August 14, 2013

Hina Dan Salahkah Berwajah Buruk?

Assalammualaikum,

Baru seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, aktiviti kegemaran para gadis, dan mak-mak gadis, mulai rancak kembali. Iaitu gossip! Mengumpat la lagi sentap..

Aktiviti beraya ke rumah orang sangat digalakkan untuk mengeratkan silaturahim di bulan Syawal ni. Yelah setahun sekali je jumpa kan. Bila lagi ye tak? Tapi sedihnya kalau layan lama-lama sembang bagai, makin banyaklah topik bicaranya. Paling best petik gossip. 

perempuan hodoh, Fair & Lovely, love, yakin diri, beauty, Hari Raya 2013, Hari raya aidilfitri
sumber Sape la rajin edit ni hee. Maaf ini bukan Robert Pattionson tau.


Satu hari di hari raya, ada seorang makcik ni pertikaikan pertunangan kawan anaknya :
Bukan cantik pun, tua pulak tu, tapi dapat laki muda kauuu...
Laku jugak eh walaupun dah 30-an?
Mak tunang dia tak kisah ke dapat menantu tua?

Saya yang dengar depan-depan ni mengucap panjang. Astarghfirullahalazim... Setan mana yang rasuk dia ni. Keluar, keluar. Hahah. Dalam hahah macam nak je cili mulut makcik tuh. Biadap tahu tak? Apa salah perempuan tu tak cantik tapi dapat laki muda? Cakap depan pandang-pandang, diri sendiri ada pandang? Biar wajah buruk, jangan perangai ikut buruk. Buat mak cik yang dikasihi, semoga dibukakan hati untuk menginsafi diri anda dan jadikanlah cerita ini sebagai teladan ye kawan-kawan. Yang buruk buang jauh-jauh, yang jernih harap dapat dikaut oke.

Tipikal orang-orang tua melayu kita, pandai salah, tak pandai salah, cantik salah, tak cantik salah, rajin salah, senyum salah, buat tu salah, buat ni salah, apa yang betul tak tahulah.. Jangan biarkan diri anda dari dipengaruhi anasir-anasir negatif sebegini. Shaaa...~ (efek bunyi)

Jom audit diri :)



August 10, 2013

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU


GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU

1- Buat satu entry dalam blog anda dengan meletakkan gambar dibawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Dengan tajuk GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU.

Fair & Lovely, contest Fair & Lovely, GIVEAWAY FAIR & LOVELY, inspiration, most love
 
2- Jawab soalan ini. Fair & Lovely merupakan krim pelembap muka nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Advanced Multi Vitamin. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini? Jawapan : Vitamin B3, C dan E
 
3- Lengkapkan slogan tersebut. Fair &  Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana semestinya keyakinan dan kesetiaan produk pilihan Asyik bersama Fair & Lovely merupakan faktor asas untuk terus kekal cantik dan berseri. (tidak melebihi 20 patah perkataan)
 
 
4- Ceritakan pengalaman indah anda di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri.
Bila nak dekat raya masa tulah terhegeh-hegeh nak pastikan kulit sepanjang Syawal nanti kekal cantik, segar, berseri untuk terus kekal yakin bertemu orang ramai kan dan sudah pasti Fair & Lovely penyelamatnya. Kalau sebelum Ramadhan pakai krim pencerah dan pencuci sekali sehari (sebab kekangan masa hehe), dah nak raya kenalah gandakan untuk kesan gandaan yang maksimum! Serius Fair& Lovely memang best pakai sebab senang dan berkesa sampai ada yang menegur pakai produk apa. Dan mereka yang sibuk tanya produk apa saya pakai tu terkejut sebab yelah walaupun produk pilihan saya murah tapi sangat memberi impak yang positif. Kini serapkan keyakinan anda dengan pilihan kesukaan wajah bersama Fair & Lovely :)



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!