December 29, 2011

Exravaganza

Assalammualaikum,

“Rasa resah
jangan kau percaya,
(dalam hatimu, dalam hatimu)...”


Bila dengar lagu Extravaganza dari Bunkface ni, tiba-tiba terasa ada energy yang extra ordinary punya. Terasa ada kuasa bebola api (fire-fire-fire). Terasa bersemangat semula! Tulah akibatnya bila mood ke laut sejak-menjak nih.. Dunia pon dah nak masuk tahun baru 2012. Mengapa mesti gundah gulana?

Ter-tak sengaja je dengar lagu Extravaganza ni. Bila sebut ex-tra-va-gan-za ni macam best pulak. Macam kera dapat bunga (huh?). Tapi lagu-lagu dakwah dengan al-Quran je terapi jiwa yang terbaik. Tapi lebih prefer al-Quran kalau terasa sunyi/sepi/sedih/dan bla  bla bla...


Maknanya lebih kerap la cepat-cepat mengaji bila situasi macam tadi. Bila tak baca macam rindu. Tapi rasa macam tajwid dan lain-lain tak cukup sempurna je lagi.. Hurmm.. Jom gila kentang jap dengan ex-tra-va-gan-za yaw!






December 27, 2011

Berazam Yang Teringin

Assalammualaikum,

Setiap tahun azam sendiri akan bersifat seperti tiada kemajuan. Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Cukuplah setakat tu. Takut berazam lebih-lebih sebab awal tahun je ingat azam macam mana yang diharapkan. Akibat kes waktu sekolah dulu la ni....

Tapi tahun depan rasanya nak berazam panjat Gunung Kinabalu bah. Eh azam ke cita-cita ni? Tak kisahlah. Nak tahun depan jugak panjat Kinabalu. Dah teringin bonar rasanya ni. Orang kata Kinabalu ni trek dia ada yang tak susah mana. Cuma time nak sampai puncak tu kena fit sikit. Gunung rasanya semua kena fit macam dalam entry Siapa Suka Hiking ni. Mana boleh tak ready fizikal & mental dulu.


celebration, kinabalu, hiking, mendaki gunung
lupe nak letak nama kat lukisan cun 2011 ni ;p


Ada la jugak ajak member-member panjat Gunung Kinabalu. Banyak yang tak berminat sukan ekstrem. So nak seru semua blogger buatlah gathering kat Kinabalu pulak ke. Baru mencabar. Amacam? Dalam entry Siapa Suka Hiking tadi ramai yang tunjuk respond teringin je...Hehe.


Tambahan : Ade sorang pengacara komen lukisan gunung kinabalu seorang pelukis ni. Dia kata kenapa gunung warna biru bukan hijau ke? Dia tak pernah panjat kot atau buta seni. Kalau dah kat atas puncak mestilah dikabusi awan, otomatik gunung akan terlihat seperti biru. :)





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!