July 29, 2013

Tulis Azam Raya, Dapat RM 5 Voucher Dari Watsons Malaysia!

Assalammualaikum,


Korang mesti dah tahu kan pasal Azam Raya dari Watsons Malaysia? Benda senang je. Korang tulis azam raya korang tahun ni di Facebook Watsons Malaysia kurang dari 160 patah perkataan je dan isikan sekali maklumat peribadi dan tadaa team Watsons akan hantar RM 5 voucher dengan setiap pembelian Watsons brands kat email korang.

Print voucher tuh dan claimlah di store Watsons berdekatan anda. Tapi kena beli barang brands Watsons dari RM 20 ke atas baru dapat guna voucher tuh. Ok apa beli mask muka yang harganya lebih daripada RM 20.05, pastu tolak dengan voucher RM 5, dan bayar RM 15 je. Yezza itulah plan bijak saya. Har har har...

Mask ke masker muka ke sekarang memang mahal sangatlah kan. RM 20 boleh beli dalam 3 hingga 4 keping je. Syahdunya dapat voucher RM 5. Yang penting boleh digunakan sebelum September 2013. Yayyy gwiyomi *tibe-tibe

watsons, shopping voucher, Azam Raya dari Watsons, Watsons Malaysia, Hari raya aidilfitri, advertorials, Ramadhan
Inilah dia RM 5 Voucher Dari Watsons Malaysia

Entahlah kod kat atas tu berbeza dengan orang lain ataupun tak. Kalau akak pikiran secara bijak, haruslah berbeda ngak? Yang pasti nak gunakan voucher ni! Rugi woo kalau korang pun tak rebut peluang. Ala sekarag pon Watsons ada buat sales apa sempena raya ni kan. Rasanya semua Watsons brands ada dua kali bonus topup. Boleh lah guna kad ahli Watsons. Memang berbaloi-baloi heheh...

Ini bukan sponsored post. XD



July 28, 2013

Amalan di Malam Lailatul Qadar

Assalammualaikum,

malam Lailatul Qadar, amalan pada Lailatul Qadar, bcoz i care, love islam, kurma, amalan di bulan puasa, Ramadhan

Pada waktu siang kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan dan malamnya pula disunatkan Qiamullail iaitu mermakmurkan dan menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amalan ibadat bagi yang berkemampuan. Kalau dalam keadaan haid ke boleh ambil contoh dalam  entry ni.

Malam Lailatul Qadar itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam Lailatul Qadar juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. 

Amalan pada malam Lailatul Qadar :
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
  2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
  3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
  4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Beristighfar dan berzikir
 

  7.  Bertasbih dan berselawat
  8.  Bersolat Sunat.
    1. Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
    2. Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
    3. Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
    4. Solat Sunat Witir. – Solat Penutup


Ps :: Dipetik dari sumber ni. Semoga perkongsian malam Lailatul Qadar ini bermanfaat buat semua pembaca dan jomlah kita rebut peluang bertemu malam Lailatul Qadar setahun sekali ni. Insyaallah...



July 19, 2013

Amalan Pahala Puasa Ketika Haid

Assalammualaikum,

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid

Wanita diciptakan oleh Allah s.w.t dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dari lelaki terutama dari segi kitaran haid secara bulanan. Lelaki pun boleh baca tambah ilmu untuk ingatkan isteri, gegel dan yang lain. Kihkihkih..

Wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia iaitu Hawa. Sesungguhnya wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya kosong dari amal ibadah adalah wanita yang sangat rugi. Jadi amalan seperti berikut boleh dipraktikkan oleh semua wanita. Insyaallah..

Antara Amalan Pahala Puasa Ketika Haid ialah:
1. Niat sebagai ibadah
Setiap amalan ialah ibadah, walaupun bukan amalan seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan seperti mengamalkan sikap yang baik, berlandaskan niat kerana Allah dan tidak melalaikan akan membantu menambahkan saham akhirat. Jauhi mengumpat dan fitnah. T___T

2. Berzikir
Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan sepanjang haid seperti beristighfar, takbir, tasbih, dan pelbagai. 

3. Menambah ilmu
Membaca bahan bacaan agama, dari segi aqidah, ibadah, adab atau apa saja yang manfaat juga boleh grab pahala senang-senang. Tak kira lah kot pergi majlis ilmu atau melalui youtube ke kan..

4. Dekat dengan al-Quran
Alternatif lain seperti mendengar bacaan al-Quran dalam pelbagai format yang canggih sekarang ni pon sangatlah bermanfaat.

bcoz i care, info, love islam, Ramadhan, kurma, amalan di bulan puasa, amalan pahala puasa ketika haid


5. Berbakti kepada orang tua/ masyarakat
Manusia paling baik antara kamu, adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain. Berbaktilah kepada insan yang layak diberi perhatian atau pertolongan. Contoh best sediakan juadah berbuka puasa untuk family atau yang lagi up sikit jadi volunteer ke.

6. Memperbanyakkan doa
Wanita boleh memperbanyakkan doa dalam waktu yang mustajab seperti waktu azan dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar awal pagi (sepertiga malam).

7. Memperbanyakkan sedekah
Wanita juga boleh memperbanyakkan sedekah wang ringgit atau harta benda. Kalau saya kan, saya tak berapa kaya tapi sumbang klik iklan korang oke kan? Tapi kalau iklan sehari klik kat blog orang lain kena banned tak? Kita bincang lain hari ekk

 Apabila ilmu sudah diketuk minda, jom sama-sama amalkannya :)

Hati yang sentiasa ingatkan kebaikan, pasti tak akan membiarkan waktu lalu begitu saja. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Kalau dapat paktikkan sebulan ni, jom sambung untuk bulan-bulan seterusnya. Semoga entry amalan pahala puasa ketika haid ini bermanfaat dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan di akhirat, miskin amalannya didunia, amin...

Sumber majalah Solusi Isu 39, 2011.
Sumber gambar - tokwan Google.




Ps :: Salam Ramadhan ke sepuluhkawan-kawan :D


May 15, 2013

Orang Gemuk Pakai Peplum !

Assalammualaikum,


Labels diet, keyword, Ramadhan, fesyen, peplum fesyen, orang gemuk pakai peplum, yakin diri, Hari raya aidilfitri
Sumber Google okeh.


Seriyusly, ahkak yang tak berapa gemuk tapi perasan gemuk (dan comel) pun tak yakin pakai peplum dik noonn.... Ini semua imaginasi dan kuasa minda serebrum je dik. Apa yang penting pakai peplum tuh haruslah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi ! Gitu...

Orang yang bertubuh gempal haruslah yakin dan jangan nak gediks mengada pi beli yang ready made kat kedai baju bundle si Senah tuhh. Sah-sah lah itu hanya dijuai untuk makhluk si keremping-rempeng. Belilah kain yang sesuai dan bermeter lebih dengan menghantarnya ke kedai jahit si Kiah tuhhh...

Dah tuh pulaks, belilah warna kain yang sesuai, macam warna gelap. Tak semestinya hitam tau. Coklat ke, merah gelap ke, biru gelap ke, hijau gelap ke. Pilihlah corak yang berbunga atau bergeometri kecil, kasi bermain siket dengan psiko fesyennnn haa....



els diet, fesyen, Hari raya aidilfitri, keyword, orang gemuk pakai peplum, peplum fesyen, Ramadhan, yakin diri
Keyword semalam.

Tup tup, orang bertubuh gempal atau chubby pon dapat melaram macam Kak Ton jugak... (Comel tak???) Secara keseluruhannya, sayang dengan diri sendiri dulu barulah aura positif dan keyakinan diri yang tinggi akan meresap ke jiwa anda. Kalau tak yakin, pi diet... Kalau dah malas.....em emm takde sape dapat tolong.. Coklat ni mampu tangasi kurus dan stress tau :)




Ps :: Jika kau fikirkan kau boleh ! Malaysia boleh ! Kemon  !!



 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!