Pada waktu siang kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dan malamnya pula disunatkan Qiamullail iaitu mermakmurkan dan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadat bagi yang berkemampuan. Kalau dalam keadaan haid ke boleh ambil contoh dalam entry ni.
Malam Lailatul Qadar itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan
kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh
keikhlasan. Pada malam Lailatul Qadar juga turunnya para Malaikat bersama-sama
turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
Amalan pada malam Lailatul Qadar :
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari
terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
- Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
- Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
- Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
- Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
- Membaca Al-Quran.
- Beristighfar dan berzikir
7. Bertasbih dan berselawat
8. Bersolat Sunat.
- Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
- Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
- Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
- Solat Sunat Witir. – Solat Penutup
Ps :: Dipetik dari sumber ni. Semoga perkongsian malam Lailatul Qadar ini bermanfaat buat semua pembaca dan jomlah kita rebut peluang bertemu malam Lailatul Qadar setahun sekali ni. Insyaallah...