August 14, 2013

Hina Dan Salahkah Berwajah Buruk?

Assalammualaikum,

Baru seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti kegemaran para gadis, dan mak-mak gadis, mulai rancak kembali. Iaitu gossip! Mengumpat la lagi sentap..

Aktiviti beraya ke rumah orang sangat digalakkan untuk mengeratkan silaturahim di bulan Syawal ni. Yelah setahun sekali je jumpa kan. Bila lagi ye tak? Tapi sedihnya kalau layan lama-lama sembang bagai, makin banyaklah topik bicaranya. Paling best petik gossip. 

perempuan hodoh, Fair & Lovely, love, yakin diri, beauty, Hari Raya 2013, Hari raya aidilfitri
sumber Sape la rajin edit ni hee. Maaf ini bukan Robert Pattionson tau.


Satu hari di hari raya, ada seorang makcik ni pertikaikan pertunangan kawan anaknya :
Bukan cantik pun, tua pulak tu, tapi dapat laki muda kauuu...
Laku jugak eh walaupun dah 30-an?
Mak tunang dia tak kisah ke dapat menantu tua?

Saya yang dengar depan-depan ni mengucap panjang. Astarghfirullahalazim... Setan mana yang rasuk dia ni. Keluar, keluar. Hahah. Dalam hahah macam nak je cili mulut makcik tuh. Biadap tahu tak? Apa salah perempuan tu tak cantik tapi dapat laki muda? Cakap depan pandang-pandang, diri sendiri ada pandang? Biar wajah buruk, jangan perangai ikut buruk. Buat mak cik yang dikasihi, semoga dibukakan hati untuk menginsafi diri anda dan jadikanlah cerita ini sebagai teladan ye kawan-kawan. Yang buruk buang jauh-jauh, yang jernih harap dapat dikaut oke.

Tipikal orang-orang tua melayu kita, pandai salah, tak pandai salah, cantik salah, tak cantik salah, rajin salah, senyum salah, buat tu salah, buat ni salah, apa yang betul tak tahulah.. Jangan biarkan diri anda dari dipengaruhi anasir-anasir negatif sebegini. Shaaa...~ (efek bunyi)

Jom audit diri :)



Honey Pop Strawberry Cameron Highlands


wordless wednesday, honey pop strawbeery, cameron highlands, produk cameron highlands, danial


wordless wednesday, honey pop strawbeery, cameron highlands, produk cameron highlands, danial

Ber-honeypop strwberry dari Cameron Highland sambil menonton R.I.P.D.



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!