August 31, 2013

Jika Kau Fikirkan Boleh

Assalammualaikum,

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Percaya apa kau lakukan.. Eh eh sudah cukup sudah. Kalau zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali perhimpunan setiap hari isnin, pihak sekolah akan putarkan lagu 'Fikirkan Boleh'. Tak pernah dengar? Eeee awak ni mesti lahir jaman 2000 an an an...

Siapa yang bersekolah di SRK Puteri Pandan 2 je berpeluang nyanyi lagu ni masa perhimpunan. Sekolah korang hade? Kalau ada, yay sepp. Ni sekolah budak-budak perempuan tau, yang mana sebelah sekolah kitaorang sekolah budak-budak lelaki. SRK St Gabriel. Budak perempuan ejek budak lelaki, Singa Bogel dan budak lelaki kutuk sekolah kitaorang Puteri Pondan. Tahu tak matang. Nama pun budak-budak... Benda gini mesti gaduh dalam bas sekolah kaler oren tuh..

Kalau tiap-tiap hari isnin tu memang sentiasa bersemangat. Tapi tak ingatlah, rasanya randomly lah pihak sekolah akan pasang lagu patriotik setiap isnin. Selepas lagu Negaraku, Lagu Sekolah, dan akhirnya salah satu lagu patriotik Malaysia. Terbaikkk...

Tapi sedih nokxx, sempat bersekolah disana sampai darjah empat. Darjah 5 dan 6 sekolah di SRK Cheras Indah. Sekolah baru yang wujud masa tu. Belakang rumah je. Well, well, saya bangga sebut nama sekolah saya. Walaupun cikgu besar sekolah baru tuh gelarkan kami semua batch darjah 5 sebagai mawas masa perhimpunan. Tuan-tuan dan puan-puan, awak umur je besar, akal ada fungsi? Awak berucap depan budak-budak kot. Penjajah!


Nah....Fikirkan Boleh! Yeahhh korang boleh! Malaysia Boleh!



childhood, 1Malaysia, Selamat Hari Merdeka, doodles, celebration, merdeka, yakin diri
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!! 





August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





July 12, 2013

Saya Tak Pakai Baju Kurung Kain Kapas! - Budak Manja

Assalammualaikum,


Saya tak pakai baju kurung kain kapas (cotton). Kata budak manja terlebih manja, gedik, dan mengada-ngada itu. Ok budak mengada-ngada itu adalah saya tau! Jangan kutuk huhu. Bukan apa, cerita ni berlaku waktu zaman membesar dulu. Sekarang dah matang dah. Hahahahah!

Dulu masa zaman matriks, mak ada bekalkan beberapa helai baju kurung tambahan untuk gi kelas. Maklumlah baju kurung sedia ada tak cukup. Terpaksalah beli untuk topupkan almari. Tengok-tengok ada 2 helai baju kurung jenis kain kapas. Masa tu terasa macam yeeewwww 'macam baju kampung je'. Kerek gila kan? Biasalah budak bandar batak tak pernah pakai baju kurung jenis kain kapas. Ngeee. Makanya, dua baju kurung tu tak pernah dipakai sampailah nak dekat akhir semester.


 Google

Bila dah pakai baju kurung tu terasa macam, amboiiiii sedapnya pakai. Yelah baju kurung kain kapas kan boleh feeling-feeling sejukkan badan. Tapi beberapa kali je pakai. Tup tup dah tamat semester dan tunggu sambung degree pulak. Bila nak register degree tak bawaklah pulak baju kurung kain kapas tu. Tak ingat lah sebab apa. Entah sengaja atau mak yang kemaskan bag. Haaa...kantoi.

Lepastu, bila dah cuti semester teringin dengan baju kurung kain kapas tuh dan niat balik rumah nak bawak bersama baju tu sekembalinya ke kampus. Haha paham? Rupanya dah takde! Kalau ada je baju takde kat rumah tu mesti mak dah bagi kat orang lain. Nasiblaaaa kempunan. Tapi mak macam dah tak buat je baju kurung jenis kain kapas. 'Ada ke dulu aku mengadu kat mak tak suka baju kurung kain kapas?' Em emm
 
Akhirnya baju kurung kain kapas dah jadi trending di seluruh Malaysia! Dulu tak femes tau zaman tu, tapi sejak akhir-akhir tu dah banyak orang rakus jual baju kurung jenis kain kapas. Macam zaman peplum..

rembat kat kurungcouture.com

First time duduk asrama waktu zaman matriks. Ber-roomate dengan sahabat ni. Alfatihah untuk dia. Dan seterusnya asrama di Sintok ulu nunnn ha. Barulah terasa ada kekurangan disekeliling kita. Ada orang yang tak semampu kita, tak sesempurna kita, tapi sentiasa bersyukur walaupun serba kekurangan. 

Tapi dulu takdelah jadi orang riak. Cumanya tak paham, ala zaman uni biasalah kan, membezakan kita dengan jenama hebat, nak up pakai beg Prada la, nak bahan kita pakai baju Nike (je pon). Perlu ke? Annoying oke. Aishh semoga orang-orang macam ni berkurangan dan kita semua sentiasa bersyukur.....



Ps :: Salam jumaat kawan-kawan :)



February 1, 2012

WW 25 : Childhood Hingusan



Assalammualaikum,
Bag sekolah lusuh ni kepunyaan den maso tadika dulu-dulu. Masih diguna pakai sebab menyimpan dokumen. Bag comot mesti menggambarkan tuannya pon comot kan??
Tepat sekali!!!










Sekian, terima kaseh ...



August 16, 2011

Keseronokan Bermain Mercun


Assalammualaikum,


"Jom main mercun geng. Tempat biasa tau.. Lepas terawih ok? Aku ada stok baik punya dari Thailand...shhh jangan bagitau bapak aku tau!! grrr...." kata Amir kepada rakan-rakannya.


mercun, bahaya mercun, bahaya bermain mercun, mercun bola, mercun pop-pop, mercun best



Stok mercun pop-pop sebulan tajaan penaja :

Selepas bermain,

 Pesanan penaja :



Mangsa 8 tahun muka melecur :


Kota Bharu : Akibat bermain mercun bola seorang diri, adik ni terlantar di hospital HUSM. Kesian dia, kecik-kecik lagi kena tanggung kesakitan. Mercun bola ni memang kejam. Sapelah hai yang cipta mercun bola tu. Budak-budak main mercun pop-pop sudah...

Ikuti kisah adik malang ni selanjutnya di Harian Metro disini.

Tapi walaupun mercun pop-pop, kita tak tahu malang yang menjemput kita. Benda-benda yang diimport dari Negara China memang tak boleh ambil kisah sangat. Kualiti dorang rendah. Aiyoo. So jangan bermain mercun lah even pop-pop pon. Budak-budak main konda-kondi, congkak, guli sudah....Ye tak?





Eh dua orang watak cilik di atas, adalah dua orang yang berbeza tau :P
p/s :: terpaksa habeskan mercun pop-pop di atas. ehehe


February 18, 2011

Kewujudan Blog Kasih Sayang......KNZ

Assalammualaikum,


tanggal 18 Febuary 2010.....
terciptalah...
terwujudlah...


blog gedix!!!
winkie winkie

^^







jemput lah singgah...

blog baru lagi...
ngeeee


banyak lagi perlu di touch up..


keh 
daaa


sambung kerja...

^.<


November 28, 2010

Rapunzel Tangled yang sangat sweettt~~~

Rapunzel Tangled yang sangat sweet?

hari ahad yang hepi!! pas exam je terus terjah Rapunzel Tangled at panggung wayang terbaik di Jitra. cita-cita dan niat di hati ingin menonton cerita Rapunzel Tangled termakbul jugak...Alhamdulillah.. thanx tuk kawan-kawan yang sudi melayan kerenah puteri xila nih. kui kui kui....


Rapunzel Tangled movie, Rapunzel Tangled, cartoon movie, sweet movie, Disney movie, Rapunzel with a long hair, love
Rapunzel Tangled sweet an an


secara peribadi cerita ini sangat best!! sangat comel, sangat menghiburkan pankreas saya, sangat sengal serta sangat meruntun di jiwa. apatah lagi ia membabitkan bibit-bibit cinta antara Rapunzel dan mr.Flynn beliau. ouch.. huhuhu.


yang penting setiap karakter sangat menghayati watak masing-masing walaupon mereka hanyalah watak maya. kah kah kah. lucunya Rapunzel sangat touching. siket-siket nak bermain dengan emosi. huhuk tapi dia memang comel lah. Maximus si horsie pulak sangat kelakar. setiap saat anda akan terhibur dengan semua watak dalam cerita ni. believe me !! huhuk



so, rate untuk cerita Rapunzel Tangled ni,
errr...
 5★★★★★
wow !!!



sape-sape yang tak tengok lagi pi la tengok di panggung yang berdekatan dengan anda!!!
now!!!
kih kih kih

p/s: truly looking for my mr.flynn..love puteri xila. wahhhahah


>.^


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!