September 24, 2017

Legakan kehausan anda dengan CoolBlog!

Assalammualaikum and hi!

Setakat ini minuman kegemaran yang paling sedap dan murah mengikut sedap rasa tekak ni mestilah CoolBlog. Senang nak dapat sebab kiosk CoolBlog dekat dengan rumah je. Kalau sesaje tak tau pi mana mesti singgah CoolBlog dalam Giant Tambun hihi



          CoolBlog honeydew smoothies + apple jelly & CoolBLog Oreo smoothies banana choc

CoolBlog bukan saja sedap sesaje, terlajak murah, tapi ada pelbagai pilihan minuman yang dapat memikat selera masing-masing. Masing-masing mesti ada feveret pilihan kan? Kalau dulu saya mesti order Blue coral smoothies tambah topping apple jelly tak pun manggo jelly. Yummehh

Tapi sejak diperkenalkan dengan Oreo Smoothies asyik order jenis ni je... Memang terlajak sedap dan menyelerakan! Kalau tak tambah topping pun cukup. Kalau tambah terasa air tu penuh, padat malah dapat kenyangkan perut korang sementara waktu huhu


Current obssesion CoolBlog Oreo Smoothies


Peppermint Choc asyik sold out je duhh

Harga CoolBlog adalah berbeza mengikut jenis range minuman yang korang order. Setakat ni murah lagi dari yang lain dan sedap.  Korang suka yang mana? Belum cuba boleh pi cuba sekarang? Minuman feveret aku sekarang ni tentulah......

CoolBlog oreo smothies banana choc!


Boleh layan waktu dimgin dan sejuk


Layan waktu terik mentari lagi padu bebb


Apa lagi jom cuba lekaihhhh ! 


August 10, 2013

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU


GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU

1- Buat satu entry dalam blog anda dengan meletakkan gambar dibawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Dengan tajuk GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU.

Fair & Lovely, contest Fair & Lovely, GIVEAWAY FAIR & LOVELY, inspiration, most love
 
2- Jawab soalan ini. Fair & Lovely merupakan krim pelembap muka nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Advanced Multi Vitamin. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini? Jawapan : Vitamin B3, C dan E
 
3- Lengkapkan slogan tersebut. Fair &  Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana semestinya keyakinan dan kesetiaan produk pilihan Asyik bersama Fair & Lovely merupakan faktor asas untuk terus kekal cantik dan berseri. (tidak melebihi 20 patah perkataan)
 
 
4- Ceritakan pengalaman indah anda di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri.
Bila nak dekat raya masa tulah terhegeh-hegeh nak pastikan kulit sepanjang Syawal nanti kekal cantik, segar, berseri untuk terus kekal yakin bertemu orang ramai kan dan sudah pasti Fair & Lovely penyelamatnya. Kalau sebelum Ramadhan pakai krim pencerah dan pencuci sekali sehari (sebab kekangan masa hehe), dah nak raya kenalah gandakan untuk kesan gandaan yang maksimum! Serius Fair& Lovely memang best pakai sebab senang dan berkesa sampai ada yang menegur pakai produk apa. Dan mereka yang sibuk tanya produk apa saya pakai tu terkejut sebab yelah walaupun produk pilihan saya murah tapi sangat memberi impak yang positif. Kini serapkan keyakinan anda dengan pilihan kesukaan wajah bersama Fair & Lovely :)



July 22, 2013

Bila Terkenang Arwah...

Assalammualaikum,

Bila ingat kembali kenangan dengan arwah rasa sebak sangat. Entah kenapalah rasa sangat terkenang-kenang dengan dia selepas solat atau bila duk termenung ke. Pedih sangat. Rindu, sebak semua bercampur baur. Lebih-lebih lagi bila tengok Facebook dia yang masih aktif. Yelah kadang-kadang FB dia muncul di wall tiba-tiba disebabkan tagged, like, comment semua seolah dia masih ada...

Kadang-kadang rasa dia tenung dari 'sana'. Seperti menjemput, rindu, ingin didoakan. Entah.. Mungkin masih ralat tak dapat jumpa dia seperti dirancang 4bulan lepas. Ada hikmahnya dan Allah lebih Maha Mengetahui...

alfatihah, surah alfatihah, meninggal,
 Alfatihah untuk Nik Najwa Wan Yusof


Gambaq diambil dari FB dia...


Ah winduuuuuuuuuuuuu *love*



Orang Dewasa Gila Minion - Despicable Me 2!

Assalammualaikum,

Sah orang dewasa termasuklah kanak-kanak mungkin memang gilakan minion, watak robot kuning dalam filem Despicable Me 2! Ini terbukti dalam entry Belajar Bahasa Minion. Ramai kot orang gila google minatang ni nak belajar Bahasa Minion. Hangpa obses pasaipa tatau...

minion, comel, despicable me2, banana
We loveeeeee Minions :*
minion, despicable me 2, comel, cute, banana
x to the i to the el to the A!
minion, despicable me 2, comel, banana cute, churpchurp
credit to churpchurp
minion, keyword, nuffnang, blog, despicable me 2
Spotted! Dalam satu-satu masa.

despicable me 2, mcdonalds, mcdonalds malaysia, happy meal, malaysia, minion,
Credit to Tupai.com.my

Lagi satu kecoh orang nak rebut patung robot minion dekat McDonalds tuh dengan setiap pembelian Happy Meal. Sampaikan every week sold out kot. Kalau korang nak boleh usha ebay.com ke, deal kat internet atau lelong tengok ada orang jual satu set lebih dari RM200. Boleh buat niaga benda ni. Phewww..

Rasanya orang dewasa yang lagi gilakan tak dari kanak-kanak. Mungkin sebab nak show off dapat kumpul koleksi patung minion atau mungkin memang gila. Minion ni memang lah comel, sengal, blur, manja, alah mengalami masalah rambut gugur tapi takdelah secomel ai. Wawawa *larikk

Memang tak boleh blah lagu I swear by minion nih nyanyi! Te amore~~



June 29, 2013

Maksud Bilangan Kuntuman Bunga Ros


Asssalammualaikum,

Jumlah bilangan kuntuman bunga ros ada makna tertentu tau.. Alah kau jejaka-jejaka diluar sana, kadang-kadang romantik apa salahnya bagi bunga ros untuk isteri, bakal isteri, mak-mak, adik perempuan. Buat lah suprise sikit. Kitaorang paham kalau tak bagi bunga ros selalu pun takpe... Mahei.. (mahal) Hahahah

Bunga ros merah lah lambang cinta-cinta kan...with a trillion roses. Sapa yang sanggup ceq??? Shapa bilang aku seperti dia? Shapa bilang aku cintai dia? Tetiba lagu putih-putih melati pulaks. Jangan tak tahu bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Gituuu


------<----<@

1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is "Regretless Love".

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, 'till forever

------<----<@



Tulips are the most beautiful one rather than roses, because it can whisper your true love name.... (HLOVATE)



Ps :: Ni entry lama tau. Saje nak up. Credit pun entah ke sape :'(

 

June 27, 2013

Syoknya Kawan Dengan Ramai Lelaki !

Assalammualaikum,

Kalau ikutkan memang dah terbiasa dengan pergaulan antara lelaki. Sebab adik beradik saya pun semua lelaki, sepupu pun kebanyakannya lelaki, padahal kita disogok dengan cerita populasi perempuan lebih ramai dari lelaki didunia nih kennn...

Waktu kecik-kecik dulu pun ramai kawan kejiranan lelaki. Bila ajak kawan perempuan main kat luar rumah je, mesti depa cakap mak tak kasi lah, kena jaga adiklah... Last-last main jelah dengan geng adik macam main rounders ke, baling selipar ke, bola sepak jelah tak layan. Teringat jiran sebelah rumah, Abang Aizat. Kitaorang main masak-masak, lepastu main call nombor rumah masing-masing. Rumah sebelah-menyebelah je pon. Inikah bibit-bibit cinta? Hahahah.

Cumanya tak dapat nak contact balik lah kawan-kawan lelaki zaman tomboiyot dulu. Abang Aizat pun entah ke mana. Teringin nak ronda kawasan rumah waktu membesar dulu...


Lebih baik malu daripada tak tahu malu...








Start zaman uni pun ramai kawan lelaki. Just comfortable bila kawan dengan lelaki. Perempuan kau tahulah, semua plastik. Ahaks. Teringat geng Cocoballz. Cuma bila masuk geng kerja nak kurangkan kawan lelaki sebab, woih aku rasa macam takde kawan perempuan je dalam hidup ku ini. Uhuk-uhuk. Zaman kerja kan lain sikit. Semua kawan bukan motif nak berkawan pun. Lagi-lagi lelaki. Apa kata lelaki? Hehe. Well, kawan blogger lain macam sikit. Best walaupun tak kenai sua muka kan!? Hikss.

Kalau ramai kawan dikalangan jejaka-jejaka, pasti terasa hot kan? Euww. Terpulang pada individu. Yang pasti ukhwah dengan golongan Adam nih banyak yang best kalau takde motif cinta. Misalnya kau dapat panggil dorang tengok-tengokkan kereta ke, minta pandangan dari mata lelaki ke, atau berkenaan dengan hardware. Itu pun kalau bapak kau sibuk waktu tuh. 

Part yang syoknya perempuan dan lelaki masing-masing tak ambil kesempatan. Tapi dah kawan lelaki tu tolong pon sebab nak test market pikat hati si gadis. Dan yang si gadis pulak, saja tak nak bazir duit dan ambik kesempatan kelemahan lelaki. Dua orang nih tak dapat apa pun. Persahabatan plastik namanya.





Lelaki dan perempuan memang tak kan dapat jadi kawan ke? Kalau ada golongan kawan macam nih, korang patut jaga betul-betul tau... Co cuweettt... :)



May 3, 2013

Mencari Nasi Kerabu Sampai ke Mydin Meru

Assalammualaikum,


Ini nasik kerabu tahu?



Nasi kerabu yang macam hat atas ni hanya boleh didapati di Mydin Meru, Ipoh. Di food court 'Selera Pantai Timur'. Sepinggan RM 5.90 kot. Kot la. Dah lupa. Kalo dua pinggan, dua kali bayar. Kalau tiga pinggan, paw mak ayah korang bayarkan. Hehe cukup!

Satu je tak perfect tentang nasik kerabu nih. Awat tak dak teluq macin hakak hoi. Apa-apa pon orang Afrika mampu nak makan nasik kerabu? Bersyukurlah anda!

Teringin benor makan nasik kerabu tu yang cari sampei ke Mydin. Jauh nau rasaunyau. Teringat pulak nasik kerabu bazaar Ramadhan, Medan Gopeng. Depa ada letak daging salai hat meletop top top punya. Cepatlah Ramadhan!




Ps :: Mohon sesape promote naik kerabu terbaek area Ipoh pelish. Hikhik. 


February 21, 2013

Makanan Malaysia Yang Meriangkan Perut Anda

Assalammualaikum,

 Nasi + kuah tomyam banjir... Boleh?


Saja nak highlight askem kaler pink tuhhh.... Dah tak juai...


 Maggie Curry + Cili padi extra pedas gila nak mampus!! grrr (padan muka)


Den kalo dapat nasi, sambal, ngan kicap dah selera habis.


 Crepe manis giler nak mampus.... First ttrial yang hampeh..


Mee kari mak.


 Aiskrim makan petang-petang like a boss


Chip cekelat filling mint. Sedap gilerrr biskut nih wehhh!!


Omurice Korea / Omellete Rice (Nasi goreng pattaya sudah...)


Idea makanan such a good entry untuk blogger yang diluar kawasan. Marilah tatapi makanan bertemakan Malaysia. Lah sangat kann... Karang letak banyak-banyak gambar makanan hang pulak pc korang. Jangan lupa baca bismillah sebelum makan aa...

Ps :: Craving loabster boleh? Wah mewah sangat! ;p


February 6, 2013

Dapat Tawaran Dari Les' Copaque?

Assalammualaikum,

Tahu tak apa tu Les' Copaque? Bukan tajuk lagu terbaru Justin Bieber tau. Les' Copaque merupakan sayrikat yang menerbitkan rancangan popular kanak-kanak no 1 di Malaysia gitu, Upin dan Ipin. (betui,betui,betui)

Bukan saja popular dikalangan kanak-kanak okeh. Orang tua turut terhibur dan kasi layan itu Upin dan Ipin setiap jam 5.30 dan 6.30 petang walaupun siaran berulang-ulang untuk kali ke berapa entah. Belum lagi kat Astero.




Dapat tawaran dari Les' Copaque? Seriusly macam nak pengsan banyak kali. Actually bukan tawaran lah. Kau hengat kau cukup baguih ka xila! Panggilan temu duga je pon. Jangan nak kepoh sangat aih.

Bukan sebagai pelakon tau, tapi sebagai penulis skrip. Kau gila penulis skrip? Jauh sangat dengan ijazah yang kau dah genggam? Kata hatiku. Dalam bulan lepas kot dorang ada bukak tawaran kerja kat paper/website/facebook. Syaratnya ialah, mempunyai ijazah dalam apa jua bidang. Kau gila tak nak terai??


Dijadikan cerita, hari terakhir permohonan lah baru dapat hantar cv dan juga contoh manuskrip. Mula-mula rasa rendah diri plus down gila nak hantar sebab yelah…tak yakin kan. Hantar jelah. Penat aku menaip tergesa-gesa masa tu. Rasanya macam tak all out. Tup tup semalam pihak Les' Copaque ada call sekali. Tak perasan ada call masa tuh. Petang sikit baru dapat terai call balik,


’hello sape di situ’? (sebenarnya panjang lagi tapi kasi short)

‘hello Las Copaque disini..’

Pengsan.


Depa kata nak call balik sampai lani tunggu tak call pon. Bukak gmail tengah malam semalam baru perasan email dari pihak Les' Copaque. Kita pon reply lah kat mereka. Sampai sudah takde pon maklum balas. Mungkinkah depa dah berubah pikiran? Wuaa.. Kalau takde rejeki tak mengapalah. Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hamba-hambanya kan. 
Positif xila!


Risau gak tentang bayaran gaji. Takde pengalaman kan…Selalunya dibayar lump sum setiap projek. Eh ye ke? Correct me if im wrong. Memang ada menanam impian kot nak jadi salah satu tulang belakang Upin dan Ipin. Perasan kan yang saya selalu tulis cerpen. Saja nak improve mana patut. Tulis cerpen dulu, lepas tu baru yakin nak ke tahap novel. Insyaalah nak terai..





Ps :: Tengah layan K Drama. Maleh dah ar nak update pasni...




December 26, 2012

Gambar Terbaru Family David Beckham dan Victoria Posh

Assalammualaikum,

Gambar keluarga terbaru pasangan David Beckham dan Victoria Posh yang baru-baru ni juga diumumkan sebagai Family Paling Stylish Di Dunia aka World's most stylish celebrity family yang diraih menurusi online. Gila bak hang memang David Beckham dengan Victoria Posh nih bergaya dan vogue habis. 


Anak pasangan David Beckham dengan Victoria Posh nih pulak dah ada empat kot. Dari zaman sekolah suka tengok perkembangan David Beckham dengan Victoria Posh nih. Pernah terbaca dulu yang David Beckham dengan Victoria Posh namakan anak dorang mengikut tempat mereka berasmara. Hahah. Sengal...








 

Harper Seven Beckham


Nama anak-anak pasangan David Beckham dan Victoria Posh :
- Brooklyn, 13, Romeo, 10, Cruz, 7, and 17-month-old Harper sumber


Wah seorang je gegerl dalam family dorang nih. Bongsu pulak tuh. Mesti mama papa dan abang-abang sayang sangat dekat gegerl kan. Apa eh rahsia si Posh nih. Cerita la sikit mummy. Hehe.. Suka family David Beckham dan Victoria Posh dan membesar dengan cerita dorang. ;p





Ps :: Rabu yang tak berapa nak wordless.


November 14, 2012

WW | Heart & Soul

Assalammualaikum,




My Feberet One 
Kartun dia macam plastesin mahupun agar-agar. Heheh




November 9, 2012

Cool Blog & Cute Blog

Assalammualaikum,


Lately ni bila rasa dahaga mesti teringat dekat Cool Blog. Lagi-lagi yang berperisa cekelat (Chocolate Blog). Perisa Oreo pon sedap (Oreo Blog). Dua perisa tu je yang pernah beli. Takut nak beli perisa lain sebab membazir kalau tekak tak dapat terima. Kannn. (suara-suara sumbang)




Kenapa Heliza Helmi kiut sangat nehhhh???

Bolehlah lawati dan Like laman [Facebook Cool Blog] untuk maklumat lanjut atau terus ke [Website Cool Blog]. Kat sana lagi giler comei Heliza Helmi tu. Gewammm. Rasa macam nak buat besan je. Kah kah.



Nampak tak laptop den ditumbuhi pelekat Cool Blog free?



Cawangan Cool Blog kat rumah den dekat aje haa. Nasib baik tak ikut nafsu sangat sebab mahunye rasa hari-hari nak pergi. Kalau ikutkan harga bagi secawan perisa Cool Blog bolehlah diterima. Tak macam kiosk ice blended lain, mahal, malah tak sedap pulak tuh. 

Tekak hari-hari mahu ais sejuk. Dulu dah janji tak nak minum ais sejuk dah sebab nak jaga awet muda konon (kihkih). Tapi sekarang ganti Cool Blog dengan milo sejuk. Wee. Pastu kasi tabur plak serbuk dekat atas ais tuh. Memang sedapppp. Dah macam boleh bukak kiosk Milo Sejuk Tabur Xila Wink-Wink Sdn Bhd. Gagagaga.



Milo Panas anyone? Siap setrow lagi






Ps :: Siapa duta Cool Blog sebenarnyewww niewhhh? ;p
Pss :: Oh kiut tak blog kiteww? ;p


September 29, 2012

Nama Melayu Klasik

Assalammualaikum,


Nama awak apa? Nama saya Kalsum. Musalmah. Rokiah. Nengnak (eh.) Begitulah nama-nama melayu klasik dulu-dulu. Nama anak zaman sekarang masing-masing tak mahu kalah. Atleast dua tiga kerat harakat nama dia...

Sample -

1) Alisya Qistina Hani
2) Intan Maisara Izara
3) Afiq Amir Affin Bank


Last-last mama dan papa malah atuk nenek budak-budak nih panggil nama singkat je pon. Boy ke, Sya ke. Mahupun Ra je. Tak apelah janji niat mak bapak budak-budak tuh kan. Mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak.







Saya punya klasik - Melur. Mawar. Lili.

Nama bunga?












Ps :: Now playing - Sempurna



August 12, 2012

Dia Boleh Berubah Wajah


Assalammualaikum,


Taraaaaa. Tantek tak belog kita? Hijau-hijau gitu macam baju kahwen Scha Alyahya. Retis kauuu...



Kau hade? Hohoho (gelak sopan)


Saje je nak berubah wajah sebab bosan dengan wajah dulu. Terpaksa lah ahkak buat plastic surgery dengan bantuan sis Aida Omar. Adik kepada Misha Omar dan Marsha Milan Londoh (oke tipu). Tengs so much as much I love Robert Pattinson. (eh?) 


Memang saje request kat Aida kaler nih. Nak sama macam baju kahwen Scha. Motif? Feeling retis. Boleh? Saje jela sebab bukan semua blog ada kaler nih. Huhu. Walaupun sedikit rindu dengan warna awan yang dulu, tapi hidup harus diteruskan demi generasi anak bangsa kita. (Janji dicapati! 3x) 



Tengs again Aida. Jemput ghaye ghumah. Ada ketupat dan lemang beli dekat kedai. (Hihi)



Selamat Hari Raya in advanced!










Ps :: Nak wet ghaye?!




February 26, 2012

Menghargai Alam - Perangai Semulajadi

Assalammualaikum,


most love, ipoh, lost world of tambun, Gunung Bubu di Perak, go green



Dulu dok kutuk-kutuk dalam entry [Ipoh Tak Maju-Maju]. Sekarang sudah sayang maa sama Ipoh. Kutuk pon bukan dapat apa. Walaupun serius rindu dekat Kolumpo tuh... sob sobs...


Bukan apa, sejak dah bekerjaya nih, barulah dapat explore kawasan-kawasan Ipoh nih. Sebab selalu kena pergi site dan tengah pekan. Haritu pergi kerja pagi-pagi naik motor. Pastu suka sangat dengan pemandangan pagi kat tempat sendiri. Berkabus. Dan terlihat gunung-ganang yang cantek-cantek. Tambun kot.... Pernah naik Gunung Bubu dulu, dan jakun menghargai flora fauna dekat situ. Dok wahh wahh sana sini sorang-sorang. Tapi kena marah sebab daki lambat. Huh.





January 30, 2012

Maksud Warna Kegemaran Anda

Assalammualaikum,


Tengahari tadi datang melawat [kakak koperal] yang bercerita pasal warna. Tiba-tiba menarik jugak. Korang boleh pilih warna-warna yang dicadangkan dalam blog kakak koperal ni. Sejauh mana ketepatan maksud warna kegemaran, tuan badan yang patot lebih tahu. So dengan eksaitednya telah memilih warna:



Oren - Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat.

- Suka pakai baju kurung warna oren. Haritu pergi interview pakai oren dan mood terlebih ceria semacam. Senyum je memanjang walaupun penat sangat bila sampai sana. Mood masa tu pon macam aktif dan agresif semacam. Kawan pernah cakap yang, 'eh awak sesuailah pakai oren'. Hahah suka-suka.


Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy.

Suka dekat blog yang background dia warna kuning. Macam blog Fatin Liyana kan. Tak banyak blog warna kuning ek. Suka tengok warna kuning dan warna ni dapat serap aura ceria. Suka jugak warnakan rambut doodle warna kuning macam Paris Hilton gitu. 


Merah - Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat.

- Kalau barang peribadi suka warna merah. Rasa nanti macam nak kereta warna merah, rumah warna merah dan baju pengantin nanti wajiblah warna merahhh. Kalau bakal suami tak suka merah, suruh dia kawen ngan kadi jelahh. Megah?? Tak kot...



Biru Muda - Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah berkorban, kerjasama.

- Dulu je obses warna biru muda. Pastu dah besar panjang tak berapa. Warna blog ni warna biru muda kan sebab warna lain tak dapat nak masuk lah. Dulu pernah apply warna pink kat blog tapi bosanlah ramai pakai pink. Bila gundah gulana suka tengok warna kat langit. Tenang je... 


Sebenarnya dari kecik warna kegemaran asyik berubah. Takde penderian tetap eh? Alah biasalah tu kalau warna pengaruhi mood dalam membesar. Huh. Hati tengah ke laut tadi, tapi bila taip entry pasal warna ni mood berubah sikit. Bila moody layan lagu Sheila Majid best... Suka lagu pengemis muda tapi sebab AJL semalam dia nyanyi lagu warna kan, warna jelah...




most love, sheila majid, warna, maksud warna kegemaran, warna pilihan, trend



Ps :: Oh warna-warna pada dunia~




January 24, 2012

Review Novel Dear John

Assalammualaikum,

most love, novel, novel inggeris, novel Dear John, review, love
Sumber Google


Wahh akhirnya dapat jugak novel seketul ni. Dah lama mengidam. Dulu nak beli tapi wangnya tidak cukup. Nasib pergi kedai buku dengan mak. Padahal semua budak-budak zaman ni pergi beli buku dengan voucher kan. Jeles disitu. Sape suruh habis belajar awal sangat kan. Oh mak kan beli novel Ombak Rindu. *Elehh. Hehe.


Sinopsis Novel Dear John
Panjang sangat sinopsis dia nak copy kat cover buku tu. Tapi secara ringkasnya. Novel Dear John ni pasal pasangan kekasih yang bercinta tapi banyak halangan. Si John ni terpaksa tinggalkan Savannah kerana menuntutnya bertugas sebagai askar. Tapi ada selitkan sekali peristiwa 9 September dan pasal agama dorang. Itu tak payah ambil kisah sangat. Baca tang romantik-romantik je. Setakat ni baru baca Prologue je.

Tapi yang bagusnya karya Nicholas Sparks ni kan, bahasa Inggeris dia sangat santai dan mudah faham. Takdelah terbelit nak paham. Relax je bahasa dia. Ini kira novel Inggeris ketiga baru. Yang pertama dah kasi orang sebab cerita tak best. A walk to remember pulak dah kemana. 

Ingat nak kumpul semua karya abam Sparks lah. 

Teringin jugaklah nak kumpul Twilight, asyik pinjam je kerja. Tapi buku mahal lah. Harga Novel Dear John ni pon RM30 plus plus. Sape ada baucar buku lebih? Bak mai sini. Hehe. Lupa pulak, novel ni pon ada difilemkan jugak. Teringat tengok cerita 'The Notebook' yang lembab gila. Tengok petang-petang pulak tu. Lembab pon feeling sampai habis.






December 25, 2011

Illuminating Arbutin Mask

Assalammualikum,


most love, mask muka, facial mask, beauty, Watsons Malaysia


Dah dua kali pakai benda. Tapi macam ada effect je. Ke perasan sangat?

Benda atas ni adalah mask atau topeng muka dari Korea punya. Terpengaruh dengan sorang blogger yang pernah promote suatu masa dulu-dulu kala. Terpengaruh juga. Yelah sebab rasa macam kulit muka tak bermaya je. Haruslah cuba mask pulak. Garnier tipu. Pakai-pakai takde effect pon. Huh.

Beli kat Watson nih. Serius pakai ni muka segar serta merta. Fresh giler. Harga dalam Rm4-5. Tak berapa ingat.

Merry Christmas for all non Muslim :))


December 19, 2011

Aiskrim Paling Sedap

Assalammualaikum,



Korang pernah makan tak aiskrim kat atas ni? Melting in your mouth kata kaw. Saat ia cair dan jatuh ke trakea itu adalah saat paling nikmat. Alhamdulillah nikmatnya... Sungguh asyik sekali bah. Tak caye pergi beli cepat kat supermarket berdekatan. 

Harga dia tak berapa nak tahu sebab buka peti ais rumah je terus rembat. Macam-macam perisa buah-buahan yang dapat dicuba. Paling sedap setakat ni perasa durian. Tipu je. Manggis kot. Seriyus sila amik saya jadi duta produk nih! Mauuuu....




November 14, 2011

Gambar Paling Handsome

Assalammualaikum,


Minggu lepas lagi abang posmen mai rumah kirim surat cinta dari UUM. Jasamu dikenang. Dah agak dah dapat gambar posing studio waktu time kovokesyen ritu. Setelah sebulan sampai gak gambar mahal tuh. Dah la tak bagi softcopy. Hekk



Tulah hasil gambar abah yang kacak, mak yang manis, adik yang entahlah dan daku yang entahlah jugak. Dan juga gambar tabung meaw yang kaching-kaching. Kesimpulannya gambar nilah paling hencem dalam sejarah. Aishhh. Mana nak gantung ni ye. Gambar avatar blog ni pon dah berubah jugerr. 






Ps : Kalau nak gambar close up, mai datang rumah tengok. Hik hik.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!