September 2, 2013

Hati-hati Dengan Nombor Telefon Hantu Ini

Assalammualaikum,

Pernah tak dapat nombor telefon yang tak dikenali tapi menyamar sebagai staff syarikat telekomunikasi besar seperti Maxis? Ataupun syarikat terkenal yang lain ke? Yang mengatakan kita menang hadiah ke, cabutan bertuah ke, nombor telefon bertuah ke? Ada? Mula dengar hadiah je mesti teruja kan tapi dalam keterujaan anda jangan lupa selitkan rasa gelisah ya. Shaaaaa~~

panggilan palsu, nombor telefon penipu, nombor Maxis, Maxis Centre

Nak dijadikan cerita saya dapat panggilan dari nombor ni, 03-22609688 baru-baru ni. Siapa dapat nombor ni silalah berwaspada dik noonnn. Tak payah angkat pun takpe. Buang masa je. Masa mula angkat phone tu depa terus tanya nama korang (nama yang berdaftar dengan prepaid/postpaid Maxis) dan perkenalkan diri dia sebagai staff HQ Maxis. 

Masa ni korang akan yakin gila dia dari staff HQ Maxis sebab yelah dia tahu nama dan maklumat anda. Korang mula rasa lega dan kurang curiga bila part ni. Tapi drama saya agak kelainan sikit. Emmm buat conversation jelah, susah nak menaip ni haa..

Maxis : Hello boleh bercakap dengan dot dot dot
Saya : Ohh takde orang nama tu. (Pada mulanya berlakon)
Maxis : Saya dari staff HQ Maxis dan betul ke cik dot dot ni pengguna nombor 012xxxxx?

(Ok mula cuak. Pehal? Pehal? Aku ada buat salah ke?)
Saya : Oooo aah memang nama tu yang daftar nombor ni tapi sekarang saya yang guna.
Maxis : Siapa dia ya cik dot dot dot ni?
Saya : Kawan.
Maxis : Siapa nama cik? Umur? Pekerjaan? Berapa lama guna nombor ni?
Saya : Ning Baizira (Tipu) bla bla bla...
Maxis : Wowww cik kerja sebagai tettttt? 

(Masa ni dah mula pelik. Pehal kau? Pastu saya diam je, dan dia turut diam.)

Saya : Ada apa ya telepoNNN ni??? (Terpaksa tanya sebab kot kot ada problem ke)

Dan dia mula terangkan yang nombor telefon saya dipilih oleh Maxis sebagai pengguna setia dan menerima pakej insurans yang ditaja oleh syarikat insurans apa entah dengan kerjasama Khazanah Malaysia. Masa ni memang takde perasaan dengar insurans-insurans ni walaupun 'pengguna bertuah'. Dan dia mula bla bla bla panjang gila cakap pasal insurans. Sepanjang perbualan saya hanya balas, ohyee, ahaa, em emm, ok, teruskan, ohyeeke, ahaa, em em... Nampak sangat kurang berminat tapi ternyata si dia ni hebat dalam berkata-kata. Konfiden je bila dengar. 

Maxis : Cik ada apa-apa soalan ke?
Saya : Macam mana insurans ni dibayar bagi pihak saya?

Dia mula dah terangkan balik sampai A-Z tadi. Kedengaran suara dia macam geram. Yelah memang tak jelas kot pasal pembiayaan insurans ni. 

Saya : Sebenarnya insurans ni dapat kat sape? Saya ke cik dot dot?
Maxis : Err pengguna semasa nombor ni. (Suara ada sikit goyang)

Saya dah mula syak dan dalam kepala tengah fikir ayat apa nak end up telefon ni eh. Atlast telefon mati. Bateri sudah kong brader! Vaahhhh aman dunia. Terus bukak laptop cari details pasal insurans ni kat laman web Maxis dan Khazanah Nasional. Tak ada apa pon hebahan pasal insurans.Tak kan nak buat suprise kot kat pengguna Maxis. Puiiii. Bila bateri dah penuh, on je telefon ada 8 missed call dari 'Maxis' ni. Lusa tu dia gigih call lagi. Tak kuasa nak angkat..

Akhirnya, jawapanku dijawab...

panggilan palsu, nombor telefon penipu, nombor Maxis, Maxis Centre
Forum Maxis.


Ps :: En Maxis ni salah orang sebab dia pilih blogger!





August 31, 2013

Jika Kau Fikirkan Boleh

Assalammualaikum,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Percaya apa kau lakukan.. Eh eh sudah cukup sudah. Kalau zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan setiap hari isnin, pihak sekolah akan putarkan lagu 'Fikirkan Boleh'. Tak pernah dengar? Eeee awak ni mesti lahir jaman 2000 an an an...

Siapa yang bersekolah di SRK Puteri Pandan 2 je berpeluang nyanyi lagu ni masa perhimpunan. Sekolah korang hade? Kalau ada, yay sepp. Ni sekolah budak-budak perempuan tau, yang mana sebelah sekolah kitaorang sekolah budak-budak lelaki. SRK St Gabriel. Budak perempuan ejek budak lelaki, Singa Bogel dan budak lelaki kutuk sekolah kitaorang Puteri Pondan. Tahu tak matang. Nama pun budak-budak... Benda gini mesti gaduh dalam bas sekolah kaler oren tuh..

Kalau tiap-tiap hari isnin tu memang sentiasa bersemangat. Tapi tak ingatlah, rasanya randomly lah pihak sekolah akan pasang lagu patriotik setiap isnin. Selepas lagu Negaraku, Lagu Sekolah, dan akhirnya salah satu lagu patriotik Malaysia. Terbaikkk...

Tapi sedih nokxx, sempat bersekolah disana sampai darjah empat. Darjah 5 dan 6 sekolah di SRK Cheras Indah. Sekolah baru yang wujud masa tu. Belakang rumah je. Well, well, saya bangga sebut nama sekolah saya. Walaupun cikgu besar sekolah baru tuh gelarkan kami semua batch darjah 5 sebagai mawas masa perhimpunan. Tuan-tuan dan puan-puan, awak umur je besar, akal ada fungsi? Awak berucap depan budak-budak kot. Penjajah!


Nah....Fikirkan Boleh! Yeahhh korang boleh! Malaysia Boleh!



childhood, 1Malaysia, Selamat Hari Merdeka, doodles, celebration, merdeka, yakin diri
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!