August 31, 2013

Jika Kau Fikirkan Boleh

Assalammualaikum,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Percaya apa kau lakukan.. Eh eh sudah cukup sudah. Kalau zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan setiap hari isnin, pihak sekolah akan putarkan lagu 'Fikirkan Boleh'. Tak pernah dengar? Eeee awak ni mesti lahir jaman 2000 an an an...

Siapa yang bersekolah di SRK Puteri Pandan 2 je berpeluang nyanyi lagu ni masa perhimpunan. Sekolah korang hade? Kalau ada, yay sepp. Ni sekolah budak-budak perempuan tau, yang mana sebelah sekolah kitaorang sekolah budak-budak lelaki. SRK St Gabriel. Budak perempuan ejek budak lelaki, Singa Bogel dan budak lelaki kutuk sekolah kitaorang Puteri Pondan. Tahu tak matang. Nama pun budak-budak... Benda gini mesti gaduh dalam bas sekolah kaler oren tuh..

Kalau tiap-tiap hari isnin tu memang sentiasa bersemangat. Tapi tak ingatlah, rasanya randomly lah pihak sekolah akan pasang lagu patriotik setiap isnin. Selepas lagu Negaraku, Lagu Sekolah, dan akhirnya salah satu lagu patriotik Malaysia. Terbaikkk...

Tapi sedih nokxx, sempat bersekolah disana sampai darjah empat. Darjah 5 dan 6 sekolah di SRK Cheras Indah. Sekolah baru yang wujud masa tu. Belakang rumah je. Well, well, saya bangga sebut nama sekolah saya. Walaupun cikgu besar sekolah baru tuh gelarkan kami semua batch darjah 5 sebagai mawas masa perhimpunan. Tuan-tuan dan puan-puan, awak umur je besar, akal ada fungsi? Awak berucap depan budak-budak kot. Penjajah!


Nah....Fikirkan Boleh! Yeahhh korang boleh! Malaysia Boleh!



childhood, 1Malaysia, Selamat Hari Merdeka, doodles, celebration, merdeka, yakin diri
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 





August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca !



Hari raya aidilfitri, celebration, Salam Aidilfitri 2013, Hari Raya 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Pembaca !





Maaf zahir batin dipohon,
Semoga Syawal semua pembaca awesome!! :)


July 11, 2013

Mengatasi Demam Ketika Berpuasa

Assalammualaikum,


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca. Oke la tuh walaupun lambat sehari. Ahkak dah 4 hari demam oke. Kukuh tak alasan?

Puasa adalah salah satu cara melawan nafsu. Nafsu mengawal makanan, nafsu berbelanja, nafsu amarah. Selain itu bagus untuk penghadaman. Badan akan buang segala toksin atau benda yang tak diperlukan oleh badan. Bagi yang menghadapi demam ketika berpuasa adalah disebabkan oleh pembuangan sisa-sia yang tidak berguna seperti toksin yang berlebihan akibat gaya pemakanan sebelum ini.

Simptom-simptom di awal Ramadhan
Bagi yang menghadapi demam di awal Ramadhan, simptom pening kepala, demam, lemah badan, berpeluh menunjukkan bahawa badan kita sedang dalam proses pemulihan dan pembaikan.




Rawatan berkesan
Pengambilan ubat-ubatan seharusnya dielakkan kerana kita masukkan balik bahan kimia yang tidak diperlukan badan. Dan akhirnya, proses pemulihan semulajadi tadi adalah sia-sia jelah nohhhhh.... Seharusnya pengambilan air maksima yang mungkin di awal sahur dan selepas berbuka amatlah penting untuk mengatasi hidrasi (kurang air dalam badan). Rajin-rajinlah menjaga diri sendiri wahai sahabatku :)

Ibadah puasa telah diwajibkan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya sebagai satu rahmat kepada manusia. Berpuasa bukan sahaja menjaga kesihatan badan tetapi juga membentuk rohani yang mantap dan menundukkan hawa nafsu.




Segala sumber telah diolah supaya pembaca dan penulis tak terasa boring Ngeee..



June 30, 2013

KL Sogo Raya Sale 2013!!

Assalammualaikum,
 
KL Sogo ada buat sale sempena kedatangan Raya bulan Ogos 2013 nanti. Tapi sale ni khas untuk pemegang eksklusif ahli S kad KL Sogo (KL Sogo S Card)  dan ahli kad Maybank pada 5 & 6 July 2013 dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. 

Well-well, KL Sogo Raya Sale 2013 ni merupakan sebahagian CPUV dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Nanti bagi lagi ya nak buat duit raya ahaks. Buat kawan-kawan rajin-rajinlah klik iklan KL Sogo tu sebab depa ada link catalog barang-barang yang ada sale tahu. Histeria tak? Hahah. Kau gila Sogo hari-hari pun buat sale dan hari-hari pon sesak orang. Lagi-lagi nak dekat raya nih..




Bila tengah taip entry ni belum sign up pun KL Sogo S Card tuh. Tapi dah terasa nak ada satu uhuk. Nasiblah aku tak duduk KL dah. Rasanya untung kot ada kad ahli bagai nih. Macam kad ahli Watsons. Berbaloi-baloi. Hehe

Kelebihan pemegang kad S KL Sogo :
1. Dapat diskaun dan points untuk barangan eksklusif tertentu.
2. Bonus points 3 kali ganda pada hari jadi anda.
3. Percuma tempat letak kenderaan dan satu jam percuma di Starz Garden.
4. Dapat jemputan ke events dan banyak lagi...!




Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang di :
Website : KL Sogo
Facebook : KL Sogo
*Gambar semua diambil dari FB KL Sogo




Ps :: Wah tak sabarnya nak puasa dan raya (dowww) !! :')



October 12, 2012

Setahun Sudah Berlalu

Assalammualaikum,


Terima scroll untuk Anugerah Dekan kali yang ke 17. Bababa


Weeee. Oke windu ;'(



Bagi pelajar Matrikulasi akan sambung ke Degree, makan masa lima tahun untuk khatam ngaji. Transkrip degree jelah yang laku bagi pelajar Matrikulasi. Tapi satu hari nanti, akan ku pastikan ku genggam scroll untuk kali kedua. InsyaAllah.


Happy Graduation for those who celebrate !




August 31, 2012

Merdeka !

Assalammualaikum,


Yelah Malaysia dah 55 tahun merdeka. Tapi pemikiran dan mentality orang kita masih dijajah sampai sekarang. Cara kita berpakaian contoh terdekat... Ala-ala barat itu harus. Tak sah designer kat Malaysia kalau nak design baju mesti tengok rekaan Barat. Baru up-to-date okeee...


Lupakan cara orang berpakaian dan mengkritik pakaian orang zila! Kain sendiri pon tak terjaga. (huk huk)


M E R D E K A!!!


Semalam tak dengar pon orang bakar bunga api? Haa baguslah tak membazir duet beli bunga api. Walaupun setahun sekali. Oh maafkan saya. Saya tertidur dengan awalnya semalam. Tak sedar pon kalau ada orang bakar bunga api depan rumah saya. Semoga aman damai hendaknya. Peace...(duck face)








P/S : Percayalah Malaysia masih dijajah! (op op opp Gangnam stail!~)


December 27, 2011

Berazam Yang Teringin

Assalammualaikum,

Setiap tahun azam sendiri akan bersifat seperti tiada kemajuan. Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Cukuplah setakat tu. Takut berazam lebih-lebih sebab awal tahun je ingat azam macam mana yang diharapkan. Akibat kes waktu sekolah dulu la ni....

Tapi tahun depan rasanya nak berazam panjat Gunung Kinabalu bah. Eh azam ke cita-cita ni? Tak kisahlah. Nak tahun depan jugak panjat Kinabalu. Dah teringin bonar rasanya ni. Orang kata Kinabalu ni trek dia ada yang tak susah mana. Cuma time nak sampai puncak tu kena fit sikit. Gunung rasanya semua kena fit macam dalam entry Siapa Suka Hiking ni. Mana boleh tak ready fizikal & mental dulu.


celebration, kinabalu, hiking, mendaki gunung
lupe nak letak nama kat lukisan cun 2011 ni ;p


Ada la jugak ajak member-member panjat Gunung Kinabalu. Banyak yang tak berminat sukan ekstrem. So nak seru semua blogger buatlah gathering kat Kinabalu pulak ke. Baru mencabar. Amacam? Dalam entry Siapa Suka Hiking tadi ramai yang tunjuk respond teringin je...Hehe.


Tambahan : Ade sorang pengacara komen lukisan gunung kinabalu seorang pelukis ni. Dia kata kenapa gunung warna biru bukan hijau ke? Dia tak pernah panjat kot atau buta seni. Kalau dah kat atas puncak mestilah dikabusi awan, otomatik gunung akan terlihat seperti biru. :)





November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum,


Pejam celik je dah sampai ke penghujung tahun. Tahun depan makin bertambah umur tu. Bukan bertambah muda. Itu pun belum pasti sempat ke idak sambut harijadi yang ke dua puluhan ehem-ehem. Perangai pon kenalah seiring dengan umur dan perwatakan sebagai manusia yang bertamadun. Sampai bila nak perangai buruk terhegeh dengan kita kan?


Kalau kita yang tak ubah diri sendiri siapa lagi? Berubah pun untuk kearah yang lebih baik dari sebelum ni. Kalau sebelum ni ambil ringan dengan agama, apa kata lepas ni bertambah peka dengan agama kita. Sebelum ni hanya tahu asas je konsep Maal Hijrah, apa kata mendalaminya pula. Heheh. Saya cakap untuk diri sendiri.  Iman pun tak hebat mana, tapi cuba nak menambahkan ia. Oh terasa diri ini cukup kurang sana sini.


Azam tahun ni dan untuk setiap tahun berikutnya, nak jadi manusia yang sentiasa memperbaiki mana yang lemah dan silap yang ada. Semoga dunia sentiasa aman dan diredhaiNya.



Ps :: Salam Maal Hirah buat semua...


November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum,


Dam dam dum bunyik mercun. Sape ada mercun lebih nak paw.... Huhuhu. Kesempatan ini ingin mengucapkan pada semua Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin & muslimat. Bak kata moo-moo kat bawah nih....




September 1, 2011

Blogger.com Dah Naik Taraf !!!

Assalammualaikum,

Mak aihhh, Blogger.com dah naik taraf lah. Taraf yang menyusahkan atau aku yang masih terkial-kial? Cuba tekan cadangan yang diusulkan di dashboard.  Tengah menggodek-godek tahap taraf yang dimaksudkan. Warna oren. Kurang warna juga. Alaaa nak yang dulu!!!

Err boleh patah balik tak. Boleh install yang dulu tak?? Blogger.com pon nak maju jugak dol...Macam Facebook. Tak apa. Usaha mengupdate blog akan berganda. Majulah Blogger.com untuk dunia blog. Tak kan lah di takuk yang lama kan.

Yeahhh. Entry pertama. Selamat Hari Raya ke-3!



ps :: Ke aku yang baru tau pasal ni?
UPDATE :: Boleh switch yang asal lah!!! Aku tak ready mental lagi...



August 16, 2011

Keseronokan Bermain Mercun


Assalammualaikum,


"Jom main mercun geng. Tempat biasa tau.. Lepas terawih ok? Aku ada stok baik punya dari Thailand...shhh jangan bagitau bapak aku tau!! grrr...." kata Amir kepada rakan-rakannya.


mercun, bahaya mercun, bahaya bermain mercun, mercun bola, mercun pop-pop, mercun best



Stok mercun pop-pop sebulan tajaan penaja :

Selepas bermain,

 Pesanan penaja :



Mangsa 8 tahun muka melecur :


Kota Bharu : Akibat bermain mercun bola seorang diri, adik ni terlantar di hospital HUSM. Kesian dia, kecik-kecik lagi kena tanggung kesakitan. Mercun bola ni memang kejam. Sapelah hai yang cipta mercun bola tu. Budak-budak main mercun pop-pop sudah...

Ikuti kisah adik malang ni selanjutnya di Harian Metro disini.

Tapi walaupun mercun pop-pop, kita tak tahu malang yang menjemput kita. Benda-benda yang diimport dari Negara China memang tak boleh ambil kisah sangat. Kualiti dorang rendah. Aiyoo. So jangan bermain mercun lah even pop-pop pon. Budak-budak main konda-kondi, congkak, guli sudah....Ye tak?





Eh dua orang watak cilik di atas, adalah dua orang yang berbeza tau :P
p/s :: terpaksa habeskan mercun pop-pop di atas. ehehe


April 2, 2011

Ulang Tahun Pertama Si Bloggie


Assalammualaikum readers,


After a month, baru nak update belog kannn,,, oooookeh lah tuh...


Today my belog dah berumur Satu Tahun!!
Happy Birthday....~



woot woot~~


Mulai hari ni saya berjanji nak update belog dengan rajin....
He he he
InsyaAllah lar....



So sempena dah Satu Tahun saya nak tukar lah Header kat atas tuh...
Simple je....
Tunggu....

birthday, blog, ulang tahun, kek hari jadi, birthday cake, birthday cke cartoon, satu tahun



Wish us kekal forever together ye.....
muah-muahx...


p/s :: Saranghae....



November 17, 2010

Salam Aidiladha buat muslimin muslimat



hari raya aidiladha, hari raya korban, hari raya haji, kambing korban, hari raya



ohhh.
hari ini hari raya!!!
 dikesempatan ini menyusun 10 jari
kaki dan tangan
memohon maaf jika tersalah sikap



Salam Aidiladha buat semua
umat Islam diseluruh dunia
moga diberi keberkatan dalam
setiap langkah dan perkara yang anda lakukan
amin...



jom berkorban!!!
korbankan lelemak dan makanan yang berminyak...!
yeah

Salam Aidiladha

>.^


August 24, 2010

kestresan yang melanda melampau-lampau

aduhhh...banyak giler esaimen dan segala benda yang nk disetelkan sebelom pulang beraye la kan...been busy sungguh tak terkata...banyak benda yang belegar-legar diruang fikiran ni ha sampai nak terkeluar muntah ijau...huk2 naseb baik sempat sedot balik~ haishhh (keluhan seorang student..)

stress, study, belajar, kampus, campus life, assignment, cuti raya, raya, mid-sem break, cuti semester, tiket raya


tengok board kat atas tu...bnyak betol benda yg nk di due date kan....keje sekola la, meeting la, diskusi la...(ceh padehal ko buat bodow je kn bila tgok board sndiri~)!!
ooopss. yela2 getin started la ni....(melemahkan diri pegi bukak buku~)

keje skola satu hal. satu hal lagi bile sume clas 1&2 hb cancel la kn!!! kalo x aku bley balik 31hb8 nila weiiii.....means 3 hari la aku menunggu pulangkan diri ke kampung!(padehal perak je pon) ni sume disebabkan tiket dah beli~ sobsob...

ni la dikatakan dugaan di bulan Ramadhan. padehal xde la besar mane pon dugaan yg diuji...banyak lg insan yg lemah kat luar sana kena tanggung probs yang lg beganda besarnya... hikkk...bgos btol memotivatekan diri...

xpe. berusaha xila! chayok~ ^.<
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!