August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





26 comments

August 23, 2013 at 11:51 AM

amboihh rajin nya siap lukis lagi.. hehehe :)

August 23, 2013 at 11:58 AM

hahaha...okay tu mmg seram!

August 23, 2013 at 1:25 PM

hantu pun nak raya jugak, tu yg kacau org..hihi..^^)

August 23, 2013 at 1:28 PM

seramnya.. semoga tak berulang lagi..

August 23, 2013 at 2:08 PM

hahaa. ke sepupu sepapat yg saje mengilai nak menakutkan ? :D

August 23, 2013 at 2:24 PM

haha...penakut la tu kann.....

August 23, 2013 at 3:47 PM

nasib baik sempat lari keluar..kalau badan tiba2 xboleh gerak memang xtahu la ape jadi nanti kan >.<

Anonymous
August 23, 2013 at 4:13 PM

paling seram dengo benda menakutkan camtu. Tapi mimpi diri sendiri mati lagilah seram. hmm
http://blogsigadis92.blogspot.com/2013/08/manusia-syukur-sempat.html

August 23, 2013 at 4:13 PM

kan tempoh kena ikat dah tamat dia kuar la mlm tu

August 23, 2013 at 5:08 PM

huhui kalu akak pun comfirm tak mo dh tido sorang2 lg... seram2

August 23, 2013 at 7:16 PM

Hihihii... nampaknya Xila mangsa pertama di malam hari raya pertama..

Hihihiii......

August 23, 2013 at 10:33 PM

apakah? orang xtido lagi kot.. xpun orang tengah menyuap bunyi mcm tu. hehe

August 24, 2013 at 12:17 AM

hehehe , seram ! penakut ya...sabar jelah...kalau kene kat azie , confirm tak tido dah...tido impit2...tutup muka bagai...nak lari kat mak malu ada ayah...hahaha

August 24, 2013 at 1:24 AM

seram wooo.. zizie pun sekarang, tido buka lampu sebab rumah tingkat paling atas dan duduk sorang2.. perghh!! seram yang amat!

August 24, 2013 at 2:41 PM

Mieya malam raya keempat, kena ganggu jugak. Kena tindih masa tidur. Bila cerita dekat parent, dorang cakap cuma mainan perasaan kita je. Padahal betul.

August 24, 2013 at 7:47 PM

ehe..tatottttt (takut)

August 24, 2013 at 10:26 PM

mitos kata

kalau bunyi hantu mengilai tu dekat dengan kita means hantu tu jauh dari kita, so lekluuuu haha

TAPI

kalau bunyi hantu mengilai jauh dan sayup2 hewhewhew means dia dekat dgn kite.

mihmih

tak tahulah mitos ni betul ke idok :p

August 25, 2013 at 3:18 AM

hehe biasa la tu dia nak gurau2 sempena hari raya la tu...wakakkakaa

August 25, 2013 at 12:35 PM

Yup xila most of the time kadang-reverse psikologi ni memang berkesan..

August 25, 2013 at 12:55 PM

mlm raya pun ade hantu ea..huhu
kalo sya smpai pg mmg x tido da.

August 25, 2013 at 2:29 PM

seram jgk la.. kadang2 kazen suka takutkan yg mana kaki mengusik.

follow awk dear :)

August 26, 2013 at 8:58 PM

he3..ciap ada artwork sndri lg 2 =) igtkn kena kacau di spupu hu3..mmg hntu betol ke?? skrg ada lg??

August 27, 2013 at 11:09 PM

Uittt...akak memahami mu..huhuhu..akak pn spesis penakut jugak

August 28, 2013 at 10:32 AM

pergh tu dia...kalau kak lea dah sah2 lari keluar dari bilik tu he3...dulu2 tidur kat bilik belakang masa kat rumah mak.belakang rumah mak tanam pokok pisang.

b4 3am kak lea terkejut dengar bunyi macam orang merengus betul2 kat belakang dinding bilik kak lea tidur.lepas tu dengar macam bunyi pokok goyang2.menjeritlah..kelam-kabut mak ayah masuk bilik.

esoknya mak kata pokok pisang ni kadang2 tempat benda tu punya port.benda apa..hantuuuuuuu agagagaga...

September 4, 2013 at 12:21 PM

org tua-tua ckp, kalau bunyi tu mcm jauh, sbnrnya 'benda' tu dekat..kalau bunyi mcm dekat, sbnrnya jauh..tp xtaula kesahihannya huhu

September 11, 2013 at 1:42 PM

Adehhh takut tu....

Kalau MJ sure tak tidur semalaman..huhuu

Post a Comment
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!