October 27, 2011

10 Hadiah Terbaik Untuk Wanita

Assalammualaikum,

cintailah cinta, hadiah untuk wanita, tips, bunga, facebook, keyword, love, shopping voucher


Top 10 hadiah terbaik untuk wanita iaitu isteri ataupun teman wanita anda. Tulisan ini ada yang diolah sedikit oleh saya mengikut pengalaman peribadi. Hohoh. Wanita ini sensitif dan lembut hatinya. Even benda kecil pun dia sangat menghargai, inikan pula hadiah besar-besar seperti ferrari sebijik. 10 hadiah terbaik untuk wanita ialah :


1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada mereka yang memerlukanmu disisi mereka. Kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataka. Jangan mencelah, menyengal dan jika diberi pandangan barulah kamu mula mengarang ayat yang sesuai untuknya.


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberi pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini memberi petunjuk tanda kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Aww. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak!".


5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngan dengan awak la" atau "Sedapnya masakan awak". Simple dan spontan dan tak usahlah nak bermulut manis sangat. Ucapkanlah dengan ikhlas.


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan bla bla bla...


7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika wanita hanya mahu bersendiri. Peka akan saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. Namun lelaki kurang rasa peka kan.


8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.


10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa di hati, minda dan doa kita.


Jimat je kerja orang lelaki ni. Percayalah wanita hargai semua ini. Kalau ada wanita yang mintak bukan-bukan macam cincin berlian ke, ferrari ke, banglow kat Puncak Alam ke, peti ais 3 pintu ke, serius tak payah buat bini sangat larhhh. Hahah. TETAPI kalau hari-hari special ke ape salahnya bagi something special dari 10 hadiah ni tau. Barulah romantika aromano.







October 3, 2010

Keindahan dan maksud warna bunga tulip

Assalammualaikum,

belanda, bunga, bunga tulip, comel, love, most love, bunga tulip merah, bunga tulip kuning



hehehe hai. suka bunga tulip tak?? zila belajar suka bunga tulip ni bila berusia 15 tahun. sebab time tu ada tertengok dokumentari tentang bunga tulip ni kat Holand .wah, bila tengok cam teruja! sangat! sebab ianya cantik...

mengambarkan bunga tulip ni ada satu cam semangat dengan warna-warna yang ceria.. saya terus jatuh cinta ♥.. dan one day menyimpan hasrat la kan ke Holand! hehehe suka suka.

addicted ngan bunga tulip ni sampaikan dulu once pernah wat emel guna nama tulip. petik tulip biru kihkih. tapi tak guna dah emel tuh...guna emel kupas_bawang. haha. motif? takde.

bunga tulip ni one of the way to express your perfect love ♥. bunga-bunga cinta gitu.. rasanya pasangan yang bagi bunga tulip ni lagi romantik kot. looking for those boy yang suka tulip gak. hehe ^^ err nak wat wedding dalam taman bunga tulip lah. wah suka suka. tulip ni not too elegant, too romantik, too big, too small, or too bright.. tulips is always just right. perfecto!

maksud warna bunga tulip:
bung tulip merah - strong true love sapa2 yang kapel tuh. i love this one. ♥
bunga tulip ungu - royalty.
bunga tulip kuning - mengharapkan cinta yang bahagia dah keindahan.
bunga tulip putih - cinta sejati dan kadang2 untuk mohon kemaafan yang ikhlas.
terima hadiah bunga tulip menggambarkan keindahan, kesederhanaan, pesona dan keyakinan from one people to another. ohh how sweet tulips.

so choose your own tulip ♥ or maybe compared to roses?


 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!