July 22, 2013

Bila Terkenang Arwah...

Assalammualaikum,

Bila ingat kembali kenangan dengan arwah rasa sebak sangat. Entah kenapalah rasa sangat terkenang-kenang dengan dia selepas solat atau bila duk termenung ke. Pedih sangat. Rindu, sebak semua bercampur baur. Lebih-lebih lagi bila tengok Facebook dia yang masih aktif. Yelah kadang-kadang FB dia muncul di wall tiba-tiba disebabkan tagged, like, comment semua seolah dia masih ada...

Kadang-kadang rasa dia tenung dari 'sana'. Seperti menjemput, rindu, ingin didoakan. Entah.. Mungkin masih ralat tak dapat jumpa dia seperti dirancang 4bulan lepas. Ada hikmahnya dan Allah lebih Maha Mengetahui...

alfatihah, surah alfatihah, meninggal,
 Alfatihah untuk Nik Najwa Wan Yusof


Gambaq diambil dari FB dia...


Ah winduuuuuuuuuuuuu *love*



June 27, 2013

Syoknya Kawan Dengan Ramai Lelaki !

Assalammualaikum,

Kalau ikutkan memang dah terbiasa dengan pergaulan antara lelaki. Sebab adik beradik saya pun semua lelaki, sepupu pun kebanyakannya lelaki, padahal kita disogok dengan cerita populasi perempuan lebih ramai dari lelaki didunia nih kennn...

Waktu kecik-kecik dulu pun ramai kawan kejiranan lelaki. Bila ajak kawan perempuan main kat luar rumah je, mesti depa cakap mak tak kasi lah, kena jaga adiklah... Last-last main jelah dengan geng adik macam main rounders ke, baling selipar ke, bola sepak jelah tak layan. Teringat jiran sebelah rumah, Abang Aizat. Kitaorang main masak-masak, lepastu main call nombor rumah masing-masing. Rumah sebelah-menyebelah je pon. Inikah bibit-bibit cinta? Hahahah.

Cumanya tak dapat nak contact balik lah kawan-kawan lelaki zaman tomboiyot dulu. Abang Aizat pun entah ke mana. Teringin nak ronda kawasan rumah waktu membesar dulu...


Lebih baik malu daripada tak tahu malu...








Start zaman uni pun ramai kawan lelaki. Just comfortable bila kawan dengan lelaki. Perempuan kau tahulah, semua plastik. Ahaks. Teringat geng Cocoballz. Cuma bila masuk geng kerja nak kurangkan kawan lelaki sebab, woih aku rasa macam takde kawan perempuan je dalam hidup ku ini. Uhuk-uhuk. Zaman kerja kan lain sikit. Semua kawan bukan motif nak berkawan pun. Lagi-lagi lelaki. Apa kata lelaki? Hehe. Well, kawan blogger lain macam sikit. Best walaupun tak kenai sua muka kan!? Hikss.

Kalau ramai kawan dikalangan jejaka-jejaka, pasti terasa hot kan? Euww. Terpulang pada individu. Yang pasti ukhwah dengan golongan Adam nih banyak yang best kalau takde motif cinta. Misalnya kau dapat panggil dorang tengok-tengokkan kereta ke, minta pandangan dari mata lelaki ke, atau berkenaan dengan hardware. Itu pun kalau bapak kau sibuk waktu tuh. 

Part yang syoknya perempuan dan lelaki masing-masing tak ambil kesempatan. Tapi dah kawan lelaki tu tolong pon sebab nak test market pikat hati si gadis. Dan yang si gadis pulak, saja tak nak bazir duit dan ambik kesempatan kelemahan lelaki. Dua orang nih tak dapat apa pun. Persahabatan plastik namanya.





Lelaki dan perempuan memang tak kan dapat jadi kawan ke? Kalau ada golongan kawan macam nih, korang patut jaga betul-betul tau... Co cuweettt... :)



April 30, 2013

April Had To Go

Assalammualaikum,

Ini kali bukan Astro On The Go, mahupun manifesto Tan Sri Kulup bin Katup (sape tuh?), iklan lawak kak Ton, artis undangan meleTop, ahh sudah-sudah xila... Ini kali ceghita April yang terpaksa pergi...















Konklusion : Jangan lupo mengundi yuk @5 May 2013 ni...



April 28, 2013

40 Hari Arwah Telah Pergi...

Assalammualaikum,

Genap 40 hari sudah arwah sahabat tersayang, terbaik, paling comel, baik hati, banyak mengalah, cukup sporting, supportive, semuanya sifat positif ada padanya telah pun meninggalkan saya, kawan-kawan dan sahabat beliau. Semuanya cukup terasa kehilangan beliau. Semoga Allah tempatkan Nik Najwa Wan Yussof dikalangan para solihin di syurgaNya...

Hampir 9 tahun kami berkawan, sejak tingkatan 4. Kemudian jadi roommate kat matrik Kuala Nerang, Kedah sehingga sekarang. Harap persahabatan kami sampai ke syurga. Rahsia luar dalam beliau semua dalam tangan ini. 

......

Kalau rindu, surrah fatihah dan yassin ku hadiahkan padamu. Kadang-kadang terasa dia ada memerhatikan kita yang sangat menyayanginya didunia ini. Lumrah manusia yang hidup pasti bakal menjadi jenazah. Semuanya dah tetulis. Mereka yang masih bernafas di bumi sementara ni kenalah selalu bermuhasabah untuk berubah ke arah insan yang lebih positif dan proaktif. Ambil iktibar setiap pengajaran hidup disekeliling kita.




blog ni jelah jadi catatan rindu :



February 13, 2013

Doakan sama-sama ya kawan-kawan

Assalammualaikum,

Nangis teresak-esak bila dapat tahu sahabat tersayang - Nik Najwa tengah dalam kritikal akibat terkena buatan orang. Kejam gila kau! Tak berapa tahu sangat sama ada santau/sihir/ilmu hitam. Tapi tadi Kay telefon beritahu keadaan Najwa dah macam perempuang mengandung yang sakit sangat sebab dalam badan dia ada roh perempuang mengandung. Wallahualam. Dan Kay juga ada mimpi Najwa seperti mengandung!

Patutlah haritu terasa rindu sangat sampai ada special post untuk BFF nih (Najwa dan Kay). - [Kenangan Zaman Sekolah]

Kami rancang nak melawat Najwa di Kelantan hujung minggu nih. Semoga dia tetap kuat. Tapi rasanya better Allah cabut nyawa dia kalau dia rasa terseksa sangat. Tapi harapnya sempat jumpa dia lah. Nak minta ampun dengan dia selama lebih 10 tahun ber-BFF dengan dia (dan Kay). 




Mana taknya sekolah dan matrik sama-sama kot. Siap jadi roomate lagi. Sayang gilaaa sangat kat dia. Siyes nak minta maaf sebab rasanya banyak kali dia tersinggung dengan perangai mengada-ngada saya. Rasanya dia memang banyak mengalah...sob sobss.

Disebabkan gedik kitaorang bertiga, kitaorang je yang rasa, makanya terwujudlah blog gedik kami. [Puteriskayangan.blogspot.com.] Tak aktif pon tapi adalah juga kenangan kan..



Mohon korang doakan terbaik untuk Nik Najwa Wan Yussof ya. :'(


April 18, 2012

Trip To Thailand (Happy Ending)

Assalammualaikum,


Biar gambar bercerita. Trip ke Thailand...

campus style, wordless wednesday, travelog, tut tut kenderaan di thailand, floating market thailand, trip ke thailand, friends, frenz forever
Dengan lala naik tut2. Nama transport nih..


campus style, wordless wednesday, travelog, tut tut kenderaan di thailand, floating market thailand, trip ke thailand, friends, frenz forever
come to momma! aumm

campus style, wordless wednesday, travelog, tut tut kenderaan di thailand, floating market thailand, trip ke thailand, friends, frenz forever
tingginya menara kat sini!


campus style, wordless wednesday, travelog, tut tut kenderaan di thailand, floating market thailand, trip ke thailand, friends, frenz forever
floating market Thailand. kalerpool right?



Semua gambar kat atas nih trip ke tahailand bersama kekawan uni dulu. Tapi dua tahun lepas punya trip lah. Tak basi lagi la sebab tak pernah share dekat blog. Dekat FB dah jadi private. So godek-godek dekat FB, terasa nak share dengan kawan blog pulak. Ni semua gara-gara rindu dekat kawan-kawan. Jumpa kat Alaska!! Wordless wednesday pon orite...





October 18, 2011

Pasembur Penang Mari Terbaik

Assalammualaikum,

Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..


campus style, food, Pasembur Penang, Pulau Pinang, 1Malaysia, rojak Penang, frenz forever, funny movie, keyword, tips belajar
Pasembur Penang. Sumber Google

Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.


Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy




Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr

Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.





ps :: Rojak, rojak, rojak...



September 17, 2011

Siapa Suka Hiking ??

Assalammualaikum,

Pengalaman pertama mendaki gunung sangat mengujakan. Perasaan yang tidak terdapat pada seorang kaki pengumpul barang antik, mat rempit mahupun make-up artis. Kau hade? Poyo je kan. Baru sekali hiking dah menggelabah nak mampus. Tapi serius weh, best sangat-sangat. Macam nak lagi, nak lagi (lompat-lompat). Tapi takde peluang dan tak tahu macam mana nak cari peluang....


Masa kat uni dulu, memang menanam azam untuk mencuba segala perkara baru. Dari mencuba kayak, berfutsal, go-kart, renang, pegang ular, curi (pinjam) golf buggy, sehinggalah mendaki gunung. Kebetulan ada member dari Kelab Kelana Siswa (KLKM-UUM), ajak join. So memang grab peluang ini sebaiknya. Dari situ memang kenalan semakin rapat, menguji tahap fizikal dan mental, bersyukur dengan kebesaran Allah atas keindahan semulajadi, dan paling penting berat badan menurun kot. Slim macam ZZ gitew....

campus style, kinabalu, mendaki gunung, hiking, frenz forever, friends, yakin diri, most love, Gunung Bubu di Perak


Nama gunung yang didaki tu Gunung Bubu. Ada kat Perak ni haa. Perak kan kaya dengan gunung. Menurut lagenda, kat sini tempat bunian. Lah dah tak ingat lah macam mana diaorang cerita. (garu-garu kepala) Alhamdulillah sepanjang ekpidisi takde apa-apa berlaku. Yang penting 3hari 3malam guwa tahan berak. Nasib baik bukan tahap kronik. Jangan tiru aksi ini. Dasat. Terkencing tu terpaksa, namun rasa bersalah menebal di jiwa bila terpaksa mencemarkan air sungai tu....

Yang pastinya best sangat-sangat. Yang tak bestnya tak dapat sangat menikmati view-view cantik dalam hutan sebab diaorang semua nak cepat mendaki gunung sampai puncak. Yelah semua yang dah join ni dah amateur katakan. Mula-mula memang sumpah seranah dalam hati sebab "Bodoh lah, nape aku leh join benda macam ni..!!" Tapi bila sampai puncak, Subhanallah.....Indah sangat. Sampai leh pegang-pegang awan pastu ngap. Nak naik sampai puncak tu yang agak tak tahan sebab kena memanjat. Segala kederat di serahkan.


Gunung Bubu ni antara gunung yang terpendek lah kat Malaysia. Kira hebat lah tuh dapat panjat. Bukan semua mental fit. Hiking ni sebenarnya bermain dengan psikologi. Kalau kau cakap tak boleh, sampai bila kau tak berjaya sampai ke puncak. Kau boleh!! *Boleh bha kalau kauuu.


Sebenarnya tiba-tiba nak buat entry ni sebab terbaca Kosmo pagi ni. Kisah pasal water rafting. Wahh yang ni memang tolak tepi. Bab air-air ni guwa pengsan jap. Memang nak pergi dulu ikot KLKM-UUM, tapi still tak mampu nak set otak suruh pergi. Ketaqq lutut ceq Jah uiii....Tapi view jeram kat Royal Belum Perak memang best. Dah tu cepat click sini baca kat Kosmo....


This story is based on true story. Kahkah. So sesiapa ada buat aktiviti hiking ke, water rafting ke, aktiviti-aktiviti hebakk lain ke, panggil saya, panggil saya....Nak, nak...Hehe ^^




ps :: 3hari 3malam tak tengok cermin jugak.



February 18, 2011

Kewujudan Blog Kasih Sayang......KNZ

Assalammualaikum,


tanggal 18 Febuary 2010.....
terciptalah...
terwujudlah...


blog gedix!!!
winkie winkie

^^







jemput lah singgah...

blog baru lagi...
ngeeee


banyak lagi perlu di touch up..


keh 
daaa


sambung kerja...

^.<


November 28, 2010

Rapunzel Tangled yang sangat sweettt~~~

Rapunzel Tangled yang sangat sweet?

hari ahad yang hepi!! pas exam je terus terjah Rapunzel Tangled at panggung wayang terbaik di Jitra. cita-cita dan niat di hati ingin menonton cerita Rapunzel Tangled termakbul jugak...Alhamdulillah.. thanx tuk kawan-kawan yang sudi melayan kerenah puteri xila nih. kui kui kui....


Rapunzel Tangled movie, Rapunzel Tangled, cartoon movie, sweet movie, Disney movie, Rapunzel with a long hair, love
Rapunzel Tangled sweet an an


secara peribadi cerita ini sangat best!! sangat comel, sangat menghiburkan pankreas saya, sangat sengal serta sangat meruntun di jiwa. apatah lagi ia membabitkan bibit-bibit cinta antara Rapunzel dan mr.Flynn beliau. ouch.. huhuhu.


yang penting setiap karakter sangat menghayati watak masing-masing walaupon mereka hanyalah watak maya. kah kah kah. lucunya Rapunzel sangat touching. siket-siket nak bermain dengan emosi. huhuk tapi dia memang comel lah. Maximus si horsie pulak sangat kelakar. setiap saat anda akan terhibur dengan semua watak dalam cerita ni. believe me !! huhuk



so, rate untuk cerita Rapunzel Tangled ni,
errr...
 5★★★★★
wow !!!



sape-sape yang tak tengok lagi pi la tengok di panggung yang berdekatan dengan anda!!!
now!!!
kih kih kih

p/s: truly looking for my mr.flynn..love puteri xila. wahhhahah


>.^


November 6, 2010

friendship lasting forever, enemies oh never........


friends, bff, friends forever, kawan baik, sahabat, persahabatan, love bear, cute bear, friends bear


this entry special dedicated for those can be called a friends,
that would definitely never end,
someone whose just always be there for me,
a bit more than me understand myself at all,
 alwes havin a stupid fight and craxy times we do,
the most memorable moment never removed in mind,
and when we're together its nothing but totally fun !

its not about whom you have known the longest,
its about who came and never left by my side,
and there to support me to laugh, smile and live for.....

so here's to define a friend:
the crap we talk
the guys we stalk
the way we shop
laugh we cant stop
the goxip we spill
the singing like we are superstars
we will stay together till the end......aminnnn 
the gretest fren is you....,
thanx much for being my fren...
p/s: no one can replace my girls !!
>.^


May 1, 2010

30.04.10

semua tentang kite

peterpan, gathering, friends, kita, love, cocoballz


semalam hari kenangan,,kami cocoballz telah mengadakan gathering mungkin untuk kali terakhir ye sebelom sume buat haluan masing2~ dsebabkan ade yang pergi untuk praktikal dan sebagainye...tapi gather tanpa alang sbb die kat kampung dan xdapat balek awai...
tp xpe ktorg ttp ingat kat alang taw...huhu

kami juz buat mkn2 dan behibur dr 9mlm hingga 3pagi...kalangan pompuan kmi buat tom2 yam, yougurt buah ngan smbal bilis pedas( tp bilisnye liat la acik n zyana~) tp sedap...,,^^, pihak laki plak wat goreng2 cm goreng ayam, fries,burger ngan sosej..

then ktowang nyanyi sme2 smbil petik gitar, men aci patung, cap kali cap,emm lg....,,, men belakon2...sesi tukar2 hadiah dan makan sampai buncet...hohoho smpai senak da,,


sume ni mklong akan ingat smpai ble2. kuangkuangkuang. gonna mish u all....

since everyone hepi im satisfied...


go,go cocoballz!!~chayok!
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!