September 10, 2013

Sumpah Takmau Tulis Kisah Seram Dah!!

Assalammualaikum,


Syawal baru-baru ni saya ada kongsikan satu cerita seram iaitu Cerita Seram Malam Raya kan? Masa nak tulis cerita seram tu memang 150 juta kali dok pikiaq bak hang sama ada nak publish ke tidak. Nak buat macam mana dah publish dah pun sebab zaman tu takde blog, terpaksa cerita kat zaman ni. Huntunglah budak-budak hingusan zaman sekarang kekekek

Lepas publish biasalah macam-macam komen yang datang. Saya baca tapi takut nak baca sebab ada lah komen-komen yang menyeramkan.. Wuuu~~


Sape Google ni woih??? Huu


Dan malam-malam ku yang seterusya sentiasa memikirkan perkara-perkara yang menakutkan dan menyeramkan otak. Serabut! Ditambah lagi adalah jugak tragedi-tragedi yang menyeramkan. Seperti ada benda yang menarik selimut time tengah tido atau adakah ianya hanya sekadar imaginasi? Jeng jeng jeng

Baru-baru ni jugak ada singgah blog Afzalsukasuki yang bercerita pasal benda-benda seram yang berlaku dikampungnya. Adalah jugak pernah baca cerita-cerita seram yang lain dari tok Afzal. Kisah alam angker dengan Afzal memang tak dapat dipisahkan. Mencik. Seram tapi gagah jugak nak baca! Kan mendapat hehe.. Tapi tak sangka tok ni pencuak gak ehh kekonon je gagah.. :p

Sumpah Takmau Tulis Kisah Seram Dah!!




August 23, 2013

Cerita Seram di Malam Raya

Assalammualaikum,


Pada suatu hari menjelang malam raya pertama, biasalah saya ni kalau tak tidur awal tak sah. Masuk tidur dalam pukul 11 malam gitu. Saya percaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang sihat kenalah tidur awal dan cukup sekadar 6 hingga 8 jam semalaman. Hehe. Padahal dah lemah sangat sebab yelah petang raya tu dengan sibuknya bermain dengan sepupu, main bunga api, kacau orang buat ketupat, buat persiapan takbir raya, dan lain-lain lagi.

Oh waktu ni di kampung belah ayah di Ipoh. Raya kat kampung kan meriah. Masa tu tingkatan satu ke dua. Entah kenapa sepupu semua masih rancak bermain tapi saya dah surerder. Terus rebah di pembaringan. Saya berkongsi bilik dengan mak saudara. 

Biasalah orang-orang tua waktu malam raya nilah dorang sibuk kan jadi saya seorang jelah dalam bilik waktu tu. Habis semua lampu dipadam, pintu ditutup rapat demi mendapatkan tidur yang selesa. Pada mulanya saya dapat tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba...






Saya terdengar orang mengilai. Mula-mula buat tak endah je. Tapi bila dah rasa, eh mula-mula jauh je bunyinya tapi semakin lama semakin dekat apehal pulak? Suara mengilai tu dengar dengan jelas sekali. Dah bunyi mengilai tu macam rasa dekat je terus rasa ahhhh seram gilerrrr!! Dan teringat pulak cerita sepupu yang hantu suka bertempek kat pokok pisang. Ditambah lagi, memang luar tingkap tu memang banyak pokok pisang. Tak tahan terus meluru lari keluar dari bilik tu sambil menangis dan dapatkan mak abah.

Biasalah orang tua-tua ni. Tak kanlah dorang nak mengiyakan kan? Terpaksalah dorang memanipulasi dan psikologi balik budak-budak yang terasa ketakutan diganggu hantu. Lepastu semua saudara bagi semangat 'lekluuuu mana ada hantu la kat dunia ni'







Well, ingat ai budak darjah satu? Malam tu terus je dapat tidur lena sebab penat banyak menangis kot. Esoknya raya pertama, buat muka selamba je macam tak ada apa-apa berlaku malam tadi. Reverse psikologi namanya. Hehe.





 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!