August 1, 2013

Sebenarnya Saya Start Blogging Since July 2007 !

Assalammualaikum,

Blogger Rileks Minda ada tunjuk jumlah pageview kat entry dia. Jadi terfikir nak usha gak pageview blog Dear Xila ni. Penanda aras gitu. Yelah sekarang dah masuk bulan Ogos kan kenalah ada ciri-ciri fokus dan penambahbaikkan since dah aktif blogging ni. (I am jobless wehh)  Hello Ogos! Be nice to momma. Hahah.

Terkejut punya terkejut dia bila tengok pageview sendiri semacam 'hey hey aku tak percaya cinta'. Biar betul aku dah blogging sejak 2007 nih! Punyalah korek balik memori celah-celah serebrum gua ni. Memang lah motif sebenar blogging ni dari pengaruh cik Khairunnisa ni, tapi tak ingat tahun berapa. Ditambah lagi dengan dah deletenya pon entry lama-lama yang memang kelakar dan tak perlu tunjuk dah huhuu...


Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Are sure Mr. Google?

 Epic moment XD


Satu hari cik Khairunnisa mesej suh bukak internet dan baca blog yang dia baru buat. Biasalah budak lagi zaman tu, jadi teruja dia lain macam. Saya pun gagahlah pi tengok dan terus sign up sebab nak komen blog dia punya pasal. Lastly, blog dia dengan satu ketul entry dia tu terus berkubur. Hampeh punya budak.. Dan waktu tu ada la jugak update blog tapi tak sangka tahun 2007 kau! Thanks God kembalikan keyakinan ini hee.



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
July 2007 hingga Sept 2008 blog dibiarkan terabai. Sepi sesepi angin lalu. ?


Dan officially aktif blog bila Puan SDG (Self Development Group) suruh kumpulan saya buat blog. Around 2008 gitu. Masa tu macam..'eh aku ada blog la'. Happy sebab tak perlu sign up dan hias blog sebab dah pernah buat before kan. So kawan-kawan lain pon sibuk tanya macam mana nak buat blog sebab projek ni wajib. Maka, yeahh terharu sebab dapat update blog sampai sekarang. Jom nangis kegembiraan ini bersama-sama. Sroot sroot..

Tapi saya ada satu sifat, bila mana akan tinggalkan blog setahun, setengah tahun, 2-3 bulan lamanya dalam masa setahun. Tak konsisten. Hampeh jugak budak ni. Jadi traffik pernah ke laut dalam! Ditambah pernah terdelete album gambar di Google, semua entry lama error tanpa gambar. Pengalaman mengajar kita..



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Latest pageview 31 July 2013.

Saya janji...saya janji dengan awak semua saya akan update hari hari... Haa saya janji lagi, nak jadi blogger peramah... Lagi satu saya janji saya nak jadi budak baik *Tiba-tiba Insyaallah :)



Waktu awal blogging dulu, entry Bunga Tulip paling ramai orang view. Yelah dulu-dulu tak ramai ada blog kan. Ini bukan entry riak, tapi entry berkongsi kegembiraan yang secebis cuma. Mak rasa happy sangat nokkkx. Jemput datang rumah raya nanti hehe..!

Tahniah jugak buat jiran yang dapat masuk majalah. Happy for you !
xoxo
;p



June 20, 2013

Keywords Peliks Malah Gangster!

Assalammualaikum,



Keywords sangat peliks minggu ini :
1. Ketua jahat hospital Kuala Lumpur Malaysia 50586
Woi woi seram woi. Gua mana ada buat jenayah. Nih mesti kes dendam nih. Maafkan saya, nan hado disini. Nih bukan blog jahat. Maafin...

2. Youtube filem Pilot Cafe
Awat hang tak sabar tatau. Pilot Cafe belum keluar kat wayang. Harap bersabar saudara-saudara, ibu-ibu, bapak-bapak... Nanti dah keluar, kita tengok sama-sama kat youtube ye ;p


Ini lawak!



Ps :: Tengah prepare temuduga SPA. Nebes ahkak...



May 30, 2013

5 BE / CPUV Dari Nuffnang

Assalammualaikum,



Antara CPUV/BE dari abang Nuffanang. Caranya senang je nak dapat, goda-goda abang Nuffnang dengan entry anda. Kennn senang je. Tapi alhamdulillah... Baru bukak akaun Nuffnang, tup tup ramai CPUV/BE yang hadir. Meghiahhhh sangat tapi, yang dah credited tuh beberapa sen jelah, yelah kau kan tak update xila oit!

Kalau rajin tekan-tekan lah kengkawan. Kalau nak berguru dengan Nuffnang, layari sini.





Ps :: Senyum semua.... :) (bukan susah pun nak senyum)


May 15, 2013

Orang Gemuk Pakai Peplum !

Assalammualaikum,


Labels diet, keyword, Ramadhan, fesyen, peplum fesyen, orang gemuk pakai peplum, yakin diri, Hari raya aidilfitri
Sumber Google okeh.


Seriyusly, ahkak yang tak berapa gemuk tapi perasan gemuk (dan comel) pun tak yakin pakai peplum dik noonn.... Ini semua imaginasi dan kuasa minda serebrum je dik. Apa yang penting pakai peplum tuh haruslah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi ! Gitu...

Orang yang bertubuh gempal haruslah yakin dan jangan nak gediks mengada pi beli yang ready made kat kedai baju bundle si Senah tuhh. Sah-sah lah itu hanya dijuai untuk makhluk si keremping-rempeng. Belilah kain yang sesuai dan bermeter lebih dengan menghantarnya ke kedai jahit si Kiah tuhhh...

Dah tuh pulaks, belilah warna kain yang sesuai, macam warna gelap. Tak semestinya hitam tau. Coklat ke, merah gelap ke, biru gelap ke, hijau gelap ke. Pilihlah corak yang berbunga atau bergeometri kecil, kasi bermain siket dengan psiko fesyennnn haa....



els diet, fesyen, Hari raya aidilfitri, keyword, orang gemuk pakai peplum, peplum fesyen, Ramadhan, yakin diri
Keyword semalam.

Tup tup, orang bertubuh gempal atau chubby pon dapat melaram macam Kak Ton jugak... (Comel tak???) Secara keseluruhannya, sayang dengan diri sendiri dulu barulah aura positif dan keyakinan diri yang tinggi akan meresap ke jiwa anda. Kalau tak yakin, pi diet... Kalau dah malas.....em emm takde sape dapat tolong.. Coklat ni mampu tangasi kurus dan stress tau :)




Ps :: Jika kau fikirkan kau boleh ! Malaysia boleh ! Kemon  !!



February 27, 2013

Kutuk Jejari Runcing? | WW

Assalammualaikum,


Ramai nau cari jejari runcing kat blog ni. Tapi fikirkan balik macam scary jugak. Pernah ke blog ni post yang tak elok pasal jejari runcing? Atau memuji barangkali? Last time pernah sebut-sebut pasal jejari runcing dalam [ENTRY] ni.

Cuak lah gak sebab jejari runcing kan tak suka orang dok sebut-sebut dia. Eh? Larikkk..





Ps :: Wordless wednesday sangat...


January 13, 2013

Terkejut Traffik Blog Beribu Dalam Sehari

Assalammualaikum,

Tiba-tiba traffik dan pageview blog nih tinggi mendadak mencapai 2ribu visitor dalam sehari. Adakah blog nih ada buat salah atau kontroversi melampau? Cuak gak pada mulanya. Rupa-rupanya dapat traffik beribu dari segmen [Tambah Trafik Tambah Follower 2013] (click) pada beberapa hari yang lalu.

Sebahagian traffic yang mai. Click untuk tumbesaran.


Rupa-rupanya, dalam segmen tersebut, 10 peserta segmen yang pertama dapat trafik blast dari HasrulHassan. Rasanya blog ini antara yang terawal lah kot. Alhamdulillah lah traffik beribu kan. Tak pernah-pernah dapat traffik setinggi tuh. 

Yang penting apesal.com dan busuk.org pun banyak berjasa. Heart them. Keke.

Yang penting sekarang nih banyak melawat blog HasrulHassan. Ate katenye blog pendidikan untuk blogger. Tapi kadang ada jugak faham, kadang terlampau tinggi ilmunya. Susah nak kejar. Tapi usaha tangga kejayaan oke. Selamat maju jaya untuk semua blogger tempatan. Peace...



Ps :: Berjalan di tanah gersang...ooo kembara...


December 10, 2012

Turki Aku Datang Pon Boleh..

Assalammualaikum,



Turki Aku Datang pon boleh. Janji kau yakin bah...

Nampaknya Istanbul Aku Datang di Youtube hanya untuk seketika je. Biasalah Filem laku kot. Carilah filem yang tak laku lain di youtube ye kawan-kawan. Tak pun pergilah download secara haram... Hehe.

Mungkin keyword Turki Aku Datang ni orang Turki yang cari. Tak pun, pengarah Istanbul Aku Datang ni nak buat sequel Istanbul Aku Datang. So dia check la dulu kat internet kot-kot tajuk filem nih dah diguna pakai di Turki? Kot...kot la kot...(em emm)





Ps :: Tadi buat misi penting. Moga-moga berjaya. Amin...


November 28, 2012

Keyword 4 : Piyala Zuzuki Pon Boleh

Assalammualaikum,

Bermain dengan keyword kita hari ini ya.




Piyala Zuzuki pon boleh... Malam ni Malaysia vs Laos, 8.30 malam di TV1.





Ps :: Go Malaysia go... Mengaum sket!


October 27, 2011

10 Hadiah Terbaik Untuk Wanita

Assalammualaikum,

cintailah cinta, hadiah untuk wanita, tips, bunga, facebook, keyword, love, shopping voucher


Top 10 hadiah terbaik untuk wanita iaitu isteri ataupun teman wanita anda. Tulisan ini ada yang diolah sedikit oleh saya mengikut pengalaman peribadi. Hohoh. Wanita ini sensitif dan lembut hatinya. Even benda kecil pun dia sangat menghargai, inikan pula hadiah besar-besar seperti ferrari sebijik. 10 hadiah terbaik untuk wanita ialah :


1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada mereka yang memerlukanmu disisi mereka. Kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataka. Jangan mencelah, menyengal dan jika diberi pandangan barulah kamu mula mengarang ayat yang sesuai untuknya.


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberi pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini memberi petunjuk tanda kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Aww. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak!".


5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngan dengan awak la" atau "Sedapnya masakan awak". Simple dan spontan dan tak usahlah nak bermulut manis sangat. Ucapkanlah dengan ikhlas.


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan bla bla bla...


7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika wanita hanya mahu bersendiri. Peka akan saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. Namun lelaki kurang rasa peka kan.


8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.


10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa di hati, minda dan doa kita.


Jimat je kerja orang lelaki ni. Percayalah wanita hargai semua ini. Kalau ada wanita yang mintak bukan-bukan macam cincin berlian ke, ferrari ke, banglow kat Puncak Alam ke, peti ais 3 pintu ke, serius tak payah buat bini sangat larhhh. Hahah. TETAPI kalau hari-hari special ke ape salahnya bagi something special dari 10 hadiah ni tau. Barulah romantika aromano.







October 18, 2011

Pasembur Penang Mari Terbaik

Assalammualaikum,

Memandangkan jiran comelku, Sutera Kasih membuat entry pasal pasembur kan, maka terujalah akan salah satu makanan kegemaranku itu. Lebih teruja kalau sebut pasembur dengan berbunyikan "pasembuq" tau tau! Cuba lah sebut... paa, semm, buq.... Wah seronok gila!! Hahah Almaklumlah lima tahun mendewasakan diri di UUM nun..


campus style, food, Pasembur Penang, Pulau Pinang, 1Malaysia, rojak Penang, frenz forever, funny movie, keyword, tips belajar
Pasembur Penang. Sumber Google

Alkisah bila jadi student perantau pasti akan membuang masa dengan backpacking kan. Rugi tau kalau kat negeri orang tapi tak melawat tempat menarik sekitar itu. Yang pasti salah satunya ke Penang. Walaupun dah berjuta kali menjejakkan kaki disitu, yelah lahir kat Penang kot. Namun travel dengan kawan-kawan lain rasanya.


Kalau ke Penang singgah ler ke Gurney Drive untuk cari Pasembur Penang terbaik. Jumpalah dengan uncle rojak terbaik disana. Rojak, rojak, rojak.... (Goyang2 kepala~) Wah memang menggelikan hati. Siapa yang dah rasa pengalaman ni mesti tahu. So tengok jelah santapan video yang dicuri dari Youtube ni... Yanadeyyy




Tapi ada lagi satu video yang best. Tak jumpa la. Gelak gila-gila bila dengan member tengok ni. Dah rasa macam travelog pulak.. Ingat nak taip pendek je. Teruja pulak taip panjang-panjang. Masa komen entry Yann, saya suruh dia Google sendiri mamak pasembuq ni. Tapi, buat entry lak tiba-tiba. Kepada Yann, jomla terbang ke Penang kita holiday sama-sama. Hikhikkk. Tapi takut la Tsunami. Grrr

Kepada Aimie Amalaina tuan blog Kerana Lily, Selamat Hari Lahir yang ke 23! Yay saya muda beberapa hari dari kamu. Moga panjang umur murah rezeki, bahagia dunia akhirat hendakNya.





ps :: Rojak, rojak, rojak...



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!