February 15, 2013

Lelaki Bunga Sebelah Pintu

Assalammualaikum,

Lelaki bunga sebelah pintu? Rasa macam pondan je tajuk. Kalau di google translate memanglah begitu. Ahh google translate bukan genius mana pon. Huhuh.

Sekarang tengah mood melayan Korean Drama 'Flower Boy Next Door' drama sambung-sambung tak renti gelak sakit perut, pastu jari terasa nak ber-nex-next episode je sampai nak tahu ending cerita bagaimana. Fuhh. Cerita nih best sebab sengal dia macam nak gigit-gigit jari.


Kompilasi watak dalam drama nilah yang menghidupkan cerita kot. Suka dengan watak game developer yang baru berumur 17 tahun, seorang budak lelaki cantik yang sengal dan suka terkinja-kinja. Rasa macam nak lempang je dia nih. Suka gak watak 2nd hero yang sorok identiti dan admire si heroin selama 3tahun. Untuk watak antagonis, perempuan yang fake baik dan ayu padahal perangai hampeh..

Watak heroin macam sedih sangat lah rupa dia. Ada gak watak lelaki Jepun yang tinggal di Korea sebab nak belajar masak. Suka karakter dia. Dan ermm haha ada watak boss 2nd hero yang gila kerja, psyco, dan andartu! Tengok drama nih macam terubatlah sedih yang masih lara.. 

Kalau korang nak tengok jugak pi kat [sini]. Kalau error link [sini] pulak. Korean punya brand takpe kasi pirate. Shhh.. Oh lupa, second hero serius muka macam Hizami - owner blog [Budak lelaki sebelah pintu].. Kebetulan sama-sama sebelah pintu tuh..




Ps :: Maaf lupa letak linknya hahah. Ok dah letak tapi awas, internet kelajuan kuda je kot dapat tengok dengan senang lenang. ><"

Ps :: Maaf gak tak letak nama pelakon sebenar. Malas nak Google dan kenal lebih lanjut...><"


Awas Bahaya Pengambilan Vitamin C !

 Assalammualaikum,

Tadi berfacebook terjumpa satu artikel akibat pengambilan vitamin c. Sekarang kan ramai orang dok ambil vitamin c untuk kekal awets muda remaja dan cuns selalu. Boleh je ambil vitamin c tapi haruslah tahu cara pengambilannya yang betul. Baca kisah yang dicopy dengan berjemaah di Facebook :


Kejahilan meracun diri sendiri

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.


bcoz i care, vitamin c, awas bahaya vitamin, pengambilan vitamin c, kesan mengambil vitamin c


Tak tahu kesahihan kematian cerita di atas. Pernah gak baca yang udang dan vitamin c tidak boleh diambil bersama. Bahaya sebab asid asekronikalmakkau pada udang (kot) dengan vitamin c boleh buat korang kebabbomm meletops aka bahaya lah!! Boleh membawa maut. Take a note guys. Nak dapat event best pi sini.


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!