March 16, 2013

Banjir di Puncak Gunung Kinabalu

Assalammualaikum,



Banjir di Puncak Gunung Kinabalu


Saje try tengok pakej daki Gunung Kinabalu, Sabah. Dan try gak usha blog-blog yang ada pengalaman daki gunung tertinggi di Malaysia tu kan. Last-last terjumpa video banjir di puncak Kinabalu seperti di atas. Memang cuak kateko...........!




Ps :: Masa mencemburui aku...busy dah macam Yuna dah pulak...


March 6, 2013

Selamatkan Krisis di Sabah, Malaysia (PrayForSabah)


Bersama-sama kita doakan keselamatan pejuang tanah air dan semua penduduk Sabah, Malaysia dan Dunia! We want aman!


Baru kaji peta Sabah haa


Tak tahu kenapa suka Sabah. Teringin nak gi jenguk rumah orang atas air tu.. Kaum bajau eh? Snorkelling kat laut biru ala-ala hijau, emm emm automatik teringat jugak dekat orang hutan dan lembu new zealand. Hehe.


Aku mahu sangat bah panjat ini Gunung Kinabalu. Yukkkk




Ps :: Alfatihah untuk perajurit yang terkorban....


December 7, 2012

Kau Rainbow Di Hatiku Di Kinabalu

Assalammualaikum,


Saat keluar rumah.


Saat mendriving gitu...


Saat terketar-ketar pegang phone sambil drive kan.



Agak-agak dapat tak tengok pelangi di puncak Kinabalu? Awan nano banyak la der. Saya patut buat label post Kinabalu la sebab asyik post pasal Kinabalu kan. Yelah kan, sebab nanti kalau saya dah sampai puncak Kinabalu haruslah post pasal Kinabalu jewww. (Ahak)

Teringat movie Hatiku Di Kinabalu. Teingin nak panjat Kinabalu dengan wira saya. Hahahah. Soon soon insyaAllah. Lepas dah di ijab kabullah ye. Tapi tunggu dia muncul lah. Kah kah. Mungkinkah Fahrin Ahmad. (Pengsan)




January 20, 2012

Hatiku di Kinabalu

Assalammualaikum,


'Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh hati saya rindu...'
Sebahagian lirik sayang Kinabalu

muvee, kinabalu, lirik sayang kinabalu, mendaki gunung, love movie, go green, inspiration
Sumber Google


Ini mood lepas tengok Hatiku di Kinabalu (bah) la ni... Cerita dia best sebab berlatarkan view Kinabalu. Memang teringin kot bah pergi Gunung Kinabalu. Lagi teringin bila lepas tengok cerita ni.


Lakonan Zul Ariffin dan Yana Shamsuddin yang jatuh cinta pertama kali. Mula-mula Yana buat research lah kot jadi orang Sabah. Lepastu hampeh. Bahasa Sabah Yana pun tangkap muat je. Kenapa tak Stacy je yang jadi heroin? (eh?). Tapi kalau boleh ending dia tak nak la macam cerita ni.... Sob sobs...


Hatiku di Kinabalu






December 27, 2011

Berazam Yang Teringin

Assalammualaikum,

Setiap tahun azam sendiri akan bersifat seperti tiada kemajuan. Nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Cukuplah setakat tu. Takut berazam lebih-lebih sebab awal tahun je ingat azam macam mana yang diharapkan. Akibat kes waktu sekolah dulu la ni....

Tapi tahun depan rasanya nak berazam panjat Gunung Kinabalu bah. Eh azam ke cita-cita ni? Tak kisahlah. Nak tahun depan jugak panjat Kinabalu. Dah teringin bonar rasanya ni. Orang kata Kinabalu ni trek dia ada yang tak susah mana. Cuma time nak sampai puncak tu kena fit sikit. Gunung rasanya semua kena fit macam dalam entry Siapa Suka Hiking ni. Mana boleh tak ready fizikal & mental dulu.


celebration, kinabalu, hiking, mendaki gunung
lupe nak letak nama kat lukisan cun 2011 ni ;p


Ada la jugak ajak member-member panjat Gunung Kinabalu. Banyak yang tak berminat sukan ekstrem. So nak seru semua blogger buatlah gathering kat Kinabalu pulak ke. Baru mencabar. Amacam? Dalam entry Siapa Suka Hiking tadi ramai yang tunjuk respond teringin je...Hehe.


Tambahan : Ade sorang pengacara komen lukisan gunung kinabalu seorang pelukis ni. Dia kata kenapa gunung warna biru bukan hijau ke? Dia tak pernah panjat kot atau buta seni. Kalau dah kat atas puncak mestilah dikabusi awan, otomatik gunung akan terlihat seperti biru. :)





September 17, 2011

Siapa Suka Hiking ??

Assalammualaikum,

Pengalaman pertama mendaki gunung sangat mengujakan. Perasaan yang tidak terdapat pada seorang kaki pengumpul barang antik, mat rempit mahupun make-up artis. Kau hade? Poyo je kan. Baru sekali hiking dah menggelabah nak mampus. Tapi serius weh, best sangat-sangat. Macam nak lagi, nak lagi (lompat-lompat). Tapi takde peluang dan tak tahu macam mana nak cari peluang....


Masa kat uni dulu, memang menanam azam untuk mencuba segala perkara baru. Dari mencuba kayak, berfutsal, go-kart, renang, pegang ular, curi (pinjam) golf buggy, sehinggalah mendaki gunung. Kebetulan ada member dari Kelab Kelana Siswa (KLKM-UUM), ajak join. So memang grab peluang ini sebaiknya. Dari situ memang kenalan semakin rapat, menguji tahap fizikal dan mental, bersyukur dengan kebesaran Allah atas keindahan semulajadi, dan paling penting berat badan menurun kot. Slim macam ZZ gitew....

campus style, kinabalu, mendaki gunung, hiking, frenz forever, friends, yakin diri, most love, Gunung Bubu di Perak


Nama gunung yang didaki tu Gunung Bubu. Ada kat Perak ni haa. Perak kan kaya dengan gunung. Menurut lagenda, kat sini tempat bunian. Lah dah tak ingat lah macam mana diaorang cerita. (garu-garu kepala) Alhamdulillah sepanjang ekpidisi takde apa-apa berlaku. Yang penting 3hari 3malam guwa tahan berak. Nasib baik bukan tahap kronik. Jangan tiru aksi ini. Dasat. Terkencing tu terpaksa, namun rasa bersalah menebal di jiwa bila terpaksa mencemarkan air sungai tu....

Yang pastinya best sangat-sangat. Yang tak bestnya tak dapat sangat menikmati view-view cantik dalam hutan sebab diaorang semua nak cepat mendaki gunung sampai puncak. Yelah semua yang dah join ni dah amateur katakan. Mula-mula memang sumpah seranah dalam hati sebab "Bodoh lah, nape aku leh join benda macam ni..!!" Tapi bila sampai puncak, Subhanallah.....Indah sangat. Sampai leh pegang-pegang awan pastu ngap. Nak naik sampai puncak tu yang agak tak tahan sebab kena memanjat. Segala kederat di serahkan.


Gunung Bubu ni antara gunung yang terpendek lah kat Malaysia. Kira hebat lah tuh dapat panjat. Bukan semua mental fit. Hiking ni sebenarnya bermain dengan psikologi. Kalau kau cakap tak boleh, sampai bila kau tak berjaya sampai ke puncak. Kau boleh!! *Boleh bha kalau kauuu.


Sebenarnya tiba-tiba nak buat entry ni sebab terbaca Kosmo pagi ni. Kisah pasal water rafting. Wahh yang ni memang tolak tepi. Bab air-air ni guwa pengsan jap. Memang nak pergi dulu ikot KLKM-UUM, tapi still tak mampu nak set otak suruh pergi. Ketaqq lutut ceq Jah uiii....Tapi view jeram kat Royal Belum Perak memang best. Dah tu cepat click sini baca kat Kosmo....


This story is based on true story. Kahkah. So sesiapa ada buat aktiviti hiking ke, water rafting ke, aktiviti-aktiviti hebakk lain ke, panggil saya, panggil saya....Nak, nak...Hehe ^^




ps :: 3hari 3malam tak tengok cermin jugak.



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!