February 26, 2012

Menghargai Alam - Perangai Semulajadi

Assalammualaikum,


most love, ipoh, lost world of tambun, Gunung Bubu di Perak, go green



Dulu dok kutuk-kutuk dalam entry [Ipoh Tak Maju-Maju]. Sekarang sudah sayang maa sama Ipoh. Kutuk pon bukan dapat apa. Walaupun serius rindu dekat Kolumpo tuh... sob sobs...


Bukan apa, sejak dah bekerjaya nih, barulah dapat explore kawasan-kawasan Ipoh nih. Sebab selalu kena pergi site dan tengah pekan. Haritu pergi kerja pagi-pagi naik motor. Pastu suka sangat dengan pemandangan pagi kat tempat sendiri. Berkabus. Dan terlihat gunung-ganang yang cantek-cantek. Tambun kot.... Pernah naik Gunung Bubu dulu, dan jakun menghargai flora fauna dekat situ. Dok wahh wahh sana sini sorang-sorang. Tapi kena marah sebab daki lambat. Huh.





Melah Melodrama [Part 2] [TAMAT]


Melah Melodrama [Part 1]



Ahh kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. Semua artis sama jelah! Baik Melah, Naiemah Letip mahupun Shila Amjah! Glamour lagi penting daripada segalanya. Sudah ku berikan hati, masih tidak cukup untuk mengikat ke jinjang pelamin. Kata mereka, belum sampai waktulah, mahu jaga reputasilah, takut peminat terkejutlah...


Apa yang dikejar sangat rangking hot tuh? Kini aku sudah pun 35 tahun. Lebih daripada 279 drama dan filem aku bawa. Tibalah masanya aku berundur diri. Aku tercari-cari identiti aku sebenarnya. Seperti aku kehilangan sesuatu. Ya, aku tiada pelengkap kepada rusuk kiriku.. Aku dahagakan kasih sayang.. Mama, papa sudah lama ke rahmatullah. Abang Sopian pulak telah lama berhijrah ke Korea sebagai backup dancer artis K-Pop.. Kini aku sendiri di bumi Malaysia...


Begitulah keluhan Pejal yang memikirkan takdir hidupnya...


**********


Suatu petang yang hening...

“Eh Phat, macam biasa ya! Lamb chop dan sky juice ok!” Pejal memesan makanan kepada pemilik restoran Phat Corner sambil mengambil tempat duduk disatu sudut restoran. Itulah utin biasanya melepak di restoran berkelas 5bintang itu kerana nak jaga status artis terkenal Negara. Bukan calang-calang orang boleh melepak direstoran itu kerana harganya yang mencekik darah. Lagipun Pejal tahu orang kebanyakan tak akan mampu ke restoran itu. Jadi tak usahlah dia risau akan dikerumi orang ramai yang menggilainya..

Sambil Pejal melayan shisha yang disediakan oleh pihak restoran, Pejal tiba-tiba seakan tersentak dengan apa yang dilihatnya... Terus paip shisha yang dihisapnya terjatuh ke lantai. Melah??? Pejal seperti tersembul bijik mata...

Melah yang ralit melayan karenah anak kecil disebelahnya sekilas mengalih kearah Pejal. Abang Pejal??? Melah seakan tidak percaya kerana Pejal lah orang pertama yang dijumpainya setelah tiba dari KLIA dan terus ke restoran ini kerana lapar sangat. Setelah lima tahun di Kanada, baru hari inilah Melah kembali ke Malaysia.


Melah terus terkebil-kebil melihat Pejal yang beralih dari tempatnya dan terus menerpa kearah meja makannya.


“Assalammualaikum, Melah kan? Ingat lagi tak kat bang?” Pejal mula bicara.

“Mama, mama sudu Akim jatuh... Amikkan lah...” anak kecil tadi merengek manja.

Pejal tersentak. ‘Mama?’ Baru kini dia paham... Kekasih hati zaman silamnya itu sudah berumah tangga. Apa yang diharapkan pada Melah lagi!

“Er takpelah, saya salah orang kot. Maaf...” Pejal terus berlalu pergi...

Melah seperti terasa hati dan perasaanya dicarik-carik pilu...


**********


Melah mengambil tempat dihujung katilnya. Mengenangkan kembali pertemuannya dengan Pejal siang kelmarin. ‘Abang Pejal....’ Disaat itu jugalah, manik-manik jernih mengalir dipipinya. Tidak dapat dibendung perasaan rindunya pada Pejal. Ditenungnya lama gambar mereka berdua sewaktu bercuti di Bali sepuluh tahun lalu.

Seronok waktu itu.. Melancong berdua.. Bermain air laut bersama.. Geli-geli... (oitt !) Melah tersenyum kecil... Ketika itu jugalah, Pejal melamarnya untuk bernikah. Dan mereka berjanji sehidup semati... Namun, Melah yang telah mematahkan janji itu...

Alasan melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan, bukanlah alasan sebenar dia meninggalkan Pejal. Ada yang lebih kukuh dari itu.. Melah bertekad mahu ke rumah Pejal keesokan harinya. Untuk meluahkan segalanya yang terpendam...


Ding dong...

“Ye cari siapa?” Pejal serta merta terkejut dengan kehadiran Melah di condominium mewahnya.

Melah terus masuk meluru ke dalam rumahnya tanpa dipelawa Pejal. Pejal seakan kebingungan. “Melah buat apa kat sini?”

“Melah nak bincang sikit dengan abang!”


**********


Kini mereka berdua seperti belangkas yang bercinta. Kemana sahaja pasti berdua. Saat manis bersama dulu kini kembalai berpaut. Begitulah kalau dah jodoh tak kemana. Salah faham sejak sepuluh tahun lalu sudah terlerai. Dan anak kecil bersama Melah tempoh hari hanyalah anak angkat si Melah...


‘Aku terima nikahnya Melahwatie binti Harun dengan mas kahwinnya sejuta tunai....’


Sah. Ungkapan berjanji setia tadi telah pun selamat dilafazkan. Kini Melah sah miliknya seorang. Pejal dan Melah segak berbaju pengantin rona putih suci rekaan Hatta Dolmat Coulture. Para wartawan turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Kata bekas artis kan... kenalah jemput wartawan. Kalau tak wartawan merajuk dan tulis bukan-bukan kat akhbar.


Wartawan : Tahniah Pejal dan Milasara... So apa perasaan Mila jadi isteri kedua?

Melah tertawa kecil.

Melah : Ada-ada je nak usik. Saya tak fahamlah...? Melah memandang Pejal.

Pejal : Jawab jelah sayang. Apa perasaan sayang jadi isteri kedua...?


Melah kebingungan. Dia seperti dipermainkan. Setelah semuanya berakhir, barulah Melah mendapat jawapan yang pasti bahawa dirinya hanyalah isteri nombor dua. Isteri pertama Pejal pula hanyalah gadis kampong yang dinikahkan secara sederhana dikampungnya dua bulan lalu. Pejal puas mengenakan Melah. Dendamnya seolah terbalas...

Namun Melah telah meminta cerai dua hari kemudian kerana tak sanggup untuk bermadu. Apatah lagi dirinya hanyalah permainan jahat Pejal....

Pejal pula? Ahh pandai-pandailah dia jaga isteri pertamanya tuh....!


TAMAT



Fakta :
=-  Melodrama membawa maksud kisah yang penuh rasa dalam satu cerita.
--  Lokasi perkahwinan Pejal diatas tadi disponsor oleh Phat Corner.
-- Watak yang dimainkan hanyalah rekaan semata-mata.



Ramai yang mintak sambungkan cerita ini... Sekarang no more sambung-sambung okeh... Maaflah tak boleh nak buat ending romantic, sebab diri ni pon belum merasa kemanisannya lagi. Tunggu lepas kahwen, semua cerpen romantic-romantik saje... Aww~




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!