August 11, 2013

Cerita Raya 2013

Assalammualaikum,

Apa macam Hari Raya Aidilfitri 2013 kalian? Mesti happening kan? Saya punya biasa-biasa je disamping terselit kesyukuran menikmati Syawal kali ni. Sebabnya terasa lah kemanisannya menempuhi Ramadhan dengan penuh bersungguh (insyaAllah). Plus dapat khatam Quran. Syukur alhamdulillah.

Azam saya sepanjang Ramadhan nak khatam Quran. Akhirnya Allah makbulkan. Lebih manis lagi, cuba baca dan fahamkan sekali terjemahannya dalam bahasa Melayu ofkos walaupun ada yang tak berapa nak faham. Yelah kita ni bukan ilmuwan. Cetek lagi ilmu agama di dada. Sebab tu kena berguru takut karang apa yang kita faham isi Quran tu lain dari maksud Allah. Tu sebab wujudnya ajaran sesat. Belajar tak tentu hala... Minta kita semua dijauhi..

Bukan nak riak kat sini dapat Khatam Quran masa bulan Ramadhan. Cuma sebagai inspirasi korang jugak walaupun tak banyak mungkin sikit dari penulisan ni. Sebenarnya ada hikmah semua ni. Yelah saya ni tengah tanam anggur, dah tu masa yang ada ni berazam nak khatam Quran. Kalau saya sibuk bekerja, belajar seperti sebelum ni, mana sempat nak khatam Quran dalam masa sebulan berpuasa kan. Tahu ini semua alasan duniawi je. Alhamdulillah Allah perkenankan niat saya. Dan saya rasa bersyukur dan sentiasa kekal positif yelah orang menganggur ni orang banyak pandang serong dari memberi semangat. Duniawi duniawi. Sekeh kang...haa pulak.

Kalau sembahyang tahajud sepanjang Ramadhan tu agak belum maju lagi la. Kena pelan-pelan kayuh. Dan saya suka Dhuha. Rasa tak buat sehari terasa serba tak kena walaupun bukan hari-hari buat. Isk ruginya. Malam lailatulqadar pulak? Rasanya malam 21 haritula. Tapi semuanya rahsia Allah kan :)

Jadinya Syawal 1434 Hijrah kali ni terasa penuh syukur sangat dapat bersama Ramadhan dengan hati yang tenang. No kerja-kerja. Isk tapi harus gigih lagi cari kerja untuk keluarga pasni. Bayar PTPTN kan. Kenalah bertanggungjawab. Kalau tahu gua jadi nurse je dulu (erk).

Dan semoga sepanjang amalan Ramadhan dulu saya dapat praktikkan di bulan-bulan Islam yang lain pula. Jangan untuk satu bulan je kan. Tak adil untuk 11 bulan yang lain Hehe. Doakan ya. Taknak ah tunjuk gambar raya malu. Banyak gambar selfie. Huhu.

Ni cerita kad raya next entry boleh? Panjang benar entry kali kali ni. Ade orang baca ke? Huuu


Raya pertama
Disebabkan tiap-tiap raya selalu last minit kemas rumah, maka kesibukan malam raya dan pagi raya untuk mengemas rumah amatlah terlampau. Sampaikan handphone entah campak kemana sampai battery kong pon buat tatau je. Biasanya raya pertama rumah saya pitstop pertama buat saudara mara belah abah dan mak beraya. Sampailah ke malam. Haruuuu tapi tentulah best. Masih dapat duet raya lagi weee..

Raya Kedua
Haa raya kedua turn kitaorang pulak beraya sampai ke malam. Raya kedua haritu sempat ke Lumut lagi. Yang stressnya ramai gila kot orang. Parking pon kena round 40 kali! Sepanjang pergi dan balik pun sesak dengan kereta. Mencik tau keadaan macam ni. Boleh buat kedutan!

Raya Ketiga
Hari untuk bersenang-lenang. Lepak je kat rumah tenangkan urat-urat yang gigih berkerja. Keep calm and sleeping-eating-sleeping-eating-kalih banyak kali siaran tv yang tah apa-apa kat tv-and keep calm again!

Raya Keempat.
On my way beraya to KL la ni.... Ini entry autopublish tau. Heee


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin!



July 28, 2013

Amalan di Malam Lailatul Qadar

Assalammualaikum,

malam Lailatul Qadar, amalan pada Lailatul Qadar, bcoz i care, love islam, kurma, amalan di bulan puasa, Ramadhan

Pada waktu siang kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dan malamnya pula disunatkan Qiamullail iaitu mermakmurkan dan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadat bagi yang berkemampuan. Kalau dalam keadaan haid ke boleh ambil contoh dalam  entry ni.

Malam Lailatul Qadar itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam Lailatul Qadar juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. 

Amalan pada malam Lailatul Qadar :
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
  2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
  3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
  4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Beristighfar dan berzikir
 

  7.  Bertasbih dan berselawat
  8.  Bersolat Sunat.
    1. Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
    2. Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
    3. Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
    4. Solat Sunat Witir. – Solat Penutup


Ps :: Dipetik dari sumber ni. Semoga perkongsian malam Lailatul Qadar ini bermanfaat buat semua pembaca dan jomlah kita rebut peluang bertemu malam Lailatul Qadar setahun sekali ni. Insyaallah...



July 19, 2013

Amalan Pahala Puasa Ketika Haid

Assalammualaikum,

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid

Wanita diciptakan oleh Allah s.w.t dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dari lelaki terutama dari segi kitaran haid secara bulanan. Lelaki pun boleh baca tambah ilmu untuk ingatkan isteri, gegel dan yang lain. Kihkihkih..

Wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia iaitu Hawa. Sesungguhnya wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya kosong dari amal ibadah adalah wanita yang sangat rugi. Jadi amalan seperti berikut boleh dipraktikkan oleh semua wanita. Insyaallah..

Antara Amalan Pahala Puasa Ketika Haid ialah:
1. Niat sebagai ibadah
Setiap amalan ialah ibadah, walaupun bukan amalan seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan seperti mengamalkan sikap yang baik, berlandaskan niat kerana Allah dan tidak melalaikan akan membantu menambahkan saham akhirat. Jauhi mengumpat dan fitnah. T___T

2. Berzikir
Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan sepanjang haid seperti beristighfar, takbir, tasbih, dan pelbagai. 

3. Menambah ilmu
Membaca bahan bacaan agama, dari segi aqidah, ibadah, adab atau apa saja yang manfaat juga boleh grab pahala senang-senang. Tak kira lah kot pergi majlis ilmu atau melalui youtube ke kan..

4. Dekat dengan al-Quran
Alternatif lain seperti mendengar bacaan al-Quran dalam pelbagai format yang canggih sekarang ni pon sangatlah bermanfaat.

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid


5. Berbakti kepada orang tua/ masyarakat
Manusia paling baik antara kamu, adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain. Berbaktilah kepada insan yang layak diberi perhatian atau pertolongan. Contoh best sediakan juadah berbuka puasa untuk family atau yang lagi up sikit jadi volunteer ke.

6. Memperbanyakkan doa
Wanita boleh memperbanyakkan doa dalam waktu yang mustajab seperti waktu azan dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar awal pagi (sepertiga malam).

7. Memperbanyakkan sedekah
Wanita juga boleh memperbanyakkan sedekah wang ringgit atau harta benda. Kalau saya kan, saya tak berapa kaya tapi sumbang klik iklan korang oke kan? Tapi kalau iklan sehari klik kat blog orang lain kena banned tak? Kita bincang lain hari ekk

 Apabila ilmu sudah diketuk minda, jom sama-sama amalkannya :)

Hati yang sentiasa ingatkan kebaikan, pasti tak akan membiarkan waktu lalu begitu saja. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Kalau dapat paktikkan sebulan ni, jom sambung untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga entry amalan pahala puasa ketika haid ini bermanfaat dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan di akhirat, miskin amalannya didunia, amin...

Sumber majalah Solusi Isu 39, 2011.
Sumber gambar - tokwan Google.




Ps :: Salam Ramadhan ke sepuluhkawan-kawan :D


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!