Pada waktu siang kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dan malamnya pula disunatkan Qiamullail iaitu mermakmurkan dan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadat bagi yang berkemampuan. Kalau dalam keadaan haid ke boleh ambil contoh dalam entry ni.
Malam Lailatul Qadar itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan
kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh
keikhlasan. Pada malam Lailatul Qadar juga turunnya para Malaikat bersama-sama
turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
Amalan pada malam Lailatul Qadar :
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari
terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
- Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
- Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
- Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
- Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
- Membaca Al-Quran.
- Beristighfar dan berzikir
7. Bertasbih dan berselawat
8. Bersolat Sunat.
- Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
- Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
- Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
- Solat Sunat Witir. – Solat Penutup
Ps :: Dipetik dari sumber ni. Semoga perkongsian malam Lailatul Qadar ini bermanfaat buat semua pembaca dan jomlah kita rebut peluang bertemu malam Lailatul Qadar setahun sekali ni. Insyaallah...
18 comments
follow sini http://kisahnadiah.blogspot.com/2013/07/tempahan.html
nice info..10 mlm terakhir pn nk gkat dh..
Nice sharing, trimas ;)
memperbanyakkan amalan 10 malam terakhir ramadhan..insyaAllah akan dimulai malam ini.
ALHAMDULILLAH.. SEMOGA KITA SAMA-SAMA PEROLEH MANFAAT DARI PERKONGSIAN AWAK NI..
Malam lailatul qadar yg dinanti.. ;)
Salam, Ramadhan penuh keberkatan.. :)
insyaallah, sama-sama kita perkasakan 'ibadah kita di akhir bulan Ramadhan yang pasti berlalu pergi dan akan tetap dirindui....
nice sharing :)
Thanks sharing
TQ Xila kerana berkongsi.....
Moga ada kekuatan utk kita melakukannya
nice info,.. ambil kesempatan pada 10 malam terakhir ramadhan..
semoga paris mendapat keberkatan dan kemuliaan dengan entri ni...
:)
Bersama kita berusaha utk mencari yg terbaik di 10 malan terakhir ini. Peluang dah diberi tinggal usaha kena ada pada diri sendiri..
sama2lah kita yer
Penuh bermakna.. tq sharing
Agak sedih bila org semakin kurang di surau utk sunat tarawih, sedangkan 10 mlm terakhir ada banyak hikmahnya...
nice sharing ! suka2.. :)
Thanks for sharing this! ^^ Moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya.