November 29, 2012

"Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim"





Tag tiga orang blogger :
L





Hadiah-hadiah Mini Gempak Giveaway
Pilihan hadiah :  Sport Mp3
(exclude memory card)
Jika peserta lebih daripada 150. 2 top referral akan diambil. 

3x Swatch Watch.
pemenang jam akan dipilih secara cabutan tangan by Chipstore.
Peserta yang ke 300 akan memenangi sport MP3 atau Domain one year atau Lomo aquapix.
(pilih salah satu)

Sport MP3(exclude memroy card)
Lomo aquapix



JOM JOIN. 





 Ps :: Nampak Lomo tu? Dah nampak join lah. Hehe
Pss :: Malas lah nak update entry sekarang ni. Padahal banyak benda nak cerita. Hehe


November 28, 2012

Keyword 4 : Piyala Zuzuki Pon Boleh

Assalammualaikum,

Bermain dengan keyword kita hari ini ya.




Piyala Zuzuki pon boleh... Malam ni Malaysia vs Laos, 8.30 malam di TV1.





Ps :: Go Malaysia go... Mengaum sket!


November 27, 2012

Give Away Dot My by khairul-zamri.com

Assalammualaikum,





Tarikh tutup penyertaan giveaway ini: 
Tepat jam 11.15 malam, Selasa 27 Nov 2012
Pengumuman Pemenang:
Rabu, 28 Nov 2012
Penganjur bersama : Aida Omar, Shida, Emas Putih





Ps :: Saya mahu menang kerana ingin menggunakan dot my pulak disebabkan domain sekarang milik alien Kampung Tungau. Teringin sangat nak pakai domain lain. Kasi lah chance!!! ;p


November 26, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum,


Click banner untuk jejoin :p



Hehe first the time kite join setelah lama tak join segmen-segmen nih. Blog kak Mialiana.com best sebab dia selalu anjurkan benda-benda macam nih dan dia rajin gila blogwalking. Nak semangat itu!

Follower pon takat 2213 dan harap dapat tambah kawan maya! Wee

Jom jejoin !


November 23, 2012

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF 2012, Kumpulan B

Assalammualaikum,

Piala Suzuki AFF 2012 bakal beraksi pada Ahad ini 25 November 2012, dimana aksi sulung Malaysia bakal berentap dengan musuh berjiwa singa laut iaitu Singapura. Harimau Malaya vs Singa Laut. Duhhh marah warga singapura kalau baca entry ni. Ada peminat Singapura yang baca ke? Tettt

Jadual Perlawanan Piala Suzuki AFF, Kumpulan B :

25 November
Indonesia lwn Laos (6ptg, Std Nasional Bukit Jalil)
MALAYSIA lwn Singapura (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)

28 November
Indonesia lwn Singapura (6ptg, Std Nasional Bkt Jalil)
Laos lwn MALAYSIA (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)

1 Disember
Singapura lwn Laos (8.45 mlm, Stadium Shah Alam)
MALAYSIA lwn Indonesia (8.45mlm, Std Nasional Bkt Jalil)


Click untuk matang.

Ni kalau aku stay KL ni maunya pergi stadium bawak cekodok goreng. Bukan obses tapi entah jiwa Malaysia katanya. Haritu Malaysia lawan Bangladesh emosi habis tweet-tweet gua. Tapi macam tu lah manusia. Kalau hebat dipuji, kalau lemah dicaci. Kalau tak nak kena caci, performlah habis-habis. Segala komen peminat kenalah ambil pengajaran dan azam. Ye dak?


Apa-apa pun, cayok-cayok Harimau Malaya go, go, go!
Piala Suzuki AFF tu ape?
Haa nilah dia orang perempuan. Hehe.




Saya Zilah Awang melaporkan untuk Zila Tv. Ahak


November 21, 2012

Maharaja Lawak Mega Tweet Race

Assalammualaikum,


Come and join Maharaja Lawak Mega Tweet Race yang sedang rancak berlangsung di gelanggang twitter.


Konsep Rancangan

 

Inilah pentas untuk menyaksikan persaingan pelawak ternama bagi meraih gelaran Maharaja Lawak Mega! Saksikan himpunan pelawak-pelawak ternama dari negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam satu pertandingan untuk mengetahui siapakah pelawak terbaik antara yang terbaik. Dalam Maharaja Lawak Mega yang lepas, kita telah melihat gabungan pelawak OSBON menjuarai pertandingan ini. Siapakah yang akan merangkul gelaran pelawak terhebat kali ini? Tontonilah Maharaja Lawak Mega 2012, yang akan mula bersiaran pada 16 November 2012 di Astro Warna dan Mustika HD.

Hadiah Yang Ditawarkan
 
Hadiah Utama


Untuk maklumat lanjut bolehlah melawati Official Fan Page Facebook Maharaja Lawak Mega atau terus ke laman web Astro/Maharaja Lawak Mega 2012.

Saya sokong #Jozan #maharajalawakmega. Minggu pertama dah geli hati.
Jangan lupa follow titew jugak eh @xilamanaf. Kui kui



November 20, 2012

Twilight : Bengkang Down [Part 2]





Bella masih was-was apa yang dilakukannya saat ini. Dipegangnya sudip, kemudiannya piring, dicapainya itu ini seolah seakan serba tak kena.

"Whats wrong momma? Mee suruh ma tunjukkan cara buat bengkang je ponnn. Kenapa panik sangat ni?" Mee yang kehairanan dengan sikap resah ibunya terus meluru ke arah Edward yang muncul di ruang dapur.

"Whats wrong darling. Bella?" Edward menyoal.

"Papa, papa, momma tiba-tiba jadi resah macam tu pa. Mee tatutt.." Mee memeluk erat papanya.

Bella cuba memujuk Mee. "Sayang, maafkan ibu sayang. Oke lets we start over again ok." 


Edward yang memerhati gelagat anak-baranak itu hanya tersengih saja. Faham benar akan perangai isteri kesayangannya itu. Dia beralih semula ke ruang tamu.


"So momma meh Mee pukul telur ni sampai kembang okeh."

Mereka anak-beranak seolah seakan leka dengan kuih bengkang in making mereka. Seolah tiada masa yang mampu dicuri sehinggakan tiada suara pun yang kedengaran. Beberapa ketika kemudian...

"Yay we did it mom. Tapi Mee pelik kenapa kita punya adunan kaler pepel? Selalu momma buat warna brown kan?" Mee yang musykil dengan hasil adunan mereka mula menyoal.

"Takpe la sayang, selalu ibu buat brown kaler kan. Kali ni lain sikitla." balas Bella yakin.


1 jam setengah kemudian...


"Momma tak jadi pun? Rasa kelat kot. Hangus pulak tuh. Tell me why momma?" Mee mula merengek.

"Shh, shh sayang, nanti kita suruh papa beli oven baru oke? Oven ni rosak kut. Arghh ni yang ibu down nih, down, down sangat!" Bellamula bermain emosi.

Edward yang sedari tadi memerhati gelagat mereka mula menghampiri. "Hows the result?"

"Papa....! Hangus..." mimik muka Mee sungguh lucu ketika itu.

Edward ketawa besar. "Nah ambil Ipad mini keluaran Kanada papa nih. Papa dah download siap-siap tadi cara nak bake bengkang. Tahu bengkang enkorang tak jadi punya. Hehe"

Mee bingung. Dipandang wajah papanya, kemudian ibunya, seakan tidak mengerti maksud disebalik sengih papanya.


"Sebenarnya nak, papa ni vampire dan sejak ibu kamu kahwin dengan papa, dia pun ada kuasa mistik istimewa. Dia dapat hasilkan makanan dari apa yang minda dia fikirkan. Haa gitu."

"Betul nih momma?"

Bella hanya tersengih dengan penjelasan Edward. Dia mengangguk.


"Wuaaa momma jahat! Down ar camni, down..." Mee mencapai dua belah garfu dsisinya...

Bella yang terkejut dengan tindakan spontan anaknya yang menghala garfu ke matanya mula melarang. "Jangan sayang jangannnnnnn......"





TAMAT








Ps :: Kahkah macam harem.



November 19, 2012

Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever

Assalammualaikum,


Saat mengarang entry ini, air mata jatuh tak sudah nokkx. Pasal Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ni lah. Ada ke patut depa dok buat movies sedih-sedih lagu ni. Patut sungguh ka? Hangpa habaq lagu mana...


Sinopsis Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever:

Movie ini berkisahkan seorang gadis yang mempunyai kedai pamearan seni di Amsterdam. Movies ni semua berlatar belakangkan Amsterdam. Maybe lah Amsterdam kot, tak sure nokx. Dan akhirnya jatuh cinta dengan seorang Polis Antarabangsa yang bertugas di negara itu. Akibat insiden pergelutan antara Polis tersebut dengan penjenayah tempatan, maka gadis tersebut terlibat kecelakaan yang mengakibatkan kerosakan pada peti suara beliau (bisu). Sehinggalah dia bertemu dengan seorang assasin dimana jejaka itulah cinta sebenar yang dia cari selama ini.


Anda wajib tengok movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever ini kerana:

1) Ianya berlatarkan pemandangan kat Amsterdam yang sangat indah. Scene padang/taman/laman bunga daisy banyak.

2) Mula-mula cerita ni agak konfius, tapi bila dah part gadis tu jatuh cinta sampailah ending was so osem!

3) Sedih gila nokx cerita ni...air mata laju tanpa henti. Siyes. Tengok banyak kali pun perasaan sedih tu tak dapat dibendung. Ikhlas je perasaan sedih tu datang tanpa diundang. Gua emosi ni!

4) Yang penting gua dah jatuh cinta dengan watak hero jahat tuh. Ahak.

5) Apasal gua ber-gua neh?

6) Dan apesal baru sekarang gua tengok movie nih?

7) Suka tengok movie ni sebab ada passion tentang seni lukuih. Seni lukisan tangan tuh. Bukan calang-calang orang dapat bakat tuh. Hade?

8) Hero jahat ni sanggup buat girl dia ni bahagia walaupun girl ni pandang dia sebelah mata. Yang spoilnya kenapa hero jahat ni assassin? Buatlah watak posmen ke...

9) Sudah cukup-cukup sudah.. Lagu dia sedih dari lagu cukup sudah tuh. Pui




Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movies Ever
Siap dah download buat koleksi.




'Flowers can represents loves, but also can represents death.'




Secara keseluruhan tentang movies Daisy | Korean Movie ENG SUB Sad Movie Ever ni, saya bagi 4.8 out of 5 bintang. Yang lagi 0.2 gua tolak sebabnya masa mula-mula gua agak konfius. Movies ni sama level sedihnya dengan drama sambung-sambung Korea - Sad Love Story. Sroot srott sebak nokkx.

Sekian.







Ps :: Ini mungkin entry yang terakhir dari saya, siapa tahu? Hidup tak selalunya indah. Panjang umur kita jumpa lagi. #PrayForGaza.



November 17, 2012

Twilight : Bengkang Down [Part 1]


"Momma, momma cepatlah ajar Mee macam mana nak masak kuih bengkang kesukaan Mee tu. Mee teringin sangat nak belajar bengkang tu."

Mee, puteri Bella Swan yang sangat cantik manis merangkul lengan ibunya itu.

"Mee sayang, berapa kali ibu dah pesan, panggil ibu ni, ibu. Bukannya momma. Kita kan orang melayu nak oi..." Bella merenung tepat ke dalam mata anaknya.

Mee mula mencebik mukanya tanda protes. "Ala momma ni. Tak urban langsung"

"Mee baru berusia 7 tahun kan. Napenye gedik sangat nak belajar masak neh?" Bella menyoal.

"Cita-cita Mee nak masuk Msterchef ma. Dah besar nanti boleh lah Mee bukak kedai kuih bengkang paling sedap kat Malysia nih. Haa gituu." Jelas Mee akan kesungguhannya itu.

"Yelah-yelah one day oke sayang..."



*****


Sedang asyik Bella dibuai lena diatas kerusi utama ruang tamu mereka, tiba-tiba..

"Momma, momma tengok nih apa yang Mee beli.." suara keriangan Mee memecah kesunyian ruang tamu tadi.

"Mee dengan papa tadi pergi Giant. Beli bahan-bahan untuk buat kuih bengkang malam nih! Kan papa kan? Thanx papa. Love you."

Edward hanya tersenyum kecil. Keletihan melayan Mee, anak gadisnya yang luar biasa itu.

"Kita kena buat malam nih jugak ma. Ma ajar Mee tau, tau." 

Bella yang seakan blur dari jaganya menutur bicara. "Tapi Mee ibu letihla.."

"Mee tak kira, Mee nak bengkang, Mee nak bengkang jugak!" Perintah Mee..








Bersambung..... [Twilight : Bengkang Down Part 2]

Ps : Cerita ini takde kena mengena yang hidup ataupun meninggal dunia...

November 14, 2012

Istanbul, Aku Tak Jadi Mai


"Dian, you tak payah datang sini lah. Nanti cuti semester I balik Malaysia oke?" 

Azad sedang meyakinkan Dian. Dia tak mahu gadisnya itu bersusah-payah ke sana hanya kerana cinta. Dia mahukan Dian menumpukan sepenuh pelajarannya di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

"Tapi you, I saja je nak holidays kat Istanbul tuh" Dian bersungguh.


 *****

Sejak pertelingkahan kecil diantara Dian dan Azad hari itu, mereka sudah 3 minggu tidak berhubung. Baik Azad mahupun Dian masing-masing tak mahu mengalah. Ego meninggi langit. Namun Dian mula merasa rindu yang menebal terhadap teman lelakinya itu. Dicapainya telefon lalu mengamati nama Azad di skrin smart phonenya.

Esok Dian sampai Istanbul!
Sengaja Dian memberi mesej begitu kepada Azad untuk menguji lelaki itu. Sedangkan dia hanya merancang untuk ke Istanbul pada bulan depan. Tut tut..tut tut.... Bunyi pesanan ringkas kedengaran.
'Hmm Azad.' Dian pantas membaca mesej dari Azad.


Really? Omajott. Nanti I jemput you kat airport. Kbai. - Azad

Eee tak sabar, tak sabar, tak sabarnye... Dian membalas teruja.






*****

Dian sampai ke perkarangan Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur tepat pada masanya. Lebih kurang sejam saja lagi penerbangan direct ke Istanbul. Sementara menunggu panggilan penerbangan, Dian lepak di Kiosk Tutti Frutti berdekatan.


"Eh, Dian kan?" seorang wanita lingkuangan 40-an menegurnya.

"Emmm" Dian cuba mengingati wanita itu. "Auntie Farah!" Kedengaran menjerit sedikit suara Dian ketika itu.

"Yes dear, its been a few years kita tak meet up kan? So how are you darl? Dengan beg besar ni you nak travel mana? Sorang je ke? Eh you kerja mana sekarang?" Soal wanita itu panjang lebar kemain uols.

Dian mengerut dahi. "Err saya..saya saje je bawak beg besar ni. Saje nak makan ice cream kat sini. Saya baru pi audition Masterchef last week, tapi dah tersingkir top 100."

"Ohh macam tuuu. Muka you dear sangat flawless ni..macam auntie jugak. Auntie ingat nak bagi job lah kat Dian. Jadi retis. Income 20k per month. Next week shooting. So how?"

"Really auntie? I want I want!" ujar Dian keriangan.


Makanya berlalu lah wanita itu bersama Dian untuk ke Mont Kiara bagi menandatangani kontrak persetujuan. Azad? So, Istanbul, Aku Tak Jadi Mai! Ahakk








Ps :: Demm ajak semorang gi tengok filem ni semua taknak. Depa kata tunggu donlod ja takpun youtube! Omajott. Salam Maal Hijrah. Ayuh bangkit dan maju.



WW | Heart & Soul

Assalammualaikum,




My Feberet One 
Kartun dia macam plastesin mahupun agar-agar. Heheh




November 12, 2012

Perempuan-perempuan Bergossip

Assalammualaikum,


Kalau dah perempuan bertemu perempuan tak sah kalau tak bergossip kan. Maka terjadinyalah entry perempuan-perempuan bergossip.

"Eh tengok laki tuh macam Syafiq Yusoff kan?"
Potpet potpet tak lah, muka laki tuh macam Awal lah. Potpet potpet girlfriend dia tuh biasa je. Potpet potpet macam baru kapel je. Potpet potpet tengok depa macam dah kahwen lah, inai tuh. Potpet potpet muda lagi nih. Potpet potpet Potpet potpet...


"Budak perempuan nih nampak baik, tapi....:"
Potpet potpet boy dia tuh rambut karat, macam tak sesuai je. Potpet potpet budak perempuan tuh tuduh labuh, baju labuh, pakai handsocks lagi tapi... Potpet potpet mesti ponteng ngaji nih. Potpet potpet nampak tak mereka kongsi makanan?


Dua orang perempuan. Float, im in love.


Begitulah kau sambil makan sambil komen tentang orang sekeliling. Padahal tak sedar meja lain ramai mengutuk tentang kami. Karma maybe? Mungkin sebab takde modal nak disembangkan? Gossip tuh makanan feberet orang perempuan? Atau semua ni adalah mengumpat? Tiba-tiba rasa bersalah. (Lagu Shahir - Ak Yang Berdosa diputarkan)

Saat ternampak dua orang pekerja cuci-cuci (cleaner) berinteraksi menggunakan bahasa tangan. Oh Tuhan, lebih baik kau jadikan diriku bisu daripada ada mulut serupa itu longkang. Jauhkanlah diriku dari sifat-sifat keji dan munafik. Jom balik. (Topup air dan terus balik rumah)





Ps :: Happy Diwali bagi yang sambut. (Lajja-lajja, sonia lajja-lajja)



November 11, 2012

Cerita Dia

Assalammualaikum,




Lyric for Drama - Cerita Dia

Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo

Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...

Saat ini..
Rela ku tunggu
jawapanmu...

Masihkah aku ada
Dihatimu...
saat ini….(3x)
 
 
: SUMBER :  


Tengah layan mujik-mujik. Penat baru balik dari pekan. Macam nak call mak bidan suruh mai datang urut la ni jugak. Ahakk. Tapi kenapa Hafiz comel sangat neh??? Kalau berpeluang jumpa dia macam nak cucuk je pipi dia guna jarum. Nak tahu sangat pipi dia penuh dengan angin ke lelemak. Ngeee



Ps :: Ngantuk. Kbai


November 9, 2012

Cool Blog & Cute Blog

Assalammualaikum,


Lately ni bila rasa dahaga mesti teringat dekat Cool Blog. Lagi-lagi yang berperisa cekelat (Chocolate Blog). Perisa Oreo pon sedap (Oreo Blog). Dua perisa tu je yang pernah beli. Takut nak beli perisa lain sebab membazir kalau tekak tak dapat terima. Kannn. (suara-suara sumbang)




Kenapa Heliza Helmi kiut sangat nehhhh???

Bolehlah lawati dan Like laman [Facebook Cool Blog] untuk maklumat lanjut atau terus ke [Website Cool Blog]. Kat sana lagi giler comei Heliza Helmi tu. Gewammm. Rasa macam nak buat besan je. Kah kah.



Nampak tak laptop den ditumbuhi pelekat Cool Blog free?



Cawangan Cool Blog kat rumah den dekat aje haa. Nasib baik tak ikut nafsu sangat sebab mahunye rasa hari-hari nak pergi. Kalau ikutkan harga bagi secawan perisa Cool Blog bolehlah diterima. Tak macam kiosk ice blended lain, mahal, malah tak sedap pulak tuh. 

Tekak hari-hari mahu ais sejuk. Dulu dah janji tak nak minum ais sejuk dah sebab nak jaga awet muda konon (kihkih). Tapi sekarang ganti Cool Blog dengan milo sejuk. Wee. Pastu kasi tabur plak serbuk dekat atas ais tuh. Memang sedapppp. Dah macam boleh bukak kiosk Milo Sejuk Tabur Xila Wink-Wink Sdn Bhd. Gagagaga.



Milo Panas anyone? Siap setrow lagi






Ps :: Siapa duta Cool Blog sebenarnyewww niewhhh? ;p
Pss :: Oh kiut tak blog kiteww? ;p


November 8, 2012

Kelab Peminat Burung Unta

Assalammualaikum,


Sekarang jadi big boss terasa macam masa terlalu banyak untuk dibazirkan. Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk aktif berblog secara rakus. Kalau mood malas dia nak datang, nak log in blogspot pon terasa malas. Sementara mood tengah rajin blogging, haruslah diberi perhatian kan.


Semalam dengan tiba-tiba terbuat Fan Page kat Facebook. Hehe. Dulu pernah buat, pastu terdelete. Lepas tu, mungkinkah akan terdelete balik? Haaaaa. Saje je buat sebab dekat Facebook sendiri terasa diabaikan je. Malas nak meriahkan Facebook sendiri.






Mari Like _ Dearxila

Mencari lima orang pertama yang like dan review seikhlas hati akan ditawarkan. Saje je nak petik blogger dulu suruh Like sebab bloggerlah yang ramai bertandang ke blog neh. Teman-teman rapat, family banyak yang tak tahu tentang blog zila ni. Cuma ada la dua tiga orang kawan yang tahu wujudnya blog nih....


Dah tu sape yang rasa dia terawal Like, bagilah komen kat bawah nih mahupun post kat Fan Page Facebook tuh. Bagitau sekali nama blog korang. Senang nak detect dan kalau personal FB yang Like kan susah nak cam. Haa..






Ps :: Burung Unta lah sangat. (Aukk Aukkkk~)



November 7, 2012

WW - Faridddddd

Assalammualaikum,


GAMBAR PERKAHWINAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE 


Alolololo jelesnyew titeww
Hu hu hu


November 6, 2012

First GA bY TirahZairi

Assalammualaikum,




 Silalah jemputlah bertandanglah ke segmen by Tirah Zairi neh. Support Tirah yang bukan retis fofular tapi glampes plus melecuns bak Diana Danielle. Hik hik. Kalau yang berkenan nak join silalah click pada tagline beliau di atas....



Saya dah join, anda bila lagi? 





Undilah Tirah !
nak tag : Robot bajet Kpop




 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!