January 24, 2012

Review Novel Dear John

Assalammualaikum,

most love, novel, novel inggeris, novel Dear John, review, love
Sumber Google


Wahh akhirnya dapat jugak novel seketul ni. Dah lama mengidam. Dulu nak beli tapi wangnya tidak cukup. Nasib pergi kedai buku dengan mak. Padahal semua budak-budak zaman ni pergi beli buku dengan voucher kan. Jeles disitu. Sape suruh habis belajar awal sangat kan. Oh mak kan beli novel Ombak Rindu. *Elehh. Hehe.


Sinopsis Novel Dear John
Panjang sangat sinopsis dia nak copy kat cover buku tu. Tapi secara ringkasnya. Novel Dear John ni pasal pasangan kekasih yang bercinta tapi banyak halangan. Si John ni terpaksa tinggalkan Savannah kerana menuntutnya bertugas sebagai askar. Tapi ada selitkan sekali peristiwa 9 September dan pasal agama dorang. Itu tak payah ambil kisah sangat. Baca tang romantik-romantik je. Setakat ni baru baca Prologue je.

Tapi yang bagusnya karya Nicholas Sparks ni kan, bahasa Inggeris dia sangat santai dan mudah faham. Takdelah terbelit nak paham. Relax je bahasa dia. Ini kira novel Inggeris ketiga baru. Yang pertama dah kasi orang sebab cerita tak best. A walk to remember pulak dah kemana. 

Ingat nak kumpul semua karya abam Sparks lah. 

Teringin jugaklah nak kumpul Twilight, asyik pinjam je kerja. Tapi buku mahal lah. Harga Novel Dear John ni pon RM30 plus plus. Sape ada baucar buku lebih? Bak mai sini. Hehe. Lupa pulak, novel ni pon ada difilemkan jugak. Teringat tengok cerita 'The Notebook' yang lembab gila. Tengok petang-petang pulak tu. Lembab pon feeling sampai habis.






 
HOME | ABOUT ME | PORTFOLIO | BLOG TIPS | SITEMAP | CONTACT ME
This is a personal web blog and any opinions expressed here was represent my own unless otherwise specifically stated.
If any entry had been share from this blog should be credit given to www.lovexils.blogspot.com.
Thanks for your visit sweet people. :D
copyright 2007-2016 to Love,xils!