August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





August 22, 2013

Percaya Pada Kemahuan Diri

Assalammualaikum,

Suatu ketika dulu, blog ini mengalami perlbagai transformasi dari segi url blog, header blog, layout blog, nama penulis blog semuanya lah disebabkan kebosanan memiliki blog, eh eh tak nak buat macam mana nafsu pada blog bergantung kepada arah angin monsun... (ikut mood sangat tau this gal)

Well pasal url blog kita tolak tepi dulu, tapi kita cerita pasal owner blog dulu ya. Saya memang suka animasi. Bila waktu kecil dulu, penyakit curiousity sangat tinggi bila tengok kartun. 'Eh how to do like that?' Ekspresi wajah kartun tu sendiri membuatkan diri ini sangat kagum dengan karya-karya animatur tempatan ataupun antarabangsa terutamanya dari Jepun. Mula-mula memanglah membesar dengan Nobita dan Doraemon yang tak reti-reti nak membesar, kemudian beralih kepada Slamdunk, Cardcaptor Sakura, dll yang waktu tu banyak ditayangkan di NTV7. Well, siapa yang membesar tahun 90-an, where you at? Jom sep sama-sama..

Percaya Pada Kemahuan Diri


Ingat bila dah dewasa ni, malu sangat bila ada penyakit kartun dalam diri. Lebih-lebih lagi kalau takde kawan yang ada hobi yang sama. Semua kawan-kawan uni kebanyakannya feminine sangat. Lagi-lagi ambil jurusan 'koporat' kenn. Saat itu, kartun dari Jepun semua beralih kepada drama Korea. Biasalah drama korea yang best mestilah ada selit komedi kan macam Boys Over Flower, Flower Boys Next Door, dan Google sendiri lah.. Drama Korea bergenre action, romantic, yang mendayu-dayu tak berapa layan..

Well bila semua fasa hidup ini telah dirasai, barulah ku sedar kartun/animasi, drama atau filem bergenre komedi ni memberikan hidup penuh dengan kegembiraan tersendiri walaupun dilalui bersama duka dan durjana. Paham? Sentimental sudah... So I wont let anasir negatif-negatif ni merubah pandangan mata kasarku. Aumm

Dengan ini, saya mahu teruskanlah minat men-doodle walaupun bukan amatur.. Bila jenguk blog doodle, semuanya melibatkan cara penyampaian melalui karekter doodle. Bukan nak feeling budak-budak sangat pun kan.. Ianya lebih kepada kepuasan. Tapi bergantung jugak kepada masa ya huhu. Oh lupa, dulu blog ni pon kaya (tak kaya sangat la) dengan doodle. Lukis dengan MS paint je pon. Dan dulu down sangat sebab semua karya lukisan dalam laptop kena format. Wuaaa. Jangan ditanya kenapa tak sambung jurusan art. Sedih hati mak, nokkxx....

doodles, yakin diri, xila, inspiration

"Magic is believing in yourself, if you can do that, you can make anything happen."
Johann Wolfgang von Goethe 

“that there are many things that we cant understand. the past. the bad things that happened... and we become afraid. of what might happen in the future. its okay to be afraid. but we have to keep hoping and believeing... to keep hoping and trying our best to be good and do good. even when we're afraid”
  Nafisa Haji


doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Tak ingat la gambar ini dari entry mana.

doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Oke kenapa dari dulu suka benar gambar dengan kawan-kawan ni. Xila dan kawan-kawan bak kata SW.

doodles, yakin diri, xila, inspiration
 Ini dari enty sini.



 Don't be afraid to be amazing, people!! :D



August 16, 2013

Tolong Like, Sayang ♥

Assalammualaikum,

Tolong awek aku pontianak. Eh bukan, dulu selalu ulang cerita tolong awek aku pontianak tu. Alhamdulillah sekarang dah normal tapi dok ulang Despicable Me 2 pulak. Hahah. 

Sekarang ni tuan puteri saya nak mintak tolong lah. Jarang kan mintak tolong kat korang jadinya rasa nak mintak tolong jugak tak kira. Ngee. Tolong like gambar contest je. Malu tau first time join benda contest like-like gambar ni. Pada mulanya nak join sebab penyertaan terawal dapat rm 5. Terus tanpa pikir banyak songeh sume, hantar penyertaan. Alhamdulillah peserta terawl. Kuikuikui

Contest gambar hot raya ni anjuran blogger Tempoyakz yang suka kentut kat blog orang. Ahchummmm. 

Like gambar ni je... 1 LIKE, 1 ♥.

Memandangkan gambar dalam laptop semua dah terformat, naseb baik ada Facebook! Feeling-feeling sunset. Nak usha gambar apa try la click weiiiihhh. :P


Kalau yang dah like tu bagi la hint oke. Malas nak share kat Facebook peribadi sebab malu lah titew ihik ihik. I will away sepanjang hujung minggu ni sebab beraya. Ada masa nak promote la contest ni... Terima kasih in advanced sebab tolong like bagi yang dah like. ♥

Ps :: Time ni la nak bershayang-shayang ;p


August 1, 2013

Sebenarnya Saya Start Blogging Since July 2007 !

Assalammualaikum,

Blogger Rileks Minda ada tunjuk jumlah pageview kat entry dia. Jadi terfikir nak usha gak pageview blog Dear Xila ni. Penanda aras gitu. Yelah sekarang dah masuk bulan Ogos kan kenalah ada ciri-ciri fokus dan penambahbaikkan since dah aktif blogging ni. (I am jobless wehh)  Hello Ogos! Be nice to momma. Hahah.

Terkejut punya terkejut dia bila tengok pageview sendiri semacam 'hey hey aku tak percaya cinta'. Biar betul aku dah blogging sejak 2007 nih! Punyalah korek balik memori celah-celah serebrum gua ni. Memang lah motif sebenar blogging ni dari pengaruh cik Khairunnisa ni, tapi tak ingat tahun berapa. Ditambah lagi dengan dah deletenya pon entry lama-lama yang memang kelakar dan tak perlu tunjuk dah huhuu...


Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Are sure Mr. Google?

 Epic moment XD


Satu hari cik Khairunnisa mesej suh bukak internet dan baca blog yang dia baru buat. Biasalah budak lagi zaman tu, jadi teruja dia lain macam. Saya pun gagahlah pi tengok dan terus sign up sebab nak komen blog dia punya pasal. Lastly, blog dia dengan satu ketul entry dia tu terus berkubur. Hampeh punya budak.. Dan waktu tu ada la jugak update blog tapi tak sangka tahun 2007 kau! Thanks God kembalikan keyakinan ini hee.



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
July 2007 hingga Sept 2008 blog dibiarkan terabai. Sepi sesepi angin lalu. ?


Dan officially aktif blog bila Puan SDG (Self Development Group) suruh kumpulan saya buat blog. Around 2008 gitu. Masa tu macam..'eh aku ada blog la'. Happy sebab tak perlu sign up dan hias blog sebab dah pernah buat before kan. So kawan-kawan lain pon sibuk tanya macam mana nak buat blog sebab projek ni wajib. Maka, yeahh terharu sebab dapat update blog sampai sekarang. Jom nangis kegembiraan ini bersama-sama. Sroot sroot..

Tapi saya ada satu sifat, bila mana akan tinggalkan blog setahun, setengah tahun, 2-3 bulan lamanya dalam masa setahun. Tak konsisten. Hampeh jugak budak ni. Jadi traffik pernah ke laut dalam! Ditambah pernah terdelete album gambar di Google, semua entry lama error tanpa gambar. Pengalaman mengajar kita..



Pageview, keyword, pengalaman blogging, blogger, blogger.com, apa itu blog, love, xila
 Latest pageview 31 July 2013.

Saya janji...saya janji dengan awak semua saya akan update hari hari... Haa saya janji lagi, nak jadi blogger peramah... Lagi satu saya janji saya nak jadi budak baik *Tiba-tiba Insyaallah :)



Waktu awal blogging dulu, entry Bunga Tulip paling ramai orang view. Yelah dulu-dulu tak ramai ada blog kan. Ini bukan entry riak, tapi entry berkongsi kegembiraan yang secebis cuma. Mak rasa happy sangat nokkkx. Jemput datang rumah raya nanti hehe..!

Tahniah jugak buat jiran yang dapat masuk majalah. Happy for you !
xoxo
;p



February 25, 2013

Blogger Pulau Pinang


Tanggal 24 Oktober 1988 lahirlah seorang bayi perempuan yang atototo tomey-tomeynya. Kecik-kecik lagi wajahnya dah persis Preitty Zienta (how to spell?). Saja bagi hat hover punya perbandingan. Hakikatnya bayi ini tiada lesung pipit manis di pipi. Namun semua ahli masyarakat waktu itu gembira dengan kelahiran beliau. Happy intro...huhu..

Sedang dalam proses kelahiran sehinggalah dalam berusia 5 tahun, sepatah hape pun dia tak dapat ingat memori kebangkitannya sebagai budak baru nak berjalan, ketawa, dan semuanyalah. Puas dikorek memori serebrum ke sereblum dia ke...entah...persetankan..



Oh rupanya budak perempuan atototo (sambung sendirik) nih lahir di Pulau Pinang (Penang). Haa lihat saja buktinya di atas. Lahir saja di Penang, tapi sepatah kuturunan mahupun adat istiadat, budaya, kronologi pembangunan Penang tak pernah di ambil peduli. Patutlah, keluarga belah ibunya hanyalah anak rantau dari Perak ke Penang. Versi cucu-cucu saja yang keluaran Penang...

Penang...Penang...walau hanya waktu tempoh berpantang dan setiap kali raya saja kita berpaut, namun darah masyarakat Penang terasa mengalir di tubuh ini... Bendera Penang ada pokok kelapa... Teringat kat Marsha Milan Londoh. Oh tertengok AF pulak dulu-dulu... Lepas Google baru tahu sebanarnya pohon pinang, bukan pokok kelapa! Hahah. Buang daerah! Nasib baik sempat Google!

Sapa tatau si debab nihhh


xila :: Im proud to be Penangian, Malaysian, berpaksikan Bumi, dunia pinjaman Allah. Syukur.


February 19, 2013

Pentingnya Diari dan Biografi

Assalammualaikum,


Apakah kriteria seseorang untuk diiktiraf sampai ke peringkat biografi? Biografi merupakan kisah tentang keseluruhan kehidupan seseorang. Kebiasaanya tokoh atau pemimpin yang banyak berjasa. Yang asyik bebel kat blog duduk diam-diam.

Ok la fine-fine. Terasa nak taip setiap sejarah yang berlaku dalam hidup saya. Dari lahir (kalau ingat) sampailah sekarang. Bukan apa ini bukti sayang diri sendiri hehe. Mana tahukan suatu hari nanti jadi nyanyuk atau hilang ingatan ke bolehlah recall dan baca balik. Hukaloh.



Sebab tuh saya dah prepare sebuah diari/buku (tangan ke dada) dan tulis semua benda penting (telefon no, password dan id blog fb/twitter/blog) dan semua tarikh atau peristiwa penting. Buku nih hanya hahahahubbyhahaha je yang boleh baca. Mulanya ada buku nih bila ex boss suruh wajib jugak buka 1 diary. Tapi bila boss takdek, mula la ngelat kat ofis layan sketch.

Kalau tercicir nasiblah kau xila! Habis segala rahsia sulit kerajaan idaman yang kau bina bocor ditangan perisik Amarika, heh. Dan ada juga lah part untuk sketch secara huru hara.


Oke itewww kasi usha siket jewww ;p

Dan korang bolehlah tatap dan menghayati kisah peribadi hambo molek deh kalau suatu hari hambo kelik menghadap Ilahi. Alamak seram. Dont worry mati itu pasti. Insyaallah akan start melalui esok setiap jam 12.01am keatas. Atleast adalah modal nak taip entry kalau takdak idea nohh. Jangan lah baca ya kalau ada post tengah malam. Jeng jeng jeng. Stay tuned chuolsss on xila'channel. xoxo. Kbai.

Ps :: Hello monday...*krik krik krik


May 1, 2010

30.04.10

semua tentang kite

peterpan, gathering, friends, kita, love, cocoballz


semalam hari kenangan,,kami cocoballz telah mengadakan gathering mungkin untuk kali terakhir ye sebelom sume buat haluan masing2~ dsebabkan ade yang pergi untuk praktikal dan sebagainye...tapi gather tanpa alang sbb die kat kampung dan xdapat balek awai...
tp xpe ktorg ttp ingat kat alang taw...huhu

kami juz buat mkn2 dan behibur dr 9mlm hingga 3pagi...kalangan pompuan kmi buat tom2 yam, yougurt buah ngan smbal bilis pedas( tp bilisnye liat la acik n zyana~) tp sedap...,,^^, pihak laki plak wat goreng2 cm goreng ayam, fries,burger ngan sosej..

then ktowang nyanyi sme2 smbil petik gitar, men aci patung, cap kali cap,emm lg....,,, men belakon2...sesi tukar2 hadiah dan makan sampai buncet...hohoho smpai senak da,,


sume ni mklong akan ingat smpai ble2. kuangkuangkuang. gonna mish u all....

since everyone hepi im satisfied...


go,go cocoballz!!~chayok!
 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!