January 15, 2013

Listen Parody by Mr Bie - Fenomena Listen

Assalammualaikum,



Fenomena 'Listen' jadi hits gara-gara forum 'Suara Mahasiswa' yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia beberapa hari lalu telah mendapat liputan meluas di Youtube, Facebook, Twitter dan juga blog. Masalahnya, kenaakah benda nih mesti berlaku di UUM? 

Suara 1
Ms Bavani memang ada hak nak suarakan pendapatnya, tapi dia kenalah jaga sensitiviti kerajaan yang mentadbir sekarang. Nama pon forum melibatkan suara mahasiswa. Tapi bila ada mahasiswa yang tampil berani nak express opinion dia, disekat pulak oleh kak Pah (Sharifah Zohra Jabeen).

Suara 2
Kak Pah pon satu, nih forum suara mahasiswa level biasa-biasa je, awak tuh ada o'level, so jangan lah join forum nih kalau tak setaraf dengan awak. Bila dia mentioned taraf dia lagi tinggi dengan bangganya, dalam masa yang sama dia menunjukkan kebodohan dia. Apa kena mengena kucing dan jerung yang ada masalah, dikaitkan dengan forum macam nih. Cara dia handle mahasiswa pon tak seperti orang yang berilmiah apatah lagi profesional.

Suara 3
Dah tuh pulak malu dengan mahasiswa lain yang menyokong Kak Pah setelah menindas Bavani dengan kurang profesionalnya. Atlast disogok pulak dengan Galaxy Note free. Podahh.


Listen Parody by Mr Bie.


Dan tiba-tiba cepat pulak keluar video parodi - Listen Parody dari Mr Bie. Ala Mr Bie yang sebelum ih pernah came out dengan lagu Tak Terukir Di Bintang parodi tuh. Ahh kalau taktau silalah ke Youtube. Search je tajuk tuh... Listen to me !



Ps :: OMG saya bekas mahasiswa UUM. ;p


January 14, 2013

Colgate Sensitive Whitening Baik Untuk Gigi Sensitif

Assalammualaikum,

Salah satu cara merawat gigi sensitif adalah dengan memastikan gigi kita dibekalkan dengan ubat gigi harian yang khas untuk gigi sensitif. Dah tahu gigi sensitif tapi pakai ubat gigi Kodomo Lion memang ngang ar kan...

Colgate Sensitive Whitening

Setakat nih ubat gigi dari Colgate - Sensitive Whitening nih memang berkesan. Clinically proven lagi. Nampak? Pihak Colgate telah buat ujikaji pada sebahagian kuda laut di Utara Amarika. (lol)

Dulu pernah kecoh kan Colgate nih tak halal. Tapi masa beli ubat gigi Colgate nih, ada tanda halal. Tiada ragu-ragu lagi. Harga ubat gigi Colgate nih agak mahal. Dalam RM 10 lebih. Tapi nasib baik den beli masa tebus kad Watsons. Ada tulis dalam entri nih, [Tebus Mata Ganjaran Kad Watsons](click). Untunglah boleh rebat dengan kad Watsons nih.

Dah buntu takde idea nak taip ape, makanya terbitlah entry pasal ubat gigi untuk gigi sensitif nih. Atleast boleh sharing-sharing manja gitu kennn.. Last but not least, ushalah entry berkaitan [Tips Gigi Putih Berseri Ekstrem](click)




Ps :: Azam 2013 nak jadi serius. Buat apa nak fake kan. This is me so faced it. XD


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!