June 28, 2013

Contoh Soalan Temuduga SPA Pembantu Penguasa Kastam

Assalammualaikum,

Credit to Google


Nak sambung cerita pengalaman temuduga SPA hari tu lah [previous entry]. Hehe antara soalan yang wakil pegawai SPA dan Kastam kan lebih kurang macam converstion dibawah eh... 
(S: Soalan dan X: Xila)

S: Hi sila perkenalkan diri anda dalam BI. Dalam BI ye...
X: (Ish tahu lah...) My name is blablabla...(belum sempat nak cerita pasal kerjaya terdahulu, depa mencelah)

S: So before this you work as what aa??
X: My previous work as blablabla...(semangat walaupun ke laut dah rasanya)

S: So why you resigned?
X: Well...blablabla...

S: Ooo you just want to blablabla la? Tell us er er jika masa belajar dulu ada berkaitan tak you know dengan Kastam?
X: I think it is more related to taxes such as...blablabla...
 
S : Selain itu?
X: Besides that..i think..(tengah pikio dalam ayat dalam BI)

S: Takpe cakap je bahasa melayu
X: (Sengih..Fuhh tak perasan sebelum ni cakap BI memanjang je. Hangpa tak paham ke tadi? Kuikui. Tapi tak dapat jawab soalan ni dengan baik pun walaupun dalam BM. Choi...)

S: Terangkan cukai yang dikendalikan Kastam.
X: Cukai tak langsung seperti cukai jualan etc etc

S: Apakah barang larangan yang dikawal pihak Kastam.
X: (Hat ni memang tak pernah baca kat website Kastam tapi mengikut logik jawab...) Dadah?

S: Selain itu?
X: (Aduyai pikir xila pikirin cepat...!) Senjata api.

S: Biasanya senjata api perlukan permit kan? Lagi?
X: (Aduyai dia mintak lagi.... Duhh! Muka blur dah masa tuh)

S: Oke selain itu buat pengetahuan anda ialah mercun..
X: Ya.. (Duk senyum jelah..)

S: Berat dan tinggi cik berapa?
X: cm dan kg...

S: Rabun tak? Ni pakai contact lense tak?
X: Pakai puan...(Alamak...)

S: Pada pandangan anda, kenapa kastam perlu berada di pintu masuk negara?
X: Untuk mengawal pergerakan keluar masuk blabla...

S: Dimanakah pintu masuk negara?
X: (Soalan tak berapa nak jelas jawapan pun...) Seperti di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, pelabuhan di Pelabuhan Klang...

S : Lagi?
X: (Apa yang lagi? Kau nak aku highlight semua ke? Blur dan jawab...) Di Tambak, situ, sana, sini..

S: Kalau laluan udara?
X: (Kalau udara kapal terbang kan?) Di..err..er.. (Alamak gagap!)

S: Di airport ye cik... (Mungkin dia nampak ai blur kot)
X: Ya...

S: Ni kalau ditempatkan di Sabah Sarawak sanggup ke?
X: Kalau ianya merupakan satu arahan saya bersedia puan. (Ececehhh....)

S: Ada apa-apa lagi nak tanya?
X: Kalau rabun memang pihak Kastam tak akan ambil ke cemana?
S: Kami akan buat tapisan juga tapi tak semestinya bla bla bla (cakap jelah takmau ambik kennn)

Tamat.


Perbualan temuduga diatas terpaksa dipendekkan cerita. Situasi yang sebenar kan, semua soalan yang ditanya semuanya dari pihak Kastam. Dah kenapa pegawai SPA kat sebelah puan kastam tuh senyap aje? Pemerhati eh? Bila puan Kastam tuh tanya ada soalan tak, dia geleng je. First time ke kak? Sekali sekala toleh lah jugak kat pegawai kat SPA tuh dan sedekahkan senyuman kat dia.

Akhirya puan Kastam tuh yang conquer. Suara dia lantang gila dan semangat. Selain dia suka menyoal, kadang-kadang dia selitkan lah keadaan sebenar kerja kat Kastam, ada training kat Melaka yang kena taekwando, renang, ujian fizikal, kawad tengah panas bagai. Huih masa tuh dah telan ayaq liuq dah... Dan dia juga cakap nanti applylah jawatan pegawai jugak... Oke der...
 




Sampai disini saja...
Terima kasih sudi baca, dan semua calon yang bakal ditemuduga SPA, semoga berjaya!



June 27, 2013

Syoknya Kawan Dengan Ramai Lelaki !

Assalammualaikum,

Kalau ikutkan memang dah terbiasa dengan pergaulan antara lelaki. Sebab adik beradik saya pun semua lelaki, sepupu pun kebanyakannya lelaki, padahal kita disogok dengan cerita populasi perempuan lebih ramai dari lelaki didunia nih kennn...

Waktu kecik-kecik dulu pun ramai kawan kejiranan lelaki. Bila ajak kawan perempuan main kat luar rumah je, mesti depa cakap mak tak kasi lah, kena jaga adiklah... Last-last main jelah dengan geng adik macam main rounders ke, baling selipar ke, bola sepak jelah tak layan. Teringat jiran sebelah rumah, Abang Aizat. Kitaorang main masak-masak, lepastu main call nombor rumah masing-masing. Rumah sebelah-menyebelah je pon. Inikah bibit-bibit cinta? Hahahah.

Cumanya tak dapat nak contact balik lah kawan-kawan lelaki zaman tomboiyot dulu. Abang Aizat pun entah ke mana. Teringin nak ronda kawasan rumah waktu membesar dulu...


Lebih baik malu daripada tak tahu malu...








Start zaman uni pun ramai kawan lelaki. Just comfortable bila kawan dengan lelaki. Perempuan kau tahulah, semua plastik. Ahaks. Teringat geng Cocoballz. Cuma bila masuk geng kerja nak kurangkan kawan lelaki sebab, woih aku rasa macam takde kawan perempuan je dalam hidup ku ini. Uhuk-uhuk. Zaman kerja kan lain sikit. Semua kawan bukan motif nak berkawan pun. Lagi-lagi lelaki. Apa kata lelaki? Hehe. Well, kawan blogger lain macam sikit. Best walaupun tak kenai sua muka kan!? Hikss.

Kalau ramai kawan dikalangan jejaka-jejaka, pasti terasa hot kan? Euww. Terpulang pada individu. Yang pasti ukhwah dengan golongan Adam nih banyak yang best kalau takde motif cinta. Misalnya kau dapat panggil dorang tengok-tengokkan kereta ke, minta pandangan dari mata lelaki ke, atau berkenaan dengan hardware. Itu pun kalau bapak kau sibuk waktu tuh. 

Part yang syoknya perempuan dan lelaki masing-masing tak ambil kesempatan. Tapi dah kawan lelaki tu tolong pon sebab nak test market pikat hati si gadis. Dan yang si gadis pulak, saja tak nak bazir duit dan ambik kesempatan kelemahan lelaki. Dua orang nih tak dapat apa pun. Persahabatan plastik namanya.





Lelaki dan perempuan memang tak kan dapat jadi kawan ke? Kalau ada golongan kawan macam nih, korang patut jaga betul-betul tau... Co cuweettt... :)



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!