. Bagi mereka-mereka, jangan khuatir kita ada tekniknya untuk kelihatan mancung. Ini hanya teknik, bukan cuba mengubah ciptaaNya ya.


1) Apa yang anda perlukan ialah hanya sebatang eyeliner atau penggaris mata bewarna hitam/coklat. Amaran, teknik ni hanya lebih sesuai untuk wanita yang bermake-up. Contoh teknik seperti rajah dibawah ya. Tapi korang kena pandai-pandai gunakan pembayang untuk hidung. Jangan terlalu tebal. Selamat mencuba.

Mak ai...



2) Sebelum tidur malam dengan lena, sila tarik, usap dan belai hidung anda perlahan-lahan sampai mancung. Bila 7tahun takde perkembangan jugak, sila terima hakikat hidung anda dah sampai tahap tarikh luput. Sukar dilentur. Seeloknya dibuat ketika masih bayi. Mak bayi yang kena buatkan. Huhu.


3) Buat plastic surgery lah apa lagi. Amaran hanya untuk yang bukan beragama Islam sahaja dinasihatkan baca tips ketiga ni.


4) Dah sampai cara ke empat tapi dah takde idea ni. Acane nak jawab?


5) Ulang baca balik cara nombor satu diatas. Itu saja teknik pemancungan hidung sementara yang paling berkesan. Im sorry..



Ps :: Hidung ku kemek tapi kiut. Hahah.


November 22, 2011

Twilight : Breaking Dawn Part 1

Assalammualaikum,


Menyampah pulak Twilight ada banyak sequel. Rasanya antara cerita orang putih paling mengarut (kot). Dulu memang ikutlah Twilight nih. Dari sequel Twilight yang pertama, tapi bila dah filem ke tiga, macam buang masa walaupun mengharapkan dorang bagi lebih dari diharapkan. Dah tak teruja pun Twilight keluar panggung.


Yang dirasa makin lama, makin tak bawak pengajaran pun cerita nih. Adegan ghairah/ tak senonoh je lebih.  Menyampah dengan Bella yang asyik tak sabar nak 'berasamara' dengan Edward. Buat remaja tu, mungkin Twilight nak dijadikan contoh untuk cinta sejati mereka (konon). Pernah dah alami fasa tuh. Buang masa jelah nak.. 




Tak sangka Twilight kali ni “Breaking Down” Part 1. Confirm ada part two nanti. Yang penting korang dah tengok Vampire Sucks? Filem ni seriyus perli Twilight kaw-kaw. Filem ni pun takde pengajaran, tapi idea yang dorang sampaikan tu memang terbaiklah. Mungkin kritikan terhadap Twilight ni agak klise. Tapi ni pandangan peribadi je. Cinta sejati? *tangan didada mata ke atas.






Ps :: Tak sabar pulak nak tengok KL Tak Gangster. 


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!